HINDI MEDIUM | Kisah Ibu Bapa Yang Obses Dengan Pendidikan Anak-Anak

Di saat sahabat-sahabat sebaya aku sibuk menguruskan anak-anak nak masuk darjah 1, aku sudah sibuk menguruskan anak-anak nak naik tingkatan 1. Rasa macam traumatik gila bila memikirkan betapa cepatnya masa berlalu. Anak tiri aku yang sulung tu dah dapat keputusan UPSR sekali gus tamat darjah 6. Awal bulan depan ada interview kelayakan masuk tingkatan 1 di MRSM.

Semua Ibu Bapa Mahukan Pendidikan Yang Terbaik Untuk Anak-Anak

Semestinya..! Mak bapa mana tak nak berikan pendidikan terbaik untuk anak-anak kan? Mak bapa sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga semata-mata nak pastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Anak-anak mungkin tak faham tapi mak bapa yang pernah melalui pahit getir hidup tanpa pendidikan cemerlang ni memang sebolehnya tak akan biar anak-anak melalui hal yang sama. Biarlah mak bapa bergolok-gadai sekali pun asalkan anak-anak dapat sambung pengajian yang lebih baik.

Irfan Khan, Saba Qamar, hindi movie, kasih sayang ibu bapa, kisah pengorbanan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak, the best hindi movie 2017
Hindi Medium (2017)

Dalam filem Hindi Medium lakonan Irfan Khan ni, kita akan dipersembahkan kepada situasi-situasi yang menampakkan betapa obses mak ayah ni nak dapatkan pendidikan terbaik untuk anak perempuan mereka yang masih kecil. Of course step pertama, mesti masukkan anak tu ke sekolah yang berprestij iaitu sekolah terbaik di tempat mereka. Bila duit tak boleh beli segala-galanya, di situ lah segala usaha dan pengorbanan akan bermula.

Aku terhibur dengan filem santai seperti ini. Sindiran dan teguran sinis diselitkan dalam scene yang bersahaja. Buat penonton rasa terpukul tapi dalam masa yang sama belajar sesuatu daripada teguran itu. Mungkin bukan semua golongan akan terkesan dengan mesej yang nak disampaikan melalui filem ni, tapi aku percaya sebahagian besar kita akan mudah relate dan anggap filem ini adalah filem kita-kita juga.

Aku suka dialog si isteri yang lebih kurang maksudnya macam ni "Kalau anak kita tak dapat masuk sekolah yang bagus, macam mana dia nak pandai dan jadi orang yang baik-baik? Kalau dia tak jadi orang yang berpendidikan nanti dia akan bergaul dengan orang yang bermasalah. Lepas tu mula ambil dadah." hahahahaha.. jiwa mak-mak memang suka fikir jauuuuuhhh ke depan kan..! 

Hindi Medium | Hebatnya kasih sayang ibu bapa

Aku juga suka scene bila suami isteri ni sanggup berpindah rumah semata-mata nak pastikan anak mereka dapat persekitaran yang lebih elite seterusnya terpilih masuk ke sekolah terbaik. Dan apabila plot filem ini twist sedikit, mereka terpaksa pula berpindah ke kejiranan yang mundur dan miskin sampai beras pun kena catu. Sanggup lah si suami dan isteri ni buat apa sahaja demi anak mereka yang seorang tu. Berpura-pura jadi orang miskin untuk masukkan anak mereka ke sekolah orang kaya. Percaya atau tidak, begitulah hebat kasih sayang ibu dan bapa sebenarnya.

Irfan Khan, Saba Qamar, hindi movie, kasih sayang ibu bapa, kisah pengorbanan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak, the best hindi movie 2017
mesti tonton -- antara filem hindi paling best tahun ni

Dalam filem ni juga, sekali lagi penonton akan disajikan tentang pengaruh penjajah ke atas sesebuah negara. Seperti negara kita, di India pun sama. Walau sudah berpuluh tahun merdeka daripada penjajahan British tapi ada banyaaaaakkk hal yang kita masih takk boleh ubah. Masih ikut cara dan hukum-hakam British. Kenapa? Aku pun tak tahu jawapannya. Sampaikan dalam satu dialong Irfan Khan dalam filem ni ada sebut :

