KAPOOR AND SONS : Kisah Tentang Keluarga Yang Tidak Sempurna Seperti Kita Semua

Menonton Kapoor And Sons lewat malam kelmarin meninggalkan kesan yang sangat besar dalam diri aku. Tidak langsung aku menyangka, sebuah kisah yang simple dan santai seperti Kapoor And Sons ini juga mampu membuatkan aku sangat terasuk. Untuk sekian kalinya, siang-malam-makan-tidur dan masa-masa termenung aku dipenuhi dengan babak-babak di dalam filem ini.

Kehidupan ini sebenarnya jauuuuuuhhhh lebih sukar daripada apa yang selalu orang cakapkan. 'Take it easy'... oh no..! Tak ada istilah 'take it easy' dalam kehidupan ni. Setiap langkah, setiap pilihan dan setiap saat di dalam hayat yang Allah pinjamkan ini adalah sesuatu yang 'berat' untuk diambil mudah. Setiap satunya..!

filem hindustan popular 2016, keluarga Kapoor, bollywood movie, konflik keluarga
Kapoor And Sons (Since 1921) ditayangkan pada 18 Mac 2016

Reviu Filem Kapoor & Sons (Since 1921)

Filem ini secara keseluruhan adalah kisah tentang sebuah 'dysfunctional family' yang biasa kita jumpa dalam kehidupan harian. Tak ada apa yang mengujakan aku sangat sebab setiap keluarga di atas muka bumi ni mesti ada masalah masing-masing.. kan..? Tak ada keluarga yang SEMPURNA dan bahagia sepanjang masa tanpa sekali pun berkonflik dan bermasalah. Cuma di dalam Kapoor And Sons ni, konflik keluarga kecil ini agak berbeza dan menarik.

Cara pengarah dan penulis skrip filem ini buat twist dalam kebanyakkan plot cerita agak mengejutkan aku sebagai penonton. Terutama babak-babak menghampiri penghujung cerita. Serius aku menangis teresak-esak di 15 minit terakhir cerita. Sedih sangat bila membayangkan kalau aku yang berada di dalam keluarga ni, tak kuatnya aku nak hadapi konflik demi konflik yang mereka hadapi. Berlapis-lapis dan rumit untuk diterima, tidak semudah 'take it easy'.

Kali ni aku tak akan letak link sinopsis filem ni di sini sebab malas la aku nak share spoiler. Buat apa tengok movie kalau dah tahu jalan cerita dari awal sampai habis.. kan..? Tak ada kejutan la macam tu. Anda kena tonton sendiri filem ni dan kalau boleh kurangkan expectation sebelum dan semasa menonton, baru lah enjoy..! :)

saat gembira bersama keluarga, bollywood world, filem hindustan happy ending
ada masa ketawa.. ada masa berduka

Apa Yang Aku Suka Tentang Kapoor And Sons (Since 1921)

Sejujurnya tarikan utama aku nak tengok filem ni kerana Fawad Khan (hehehehee.. please don't judge) dan yang kedua kerana aku ingin melihat chemistry di antara pasangan dua sejoli Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt yang dikatakan bercinta secara real dan bukan di dalam filem sahaja. Pun begitu, aku dikejutkan dengan lakonan mantap Ratna Pathak Shah (watak ibu) dan Rajat Kapoor (watak bapa) yang sangat wow..! Betul lah kematangan dan pengalaman membezakan kehebatan seseorang pelakon. Gandingan mereka berdua ini paling lekat di dalam hati aku.

Selain daripada mutu lakonan, aku juga suka..

1.  Filem ni dipersembahkan dengan gaya santai dan nampak real macam kehidupan orang kebanyakkan seperti kita-kita ni je. Maknanya, dari solekan, pakaian, prop, lokasi sampai kepada dialog-dialog di dalam filem ini adalah sederhana dan bersahaja. Tidak berlebih-lebih. Filem ini juga tak banyak lagu dan tak banyak babak meleleh-leleh. Semua babak ada isi yang ingin disampaikan.

2.   Lakonan Rishi Kapoor dalam filem ni sebagai Atok bagi aku biasa-biasa sahaja melainkan solekan 'extra tua' yang dikenakan beliau nampak agak berlebih-lebihan. Tapi aku suka babak dia main acah-acah tembak dengan cucunya Rahul dan Arjun. Sampai dengan nurse kat hospital pun dia nak ajak main tembak-tembak.. hahahaha..! Walaupun si Atok ni mulut celupar, otak 18SX dan perangai annoying giler, tapi di akhir cerita watak Atok ini lah yang memainkan peranan paling besar.

3.  Aku suka gandingan Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt, memang serasi berdua. Sampai ada beberapa scene yang aku rasa sangat genuine. Ye lah pasangan bercinta kan, tentulah tak susah nak ekpresikan perasaan masing-masing to each other. Babak-babak romantik tu sangat 'kacang; untuk mereka jayakan. Tapi paling best, filem ni bukan tentang kisah cinta mereka. Pengarah berjaya membawa fokus penonton terarah kepada konflik keluarga Kapoor And Sons dan bukan sebaliknya. 

