Anda Fikir Saya Ada Masa Untuk Sakit Kepala ??

gambar sekadar hiasan

Aku mengantuk dan mula sakit kepala. Semalam tidur lewat disebabkan tengok filem hindustan Mary Kom lepas tu sambung tengok filem hindustan lama-lama lakonan Sanjay Dutt. Jadi semua salah hindustan. Maka mari kita update blog dengan taip entry terbaru secara random. Sebelum tu, biar aku berterus terang -- sesungguhnya aku di dalam mood yang carca-marba. Semua di sisi aku nampak okey tetapi sebenarnya tidak rata dan sekata. Tonggang terbalik. Jadi maafkan aku andai entry random ini buat kau yang membaca ikut sama terserabut tersangkut terikut atau terjerut. Aku cuba.

Aku terkilan dengan seorang sahabat lama. Setelah sekian lama dia menghilangkan diri. Tak tahu khabar berita. Dia pun tak pernah cari aku, tanya khabar aku. Tiba-tiba bila kembali ke arena FB hanya untuk aktif dalam bisnes. Aku yang tertunggu-tunggu berita dan cerita baru tentang dia, diberi hampa. Yang sering lalu di wall FB aku cuma hal bisnes dia. Tak habis-habis dengan hashtag-gaji-5-angka atau hashtag-gaji-2-kali-sebulan. Hahhaahaha..! Aku bosan. Sorry lah kawan, FB aku untuk berkawan bukan untuk jual hashtag. Kita tetap kawan, jumpa nanti kita sembang..! Itu pun kalau masih sudi.

Kelmarin (5 Dis) aku bawa anak tiri yang sulung tu pergi interview masuk MRSM Ulul Albab. Dasyat budak-budak sekarang, nak masuk MRSM atau Sekolah Asrama Penuh semua kena interview/ujian saringan dulu. Kesian juga, baru 12 tahun dah kena hadap semua tu. Tapi dah begitu sistem zaman sekarang. Kami ikut je dan cuba yang terbaik semampu dan sedaya terdaya.

Tapi aku tak puas hati dengan cara MRSM buat ujian saringan. Tak tahu apa format dia. Tak nampak ketelusan dalam pemilihan. Pihak penemuduga tak tanya dan tak tengok pun sijil-sijil akademik, kokurikulum dan sukan yang anak aku join. Habis macam mana nak tahu nilai tambah kepada calon tu..? Interview bukan main, suruh hafal ayat itu ayat ini, tapi lastly pihak MRSM tengok keputusan UPSR berapa A juga kan..? Yang penilaian PPSR semua tu pun depa tak tengok. Tanya pun tak. Sedih. Merungut banyak-banyak tak elok. Kita tunggu je apa keputusan nanti. Doa yang baik-baik lebih penting.

Sabtu ni ada kenduri sebelah family aku di Tangkak. First time nak bawa anak-anak tiri aku jumpa dan kenal-kenal dengan saudara-mara sebelah aku. Rasa nervous gila..! Macam nak jumpa keluarga mertua pula. Hahahahaha. Aku ada alasan sendiri kenapa selama ni 'sorokkan' anak-anak tiri walaupun tak berniat sangat pun nak sorok. Cuma belum bersedia nak bawa mereka jumpa semua. Sekarang rasa macam dah sedia sikit. So, tengoklah Sabtu nanti macam mana. Pray for me please..!

Aku plan nak bercuti santai-santai tepi pantai dengan family. Kebetulan anak-anak tiri masih ada dengan aku, boleh lah bawa sekali. Tak nak pergi jauh-jauh pun sebab Isnin dah kerja. Tak nak penat-penat. Plan nak bercuti ke Port Dickson je senang. Tapi cuti-cuti sekolah ni faham je lah, semua tempat penuuh. Stress betul. Pergi bercuti nak, tapi nak deal dengan segala persiapan tu aku malas..! Kalau boleh nak on the sport je.. lolss.. :p

Hadiah untuk sepupu aku nak kahwin belum beli. Selalu masalah sangat nak beli apa sebagai hadiah pengantin baru. Nak beli ikut taste kita, takut taste pengantin lain pula. Tapi kalau nak fikir apa taste pengantin, jawabnya sampai ke sudah hadiah tak beli-beli juga..! Sudahnya beli hadiah yang 'selamat' je lah. Yang agak-agak semua makhluk suka.. hehehehehe.. Bijak kan saya..? Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala fikir pasal hadiah je..? dengggg.. 