"..Orang Jerman, Perancis mahupun Jepun tak pandai cakap English -- tak apa. Tapi bila orang India tak pandai cakap English -- ia seperti satu dosa besar..!"
Aku suka filem ni..! Dan aku syorkan korang cari dan tonton filem ni juga terutama korang yang dahh ada anak-anak tu. Bagi aku filem ni cukup rencah dan penumisnya. Ada manis, ada masam, ada pahit dan ada lunaknya. Lakonan Irfan Khan, Saba Qamar dan Deepak Dobriyal ternyata cemerlang. Paling penting, dalam filem ni kau akan rasa apa yang kau buat untuk anak-anak kau selama ni walaupun nampak macam salah tapi sebenarnya semuaaaaaaa betul..! Bersedia untuk berlaku jujur kepada diri sendiri sepanjang menonton filem ni, terutama tiba intermission nanti -- betul-betul akan buat korang terkedu dan terpukul terus sampai ke ulu jantung. Aku nangis okeh time scene tu. Biasalah, jiwa mak-mak memang penuuh airmata..!

Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita memastikan anak-anak kita dapat pendidikan yang terbaik seberapa yang kita mampu usahakan. Percayalah tak ada yang salah atau betul dalam mendidik anak-anak kerana setiap anak-anak itu berbeza acuannya. Sebagai mak bapa, kita cuma mahukan yang terbaik untuk mereka. Selebihnya serahkan kepada Allah s.w.t.

Korang boleh tonton TRAILER filem Hindi Medium kat sini.
Semoga terhibur..! :)





...

Post a Comment

13 Comments

  1. Tula, sebagai ibu bapa mahukan yg terbaik utk anakNya. Tak pernah taupun ade cerita ini 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahukan yang terbaik untuk anak tu normal asalkan tak berlebih-lebih.. :)

      TQ PapaG singgah blog ni.

      ...

      Delete
  2. satu perkara.

    pada aku, sikap obses ibu bapa berkenaan pendidikan ni membuatkan mereka jadi trauma sangat kalau anak-anak tak dapat yang terbaik. dan lebih teruk lagi kalau sikap ni jadi bebanan pada cik-cikgu dan boleh mengganggu sistem.

    contoh mudah.

    ujian saringan ke darjah 1. akan ada ibu bapa yang duduk berlonggok sebelah tingkap kelas semata-mata nak tengok sama ada anak dapat jawab soalan atau tidak. sampaikan siap ada yang curi-curi bagi jawapan!

    hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa..! over sangat siap bagi jawapan.. :p

      tu lah, sesetengah keadaan mak bapak lebih kecewa drpd anak setiap kali anak dapat result. sudahnya anak tu juga dimarah dan diherdik. Allahu, jangan la sampai macam tu..

      ...

      Delete
  3. Hahhahaha... kesian tengok mak pak macam ini.

    Sebagai orang islam biarlah bersederhana sahaja.

    Allah is the best planner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tuntut ilmu tak boleh sederhana.. mesti sungguh-sungguh sampai bertaruh nyawa..!! hehehehehe.. :)

      tapi kita manusia hanya mampu berusaha, segala-galanya atas ketentuanNya juga kan Mrs.A

      ...

      Delete
  4. Betul..kalau tak fasih berbahasa inggeris mcm dosa besar pula.sedangkan banyak negara maju tak fasih bahasa inggeris

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa inggeris penting zaman sekarang ni, sangat penting..!

      cuma kalau boleh seimbangkan lah dgn bahasa malaysia dan ilmu2 lain terutama ilmu akhirat.. :)

      ...

      Delete
  5. betul tu...bila jd mak2 ni kita sebolehnya nak anak kita berjaya..nak perfect la..hehe dan kita sebenarnya kena berubah jugak ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..! kita nak anak jadi perfect, kita sebagai ibu bapa pun mesti berusaha jadi ibu bapa yang perfect juga.. :)

      at least cuba la kan.. hikssss..

      ...

      Delete
  6. Udah lihat sih bagus cerita nih yah
    meski pada ahirnya tetap saja hati para orangtua murid di sekolah yang elit tuh tak tergugah juga ....

    tapi yah emang perjuangan orang tua nya keren yah
    sampai rela untuk jadi pura2 miskin
    Bagus banget ceritanya

    artikel yang menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua hati-hati ibu bapa di dunia ini juga sama begitu. Sanggup berkorban apa sahaja demi pendidikan terbaik anak-anak.. :)

      Asalkan jangan lah sampai menipu dan melakukan jenayah keras..!

      ...

      Delete
  7. Rasa macam dah pernah tengok. Bila kak Ain nak update blog.lagi

    ReplyDelete