Irfan Khan dan Anil Kapoor


Irfan Khan
Bila wartawan tanya Irfan Khan apa makna kehidupan yang berjaya bagi pendapat dia? Irfan Khan jawab :

"..Bila kamu boleh pilih hidup bagaimana pun yang kamu inginkan.."
Aku setuju sangat..! Kalau ada harta bergunung, popular sampai langit ke tujuh pun, tapi kalau masih terikat dengan kapitalis, ikut telunjuk orang, kena patuh arahan dan kehendak orang, then apa lah maknanya kan :)

Dalam siri interview yang lain, Irfan Khan kata dia nak seimbangkan filem lakonan dia biar sama banyak antara filem 'art' dengan filem komersial. Kenapa? Sebab dia kata, penonton zaman sekarang tak suka filem yang kena banyak berfikir. Mereka datang ke panggung wayang untuk enjoy dan release tension. Sebab tu filem lawak bangang yang murahan pun boleh box office. Damm true..! :(

Penonton zaman sekarang nak tonton story telling yang bagus dan watak yang boleh relate dengan diri mereka sendiri. Lagi real satu-satu watak tu, lebih terkesan dan tak mustahil filem tu akan success dan box office. Pernah dalam satu filem, Irfan berusaha berlakon dengan penuh penghayatan dan cuba buat style tersendiri untuk hidupkan watak tu, tapi pengarah filem tu marah dan jerit pada dia "Irfan yarr... just spoon feed to the audience...!! don't make its complicated..!!" hahahaha.. ini lucu.. :p

Anil Kapoor
Rasanya aku pernah share benda ni, Anil Kapoor ni memang terkenal di kalangan pembikin filem Bollywood sebagai orang yang sangat positif dan mempunyai aura serta perwatakan yang hebat. Setiap kali orang tanya dia "How are you sir" Anil Kapoor tak jawab macam orang biasa, macam "i'm fine", "good", "great" atau lain-lain tapiiiiiiii dia akan jawab :

"I'm handsome" 
Bagus kan..! :) 
Pernah tak terfikir nak jawab macam tu? hehehehee.. Dan bayangkan bila kita dengar orang jawab macam tu, apa reaksi kita..? Mesti senyum dan automatik energy kita pun meningkat. Kita rasa luar biasa hebat, positif, bersemangat dan jawapan tu macam sesuatu yang bagi kita refreshment.. kan..!! So, lepas ni kalau orang tanya "how are you..?", aku nak jawab "I'm Gorgeous" hahahahahaa.. :p

***

Aku suka tengok program talk shaw di Youtube. Aku suka Koffee With Karan, Face Time With Anupama Chopra, Bollywood Hungama dan banyak lagi. Aku suka tengok artis dan selebriti menjawab soalan-soalan tentang kehidupan, kejayaan, karier, passion, kontroversi dan apa-apa sahaja pengetahuan umum mereka. Dari situ kita akan lebih mengenali peribadi dan personaliti artis kesayangan kita tu.

Selain daripada tu, aku suka tonton The Making Of filem atau lagu-lagu dalam filem terutama filem Bollywood lah sebab aku kan peminat. Bagi aku edisi the making of ni sangat penting. Dari situ kita akan nampak susah payah orang nak siapkan satu-satu filem atau muzik video atau apa sahaja yang kita tonton di layar perak mahupun di kaca tv. Kalau aku suka satu-satu filem tu, mesti balik nanti aku search kat Youtube sebab nak tengok the making of. Kalau tak dapat tengok tu, aku rasa tak puas.

Nanti aku kongsi lagi kalau ada apa-apa yang menarik.
Thanks sudi baca. Nanti datang baca lagi ye.. :)







...

Share:

12 comments:

  1. Suka Irfan Khan berlakon . . best dengan gaya legend & slumber dia .. heh..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... dia ada style tersendiri.. :)
      dengan mata kuyu dia tu.. unik..!

      ...

      Delete
  2. dulu2 peminat tegar citer hindustan, tapi sekarang akak mmg macam x da masa dah nak jiwang2 nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehee.. tak semua filem hindustan jiwang2.. :)

      ...

      Delete
  3. Irfan Khan kalau berlakon memg menghayati watak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan seorang pelakon professional.. :)

      ...

      Delete
  4. Setuju dengan statement Irfan Khan tu, hihihi & suka cara Anil Kapoor yang cool tu. Nak guna la taktik 'I'm gorgeous' lepas ni,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess..! start now.. hehehehee..

      I'm gorgeous
      I'm gorgeous
      T'm gorgeous

      :)

      ...

      Delete
  5. i am pretty..hehe dh mcm DSV..haha. akk memang suka dgn Anil Kapoor tak nampak tua pun..sama jugak dgn Irfan Khan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. kannn.. tak nampak tua pun.. :)

      ...

      Delete
  6. Koffee With Karan dulu best lah sekarang dia asyik panggil anak2 dia je. Varun dengan Alia berapa kali dia panggil untuk season 5 ni. Dia punya rapidfire pun bosan dah. Talk show Anupam Kher pun best jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koffee With Karan for me masih berjaya menghiburkan walaupun banyak drama dan sarkastik je.. hehehehee..

      Anupam Kher punya program saya tak jumpa yang ada translation or subtitle english.. poor me..! :(

      ...

      Delete