Fattah Amin ♡ Fazura | Too Good To Be True

Baru nak move on isu ni, tapi lepas tengok gambar pernikahan mereka yang terlajak manis dan menyejukkan hati tu terus rasa macam tak nak move on sampai bila-bila. Mula-mula menyampah, sekarang dah suka. Aku pula terjatuh cinta dibuatnya. Dulu rasa dua-dua ni macam poyo gila, tapi sekarang aku rasa mereka super smart and cool.

kontroversi artis 2017, #FattZura, #FattahFazura, perkahwinan artis, wedding of the year 2017, fattah amin, nur fazura, pelakon malaysia, perfect couple
tengok putera raja dengan puteri raja kahwin pun tak sweet macam ni .. (^__^)

#FattZura | Too Good To Be True

Kenapa aku kata mereka berdua ni too good to be true..? Pertama; sebab dua-dua memang good looking. Katalah apa sahaja, tapi tak siapa boleh nafikan mereka berdua memang sama-sama cantik dan segak. Tolak tepi dulu soal Fazura bertudung atau tak, seksi ke tak, suara masa menyanyi sedap ke tak, bimbo ke tak, tolak tepi semua tu. Fazura tetap cantik. Fattah pun macam tu, orang mata juling pun akan jawab Fattah tu handsome, tolak la soal berlakon kayu ke, muka innocent ke, tumpang populariti Fazura ke, kurang kasih sayang ke, sengaja pilih Fazura sebab kecewa teruk dengan Neelofa ke, tolak la semua tu. Fattah Amin tetap kacak..!

Minat #FattZura atau tak, tapi kalau orang tanya Fazura tu cantik ke..? Fattah tu handsome ke..? Jawapan tetap sama iaitu Ya..! :)  Paling penting, mereka berdua bukan cantik dan kacak luaran sahaja. Tapi dalamannya pun cantik dan hebat belaka. Sebab tu ramaaaaaiiiii orang sayang #FattZura. Dari air muka masing-masing tu nampak jernih je.... kan..? :)

Kedua; mereka berdua pilih untuk ikut cara sendiri. Mereka pilih untuk bertunang secara ringkas dalam majlis tertutup. Sebab mereka ada class tersendiri. Mereka tak nak ikut-ikut orang. Sesetengah artis dan selebriti, baru bertunang dah bukan main grand-to-finale lagi. Padahal baru bertunang je. Tapi #FattZura tak nak ikut style tu. Bagi mereka, soal nikah kahwin biar privacy. Dahulukan keluarga dan sahabat-handai yang benar-benar rapat sahaja. Betul la tu..!

Ketiga; mereka berdua ni super cool. Mereka tahu apa yang mereka nak. Mereka stick dengan pilihan dan style diaorang sendiri walaupun satu Malaysia hampir tsunami dek kontroversi kisah pertunangan dan pernikahan mereka yang senyap-senyap tu. Cuba tengok #FattZura, diaorang maintain cool. Betul tak..? Sebab apa..? Sebab mereka tahu apa yang mereka buat tu tak salah. Puaskan hati sendiri dahulu sebelum sibuk fikir nak puaskan hati orang lain. Simple but so brilliant..!

kontroversi artis 2017, #FattZura, #FattahFazura, perkahwinan artis, wedding of the year 2017, fattah amin, nur fazura, pelakon malaysia, perfect couple
Tuhan, panjangkan jodoh mereka biar bahagia sampai ke syurga .. ♡♡ ♡

#FattZura | New Trend Setter

Secara peribadi, aku harap lebih ramai artis lepas ni yang ikut style #FattZura ni. Tukar la style lama-lama yang semua benda nak buat secara besar-besaran dan bermewah-mewah lepas tu banyak membazir je tu..! Dahulukan dan utamakan yang wajib. Pilih siapa yang kita nak berada di sisi kita di hari bersejarah kita. Tak perlu ramai, tapi yang betul-betul bermakna. Henti-hentikan lah sentimen "artis adalah hak peminat" tu, zaman dah berubah..! Artis pun manusia biasa yang ada masa nak privacy. Artis pun mesti bijak tentukan apa benda patut dikongsi, apa benda lebih bagus disimpan sendiri-sendiri.

New trend sudah meletus dan #FattZura yang memulakan trend ini. Artis lain mungkin ada style masing-masing. Kalau baik, buat je. Tak payah nak ikut sangat trend artis-artis terdahulu. Mungkin apa yang #FattZura buat ni tidak seperti kebiasaan artis-artis lain sebab tu peminat, wartawan, netizen dan makchik-makchik bawang tak boleh terima. Mereka mengkontroversikan isu ni macam langit nak runtuh menghempap bumi. Padahal, benda yang dibuat tu tak ada salah pun. 