Sidharth Malhotra, Alia Bhaat, sweet lovely couple, Bollywood couples
serasi bersama..! more film for this two lovely birds.. pleaseeeee.. :)

4.  Aku juga suka bila filem ni disampaikan dengan cara 'satu hala', tak ada banyak sangat flashback macam kebanyakkan filem hindustan lain. Jalan cerita pun secara keseluruhan simple dan direct to point sahaja. Kisah tentang bahagia -- tipu -- jujur -- jatuh cinta -- skandal -- konflik meletus -- gaduh besar -- tragedi -- sesal -- menerima dan memaafkan -- hidup diteruskan and happy ending. Simple kan..? 

5.  Watak Sunita Kapoor (si Ibu) memainkan peranan paling besar dalam filem ni. Sebagai isteri, menantu, ibu dan wanita yang bercita-cita membuka perniagaan katering sendiri pasti sahaja watak Sunita adalah 'bank konflik' yang menjadi titik bermula dan berkahirnya masalah. Mula-mula aku jadi meluat dengan perangai Sunita yang cepat melenting, kuat cemburu dan suka berprasangka tu. Rimas. Benci. Merepek. Terutama babak dia 'rosakkan' majlis sambutan harijadi si Atok, bila dia tuangkan biskut atas muka suami sendiri depan semua tetamu. Kau rasa..? giler psiko punya bini. Tapi di akhir cerita, watak Sunita lah yang paling kasihan. Aku menangis menderu-deru melihat Sunita. Serius, kalau aku di tempat dia.. aku tidak tahu bagaimana nak maafkan diri sendiri.

menghargai masa bersama pasangan
6.  Watak Arjun lakonan Sidharth digambarkan sebagai anak muda yang tak serius dalam hidup. Memang geram bila dia banyak 'main-main' tapi kasihan juga bila keluarga sendiri tak percaya pada kemampuan dan bakat dia. Bayangkan kalau kau jadi Arjun, memang makan hati lah. Dah la mak ayah asyik bandingkan kau dengan abang kau sendiri, lepas tu semua masalah orang akan salahkan kau. Kata kau sebagai punca. Aduhh..! patutlah Arjun 'lari bawa diri' ke New Jersey.

7.  Watak Rahul lakonan Fawad Khan pula digambarkan sebagai seorang lelaki sempurna yang matang, tampan, berkerjaya dan sering ingin bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Acah-acah perfect sangat dan rasa diri sendiri je betul. Ada sisi Rahul yang aku tak suka terutama perangai 'perasan bagus' dia tu. Tapi ada juga sisi Rahul yang aku suka terutama babak dia berhadapan terus dengan Ayahnya. Baru gentleman macam tu. Aku suka. Selebihnya, well.. tak ada manusia sempurna dalam dunia ni. Sebagus mana atau se'perfect' mana pun lelaki itu, tetap ada sisi gelap di sebaliknya. Mohon berhat-hati.. hahahahaha..!

happy family, all is well, resipi keluarga bahagia, tidak ada keluarga yang tak ada masalah, menangani konflik dalam keluarga, bersatu dalam keluarga
sebuah keluarga terbina kerana saling menghormati

Kesimpulan Daripada Filem Kapoor And Sons (Since 1921)

Secara kesimpulan, filem ini menghiburkan aku dengan cara tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan oleh pembikin filem ini berjaya sampai malah meresap terus ke dalam benak. Kekal bersama aku. Dan semoga semua yang aku pelajari dari filem ini dapat aku adaptasi ke dalam hidup aku yang sebenar. Begitulah kita belajar tentang hidup -- kalau bukan dari buku, kita belajar dari filem dan lagu. Yang pasti, kisah hidup orang lain adalah pelajaran do and don't untuk kita sendiri. 

Setiap keluarga ada konflik masing-masing, tak ada keluarga yang aman bahagia daripada lahir sampai mati. Sebuah keluarga itu terbina daripada ketawa, airmata, bergaduh, benci, suka, rindu, saling menghormati, saling memberi, saling menerima dan paling penting mesti saling memaafkan. Semua itu rencah yang menjadikan sesebuah keluarga hidup lagi menghidupkan.

Aku belajar tentang cara keluarga Kapoor and Sons berhadapan dengan tragedi, biar dalam keadaan saling membenci pun mereka masih berada di sisi antara satu sama lain di saat menerima khabar kehilangan. Buang ego, buang rasa marah. Berhenti jadi manusia yang manja dan keras kepala -- yang semua orang nak ikut cara kau sahaja..!! Buang jauh-jauh selfish tu malah jadilah SATU.. kerana di dalam keluarga itu tidak ada aku, kau mahupun mereka.. tapi hanya ada KITA.

Akhir sekali, izinkan ahkak payung foto Rahul yang handsome nak pitam...!
nah Fawad Khan.. cerita sini, habis sini.. jangan bawa tidur...! :p


Fawad Khan, pelakon hindustan dari Pakistan, married Fawad Khan, the most handsome actor in Bollywood 2016
melting oii...! lol.. 



...

Bukan Aku Tidak Bersyukur

masih sempatkah untuk aku berubah..?

Maaflah, cerita pasal berhenti kerja lagi. Siapa bosan baca pasal aku bebel tentang perkara ni, mohon skip sahaja. Aku faham.

