Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Semua

Dalam hidup kita ni mestilah kita nak sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita dah ada. Betul tak..? Ada orang anggap itu sebagai cabaran dan ada juga yang anggap itu sebagai motivasi untuk bina kehidupan yang lebih baik. Tapi, ada juga jenis orang yang tak suka perubahan dan tak suka jadi lebih baik, tak suka benda yang lebih baik atau tak mahu tambah apa-apa yang dia dah ada. Dengan alasan, dia nak hidup bersederhana. Tak nak mewah, tak nak menunjuk-nunjuk, tak nak sombong dan bla bla bla..

Soalnya, adakah satu kesalahan kalau kita nak benda yang lebih baik dalam hidup kita..?

Gambar sekadar hiasan. Tapi aku rasa dah lama tak fly. Ke mana kita next year..??

Kalau kita anak orang kaya yang ada harta peninggalan datuk moyang kita yang banyak menggunung sampai 11 keturunan pun tak habis, adakah kita akan mencari pasangan hidup yang keutamaan mesti kaya raya juga? Tak kan. Kekayaan tu dah jadi nombor dua atau nombor lima untuk kita. Mungkin keutamaan kita pada waktu tu nak cari pasangan yang penyabar, kelakar dan bersifat kasih sayang yang lebih ke arah hati dan perasaan, bukan material. Kan?

Kalau kita sekarang dah pakai kereta compact, mesti kita ada keinginan nak pakai kereta MPV atau sekurang-kurangnya nak pakai kereta sedan. Kan? Tak kan dah pakai Viva sepuluh tahun lepas tu beli kereta Axia pula. 

Kalau kita sekarang tinggal di rumah Semi-D setingkat, mesti ada keinginan nak tinggal di rumah banglow atau rumah semi-D dua tingkat pula. Kan? Tak kan nak beli rumah teres setingkat yang lebih kecil dan sempit. 

Kalau kita sekarang dah kerja sebagai kakitangan awam dengan gaji sebulan dua tiga ribu, mesti ada keinginan nak naik pangkat atau nak buat apa-apa bisnes yang boleh tambah pendapatan bulanan kita. Kan? Tak kan nak duduk buat kerja yang sama, dengan gaji dan pangkat yang sama je sampai pencen. 

Kalau sekarang kita pakai Samsung Note 3, mesti ada keinginan nak pakai Note 8 atau iPhone 8 pula. Kan? Tak kan nak balik pakai smartphone yang tak berapa smart dah. Aku tak kata smartphone yang lebih murah tu cikai atau tak bagus, tapi kalau dah biasa pakai Samsung Note mesti dah terbiasa ada S Pen tu kan. Walau macam mana pun jarang guna S Pen tu tapi dah biasa ada S Pen, jadi mesti nak ada juga S Pen walau beli smartphone baru dan lain jenama. Faham ke..?

Aku sebenarnya nak bagitahu yang aku buntu buat pilihan smartphone zaman sekarang ni. Nak beli yang aku berkenan, mahal Ya Rabbi. Rasa tak berbaloi nak habiskan duit simpanan aku untuk benda yang sentiasa berubah-ubah dan upgrade memanjang ni. Canggih mana pun smartphone yang kita pakai sekarang, lepas setahun nanti dah jadi tak canggih lagi. Kan..? hahahahahaha.. So, nak beli smartphone yang sesuai dengan jiwa, dengan lifestyle dan mengikut betul-betul apa keperluan kita sangat lah susah...!

Okey, tu je nak luahkan. Yang atas-atas tu aku bebel je.
Thanks sudi baca.

:p




Disclaimer : Aku tak kata cari pasangan hidup yang kaya raya tu salah. Aku tak mengata orang yang pakai Viva atau Axia. Aku tak cemuh orang yang duduk rumah teres dan aku tak pernah sekali-kali pandang rendah orang yang kerja makan gaji dengan gaji dua tiga ribu sebulan. Tu cuma sebahagian contoh sahaja. Aku harap pembaca blog ni tak ada yang perangai budak-budak. Hati tisu tak apa, jangan hati tak empuk....! hehehehehee.. ada ehh, hati tak empuk...? what-everee-gghhh... :)


...
Share:

13 comments:

  1. laptop LInda rosak, adakah patut beli atau tidak?

    eh..macam tak related pulak dgn entri ni ye heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang PATUT beli baru...! blogger famous macam Linda kena sentiasa ada laptop yang perform bagus, baru senang nak update blog selalu.. hehehehee. Anggap je beli laptop baru tu sebagai pelaburan jangka panjang.. :)

      ...