Apatah lagi yang bukan artis. Janganlah main ikut-ikut sahaja. Artis buat pre-weeding photo shoot, kita pun nak buat. Artis buat outdoor photo shoot, kita pun ikut. Artis buat nikah kat masjid, kita pun nak nikah kat masjid tapi aurat dan adab-adab di rumah Allah kita tak jaga. Artis buat pelamin bertingkat-tingkat yang grand, kita pun tiru padahal berhutang berbelas ribu sampai anak dah 5 pun tak abis bayar hutang lagi..! :p

Jadi stop tiru artis. Pilih yang baik sahaja. Yang tak baik, yang tak sesuai, yang membazir, yang menyusahkan, yang saje nak menunjuk-nunjuk, mari sama-sama kita buang jauh-jauh. Stop buli diri sendiri..! :)






p/s : Masa mereka umum nak tunaikan Umrah sama-sama lepas tu suruh peminat tunggu 23 November untuk pengumuman rasmi tu, aku tak setuju. Serius aku tak setuju cara tu. Aku rasa tak patut #FattZura biarkan peminat berteka-teki macam tu. Cara tu akan membuka ruang untuk fitnah berleluasa sedangkan mereka kan nak pergi Tanah Suci buat ibadah. Bukan ke sebelum kita pergi bermusaffir untuk ibadah ni, seeloknya kita selesaikan hal-hal dunia mana yang boleh. Kalau ada hutang, selesaikan. Kalau belum buat wasiat, elok disegerakan. Ini pula, mereka pergi ke Tanah Suci dengan meninggalkan persoalan dan spekulasi yang tak terjawab. Tak patut lah macam tu.

Mungkin #FattZura tak sangka benda tu akan jadi kontroversi sampai macam tu sekali. Ye lah, kadang-kadang artis cakap sikit tapi netizen yang menokok-nambah. Tapi kalau tak tumbuh, tak melata.. tak sungguh, orang tak kata. Betul tak..?

Apapun, ambil la iktibar. Aku harap artis-artis lain atau siapa sahaja tak buat lagi kesilapan yang sama. Dalam Islam ni, fitnah tu hal yang sangat berat. Orang yang memfitnah dah tentu ada dosanya. Berat. Tapi orang yang sengaja membiar diri mereka difitnah dan sengaja membuka ruang-ruang untuk difitnah, pun ada dosanya juga. Sebab tu Rasulullah s.a.w. pesan supaya kita sebagai orang Islam mesti hidup cara orang Islam, kena nampak yang kita ni beragama Islam. Supaya tak timbul fitnah. Kalau perempuan apatah lagi , kena pandai jaga diri jangan sampai jadi lubuk fitnah. Wallahualam.

Yang penting semua dah berjalan lancar dan selesai cara baik. Alhamdulillah.

...



Share:

26 comments:

  1. Indeed. Setuju semua apa yg ain tulis.. Apapun semua dah selamat. Masjid telah dibina. Alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :) Doa yang baik0baik jee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tugas kita sebagai saudara seagama, kita doakan yang baik-baik.. :)

      ...

      Delete
  3. Bagus ulasan ni. Diluar kotak & yes.. i agreed. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah dan baca.. :)

      ...

      Delete
  4. X minat #FattZura tp cara depa nikah yg simple ni kita suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. tak minat orang tapi minat caranya.. :)

      ...

      Delete
  5. Nak kata minat sangat tuh xla...tp ikut jugak perkembangan dorg... Memg suka cara diorg yg simple dan tidak bermewah. Yg pnting diorang dahulukan keluarga. Iu sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya begitu lah.. utamakan keluarga.. harap lebih ramai ikut lepas ni.. :)

      ...

      Delete
  6. Sukeee jugekkk.. Hakak pun same still takleh move on dgn dorg.. Ade ketenangan di wajah memasing������

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha..!! hakak siap buat gambar parody katanya.. kerlasss hakak..! :p

      ...

      Delete
  7. Selamat pengantin baru #FattZura semoga kekal hingga ke syurga.

    Sweet lah korang.. 😘😘

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Very humble couple. Hati dia org bersih selalu sebarkan kasih syg lwn kpd kebencian. Kesabaran mereka tinggi walau sering dihina dan dicaci maki. Tapi Allah permudahkan utk mereka membina mahligai bahagia menuruti sunnah. Semoga kasih syg mereka kekal ke Jannah...Aamiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan.. aamiin.. hanya Allah s.w.t. Maha Mengetahui segalanya.. :)

      ...

      Delete
  11. Kita serupa.. Tak minat both of them in terms of dunia artis but seeing how they manage their wedding, I had to admit they're sweet... Terus admit diorg sgt sepadan.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...! minat sangat tu tak lah.. tapi minat la jugaaaakkk.. hehehehee.. sebab depa sweet sangat.. :)

      ...

      Delete
  12. patah berkecai dan berdebu hati EmaVeto ni hah. sampai hati diorang!!!!! uwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiksss..! yang patah kan tumbuh kembali.. takpe, hero lain masih ramai yang bujang.. :)

      ...

      Delete
  13. Selamat Pengantin Baru FattZura.

    ReplyDelete
  14. #Fattzura is 1 of my definition of happiness. Look at them, muka bahagia tu nampak sangat.

    kann..?

    p/s : muka I tak jernih.. keruh je seperti "menangguk di air yg keruh" .. #tetibe . .

    =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannn..! buat hati jadi cemburu tengok kejernihan dan ketenangan wajah mereka.. :)

      p/s : menangguk di air yang keruh kalau kena gaya boleh untunggggg juga.. banyak ikan ni musim2 air naik.. hahahahaha.. tetiba tukar topik.. lolss.. :p

      ...

      Delete