Setiap kali aku terfikir pasal nak berhenti kerja, setiap kali itu juga aku akan teringat kata-kata boss aku ni. Dia seorang engineer. Masih muda dan baru bekerja kat tempat aku ni kurang lebih 5 tahun. Tapi engineer aku ni orangnya super cool, ilmu banyak tapi tak berlagak. Workaholic juga tapi nampak steady je, sebab dia tahu apa dia buat dan dia tahu apa dia tak patut buat. Much respect pada dia..!

Seperti kebanyakkan engineer baru yang lain, mula-mula dulu dia pun struggle juga nak suaikan diri dengan style kerja orang kerajaan ni. Penyakit-penyakit pegawai kerajaan yang dari dulu tak pernah sembuh ni aku malas nak hurai panjang-panjang. Korang faham sendirilah. Dalam pada cool pun sesekali 'meletup' juga engineer aku ni, ye lah.. stress kot melayan perangai masing-masing..! Masa dia tengah di puncak stress tu, dia pernah cakap ayat yang lebih kurang bunyinya macam ni :

"..Ikutkan hati saya ni, saya boleh quit -- berhenti kerja hari ni dan fokus pada business je. Bukan business saya tak bagus. Kerja government ni pun bukan boleh buat saya kaya. Tapi berhenti kerja begitu sahaja bermakna saya lari dari tanggungjawab. Orang yang lari dari tanggungjawab, tak akan bertanggungjawab atas perkara yang lain juga.
Saya kena hadapi cabaran ni, tunjukkan saya boleh selesaikan masalah ni. Selepas dah selesai semua, baru saya akan quit. Macam tu lah hero. Selesaikan masalah. Take creadit for something you do for real.." 
Kata-kata tu juga lah yang menahan aku daripada berhenti kerja selama ni. Aku tak nak jadi manusia yang tak bertanggungjawab. Aku tak dibesarkan untuk jadi begitu. Aku rasa macam mana stress pun kerja kat sini, tapi semua ni dah rezeki aku, bahagian aku. Kalau aku lari dari sini, berhenti kerja dan tinggalkan semua kerja pada orang lain macam tu je -- betapa aku manusia yang tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.. kan..!

Sudah Tidak Ada Apa-Apa Yang Aku Mampu Bagi

Masalahnya, aku rasa -- aku ni dah menemui 'dinding' dalam dunia aku di tempat kerja ni. Aku dah tak ada apa-apa yang ingin aku sumbangkan lagi. Aku tak minat bidang ni. Jadi aku tak ada motivasi nak tingkatkan kemahiran aku dalam bidang ni lagi. Bila tak ada motivasi nak kerja, tak ada motivasi nak tingkatkan kemahiran dan ilmu -- apa lagi yang aku tunggu ? Di sini bukan tempat aku lagi. Dah tak ada apa-apa yang aku nak selesaikan kat sini. I'm done here..!

Lain dengan engineer aku tu, dia masih banyak yang hendak ditunjuk dan dikongsikan. Ilmu dalam dada dia tu tunggu masa sahaja nak melompat keluar. Lagipun ini memang bidang yang dia suka, dia minat. Orang kata passion dia kat bidang ni sangat padu. Taring dia pun perlahan-lahan dia dah mula tunjukkan. Aku tahu dia belum tunjukkan sepenuhnya lagi. Sampai satu tahap nanti, aku percaya dia akan bersinar dan menjadi salah seorang engineer yang di segani di sini. 

Sedangkan aku...?

Taring semua dah aku gunakan. Tumpul dah pun walau puas aku asah.
Segala apa kemahiran yang aku ada, sudah aku gunapakai sebaik mungkin. Tidak ada apa-apa lagi yang aku simpan. Seperti kain basah yang telah habis diperah, tiada setitis air lagi -- dah kering. Kalau terus dipaksa dan diperah, kain itu akan koyak dan menghancur..! :(

menemui dinding

Aku Juga Ingin Bersinar

Aku tak tahu macam mana lagi nak buat orang paham.
Aku nak berhenti kerja bukan sebab aku nak lari dari tanggungjawab jauh sekali nak susahkan sesiapa. Aku cuma nak berhenti buang masa dan buang usia aku untuk benda yang sia-sia. Aku sepatutnya berada di tempat lain, di tempat yang boleh membuatkan aku bersinar.

Aku ingin berfungsi. Berada di tempat sekarang buat aku mati. Nampak macam aku sekarang berada di tempat yang betul dan ideal, tapi hakikatnya aku sedang mereput dan hancur...! Semua orang kata, kerja kerajaan paling bagus. Kerja makan gaji. Ada pencen. Senang nak buat loan. Kerja kerajaan pun senang, tak stress. Goyang kaki je, cukup bulan masuk gaji. Lepas tu kerja dengan majoriti orang Melayu, senang. Kalau kerja dengan cina susah, jadi kuli macam nak mati. 

Allahu..! Demi Allah, aku tak pernah ada masalah dengan kerja kerajaan tu sendiri. Aku pun tak nafikan kerja kerajaan memang senang, releks, kurang stress dan bla bla bla.. Tapi terlalu selesa pun stress juga sebenarnya..! Duduk goyang kaki tu kalau diperhalusi, boleh jadi benda paling tahi dalam hidup seorang manusia tau..! Kau rasa hidup kau macam tak ada makna. Dari pukul 8 pagi sampai 5 petang, kau cuma duduk terpatuk tak buat apa-apa.