      Delete
  2. Kalau Zhi, bila nk beli phone baru, kena fikir apa yang kita nak dari phone tu. Fungsi apa yg kita akan betul2 pakai atau memang kita suka. Kalau I, I prefer yang tak lemau yakni processor kena laju berdesup sbb memang jenis semua benda nak cepat. Kemudian camera canggih macam mana. Sebab memang suka tangkap gambar (bukan selfie). Jadi buat masa sekarang, ada terfikir juga nk tukar phone.

    Yang ada dalam kepala otak ni, iPhone7plus. Sebab selama pakai iphone tak pernah lemau lagi dan kualiti camera ip7+ pun nampak lazat.

    Tapi tu lah, nak beli benda mahal mcm ni kena fikir 8 juta kali. Skg ni fikir nak phone yg up sikit sebab nak promote bisnes senang sikit. Boleh upload gambar dgn kualiti cantik dan ada skrin besar kalau nak tunjuk something kt client masa discussion. Jangan tanya pasal ipad. Dah terbelah dua sbb jatuh dan malas nak beli lagi. haha..

    Gitu lah cite dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh.. high 5..!! (sambil tunjuk tapak tangan) hehehehee..

      Iphone 7+ memanglah sangat menggoda. Masuk dalam list aku juga. Lama dah. Walaupun tengok iPhone 8 atau iPhone X tapi hati tetap terpaut kat iPhone 7+ ..hehehehehe.. Pengaruh iklan sangat kann.. :)

      And yesssss, aku pun cari yang camera belakang cantik dan high quality. Camera depan tak kisah sangat sebab aku pun jarang2 nak selfie. Processor of course nak yg laju. Storage pun kalau boleh nak sederhana besar. 64GB tu cukup rasanya.

      Tapi paling penting selain camera dan processor adalah bateri..!! hahahahahaa.. please la.. sangat penting okehh..!! Salah satu sebab kenapa nak tukar Note 3 ni sebab bateri dia lah. Punya la cepat habis. Jenuh asyik nak charge je. Dan aku tak suka handphone tu bergayut kat power bank selalu.. boleh mendatangkan sakit mata dan sakit jiwa... kikikikiii.. :p

      Apapun, process survey masih berjalan. Tengoklah nanti mana yang "poket" aku izinkan. Iphone 7+ tu kalau dapat, memang macam minyak yang penuh aku tatang.. hehehehehe..

      :)

      ...

      Delete
  3. Try beli vivo v7+...gambar memg cantik... Serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuuu.. Vivo 7+ camera depan 24MP kan.. :)
      tapi camera belakang 16MP je.. video pun tak boleh sampai 4K.. hehehehee.. tp design Vivo boleh tahan cantik..

      :)

      ...

      Delete
  4. Hehe, mmg sukar nak buat keputusan kan...
    Saya still pakai tablet samsung zaman 5 tahun lalu ...
    Nak ganti yg baru , tp rasa mcm membazir la pula....
    Pakai ja selagi masih ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain pun sayanggggg sangat Note 3 ni cuma sekarang rasa dah tak compatible la expecially battery -- cepat sangat empty..! hehehehehe.. :)

      Kalau boleh memang nak beli yang baru pun Samsung juga, cuma kena tengok bajet juga.

      ...

      Delete
  5. entah ya.. samsung guna brand yg cikai je.. iphone tak penah guna.. rasa tak mampu.. huhu.. tapi sekarang ni jatuh hati dengan kelas vivo je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... teringin nak pakai iPhone tapi rasa tak mampu.. hehehehehe.. Kalau la ada orang sponsor.. ehh..! :p

      ...

      Delete
  6. Replies
    1. Yesssssss...!! sekarang tengah usha teruk dengan Huawei.. aduhhh tergoda..! :)

      ...

      Delete
  7. Siqah iPhone user so go for iPhone 8 or iPhone X. hihi. Tapi bila tengok harga, Siqah rasa baik beli MAcbook :D

    ReplyDelete