Kawal Siapa Yang Masuk Dan Keluar Dalam Hidup Kita

Hidup ini adalah pilihan. Kehidupan macam mana kita nak hadapi dan dengan siapa kita nak lalui, semuanya kita yang pilih. Allah dah bagi peluang untuk kita memilih. Jadi pilih lah elok-elok. Kadang-kala kita pilih mereka dan kadang-kala mereka pilih kita. Dua-dua juga membawa hikmah. Maka, bersyukurlah.

Choose people who choose you

(1)
Ada jenis orang, dia tak suka orang judge dia tapi perangai dia memang mengundang kena judge kaw-kaw. Dan ada juga orang yang dia tak suka judge orang dan act like pro sampai orang pun tak ada apa nak  kecam dia. Dia buktikan they are wrong about him/her. Dia tunjukkan result how good he/she is. 

Dia kurangkn bersosial. Sebab lagi banyak kita bergaul dengan orang, lagi besar ruang kita buka untuk bagi orang judge kita sebenarnya. Apa yang penting kita buat hal kita dan biarkan je apa orang nak kata. Kita tahu apa kita buat dan kenapa kita buat. Mereka tak tahu dan mereka boleh kata apa je. Nanti bila mereka tengok sendiri hidup kita jadi lebih baik dari hidup mereka, baru lah mereka akan diam..!

Sebenarnya dalam hidup ni, macam tu lah. Nak bersosial tu biar berpada-pada. Pastikan kita sendiri decide nak siapa masuk dalam hidup kita dan control everything dalam hidup kita atau kita yang had kan siapa boleh masuk dalam hidup kita supaya kita yang control mereka dan mereka akan ikut rules kita. Okey..?

(2)
Kita boleh tahu atau boleh rasa kan kalau orang tu genuine suka kita atau buat-buat suka atau just berkompromi je dengan kita. Kan..? Jadi jangan complicated kan sangat hidup kita yang tak tahu berapa panjang ni, mana yang tak suka kita tu. Biar lah. Kita lepaskan dia. Kita pun tak payah la beria-ia nak suka dia atau beria-ia nak explain pada dia supaya dia suka kat kita.

Tak perlu. Buang masa. Buang tenaga. Dan sometimes memalukan sahaja. So, please stop. Dia tak suka kita, fine. Move on. Tak payah serabutkan kepala kita fikir "kenapa dia tak suka aku?" Tak payah fikir. Keluarkan dia dari hidup kita. Ok. done..!


"..Kalau kita buat benda baik, orang mengata di belakang kita pun mereka akan mengata benda yang baik-baik sahaja. Jadi, jangan risau dan jangan melenting bila orang mengata belakang kita.."

(3)
Ini konsep yang aku guna pakai sekarang ni. Aku tak kisah apa orang nak mengata aku di belakang aku sebab kalau apa yang mereka kata tu betul, maka di kira mengumpat. Kalau apa yang mereka kata tu salah, maka di kira memfitnah. Dua-dua situasi pun aku dapat pahala dan aku tak luak apa-apa. So, silakan cakap kat belakang aku banyak-banyak. 

Bila aku up ayat macam ni, bunyi macam aku over confident dan sangaaaaatttt lah perasan bagus.. kan..?? hahahahaa.. memang perasan bagus pun. So what..?? :p

Yang penting kita terus buat baik. Jadi diri sendiri. Buat apa-apa biar ikhlas dan sejujur yang boleh. Tak ada orang hebat yang mengaku diri dia hebat tapi dia hebat sebab orang sekeliling dia yang tahu dan nampak dia hebat. Got it..?

(4)
Tak semua orang di lahirkan untuk menjadi seorang leader. Macam aku sendiri, aku tak suka jadi leader. Aku lebih suka jadi team member. Bukan mengelak untuk pikul tanggungjawab, tapi aku lebih suka menjadi supporter. Bayangkan kalau semua nak jadi leader, siapa nak jadi member..? Kalau semua bagi arahan, siapa nak buat arahan tu..?

Sebagai team member, cubalah jadi team member yang baik, positif, sentiasa support hal yang baik-baik, berkorban lah sikit untuk kesinabungan team, jangan sellfish, jangan tikam kawan, jangan berkira sangat bab masa dan tenaga, jadi team member yang sentiasa fikir macam mana nak jadikan team lebih berjaya.

Kalau rasa dah tak boleh 'masuk' dengan team tu lagi, keluar elok-elok. Jangan paksa diri berada dalam team yang tak buat kamu rasa bahagia. Fikir diri sendiri dahulu, jangan sibuk nak bahagiakan orang lain sebab orang yang tak bahagia bila sendiri tak kan membahagiakan orang yang lain. Simple.

***

Itu maksud aku, kita control siapa yang masuk dalam hidup kita. Siapa yang kita nak berada di sekeliling kita. Siapa yang baik dan memberi kebaikan kepada kita. Sebab ada orang yang baik tapi tak bawa kebaikan kepada orang lain. Tapis dengan siapa kita nak habiskan masa yang ada dalam kehidupan kita ni. Lepas dah pilih dan tapis tu, hargailah mereka. Jadi sahabat dan team member yang terbaik untuk mereka. Macam mana kita nak dikelilingi oleh orang-orang yang baik, macam tu juga mereka. Benda yang sama.

Apa kita bagi, itu yang kita akan dapat juga.

:)





...


Share:

10 comments:

  1. Entri yang amat berguna untuk Auni yang negatif dengan orang sekeliling ni. Patutnya tak payah fikir kan? Sangat penting untuk move on je :) Thanks kak for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, Auni cubalah banyakkan fikir positif selepas ni ok.. akak pun tengah cuba.. memang susah tapi kita sama-sama cuba tau.. :)

      akak doakan yang terbaik untuk Auni.. InsyaAllah..

      ...

      Delete
  2. Mama agak setuju juga laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih teragak-agak nampaknya tu mama... :)

      ...

      Delete
  3. setuju jugak.. kita yang kena faham diri kita sebelum faham org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! kalau tak nanti kita tak sedar kita dah susahkan orang lain pula.. :)

      ...

      Delete