Sedangkan masa berjalan, aku semakin tua. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Aku mahu buat sesuatu yang aku betul-betul passion mengenainya. Aku ingin berfungsi, ingin berbakti dan ingin membuktikan aku sebenarnya lebih baik dan lebih bernilai daripada hanya duduk membatu diri daripada pagi sampai petang. Faham tak ni..?

Semoga Allah Tunjukkan Aku Jalan

Aku pun serba salah. Nak berhenti kerja macam tu sahaja, aku pun tak berani. Aku tak senekad sesetengah orang yang sanggup tinggalkan kesenangan hari ini untuk mengejar impian yang belum pasti. Aku tak tahu apa yang menunggu aku di masa hadapan. Aku takut. Aku risau. Tapi aku juga tahu, aku perlu ambil langkah hari ini. Kalau aku tunggu lagi, aku akan terlepas peluang yang mungkin satu-satunya peluang yang masih tinggal untuk aku mengubah hidup sendiri.

Aku berdoa satu saat nanti Allah akan bukakan jalan untuk aku. Allah akan tunjukkan apa yang terbaik. Aku tak mahu bila dah terduduk baru terkial-kial nak bangkit. Sementara aku masih ada kudrat, aku mahu lakukan sesuatu. Aku mahu menjadi aku -- diri aku yang sebenar. Aku mahu menikmati hidup ini dengan bahagia dan perasaan yang puas.

Semoga aku menemui titik itu.
Saat itu nanti aku akan bersinar.. aku harap sinar itu nanti mampu menerangi hidup orang lain juga. Ada terlalu banyak hal lagi yang aku ingin beri kepada dunia ini. Allah, aku mohon permudahkan lah.. berilah aku peluang dan kesempatan itu.

:)


...

Allah, Berikan Kami Kesempatan Untuk Membahagiakan


Kalau sudah bukan rezeki, kita kail pancing jala sekalipun tak akan mendapat jua. Walau rezeki dah tersedia tinggal nak suap ke mulut pun, tapi kalau sekali ditepis maka jatuh ke tanah juga akhirnya. Tetap bukan rezeki kita. Aku terima itu bukan rezeki aku. Redha tu belum lagi sebab redha tu tahap tertinggi. Aku belum mampu redha. Perlahan-lahan lah InsyaAllah aku redha nanti-nanti. Setakat ni aku hanya mampu menerima hakikat, itu bukan rezeki aku. Bukan rezeki kami. Sedih, kecewa dan rasa putus asa kembali bersawang dalam hati aku. Dan buat masa ini, aku biarkan sahaja semua perasaan tu menghuni hati aku sepenuhnya.

Aku tidak akan pujuk hati sendiri mahupun hati dia. Biarlah kami nikmati rasa sakit ini untuk sementara waktu. Mudah-mudahan di satu saat nanti, bila kami sudah berjaya memperolehi apa yang kami idamkan dan bila kami toleh semula ke belakang ke arah jalan-jalan curam yang pernah kami lalui, saat itu nanti kami mampu tersenyum dan saling berpelukan. Saat itu nanti aku harap di dalam hati kami boleh berasa bangga kepada diri sendiri kerana telah berjaya melaluinya. Syabas..!

Rezeki ni bukan urusan kita untuk fikir dalam-dalam kenapa dapat dan kenapa tak dapat. Kalau dapat, ucap syukur banyak-banyak. Kalau tak dapat, bersangka baik sahaja. Allah dah susunkan baik-baik untuk kita. Dan Allah tak pernah kejam terhadap hamba-hambaNya. Allah beri yang terbaik kepada setiap hambaNya pada saat yang paling tepat. Simpan tu kedap-kedap. Ingat. Tanam dalam kepala. Setiap satu yang berlaku kerana Allah sayang. Titik.

Menangis. Aku menangis hari ini kerana aku sedar aku hanyalah hamba. Aku bukan siapa-siapa. Aku tidak layak membesar diri. Aku cuma hamba sahaja. Airmata membersihkan hati aku. Dan aku tahu dia juga menangis, dia juga kecewa. Dia tidak marah, jauh sekali marah dengan takdir tetapi dia menangis kerana rasa tidak berdaya. Dia juga hamba. Airmata aku melegakan perasaan yang bersarang, tetapi airmata dia membuatkan hati aku terguris pedih dan ngilu. Aku tidak boleh melihat airmata dia. Kesedihan dia membunuh ku.

Allah,
Beri kami kesempatan sekali lagi.
Biarkan airmata itu menghujan aku, namun hapuskan lah airmata dia. 
Biar aku seorang menanggung rindu, dan Kau lapangkan lah hati dia.

Dia segala-galanya untuk aku di dunia ini.
Sebelum Kau menjemput aku kembali, sempatkan aku untuk membahagiakan dia dahulu. Walau untuk kali yang penghabisan, dan biar untuk hembusan nafas aku yang terakhir. Izinkan aku bahagiakan dia yang paling aku sayang dan sentiasa aku puja.

Allah,
Beri kami kesempatan untuk membahagiakan..


