Aku Dan Acrophobia

Lepas aku share gambar aku naik SkyBox kat Menara Kuala Lumpur bulan lepas, KAMU ada whatsapp personal aku tanya sejak bila aku berani naik tempat-tempat tinggi macam tu. Ehh..! Aku memang berani lah. Tolong sikit ye. You don't know me well..! Gitueeww aku reply dalam hati lah. Hakikatnya, aku memang tak kisah naik tempat-tempat tinggi. Aku tak pernah ada fobia berada kat tempat tinggi (acrophobia) tu. Selama ni, bila aku naik flight ke bangunan tinggi ke apa semua, aku tak takut. Cuma rasa seriau sikit-sikit tu ada la juga. Normal kan. Lagipun hari aku naik SkyBox Menara KL (klik sini untuk maklumat lanjut) tu aku pakai baju kurung, kena lah cover sikit. 

tak fobia tempat tinggi, fobia jambatan gantung, SkyDec Menara KL, kenangan manis naik SkyDec Menara KL
SkyBox and SkyDeck Menara Kuala Lumpur (RM75 per person - adult with MyKad)
Aku syak KAMU sebenarnya bukan terkejut tengok aku berani naik SkyBox tu tapi KAMU terkejut tengok size aku sekarang dah 87kg..!!! hahahahahaha. KAMU dah lama tak jumpa aku, tak sangka kot aku sekarang dah 'besar', tak macam dulu yang ala-ala kurus dan kecik. Well, manusia berubah la.. bukan ke KAMU yang ajar aku tentang semua tu.. phuiiii..! :p

Fobia Dengan Jambatan Gantung

Dan mungkin KAMU terlupa yang aku sebenarnya fobia bukan pada tempat tinggi tapi pada jambatan gantung..!! Ya, yang tu aku memang mengaku lah. Sampai sekarang aku adalah sejenis yang takut dengan jambatan gantung. Kalau suka-suka kena lalu jambatan gantung, memang aku tak akan lalu..! aku lebih rela ikut jalan lain yang jauh atau lebih merbahaya. Sanggup..! 

Aku pun tak tahu dan tak ingat sejak bila aku takut sangat dengan jambatan gantung tapi memang sejak kecil aku mengelak naik jambatan gantung. Aku ada satu rasa tak selesa yang membuak-buak dalam kepala aku setiap kali nampak jambatan gantung. Perut pun memulas-mulas, rasa nak muntah. Walaupun aku tengok jambatan gantung tu dalam tv atau gambar dalam majalah/komputer/youtube dan sebagainya. Perut aku tetap memulas-mulas juga. Silap-silap boleh berpeluh aku tengok gambar je pun.

Tak tahu la kenapa aku takut sangat. Mungkin sebab jambatan gantung tu tak nampak kukuh langsung..! Terbuai-buai macam tu. Ehh..! siapa yang mula-mula cipta jambatan gantung ni haa..??!! Tak kreatif langsung..! dammmnn.. :(

Canopy Walk Paling Menyeramkan

Seingat aku sekitar tahun 2003 dulu waktu aku masih ehem ehemm dengan KAMU, aku pernah join team universiti dia pergi buat aktiviti kat Taman Negara Gunung Tahan, Pahang. Itu kali pertama aku jumpa dan kena paksa naik canopy walk ni. Ya Allah, azabbbbb nya..!! Aku masih ingat perasaan kecut perut tu sampai hari ni. Tak boleh lupa..!

Canopy walk ni walaupun laluan (jambatan) tu tak beralun-alun atau terbuai-buai macam jambatan gantung, tapi canopy walk ni punya tinggi nun atas pucuk pokok..! Ko rasaaaaa...?!! Lagipun canopy walk ni laluan tempat kaki berpijak tu ya ampppuuunnn.. kecik sangat wehh..! Again, siapa yang mula-mula cipta canopy walk ni haa..??!! Tak enjoy langsung..!! Grrrrrr... Waktu aku jalan setapak demi setapak kat atas canopy walk tu, aku memang tak pandang bawah. Tak tengok langsung keindahan alam semualajadi what-so-ever..! Yang aku tahu nak cepat sampai dan nak cepat turun. That's it...!! :p

canopy walk di Taman Negara Gunung Tahan, Pahang, fobia berada di tempat-tempat tinggi, takut jambatan gantung
Canopy Walk Taman Negara Gunung Tahan, Pahang (sumber gambar daripada Google)
Waktu kat atas tu, aku rasa jantung aku dah tercicir ke bawah. Darah aku dah kering kena sedut. Sejuk. Gigil. Dan paling penting aku rasa canopy walk tu sangaaaaaaaatttt la panjang tak sampai-sampai hujung. Benci lah..! Nak nangis oiii, memang dah bergenang airmata. Tapi malu. Kena pula KAMU masa tu ada kat belakang aku, tak leh arr nak gembeng (kuat nangis), kena la jaga airmuka ala-ala hati kental. Walaupun dalam hati ya aduhaiiiiii.. aku rasa nak buat-buat pengsan je biar ambulance datang jemput aku bawa turun bawah dengan selamatnya.. hehehehehehe.. kena la drama sikit, baru namanya hindustan.. ehh.. :p