Entry pernikahan Fattah Amin dan Fazura dah cecah 1k view dalam tempoh lebih kurang seminggu. Terkejut aku. Sebelum ni tak pernah entry aku dalam blog ni cecah sampai 1k dalam tempoh itu. Entry lirik lagu Amboi Amboi Amboi ni pun makan bulan baru dapat cecah 1k.. hehehehehe. Alhamdulillah. Tiba-tiba rasa happy sangat. Apakah aku patut menulis lebih banyak tentang artis sahaja selepas ni...?? hahahahaha..

Sejak awal November aku biasakan diri pakai contact lens pergi kerja. Spek aku sekarang dah tak sesuai dengan power rabun aku. Agaknya power aku dah naik lagi. Nangis. Lebih 20 tahun pakai spek ni, berpuluh kali tukar spek sebab rabun meningkat atau sebab spek terpatah tak sengaja. Sebelum ni memang aku selalu juga pakai contact lens tapi tak sekerap sebulan dua ni lah. Selalunya aku pakai contact lens bila nak pergi majlis-majlis je. Masalahnya pula seminggu dua ni mata putih aku naik merah. Kadang sikit, kadang merah teruk. Nangis lagi.

Risau aku. Entah-entah makin teruk mata aku ni. Cari penyakit sungguh lah..! Niat nak pergi buat spek baru dengan power baru. Tapi asyik tertangguh je. Tak tahu la kenapa malas sangat. Fikir soal kos tu satu hal juga. Setiap kali buat spek baru lima enam ratus sure melayang. Tak faham betul aku, kenapa semua benda sekarang dah mahal..?!! Benci lahhh.. grgrgrgrgrgrr..

Seminggu dua ni juga hati aku meronta-ronta nak bela anak kucing. Nak kata aku sunyi, tak juga. Tapi aku teringin sangat. Rasa macam anak kucing comel sangat nak mateyyy..! Geram nak gomol-gomol anak kucing orang tapi segan. Soalnya mampu ke aku nak bela anak kucing..? Nanti masa gi kerja atau balik kampung atau ikut Pokchik out station, anak kucing tu macam mana? Siapa nak bagi makan? Siapa nak urus berak kencing dia? Dan.... kalau boleh aku nak cari anak kucing yang baka baik-baik tu. Yang bulu tebal tapi tak mudah gugur. Yang comel dan manja. Tak nak yang ganas buas atau kencing merata. Ada siapa nak bagi tak..? ngeeeee...

Okey dah. Habis entry random. 
Makin pening aku lepas baca balik entry ni.
Nasib lah..! Dah. Save. Publish.

Done entry pertama untuk bulan ini.
Ok bye...! :p





...


Share:

5 comments:

  1. Amboi nak kucing gebu tapi nak FREE ni susah juga nak buat. hahaha.. I tak berani nak bela kucing sebab tak suka rumah bau kucing dan tak boleh tahan hati kalau tengok depa cakar2 sofa.. Oh i Can't.. tapi I suka kucing. Sebab tu boleh tahan lagi nak layan kucing jiran2 ni. heh..

    Pasal anak2 tu, Ain jgn fikir banyak k. Buat macam biasa je. I faham sbb I pun ada anak buah tiri yang kami dah anggap mcm anak buah sendiri dah. Ok je. Awal2 dulu kakak pun risau nak bawak balik. Tapi biasa lah kan.. mula2 .. lama2 ok dah.

    Tentang spek pulak, kumpul la duit buat lasik. Lagi senang. 1 shot je. hehe..

    Ok itu saja, take care .!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! sebenarnya risau gak fikir pasal bulu dan sofa kena cakar tu.. hahahahaha. Tapi hati nak juga bela anak kucing. Yang kecik2 cute2. Dah besar nanti bagi la kat orang.. saya nak yang baby cat je.. hahahahaaa.. :p

      Bab larsik tu Zhi, tengah menabung juga ni. Tapi sesungguhnya aku adalah manusia penakut bab2 jarum dan operation2 ni. Membayangkan anak mata aku bakal dicucuk2 dan dikikis2 tu aku ngeri...!! hahahahahaa.. ngade sangat kan..

      :p

      ...

      Delete
  2. Boleh jer if Ain nak bela kucing. Kena rajin la. Kucing kami lari dari rumah. Bosan agaknya. Anak-anak yang bela. Kucing comei mix. Anak bawak balik dari sekolah. Ibunya mati kena langgar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, saya nak yang baby cat je. Yang dah besar dan buas, saya tak nak..! hehehehee.. :) Bab rajin jaga tu InsyaAllah boleh jaga, husband pun suka kucing. No problem rasanya. Cuma bab masa dan kalau tak ada kat rumah tu susah sikit. errmmm..

      ...

      Delete
  3. Entry psl Fattzura tuh viral kan. Sy ada baca kt fb.. Ramai share

    ReplyDelete