...

SATU | Gabungan 4 Penulis Hebat

Lama aku tak buat review buku kan..? Bukan sebab aku tak baca buku tau, banyak juga sebenarnya buku yang aku dah berjaya khatam cuma belum sempat nak taip review. Kebetulan buku-buku yang aku baca tu boleh tahan hebat-hebat juga jadi aku tak nak lah buat review yang sekadar melepas batuk di tangga. :)

Buku-buku yang aku beli semasa di PBAKL tahun lepas masih ada yang belum berusik. Tersusun kemas atas rak buku. Tolong jangan kecam aku..! hahahahahaa.. Memang penyakit "suka beli buku, bacanya entah bila tak tahu lah" masih mekar dalam diri aku. Penyakit yang tak ada ubat kecuali semasa hujung bulan ketika baki dalam akaun bank sudah melepasi paras bahaya. Selalunya hujung bulan aku memang tahan diri masuk ke kedai buku. Sekian.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
SATU terbitan Buku Pojok
Kali ini, mari aku kongsikan tentang buku terbaru yang aku baca. Ambil mood kembali membuat review buku, jadi aku akan cerita pasal buku SATU ni. Sementara aura SATU masih melekat dalam hati aku. Buku-buku yang aku dah lama baca tu nanti aku cerita hari lain, sebab aku belum sempat snap gambar...! hahahahahaa... vongoknya alasan..! mohon abaikan.. :p

SATU | Gabungan Cerita Daripada 4 Orang Penulis Hebat Dan Popular

Siapa tak kenal Hamka Kereta Mayat, maka kamu bukan orang yang awesome..! Kalau tak kenal Arlina Banana dan Riduan A. Dullah, bermakna anda mungkin tidak pernah dengar publisher indie popular bergelar Buku Pojok. Tapi siapa tak pernah dengar nama penulis Paola Kira Ewusi, meh give me five dengan aku sebab aku sendiri tak biasa dengan nama ni. Tapi jangan risau, aku dah google nama dia sebelum buat review ni.. kehh kehh kehh.. ya, aku bijak.. sila puji dengan ikhlas.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
barisan penulis di dalam SATU

Kenali Penulis-Penulis Buku SATU

Aku tertarik sangat nak 'kenal' dengan figura bernama Paola Kira Ewusi ni sebab aku dah baca cerita dia dalam SATU. Serius, aku suka gaya penulisan dia. Sangat bersahaja. Rasa macam tengah berbual-bual dan bertentang empat mata dengan dia. Selebihnya kisah dia bersuamikan seorang lelaki dari Ghana begitu menarik dan bagi aku sangat luar biasa juga. Korang kena beli SATU dan baca cerita dia. Ada suatu perasaan yang akan tumbuh segar di dalam diri korang selepas membaca kisah daripada Paola Kira Ewusi tu (baca : rasa bersyukur). Aku tak pandai nak explain macam mana, korang kena baca sendiri ok..!

Ohh..! ya, selepas aku google nama Paola Kira Ewusi tu baru aku tahu dia juga pernah menulis buku Travelog Winter Di Afrika terbitan Buku Pojok juga. Aku teringat pernah nampak cover buku tu semasa di PBAKL tahun lepas tapi tak tertarik sangat masa tu. Ini Facebook dan Blog dia kalau korang pun nak usha dan kenal-kenal dengan dia.

Untuk FB Hamka Kereta Mayat, IG Arlina Banana dan IG Riduan A. Dullah korang KLIK je pada nama-nama mereka yang aku dah siapkan link ke akaun media sosial mereka ya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang karya-karya mereka yang sebelum ni, sila rajinkan diri klik-klik. Diaorang adalah penulis-penulis yang popular dan buku-buku mereka dah terjual ribu-ribu-juta unit tahu..! hikksssss..

Tentang Buku SATU

Ada yang menggelarkan buku seperti SATU ini adalah buku kategori bacaan santai-santai yang kau boleh habiskan baca dalam tempoh kurang dua jam. Aku sendiri habiskan buku SATU dengan sekali baca sebelum aku tidur malam kelmarin. Ada 4 kisah dan pengkisahan dalam buku SATU ni. Semuanya disampaikan secara santai dan tidak terlalu meleleh-leleh. Aku suka. Tapi paling aku suka tentang buku-buku macam SATU ni adalah; ceritanya real dan pasal realiti..! Bukan cereka yang dibuat-buat untuk membuai perasaan pembaca.

Kecuali cerita tulisan Arlina Banana. Aku rasa itu cerita cereka. Boleh jadi cerita real juga tapi aku harap bukan cerita sebenar Arlina Banana. Aku adore Arlina Banana ni sejak baca buku dia bertajuk Pujuk. Walaupun dia berbadan besar, tapi level confident dia wow..! dan dia kelakar... hahahahahaha..! serius dia kelakar.. sila follow IG dia sekarang.. :)

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
sedutan daripada SATU

Cerita tulisan Hamka Kereta Mayat sedikit klisye untuk aku sebab aku macam pernah baca pengkisahan yang lebih kurang sama. Jadi klimaks cerita tu tak berapa mengujakan aku sebab dah boleh agak. Cuma yang aku suka tentang cerita 60 minit dia sebab diselitkan nasihat serta tazkirah keagamaan secara sempoi. Memang begitulah cara Hamka Kereta Mayat sebagai penulis. Dia dan tazkirah simple, sempoi tapi berbisa -- berpisah tiada.. :)

