Dua Masalah Utama Orang Perempuan

Secara umumnya aku rasa orang perempuan seluruh dunia ni tak kira apa bangsa dan keturunan pun sebenarnya berhadapan dengan dua masalah utama yang sama..! Aku tahu orang perempuan memang ada banyaaaaaaaakkk masalah, maklumlah makhluk Tuhan yang paling complicated dalam alam semesta kan? hahahahaha.. Tapi yang aku nak highlight kan dalam entri kali ni cuma dua perkara sahaja.

Kalau nak cerita satu-satu masalah orang perempuan memang sampai kiamat tak habis-habis. Daripada isu dara tak dara, kahwin lambat ke cepat, belajar tinggi ke tak, diskriminasi di kolej dan tempat kerja, anak-anak, pandai masak ke tak, kuat bergossip ke mengumpat, cantik ke tak, gemuk ke kurus, yoga ke zumba.. sampai bab push-up bra elok ke tak untuk kesihatan.. semuaaaaaa tu masuk kategori masalah utama orang perempuan okehh..! *tepuk dahi*

Hindi movie, hindi movie 2017, ayushmann khurrana, parineeti chopra, arjun kapoor, shraddha kapoor, flop movie 2017,
Half Girlfriend | Meri Pyaari Bindu

Dalam dua filem Hindi yang aku sempat tonton ni, memang jelas orang perempuan ada dua masalah ni. Satu masalah tak pandai buat keputusan dalam percintaan dan kehidupan. Masalah kedua pula bila suka berpura-pura ok sedangkan dia tak ok. Kenapa susah sangat buat keputusan..? Kenapa suka berpura-pura..? Tengok orang lelaki, hidup mereka simple sahaja sebab mereka tak hadapi dua masalah ni. Right..?

Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang perempuan (terpaksa bold kan), memang suka sangat cakap "tak suka" padahal dia suka dan suka cakap "suka" pada benda yang dia tak suka..! Sama bab percintaan dan jodoh, kenapa tak boleh kata "tak nak"..? Kenapa suka drag soalan tu jadi complicated. Orang perempuan spesis macam ni la yang jadi punca masalah dalam dunia ni..!kahh.. :p

Review Movie Half Girlfriend and Meri Pyaari Bindu

Dua buah filem yang aku tonton secara tak sengaja ni pun sebab dah keluar kat tv melalui channel Sony Max. Filem baru ni, tapi dua-dua filem tak mendapat sambutan hangat pun. Aku tak pasti sama ada berjaya box office atau tak tapi kalau tengok kat Youtube memang dua-dua filem ni dikira flop dan mendapat kritikan teruk daripada pengkritik filem di India. 

Lepas kau tonton dua-dua filem ni pun, kau akan mengeluh juga. Kecewa. Tak faham apa konflik yang nak disampaikan melalui kedua-dua filem ni selain jalan cerita yang hampir sama. Scene sedih tak berjaya buat kau sebak pun, dan scene romantik tak berjaya buat kau rasa apa-apa yang manis pun. Jadi..? Totally hambar. :(

Tapi dari segi lakonan, bagi aku keempat-empat pelakon ni boleh tahan je lah. Watak tak mencabar jadi senang sangat untuk mereka. Jalan cerita tak kemas jadi emosi tu tak deliver dengan smooth. Aku boleh bagi dua bintang je dari lima bintang untuk dua-dua filem ni. Itu pun dua bintang untuk lakonan dan cinematography yang cantik. Ayushman Khurrana please la pilih betul-betul filem yang lebih baik selepas ni...!! :)

Ayushmann Khurrana film, Parineeti Chopra film, Bindu, love story, hindi movie
Parineeti Chopra dan Ayushmann Khurrana dalam Meri Pyaari Bindu

Orang Perempuan Tak Pandai Buat Keputusan

Jangankan untuk hal-hal yang besar, hal yang kecil pun orang perempuan memang susah nak buat keputusan. Sebab orang perempuan ni bukan harfiah sahaja complicated, tapi cara berfikir pun complicated. Orang perempuan memang suka benda2 complicated dan akan tambah meng"complicated"kan lagi benda yang dah sedia complicated. Hebat betul orang perempuan.. kan..?

Paling best bila jenis perempuan yang tak pandai buat keputusan tapi buat juga keputusan. Acah-acah bijaksana. Lepas tu salah buat keputusan -- menyesal. Bila dah menyesal, menangis. Lepas tu salahkan orang lain. Lepas tu larikan diri. Lepas tu buat diri dia nampak macam mangsa sedangkan semuaaaaaa yang berlaku tu berpunca daripada diri dia sendiri...!

Bab salahkan orang lain, atau letakkan kesalahan tu atas bahu orang lain -- memang kepakaran orang perempuan. Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang perempuan (terpaksa bold kan juga) susah sangat nak deal dengan keputusan yang dia dah buat. Baik ke buruk ke, hadap la dengan matang. Bukan lari..! Bukan salahkan orang lain..! Bukan acah-acah jadi mangsa..! Bukan tunjukkan diri tu lemah dan bodoh..! haaaaa... geram aku.. :p

arjun kapoor film, shraddha kapoor film, hindi movie, love story, best friend lovers, flop movie 2017
Arjun Kapoor dan Shraddha Kapoor dalam Half Girlfriend

Berpura-Pura Okey Sedangkan Tak Okey

Bila dah salah buat keputusan tu -- lari. Lepas tu balik semula sambil buat-buat macam tak ada apa-apa berlaku. Tunjuk yang dia okey sedangkan dia tak okey. Itu lah perempuan..! Ye lah, bila dah salah buat keputusan, malu nak mengaku salah kan. Kata orang lelaki ego, tapi orang perempuan pun sama ego. Tak nak mengaku kesalahan. Nak juga tunjuk "good-good" seolah-olah dia tak terkesan pun dengan apa yang dah terjadi. Eeeee..!