Kali kedua aku naik canopy walk, masa tu dengan Pokchik. Kami pergi Hot Spring Ranau kat Sabah. Masa tu pun aku tak berani sebenarnya tapi Pokchik paksa. Dah bayar tiket semua kan, rugi lah tak naik. Lagipun masa tu aku rasa macam berani tau. Sumpah..! confident sangat masa tu. Tapi bila dah separuh jalan tu darah gemuruh dan fobia aku datang balik. Tiba-tiba rasa pucat muka. Sejuk lain macam. Nak nangis juga masa tu tapi ada atok-atok dengan opah-opah mat salleh kat situ sekali, slumber je depa jalan kat canopy walk tu sambil sembang2 gelak2.. snap picture..! So, aku rasa tercabar la. Malu oiiii nak nangis. Terpaksa la aku tahan juga. Acah-acah berani la, dalam hati berzikir, nasyid, surah Al-Fatihah dengan Ayat Kursi tu dekat 99 kali dah ulang. Gituueewww...!!

:)

Sebenarnya yang buat aku fobia sangat dengan jambatan gantung ni sebab keadaannya yang tak kukuh. Bukan sebab tinggi. Kalau ikutkan aku suka berada kat tempat tinggi, terutama masa muda-muda dulu aku suka join team daki gunung. Perasaan bila sampai kat puncak gunung tu Subahanallah indah sangat. Seronok dan bahagia dapat berada kat tempat tinggi sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ni kan. Aku tak ada masalah naik tempat tinggi.

Yang aku masalah sangat sebab jambatan gantung tu bergoyang-goyang. Aku tak boleh tahan diri dari fikir yang bukan-bukan. Aku rasa jambatan gantung tu akan putus, akan terputar dan terbelit, akan ada angin yang maha kuat menghempas dan menjahanamkan jambatan gantung tu sekali gus akan buat aku yang ada kat atas jambatan gantung tu tercampak ke bawah dalam keadaan kepala sampai dulu, terhentak kat batu. Kepala pecah. Ngeri kan....!!

Ok cukup. Perut aku dah memulas-mulas ni. Baru bayangkan pun, fobia aku dah sampai. Apatah lagi kalau kena hadap betul-betul. Memang minta elak la 44 malaikat. Aku dengar kat Sunway Lagoon ada jambatan gantung kan.. panjaaaaaannnggggg kan..?! memang jangan harap aku akan naik. Bayar aku RM 1 juta pun, aku tak akan naik. Dah. Bye...!

Korang ada fobia tak..? Cuba share dengan aku pula, korang takut apa..

:)



...



Share:

12 comments:

  1. Huhuu mama mmg takut tempat tinggi. Jambatan gantung pun takut gak sebab goyang2 tapi Masih boleh overcome lagi perasaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tempat tinggi tapi kukuh, should be no problem mama.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  2. Comel duduk bersimpuh atas lantai cermin .. haha..

    Bila nampak soalan ni "Korang ada fobia tak..? Cuba share dengan aku pula, korang takut apa.." I tak tau nak jawab apa..

    *termenung kejap*

    After 10 minutes ....

    *termenung lagi*

    hehehe.. tak sure nak fobia dengan apa. Nantilah fikir lagi .

    Jaga diri ain . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kan.. comel dan sopan dan ayu dan poyo.. kannn.. hahahahaa.. :p

      kamu memang berani.. tak ada fear factor kot.. hehehehe.. untunggg sangat tau kalau jenis yang tak ada fobia ni.. tak ada la kena sakat.. :)

      ...

      Delete
  3. Baru ni masa cuti-cuti ke Jepun, naik jambatan gantung kat situ sbb dah bayar..Saya gigih berjalan atas jambatan tu dengan mak mertua..en.suami awal2 tak mau..seriau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiikk.. en.suami pula jenis seriau..? hehehehee..
      betul la, kalau dah bayar (mahal pula tu) memang paksa diri naik juga.. tapi kalau saya memang tak pandang bawah. kalau boleh jalan laju2 biar cepat sampai hujung.. kikikikii..

      :p

      ...

      Delete
  4. aku dah naik jambatan gantung poring tu. and percayalahhhh jambatan gantung taman negara kuala tahan lebih menakutkan huhuhu. lebih tinggi, dan lebih jauh gap perjalanan hahaha.

    anyway, aku develop claustrophobia lepas tengok cikgu aku dikebumikan. terus lepas tu tempat sempit, gelap (macam cave) tu buat aku sesak nafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...!! yang Taman Negara Gunung Tahan tu, ya ampuuuuunnnn...! ngeri.. hahahahaa.. :p

      fobia dengan tempat gelap dan sempit ye, ermmm.. ye lah boleh jadi panik juga dan cepat putus nafas.. :(

      ...

      Delete
  5. kalau naik tempat tinggi2 gitu takut ada barang jatuh je, mcm mana nak amik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sadoqallah al-azim la jawabnya.. :p

      ...

      Delete
  6. sy pun tkt tmpt tinggi..titi gantung pun tkt jugakk...GAYAT.... da follow u ,,heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. terima kasih.. :)

      ...

      Delete