Tulisan Riduan A. Dullah di dalam SATU pula, seperti 'memukul perlahan' perasaan kau tentang kenyataan hidup dan siapa kita di atas muka bumi Tuhan yang luas ni. Apa yang dia tulis adalah tentang KENYATAAN tetapi kita selalu nafikan (sebab ego..!) maka, cairkan ego kau.. baca tulisan dia.. mudah-mudahan selepas itu kau insaf dan redha. Hidup ini tentang pilihan. Mahu bahagia, mahu positif -- kita sendiri pilih dan usahakan. Dan kali ini Riduan A. Dullah banyak menulis tentang kematian. Bagus juga sesekali kena ketuk kepala bab hidup dan mati ni sebab manusia dungu sahaja yang mahu hidup tanpa mahu mati.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
lagi sedutan daripada SATU

Kesimpulannya, aku puas hati dengan kualiti bahan di dalam SATU. Isinya tidak kosong, tidak juga terlalu padat sampai sakit kepala nak hadam. Untuk bacaan santai sambil merenung diri, SATU pilihan yang menghiburkan. Selamat menikmati kisah SATU. Aku harap lepas ni Buku Pojok keluarkan DUA pula sebab aku suka nombor dua.. hehehehee.. kebetulan kita pun masih di bulan dua.. orang kata bulan CINTA kan.. pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran.. kau lari aku mengejar.. di antara deru rindu.. kita berdua.. ku ku ku punya cinta.. ku ku ku punya rindu.. abadikan.. cintaaa kitaaa.. aaaaaa..

sudah..! menyanyi pula kau ye.. bahagia sangat dah kenapa..?!!

:p


...

Sejauh Mana Kita Bersedia Untuk Berkongsi Hidup Dengan Orang Lain..?

i'm helping someone else change his or her life

Aku sejenis yang paranoid dalam bab berkongsi hidup dengan orang lain terutama dengan orang yang tidak aku kenali. Berkongsi yang aku maksudkan bukan perkahwinan tetapi media sosial. Faham kan..? Di media sosial, lagi banyak kita update tentang kehidupan peribadi kita, lagi banyak kita up gambar-gambar kita dan keluarga kita, malah lagi banyak kita kongsi apa yang kita baca, apa yang kita tonton, apa yang kita makan, mana kita pergi bercuti, siapa kawan-kawan kita waima berapa banyak kucing yang kita ada -- itu bermakna kita sedang BERKONGSI HIDUP kita dengan orang lain..!

Walaupun akaun Facebook kita private, tetapi di dalam 'private' tu tetap ada ahli keluarga, adik-beradik, ipar-duai dan sahabat rapat.. kan..? Jadi istilah 'private account' tu pun sebenarnya tidak lah berapa private sangat pun. Setuju..?

Berkongsi Hidup Dengan Orang Lain Bagi Tujuan Yang Baik

Aku juga pernah tulis tentang keputusasaan aku terhadap dunia perniagaan terutama MLM. Salah satu sebab kenapa aku give-up untuk berniaga kerana aku tak pandai nak berkongsi hidup aku dengan orang yang aku tak kenal. Bila kita berniaga walaupun hanya barang-barang yang kecil seperti menjual seketul sabun pencuci muka, nak atau tidak kita mesti pandai bersosial. Kita mesti ramai kawan, besarkan jaringan pergaulan kita dan 'buka diri' kita untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita dengan mudah. Dari situ barulah perniagaan kita berkembang. Kalau kita bersikap tertutup dan tidak mahu berkongsi, susah kita nak jual apa-apa produk pun.

Sejak kebelakangan ni, aku kembali menimbangkan keputusan untuk kembali ke bidang perniagaan. Entah dari mana datang rasa rindu nak berniaga semula. Tapi yang pasti bukan MLM atau perniagaan yang perlu mencari orang atau perlu memujuk orang untuk melabur. Sesungguhnya aku 'sangat lemah' bab nak pujuk-pujuk orang. Pujuk diri sendiri pun selalu tak pandai eh..! :p

Oleh itu, kebarangkalian aku akan 'reopen my life' kepada orang-orang yang aku tak kenal tu bermula dengan public kan akaun Facebook dan Instagram aku. Untuk yang belum tahu, aku ada dua akaun Instagram which is satu akaun tu aku nak khususkan untuk perniagaan. Apa perniagaannya..? Aku belum putuskan lagi. Yang ada dalam kepala aku ni banyak bercabang-cabang. Mungkin aku akan bermula sebagai dropship dahulu. Dan semestinya produk/barang yang aku dah guna dan cuba dan rasa berkesan untuk aku.

Bantu Orang Lain Yang Mengalami Masalah Yang Sama

Apa yang buat aku rasa nak kembali ke dunia perniagaan kecil-kecilan ni sebab ayat ni lah..

..Kita hanya kongsi kebaikan produk, mungkin ada orang kat luar sana yang mengalami masalah yang sama boleh cuba produk yang kita guna tu. Secara tak langsung kita dah bantu selesaikan masalah dia yang mungkin dah bertahun-tahun menghantui hidupnya.. 
Yes, mulakan dengan niat nak bantu orang. Hanya nak berkongsi kebaikan produk yang kita guna. Kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan produk dan InsyaAllah kejujuran tu akan bantu orang lain tanpa kita sedar. Sangat sedikit 'tugas' yang kita lakukan, tetapi impaknya Subahanallah mungkin jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

Aku fikir macam tu lah, nak berniaga kecil-kecilan secara santai sahaja. Guna pendekatan soft selling. Hidup pun tak stress sangat kalau tak ada orang nak beli sebab aku bukan menjual. Selain daripada tu dapat tingkatkan kemahiran komunikasi aku juga. Kalau kita tak letakkan diri kita di dalam ujian yang kita rasa takut sangat nak buat, then kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh mengatasinya. 

Aku nak cuba sekali lagi.
Doakan aku berjaya kali ni. 
Aku percaya rezeki Allah s.w.t. sangat luas.
Di mana ada kemahuan, InsyaAllah di situ ada rezeki untuk setiap seorang daripada kita. Dan selalu lah ingat, rezeki Allah s.w.t. tu bukan dalam bentuk material sahaja. Kesihatan, kebahagiaan malah dapat suami yang sentiasa menyokong juga adalah rezeki. Alhamdulillah.

Jaga diri semua..
Jumpa nanti di lembaran baru dan fasa baru hidup aku.

*muuuaaahhh...*


...

Bila Suami Isteri Bergaduh

capture from @zahiriladzim

Aku cuma nak kongsi kata-kata daripada Zahiril Adzim ni. Siapa follow instagram dia mesti ada jumpa post yang ni semalam. Aku minat Zahiril Adzim ni dah lama sejak zaman dia tulis blog dan dia berlakon Juvana yang drama bersiri tu. Minat sangat cara dia berlakon dan cara dia berfikir tentang dunia lakonan. Sambil-sambil tu aku suka tengok life dia dengan wife dia yang natural beauty Syiera Ayob and of course anak lelaki dia yang bermata buntang ; Nadi Anaqi. Siapa tak follow IG Zahiril Adzim ni memang tak power lah.. So, sila follow sekarang....! hahahahahahhaa.. :p

Bila Suami Isteri Bergaduh Itu Normal

Sejak sebelum kahwin lagi aku sudah disuapkan dengan kata-kata "alaahh.. normal la laki bini bergaduh.. mana ada laki bini tak pernah bergaduh.. sedangkan lidah lagi tergigit.." Maka aku masuk ke dalam alam rumahtangga 7 tahun yang lalu dalam mind setting ; suami isteri bergaduh itu hal yang normal. Kalau tak bergaduh tu maknanya tak normal. Ok.

Tapi bila dah betul-betul berkahwin, aku jadi keliru juga.. betul ke suami isteri yang selalu bergaduh tu sesuatu yang normal..? Kalau hari-hari bergaduh dan kalau sebab hal kecil pun bergaduh, itu pun normal ke..? Itu belum masuk bab suami isteri bergaduh yang sampai lempang, tumbuk dan terajang isteri tu.. normal ke macam tu..? Bila suami isteri bergaduh tapi normal tu yang macam mana sebenarnya..? Keliru.

Tambah keliru bila aku dengan suami jarang-jarang bergaduh. Seingat aku dua tahun pertama perkahwinan, kami hampir tak pernah bergaduh pun. Risau. Tak normal ke rumahtangga aku ni..? Habis kalau tak bergaduh tu kena buat-buat bergaduh ke macam mana..? Atau cipta apa-apa alasan supaya kami suami isteri boleh sama-sama gaduhkan.. macam tu ke..? Ok fine. Aku banyak sangat fikir waktu tu. Mana lah aku tahu, sebenarnya bergaduh suami isteri tu ada yang bagus dan ada yang tak bagus.

Suami Isteri Bergaduh Secara Matang

Perlahan-lahan masuk ke usia tiga tahun perkahwinan aku mula faham bahawa pergaduhan dalam rumahtangga itu memang sesuatu yang normal dan kalau kena dengan caranya, pergaduhan itu boleh jadi sesuatu yang sihat untuk rumahtangga. Aku bersyukur kerana ditakdirkan dapat suami yang tak pandai bergaduh, tak tahu marah-marah malah tak banyak cakap, tak cerewet dan tak ada 'pantang larang' yang terlalu ketat untuk aku turut. Jadi kami suami isteri memang jarang bergaduh sebab suami aku suka mengalah. Dia tak suka besar-besarkan hal kecil. Dan walaupun pergaduhan tu aku yang mulakan, selalunya suami yang akan tenangkan aku dan tamatkan pergaduhan tu.

Macam yang Zahiril Adzim tulis tu, suami isteri bila bergaduh tak perlu pun nak jerit-jerit, nak tengking-tengking atau nak baling-baling barang, kuali, pinggan mangkuk apa semua tu. So childish kan..! Suami isteri kalau bergaduh, cubalah bergaduh secara matang. Kalau boleh bawa berbincang dulu, cakap elok-elok. Memang dalam berbincang tu nanti akan ada satu pihak sama ada si isteri atau si suami akan tinggikan sikit suara atau akan gunakan kata-kata yang agak keras. Biasalah kan, nama pun bergaduh. Tapi sekurang-kurangnya kita bergaduh dengan perkataan. Cara macam tu lebih mudah untuk kita kawal emosi dan pergerakan tubuh kita.

Tapi kena hati-hati juga dengan kata-kata kita. Ingat, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Jadi fikir dulu sebelum menuturkan kata-kata. Kalau dah terlepas cakap tu, cepat-cepat peluk pasangan dan minta maaf. Oleh kerana kita ni sah sebagai suami isteri jadi jangan ragu-ragu nak gunakan pendekatan sentuhan dan pelukan kepada pasangan. Dah halal kan? Jadikan pergaduhan kita tu sebagai pergaduhan yang membina hubungan dan dapat menjadikan ikatan perkahwinan kita lebih utuh serta membuatkan kita sebagai suami isteri jadi lebih saling memahami dan menghargai.

InsyaAllah. Aku doakan ruamhtangga aku dan kamu semuanya dipelihara dan selalu subur dengan kasih sayang serta cinta yang tidak pernah surut sampai kita sama-sama berhimpun di syurga terindah-Nya. Aamiin.


...

Lirik Lagu AMBOI AMBOI AMBOI ~ Altimet ~

kredit gambar dari : streetsoftmy

Aku bukan peminat lagu-lagu hip-hop atau lagu-lagu rap yang lebih banyak 'bercakap' dari menyanyi dalam lagu. Apatah lagi kalau lagu tu membingit dan huru-hara je bunyinya. Selalu aku akan cepat-cepat tukar channel lain bila lagu-lagu macam tu keluar kat radio. Berbeza dengan lagu-lagu Malique (Too Phat) dan Altimet ni, aku kadang-kadang rasa terpanggil juga nak dengar lagu mereka. Tarikan utama tentulah kerana lirik lagu yang selalu deep dan menyentap jiwa. Aku rasa dalam ramai-ramai rappers popular tu, Malique dan Altimet ni berbeza sikit. Aku suka.

Masa mula-mula dengar lagu Amboi ni kat radio, aku buat tak kisah je. Tapi bila tiba part lirik dia yang bunyi "..siapa makan cili, dia rasa pedas.. siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas.." terus aku tersentap dan mula dengar satu persatu bait lagu Amboi ni. Tersenyum-senyum aku seorang diri bila lirik lagu Amboi ni perlahan-lahan menyentap tangkai jantung aku. Zasssssssss... makan dalam beb..! hahahahahaa.. :p

Lirik Lagu Amboi Nyanyian Altimet

Selama ni, aku tak ada masalah pun dengan orang yang masih sewa rumah tapi beli kereta mewah. Sampailah aku dengar lagu Amboi ni dan tengok video muzik lagu ni di Youtube, barulah aku faham kenapa sinis sangat bunyi ayat tu.. hehehehehee.. 

Tapi kalau korang rasa sewa rumah tapi beli kereta mewah tu bukan satu masalah, then tak apa lah.. teruskan je.. jangan sentap kalau rasa tak salah ok.. *kenyit mata skit*

Jom layan lirik lagu Amboi ni. Aku bold kan lirik yang aku rasa deep giler..!
Terutama yang 'tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa' ...hahahahahaa.. sentap lagi doploh kali.. :p

Enjoyyyyyyy guyssss.. :)

AMBOI ~ Altimet ~

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita
Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila

Bila masuk kerja tak pernah on time
Lepas masuk kerja dia terus online
Tak boleh buat kerja sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar api kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Tak baik tau.. pedas kaw kaw
Eh tak boleh gurau duduk surau
Ambil mc, royan kat FB, mengadu kat SB dan MCMC

Tarbiyah sentap punca pendekar papan kunci rentap
Masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
Keberanian atas talian kejadian harian
Omong kosong untuk lotong terus disajikan

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku cakap lepas
Semua ambil baju ukur badan sendiri
Mana tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Sampai bila orang kita layu ditolong uuuu..
(Sampai bila orang kita layu ditolong uuuu..)
Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
(Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku)
Tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
(Tapi apa kami tahu kami cuma nyanyi lagu)
Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku
(Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku)

Amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi

kredit lirik lagu dari : http://liriklagudewi.blogspot.my



rugi tak tengok video muzik Amboi ni sebab ada penampilan khas
JoeFlizzow, SonaOne, Azwan Ali, Ucoppp, SyukBalas
:)


...

Telah Aku Serahkan Hati Ini Untuk Kau Pegang

Untuk masa depan yang tidak pernah menjanjikan..
Untuk angan-angan yang tinggi telah kita gantungkan..
Dan.. untuk cerita-cerita cinta yang selalu kita lagukan..

Telah aku serahkan hati ini untuk kau pegang.. 

Biar kata-kata ini tidak pernah kau faham..
Atau bisik-bisik rindu yang tak akan pernah kau dengar..
Aku tetap bertahan
Akan tetap bertahan..
Biar relai nyawa dan badan.. tetap kukuh aku pasungkan.. kerana.. 

Telah aku serahkan hati ini untuk kau pegang..

selamanya..

AimNub
02.02.2017

...