Walaupun dia tahu apa yang dia buat tu telah melukakan hati lelaki yang sayangkan dia, cintakan dia tapi jenis perempuan yang macam ni akan buat-buat tak faham je. Kalau lelaki tu yang tinggalkan dia, bukan main meroyan -- berdendam -- ugut nak bunuh diri segala..! Tapi bila dia sendiri yang tinggalkan lelaki tu atas alasan bodoh, boleh pula dia buat muka tak bersalah dan acah-acah okey fine je. Dia tak sedar sikap macam tu yang akan memakan diri dia sendiri..!

Orang  yang suka berpura-pura okey sedangkan tak okey ni sebenranya sedang menipu diri sendiri. Tak kira la lelaki ke perempuan. Satu tahap nanti yang akan lebih terluka adalah diri sendiri. Jadi please la stop pretending..! Kalau masih terluka, usahakan cari penawar bukan buat-buat macam okey lepas tu berhadapan dengan orang yang kau dah lukakan tu macam tak ada apa yang kau dah buat pada dia. Sakit tahu tak..! 

Kalau dah buat salah, minta maaf. Mengaku kasalahan tu. Perkataan maaf tu walaupun mungkin dah terlambat, tapi kalau kau ucapkan dengan ikhlas dari hati yang penuh penyesalan, akan sedikit sebanyak mampu merawat kelukakan lama. Mungkin tak banyak, tapi ada lah juga terubat. Daripada kau pretending macam tak ada apa yang berlaku, makin sakit hati orang tu. 

Aaahhh..! korang kena tengok sendirilah dua filem tu. Tapi please jangan letak expectation tinggi sangat. Tengok filem ringan-ringan untuk isi masa lapang je boleh la. Aku harap korang terhibur dan tak banyak sikit dapatlah sesuatu pengajaran hidup daripada kedua-dua filem tu okey. Give it try..! :)

.
.
.
.
.
.
.

p/s  : Kepada yang baru singgah blog aku, harap korang faham yang aku tak akan buat review filem tentang sinopsis, plot cerita, watak, lakonan mahupun seni persembahan filem secara terperinci. Aku bukan pakar dalam pembikinan filem jadi rasa tak layak nak komen hasil karya orang lain. Aku hanya akan buat review filem cara aku sendiri yang mana, aku suka relate kan filem yang aku tonton dengan kehidupan. Itu sahaja. Kalau korang nak baca review pasal filem, sila search dan baca di blog atau laman lain. Terima kasih. Peace..!


...


Share:

13 comments:

  1. waduh waduhhh terikut ikut emosi baca entri kak ain atas ni hahahaha. tapi tak boleh nak dicede tu memang betul. kekadang kita pandai nasihat orang ni, nasihat orang tu, advice gini, advice gitu.. tapi bila kena kat batang hidung sendiri? terngangaaaa, buntu, blankkkk~ so, conclusionnya perempuan ni memang kena minta pendapat orang lain dan juga minta petunjuk Allah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... :)
      perempuan memang makhluk yang selalu perlu dipimpin.. sebab tu Allah ciptakan lelaki sebagai pemimpin.. gituuewww.. hehehehee..

      ...

      Delete
  2. Haha. Memang betul pun perempuan macam tu. Kadang2 pening tak nak hadap karenah Dorang tu.

    Tak pandai buat keputusan mungkin sebab takut Kene kritik dan masa kecik selalu Kene marah dgn mak ayah kalau tersalah apa2. Lepas tu Dorang ni susah nak lupa. Bila dah jadi tu, amuk masa pula nak move on dan asyik teringat2 je walaupun peristiwa tu dah berlaku 10 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm.. mungkin betul juga tu kak laong. Kalau dari kecik wanita dah didiskriminasi memanglah sifat kepimpinan dalam diri dia tak boleh dibentuk..kan..?

      harap zaman sekarang tak ada lagi lah macam tu.. wanita pun boleh jadi pemimpin yang baik.. InsyaAllah.. :)

      ...

      Delete
  3. Betul ke ni? haha...salam kenal awak. Moh ler ke blog saya http://cararesepi.blogspot.com. Klu tak kisah masukkan lah blog saya dalam senarai bloglist awak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. ini pandangan peribadi saya sahaja.. boleh bersetuju dan tak bersetuju. its fine.. :)

      p/s : macam mana nak masukkan dalam bloglist, nama pun Anonymous ..hikssss..

      Delete
  4. Mmg begitu lah namanya perempuan.. Makhluk yang diciptakan dgn penuh emosi yg sukar difahami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kerana sukar difahami tu lah wanita ni sangat istimewa dan tinggi darjatnya kan cikgu.. :)

      Subahanallah.. :)

      ...

      Delete
  5. Biasalah kan namanya perempuan. Tak sanggup nak mengaku! Tak sampai hati nak kecewakan orang. Penyegan pula orangnya. Kesudahannya camtu lah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. kannn..! tak nak kecewakan orang, biar diri sendiri yang kecewa tak pe.. :)

      ...

      Delete
  6. Hahaha. Perempuan memang complicated sgttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. redha je lah.. :)

      ...

      Delete
  7. looks good. menarik. mcm nak tgk ni.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete