Lama Sudah Aku Mengidamkan Women Belt (Metal Gold)

Wah, rajin pula aku survey pasal women belt sekarang ni. Gara-gara dah tergoda tengok trend super-model dan artis popular sekarang ramai yang menggayakan metal gold belt dalam penampilan mereka. Sebab tu jadi trending dan ramai yang mengikut. Macam tak lengkap pula OOTD diaorang kalau tak pakai belt kan? Lepas tu pula, pilihan belt diaorang cantiiiikkk je and selalu sesuai je dengan outfit yang diaorang pakai. Superb..!

Masalahnya nak pilih tali pinggang yang sesuai dengan saiz badan aku yang tak berapa nak super-model ni macam mana ek..? Risau pula bila pakai tali pinggang nanti makin nampak gemuk atau makin nampak pendek. Ohh scary..!

metal gold belt, women fashion, women accessories that must have
Metal Gold Belt


The Eye Catcher : Women Metal Gold Belt

Berkenan betul aku tengok Metal Gold Belt ni. Nampak stylish habis. Kalau kena bagi markah dalam penampilan, aku rasa metal gold belt ni memang akan dapat extra mark lah sebab sangat menonjol dan berjaya menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Walaupun outfit biasa, simple dan bersahaja tapi dengan kehadiran metal gold belt  tu terus penampilan jadi berbeza,  nampak mewah dan pastinya akan menjadi eye catcher kepada siapa sahaja yang memandang.

Tips Memilih Tali Pinggang Untuk Wanita Berbadan Besar

Tapi jangan tersilap langkah. Tidak semua bentuk badan sesuai menggayakan metal belt yang lebar macam tu. Berita kurang baik untuk aku yang berbadan besar ni. Tapi tidak sesekali aku berputus asa. Nak juga cuba metal belt ni. Ada caranya tau. Jom aku kongsikan.

1.  Pilih tali pinggang yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar kelebarannya. Bergantung kepada saiz pinggang anda juga. Kalau wanita berbadan besar tetapi pinggang kecil (ada body curve) tak ada masalah nak pilih tali pinggang sedikit lebih lebar

2.  Pilih material tali pinggang yang boleh merengang (strain) seperti getah, kulit lembut mahu pun jenis  fabrik. Elakkan memilih tali pinggang dari jenis besi (metal) sahaja. Kalau masih nak cuba yang jenis metal, sebaiknya pilih tali pinggang yang ada gabungan metal dengan soft leather atau fabrik supaya metal tidak dominan.

3.  Pilihan warna tali pinggang juga sangat penting. Untuk wanita bersaiz besar dan tidak ada lekuk badan (curve) elakkan memilih tali pinggang yang berwarna terang. Ia akan menampakkan lagi saiz pinggang anda yang tidak ramping.

4.  Kedudukan tali pinggang semasa memakainya perlu betul. Bagi tubuh wanita yang terlalu besar di bahagian pinggan ke atas, pastikan tali pinggang dipakai lebih tinggi sedikit daripada kedudukan pinggang sebenar. Manakala bagi wanita yang bertubuh lebih besar di bahagian pinggang ke bawah, boleh pakai tali pinggang pada kedudukan sebenar pinggang atau sedikit ke bawah.

5.  Andaikan tali pinggang sebagai ilusi bagi menampakkan bentuk badan anda yang tidak straight atau terlalu kembang. Jadi pastikan anda memilih tali pinggang yang tidak terlalu sarat supaya bentuk badan anda yang cantik tidak dikaburi dan hilang dari perhatian orang yang memandang.

tips memilih tali pinggang untuk wanita gemuk, belt for women plus size
belt for women plus size

Gigih aku buat survey dan siap cari tips nak pilih tali pinggang untuk wanita plus size macam aku. Nak bergaya sangat kononnya. Walaupun aku belum begitu confident nak menggayakan tali pinggang, tapi apa salahnya kalau aku cuba. Orang tua-tua kata, tak cuba tak tahu. Betul tak?

Dapatkan Women Belt Trend Terkini di ZALORA

Dekat ZALORA sekarang banyak pilihan tali pinggang untuk wanita tau. Macam-macam jenis ada. Selain metal gold belt ni, yang skinny belt pun cantik-cantik juga. Aku tengok orang-orang muda selalu pilih skinny belt ni. Nampak lebih catchy and trendy.

Gambar kat bawah ni pula antara women belt terbaru yang boleh di dapatkan melalui www.zalora.com.my sekarang. Cantik kan..? Harga pun boleh tahan murah-murah je. Yang penting pilihlah tali pinggang yang berkualiti dan tahan lasak. Selain tu jangan lupa pilih tali pinggang yang boleh digayakan dengan banyak outfit. Baru lah jimat dan kreatif namanya. :)

new at zalora, women belt, skinny belt, TOPSHOP at ZALORA
pilihan women belt di ZALORA

Apa tunggu lagi, jom shopping di ZALORA hari ini. Jangan takut nak mencuba fashion tali pinggang walaupun badan kita tak macam badan super-model okey…!! J

Share:

Aku Dan Acrophobia

Lepas aku share gambar aku naik SkyBox kat Menara Kuala Lumpur bulan lepas, KAMU ada whatsapp personal aku tanya sejak bila aku berani naik tempat-tempat tinggi macam tu. Ehh..! Aku memang berani lah. Tolong sikit ye. You don't know me well..! Gitueeww aku reply dalam hati lah. Hakikatnya, aku memang tak kisah naik tempat-tempat tinggi. Aku tak pernah ada fobia berada kat tempat tinggi (acrophobia) tu. Selama ni, bila aku naik flight ke bangunan tinggi ke apa semua, aku tak takut. Cuma rasa seriau sikit-sikit tu ada la juga. Normal kan. Lagipun hari aku naik SkyBox Menara KL (klik sini untuk maklumat lanjut) tu aku pakai baju kurung, kena lah cover sikit. 

tak fobia tempat tinggi, fobia jambatan gantung, SkyDec Menara KL, kenangan manis naik SkyDec Menara KL
SkyBox and SkyDeck Menara Kuala Lumpur (RM75 per person - adult with MyKad)
Aku syak KAMU sebenarnya bukan terkejut tengok aku berani naik SkyBox tu tapi KAMU terkejut tengok size aku sekarang dah 87kg..!!! hahahahahaha. KAMU dah lama tak jumpa aku, tak sangka kot aku sekarang dah 'besar', tak macam dulu yang ala-ala kurus dan kecik. Well, manusia berubah la.. bukan ke KAMU yang ajar aku tentang semua tu.. phuiiii..! :p

Fobia Dengan Jambatan Gantung

Dan mungkin KAMU terlupa yang aku sebenarnya fobia bukan pada tempat tinggi tapi pada jambatan gantung..!! Ya, yang tu aku memang mengaku lah. Sampai sekarang aku adalah sejenis yang takut dengan jambatan gantung. Kalau suka-suka kena lalu jambatan gantung, memang aku tak akan lalu..! aku lebih rela ikut jalan lain yang jauh atau lebih merbahaya. Sanggup..! 

Aku pun tak tahu dan tak ingat sejak bila aku takut sangat dengan jambatan gantung tapi memang sejak kecil aku mengelak naik jambatan gantung. Aku ada satu rasa tak selesa yang membuak-buak dalam kepala aku setiap kali nampak jambatan gantung. Perut pun memulas-mulas, rasa nak muntah. Walaupun aku tengok jambatan gantung tu dalam tv atau gambar dalam majalah/komputer/youtube dan sebagainya. Perut aku tetap memulas-mulas juga. Silap-silap boleh berpeluh aku tengok gambar je pun.

Tak tahu la kenapa aku takut sangat. Mungkin sebab jambatan gantung tu tak nampak kukuh langsung..! Terbuai-buai macam tu. Ehh..! siapa yang mula-mula cipta jambatan gantung ni haa..??!! Tak kreatif langsung..! dammmnn.. :(

Canopy Walk Paling Menyeramkan

Seingat aku sekitar tahun 2003 dulu waktu aku masih ehem ehemm dengan KAMU, aku pernah join team universiti dia pergi buat aktiviti kat Taman Negara Gunung Tahan, Pahang. Itu kali pertama aku jumpa dan kena paksa naik canopy walk ni. Ya Allah, azabbbbb nya..!! Aku masih ingat perasaan kecut perut tu sampai hari ni. Tak boleh lupa..!

Canopy walk ni walaupun laluan (jambatan) tu tak beralun-alun atau terbuai-buai macam jambatan gantung, tapi canopy walk ni punya tinggi nun atas pucuk pokok..! Ko rasaaaaa...?!! Lagipun canopy walk ni laluan tempat kaki berpijak tu ya ampppuuunnn.. kecik sangat wehh..! Again, siapa yang mula-mula cipta canopy walk ni haa..??!! Tak enjoy langsung..!! Grrrrrr... Waktu aku jalan setapak demi setapak kat atas canopy walk tu, aku memang tak pandang bawah. Tak tengok langsung keindahan alam semualajadi what-so-ever..! Yang aku tahu nak cepat sampai dan nak cepat turun. That's it...!! :p

canopy walk di Taman Negara Gunung Tahan, Pahang, fobia berada di tempat-tempat tinggi, takut jambatan gantung
Canopy Walk Taman Negara Gunung Tahan, Pahang (sumber gambar daripada Google)
Waktu kat atas tu, aku rasa jantung aku dah tercicir ke bawah. Darah aku dah kering kena sedut. Sejuk. Gigil. Dan paling penting aku rasa canopy walk tu sangaaaaaaaatttt la panjang tak sampai-sampai hujung. Benci lah..! Nak nangis oiii, memang dah bergenang airmata. Tapi malu. Kena pula KAMU masa tu ada kat belakang aku, tak leh arr nak gembeng (kuat nangis), kena la jaga airmuka ala-ala hati kental. Walaupun dalam hati ya aduhaiiiiii.. aku rasa nak buat-buat pengsan je biar ambulance datang jemput aku bawa turun bawah dengan selamatnya.. hehehehehehe.. kena la drama sikit, baru namanya hindustan.. ehh.. :p

Kali kedua aku naik canopy walk, masa tu dengan Pokchik. Kami pergi Hot Spring Ranau kat Sabah. Masa tu pun aku tak berani sebenarnya tapi Pokchik paksa. Dah bayar tiket semua kan, rugi lah tak naik. Lagipun masa tu aku rasa macam berani tau. Sumpah..! confident sangat masa tu. Tapi bila dah separuh jalan tu darah gemuruh dan fobia aku datang balik. Tiba-tiba rasa pucat muka. Sejuk lain macam. Nak nangis juga masa tu tapi ada atok-atok dengan opah-opah mat salleh kat situ sekali, slumber je depa jalan kat canopy walk tu sambil sembang2 gelak2.. snap picture..! So, aku rasa tercabar la. Malu oiiii nak nangis. Terpaksa la aku tahan juga. Acah-acah berani la, dalam hati berzikir, nasyid, surah Al-Fatihah dengan Ayat Kursi tu dekat 99 kali dah ulang. Gituueewww...!!

:)

Sebenarnya yang buat aku fobia sangat dengan jambatan gantung ni sebab keadaannya yang tak kukuh. Bukan sebab tinggi. Kalau ikutkan aku suka berada kat tempat tinggi, terutama masa muda-muda dulu aku suka join team daki gunung. Perasaan bila sampai kat puncak gunung tu Subahanallah indah sangat. Seronok dan bahagia dapat berada kat tempat tinggi sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ni kan. Aku tak ada masalah naik tempat tinggi.

Yang aku masalah sangat sebab jambatan gantung tu bergoyang-goyang. Aku tak boleh tahan diri dari fikir yang bukan-bukan. Aku rasa jambatan gantung tu akan putus, akan terputar dan terbelit, akan ada angin yang maha kuat menghempas dan menjahanamkan jambatan gantung tu sekali gus akan buat aku yang ada kat atas jambatan gantung tu tercampak ke bawah dalam keadaan kepala sampai dulu, terhentak kat batu. Kepala pecah. Ngeri kan....!!

Ok cukup. Perut aku dah memulas-mulas ni. Baru bayangkan pun, fobia aku dah sampai. Apatah lagi kalau kena hadap betul-betul. Memang minta elak la 44 malaikat. Aku dengar kat Sunway Lagoon ada jambatan gantung kan.. panjaaaaaannnggggg kan..?! memang jangan harap aku akan naik. Bayar aku RM 1 juta pun, aku tak akan naik. Dah. Bye...!

Korang ada fobia tak..? Cuba share dengan aku pula, korang takut apa..

:)



...



Share:

Anda Fikir Saya Ada Masa Untuk Sakit Kepala ??

gambar sekadar hiasan

Aku mengantuk dan mula sakit kepala. Semalam tidur lewat disebabkan tengok filem hindustan Mary Kom lepas tu sambung tengok filem hindustan lama-lama lakonan Sanjay Dutt. Jadi semua salah hindustan. Maka mari kita update blog dengan taip entry terbaru secara random. Sebelum tu, biar aku berterus terang -- sesungguhnya aku di dalam mood yang carca-marba. Semua di sisi aku nampak okey tetapi sebenarnya tidak rata dan sekata. Tonggang terbalik. Jadi maafkan aku andai entry random ini buat kau yang membaca ikut sama terserabut tersangkut terikut atau terjerut. Aku cuba.

Aku terkilan dengan seorang sahabat lama. Setelah sekian lama dia menghilangkan diri. Tak tahu khabar berita. Dia pun tak pernah cari aku, tanya khabar aku. Tiba-tiba bila kembali ke arena FB hanya untuk aktif dalam bisnes. Aku yang tertunggu-tunggu berita dan cerita baru tentang dia, diberi hampa. Yang sering lalu di wall FB aku cuma hal bisnes dia. Tak habis-habis dengan hashtag-gaji-5-angka atau hashtag-gaji-2-kali-sebulan. Hahhaahaha..! Aku bosan. Sorry lah kawan, FB aku untuk berkawan bukan untuk jual hashtag. Kita tetap kawan, jumpa nanti kita sembang..! Itu pun kalau masih sudi.

Kelmarin (5 Dis) aku bawa anak tiri yang sulung tu pergi interview masuk MRSM Ulul Albab. Dasyat budak-budak sekarang, nak masuk MRSM atau Sekolah Asrama Penuh semua kena interview/ujian saringan dulu. Kesian juga, baru 12 tahun dah kena hadap semua tu. Tapi dah begitu sistem zaman sekarang. Kami ikut je dan cuba yang terbaik semampu dan sedaya terdaya.

Tapi aku tak puas hati dengan cara MRSM buat ujian saringan. Tak tahu apa format dia. Tak nampak ketelusan dalam pemilihan. Pihak penemuduga tak tanya dan tak tengok pun sijil-sijil akademik, kokurikulum dan sukan yang anak aku join. Habis macam mana nak tahu nilai tambah kepada calon tu..? Interview bukan main, suruh hafal ayat itu ayat ini, tapi lastly pihak MRSM tengok keputusan UPSR berapa A juga kan..? Yang penilaian PPSR semua tu pun depa tak tengok. Tanya pun tak. Sedih. Merungut banyak-banyak tak elok. Kita tunggu je apa keputusan nanti. Doa yang baik-baik lebih penting.

Sabtu ni ada kenduri sebelah family aku di Tangkak. First time nak bawa anak-anak tiri aku jumpa dan kenal-kenal dengan saudara-mara sebelah aku. Rasa nervous gila..! Macam nak jumpa keluarga mertua pula. Hahahahaha. Aku ada alasan sendiri kenapa selama ni 'sorokkan' anak-anak tiri walaupun tak berniat sangat pun nak sorok. Cuma belum bersedia nak bawa mereka jumpa semua. Sekarang rasa macam dah sedia sikit. So, tengoklah Sabtu nanti macam mana. Pray for me please..!

Aku plan nak bercuti santai-santai tepi pantai dengan family. Kebetulan anak-anak tiri masih ada dengan aku, boleh lah bawa sekali. Tak nak pergi jauh-jauh pun sebab Isnin dah kerja. Tak nak penat-penat. Plan nak bercuti ke Port Dickson je senang. Tapi cuti-cuti sekolah ni faham je lah, semua tempat penuuh. Stress betul. Pergi bercuti nak, tapi nak deal dengan segala persiapan tu aku malas..! Kalau boleh nak on the sport je.. lolss.. :p

Hadiah untuk sepupu aku nak kahwin belum beli. Selalu masalah sangat nak beli apa sebagai hadiah pengantin baru. Nak beli ikut taste kita, takut taste pengantin lain pula. Tapi kalau nak fikir apa taste pengantin, jawabnya sampai ke sudah hadiah tak beli-beli juga..! Sudahnya beli hadiah yang 'selamat' je lah. Yang agak-agak semua makhluk suka.. hehehehehe.. Bijak kan saya..? Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala fikir pasal hadiah je..? dengggg.. 

Entry pernikahan Fattah Amin dan Fazura dah cecah 1k view dalam tempoh lebih kurang seminggu. Terkejut aku. Sebelum ni tak pernah entry aku dalam blog ni cecah sampai 1k dalam tempoh itu. Entry lirik lagu Amboi Amboi Amboi ni pun makan bulan baru dapat cecah 1k.. hehehehehe. Alhamdulillah. Tiba-tiba rasa happy sangat. Apakah aku patut menulis lebih banyak tentang artis sahaja selepas ni...?? hahahahaha..

Sejak awal November aku biasakan diri pakai contact lens pergi kerja. Spek aku sekarang dah tak sesuai dengan power rabun aku. Agaknya power aku dah naik lagi. Nangis. Lebih 20 tahun pakai spek ni, berpuluh kali tukar spek sebab rabun meningkat atau sebab spek terpatah tak sengaja. Sebelum ni memang aku selalu juga pakai contact lens tapi tak sekerap sebulan dua ni lah. Selalunya aku pakai contact lens bila nak pergi majlis-majlis je. Masalahnya pula seminggu dua ni mata putih aku naik merah. Kadang sikit, kadang merah teruk. Nangis lagi.

Risau aku. Entah-entah makin teruk mata aku ni. Cari penyakit sungguh lah..! Niat nak pergi buat spek baru dengan power baru. Tapi asyik tertangguh je. Tak tahu la kenapa malas sangat. Fikir soal kos tu satu hal juga. Setiap kali buat spek baru lima enam ratus sure melayang. Tak faham betul aku, kenapa semua benda sekarang dah mahal..?!! Benci lahhh.. grgrgrgrgrgrr..

Seminggu dua ni juga hati aku meronta-ronta nak bela anak kucing. Nak kata aku sunyi, tak juga. Tapi aku teringin sangat. Rasa macam anak kucing comel sangat nak mateyyy..! Geram nak gomol-gomol anak kucing orang tapi segan. Soalnya mampu ke aku nak bela anak kucing..? Nanti masa gi kerja atau balik kampung atau ikut Pokchik out station, anak kucing tu macam mana? Siapa nak bagi makan? Siapa nak urus berak kencing dia? Dan.... kalau boleh aku nak cari anak kucing yang baka baik-baik tu. Yang bulu tebal tapi tak mudah gugur. Yang comel dan manja. Tak nak yang ganas buas atau kencing merata. Ada siapa nak bagi tak..? ngeeeee...

Okey dah. Habis entry random. 
Makin pening aku lepas baca balik entry ni.
Nasib lah..! Dah. Save. Publish.

Done entry pertama untuk bulan ini.
Ok bye...! :p





...


Share: