ALHAMDULILLAH | Happy Birthday To Myself


Alhamdulillah hari ni genap 35 tahun sudah usia aku. Andaikan purata usia manusia 70 tahun, bermakna aku sudah sampai ke pertengahan perjalanan yang panjang di dunia yang fana ini. Wahhh..! Bunyi macam dah lama sangat je hidup sedangkan untuk mati itu aku belum bersedia lagi. Sungguh. Cuma begitulah setiap tahun bila tiba tarikh bersejarah ini. Aku suka mengingatkan diri sendiri tentang mati. Kerana segala hal tentang mati adalah misteri. Entah bila dan bagaimana keadaan aku saat dijemputNya nanti.

Dan seperti yang selalu aku luahkan di sini, dalam kehidupan aku yang syukur alhamdulillah serba sempurna apa adanya ini, tidak ada apa lagi yang aku harapkan selain untuk mencari diri aku sendiri. Aku mahu bahagia. Aku mahu ketenangan. Aku mahu keluar dari bayang-bayang hidup orang lain dan aku ingin diberi sayap untuk terbang mengejar impian aku sendiri. 35 tahun rasanya sudah cukup lama untuk aku bertahan dan terus bertahan lagi. Hakikatnya di dalam hati aku ini, sungguh aku tak mampu bertahan sesaat lagi.

Aku ingin terbang pergi.

Pergi ke daerah yang selalu ada dalam mimpi-mimpi aku. Pergi kepada diri aku yang sebenar. Diri yang sudah lama terperangkap di dalam jasad 87kg ini (ya, berat aku sekarang officially 87kg.. langgar dinding..!!) Aku tidak mahu mengejar lagi. Aku sudah penat berkira-kira dan mencongak-congak lagi. Cukuplah tu. 35 tahun dah. 

Apa yang menghalang aku..? -- Tiada
Apa yang menakutkan sangat..? -- Tiada
Jadi, kenapa tak pergi sahaja..? -- Tak tahu..!

Doa aku pagi tadi seusai solat Subuh, aku mohon diberikan kehidupan yang berkat dan penuh rahmah. Kerana apalah ertinya semua kemewahan material kalau hidup jauh dari rahmat Allah. Betul kan..? Aku juga mohon diberi kesihatan yang baik sehingga nafas yang terakhir. Kerana kesihatan itu sesuatu yang sangat mahal. Tidak boleh dibeli. Apa gunanya umur panjang tapi terlantar sakit dan menyusahkan orang. Kan..? Yang ketiga aku mohon Allah bagi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan akan datang. Aku ni lemah. Tak kuat. Dengan nafsu sendiri, dengan cakap-cakap orang, dengan hasutan iblis, dengan hiburan lagha dan keduniaan. Aku sangat lemah. Aku tak ada perisai kebal untuk menahan diri daripada semua itu. Aku cuma ada Allah dan berharap sangat Allah akan tolong jagakan aku.

Selebihnya, aku menitiskan airmata kerana rasa syukur yang amat sangat. Alhamdulillah untuk 35 tahun hayat ini. Terima kasih untuk kehidupan yang aku miliki dari mula lahir ke dunia sehingga saat ini. Terima kasih untuk pengalaman jatuh bangun. Terima kasih bagi aku Pokchik. Terima kasih bagi aku berada di kalangan manusia hebat di sekeliling aku selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Syukur. 

Allah, pinjamkan aku satu hari lagi.





...



Share:

20 comments:

  1. Hapy besday sis. Semoga panjang umur murah rezeki. Jemput join GA
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday, Ain... moga panjang umur dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  3. Comelnya Ain masa kecik..akak ni x tau la mana perginya gambar masa baby dulu..hehehe..by the way Selamat ulangtahun kelahiran..akak doakan semua yang ain impikan menjadi kenyataan...mmmuah...muahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain pun tak banyak gambar masa baby and masa kecik2.. maklumlah mak ayah dulu takde camera.. hehehehee..

      thanks Kak SA.. :) muahhh..muaaahhhh juga.. hikkssss..

      ...

      Delete
  4. Happy Birthday Ain.
    Moga sentiasa dalam lindungan Allah dan diberi kebahagiaan dan keberkatan dunia dan akhirat.. Moga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah .

    Jaga diri .

    =)

    xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Aamiin..
      TQ Zhi.. :)

      ...

      Delete
  5. Selamat hari lahir,kak! Moga terus dipermudahkan untuk akak sekeluarga. Insya-Allah.

    Oh ya, teruskan menulis tau! Saya suka baca.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir kak. jmput la join GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    smoga bertuahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Raydah.. insyaAllah nanti akak singgah.. :)

      ...

      Delete
  7. Selamat hari lahir Ain!! Or should I call you akak? Tak sangka Ain dah berusia 35 tahun. Nampak macam muda je :)

    Semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. muda di hati.. :)
      TQ siqah..

      ...

      Delete
  8. happy birthday Ain, semoga terus beroleh kebahagiaan dan rahmat daripada-Nya.
    happy selalu. 87kg does not matters, stay healthy stay fabulous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. apa sangatlah 87kg tu.. belum 90 lagi... hahahahahaa.. :p
      TQ Mrs Pip..

      ...

      Delete
  9. wow happy birthday kak ain!!! Semoga sentiasa bahagia dia samping pokchik tersayang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... TQ farhanna.. :)

      ...

      Delete