2018 Tahun Untuk Berjimat Cermat

tak nak fikir berat-berat [Gambar : Zaira Wassim]

Alhamdulillah sudah seminggu kita di tahun baru 2018. Masing-masing masih dalam mood tahun baru, semangat berkobar-kobar, azam mencanak-canak dan segalanya bermula baru semula. Bagi aku, masuk tahun baru bermakna kelayakkan cuti rehat aku kembali ke angka 30 hari setahun.. hahahahaha..!! Ya, cuti rehat sangat penting bagi aku. SANGAT PENTING..!! Cuti rehat aku tak pernah cukup. Setiap kali masuk bulan November ke Disember setiap tahun, muka aku dah biru sebab cuti dah susut teruk. Huwaaaaaaa..!! Tahun ni tak nak lagi jadi macam tahun-tahun sudah. Chaiyokk Ain..! :p

2018 Tahun Untuk Berjimat Cermat

Baiklah. Tema untuk tahun 2018 adalah berjimat-cermat. Sila tanam elok-elok dalam minda dan dalam hati. Tahun ni aku nak utamakan bab berjimat-cermat. Kalau boleh nak berjimat dalam semua aspek dan bidang kehidupan. Tak nak bazir-bazirkan hidup lagi. Wahhh..! Dah lebih 35 tahun hidup baru nak rasa semua tu membazir ke Ain oiiiii.. dasaaaarrr..!! hahahahaha..

Antara hal utama yang aku nak jimat..

1)  Jimat berbelanja - Sebolehnya aku nak rancang perbelanjaan elok-elok. Tak nak lagi buang-buang duit tak memasal lepas tu menyesal ke akhir hayat. Semoga diberi kekuatan untuk aku menahan nafsu shopping yang merepek. Shopping untuk benda berfaedah tak apa (kenyit mata)

2)  Lebihkan menabung - Ya, ini satu hal yang paling aku excited nak mulakan. Sebelum ni aku memang dah start Tabung Hijau (RM5) dan alhamdulillah hasil tabungan memang memberansangkan dan buat aku betul-betul happy dan puas setiap kan buka tabung, kira jumlah tabungan dan bawa ke bank untuk di simpan. Kembang hidung sebab bangga dengan diri sendiri.. hahahahaa.. :p  So, tahun ni misi Tabung Hijau akan diteruskan dan digiat-mara-kan lagi. InsyaAllah.

3)  Jimat cuti rehat - Yang ni aku baru nak start tahun ni. Aku dah serik rasa cuti rehat tak cukup di saat-saat aku sangat memerlukan cuti. Jadi tahun ni ayuh kita berjimat cermat bab cuti rehat. Aku cabar diri sendiri, tengok jauh mana boleh bertahan.

4)  Menabung dulu baru beli - Contohnya aku mengidam nak beli smartphone baru. Aku akan menabung dulu bagi sampai cukup duit baru beli smartphone yang aku inginkan. Aku tak nak korek tabung atau duit simpanan yang sebelum ni. Aku nak belajar menabung dulu baru beli apa aku hajatkan. Harap-harap aku diberi kesabaran tinggi.. :) Dan aku tekad tak nak minta Pokchik sponsor lagi (waaahhh.. boleh percaya ke ni..? hehehehee..)

5)  Selesaikan hutang - Kalau boleh aku nak selesaikan hutang sedia ada seberapa banyak yang boleh dalam tahun ni juga. Hutang kereta aku InsyaAllah habis bulan September ni. Hutang personal loan dengan PTPTN pun kalau  tak silap habis tahun ni. Ya Allah, semoga dipermudahkan lah niat aku nak lunaskan hutang. Rimas la hutang-hutang ni. Lagipun aku takut, tak nak mati bawa hutang nanti menyusahkan orang-orang yang masih hidup. Tiba-tiba emo sangat bila bab mati-mati ni :(

Kenapa beria-ia sangat nak berjimat tahun ni..? Sebab aku akan mulakan loan rumah pula lepas ni. InsyaAllah kalau tak ada aral gaji bulan depan dah start tolak loan rumah. Separuh gaji aku habis sebab bayar loan rumah je. Sedih juga membayangkan tapi macam ni lah kehidupan, mesti ada perubahan. Mesti berani pikul komitmen baru kita belajar dan cepat matang. Nak hidup lebih baik, kena lah berkorban. Poyo gila kan..?

Jangan salah faham pula, loan rumah tu walaupun tolak kat gaji aku tapi Pokchik akan bayar balik kat aku. Kiranya pakai je nama aku tapi komitmen tu atas bahu Pokchik sebenarnya. Sila senyum sampai telinga ye ain.. :) hahahahaha.. Aku bersyukur sebab dapat suami yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan soal kesenangan dan keselesaan aku. Banyak duit dia habis untuk aku. Macam-macam di berkorban untuk aku. Entah macam mana aku nak membalas semuanya. Tiba-tiba emo balik :(

Oleh kerana kami bakal pindah rumah baru, komitmen hutang pun baru jadi aku pun kena ada semangat baru juga. Semangat nak berjimat-cermat dan nak cari duit lebih. Nak tolong ekonomi keluarga. Pokchik dah tanggung banyak hutang untuk aku, jadi aku kena lah tolong yang samping-samping tu. Tak kan nak beli kobis bunga dengan bendi pun minta duit Pokchik..! Aku pun kena main peranan juga. Sama-sama dengan dia. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing katanyaaaa.. :)


Doakan aku istiqomah dalam semangat ni ye kawan-kawan. Aku tak nak lah beria-ia sangat di awal tahun lepas tu jadi taik ayam je sudahnya. Aku nak bertekad betul-betul ni. Aku pun bukan muda lagi nak berjimba-jimba tak habis-habis. Dah masa fikir jauh ke depan. Fikir masa depan. Masa tua. Aku tak boleh nak ikut sangat apa hati aku nak, aku kena balance dengan tanggungjawab yang ada atas kepala aku. Tak boleh la main ikut gerak hati je, boleh mati...!


Untuk blog ni pula, tahun lepas cuma 61 entri je.. adoiiiiiii..!! teruknya. Aku harap tahun ni aku akan lebih serius dalam blog. Tak berani nak janji lebih-lebih tapi aku serius sayang blog ni. Sayang sangat. Aku harap blog ni akan jadi satu-satunya harta yang akan memberi manfaat kembali kepada aku di dunia dan akhirat. Mood aktif berblog mohon kembali ke pangkal jalan ye. Jangan nak bercuti panjang sangat. Mudah-mudahan blog ni akan bagi lebih banyak rezeki untuk aku tahun ni. Aamiin.. :)

Dalam kehidupan pula, tahun ni aku berazam tak nak fikir berat-berat sangat. Too serious boleh menyebabkan cepat tua. Tak nak lah..! Aku nak muda selalu. Nak ceria-ceria. Nak easy going. Nak happy and menikmati kehidupan seadanya. Tak nak dah serabutkan fikiran aku dengan hal orang, masalah orang, apa orang kata, apa orang buat, apa orang itu apa orang ini. Aku nak sibukkan diri sayang diri sendiri je. Nak fikir yang simple dan ringan sahaja. Benda yang tak boleh ubah, fikir banyak sampai pecah kepala pun tak akan berubah juga. So, let it go... :)

Apa azam 2018 korang yang paling significant..? Meh share dengan aku.. mudah-mudahan aku boleh sama-sama Aamiin-kan doa dan harapan korang tu.. :)




...







Share:

8 comments:

  1. Selamat Tahun Baru aimnub,
    Semoga segala impian Tahun Baru 2018 akan jadi kenyataan, in shaa Allah..
    LZ suka bab berjimat cermat tak kisahlah dalam bentuk wang ringgit atau apa sahaja. At the end of the day, benefit itu untuk kita.. Satu benda LZ belajar dari entri ini iaitu menabung untuk dapatkan sesuatu, konsep yang bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. sama-sama lah kita menabung (lebih sikit) tahun ni.. :)

      ...

      Delete
  2. Tq for sharing..done follow blog akak

    ReplyDelete
  3. Yes yes!! Siqah pun azam nak berjimat tahun ni. MOga sama-sama kita istiqamah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..!! istiqomah tu yang penting.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete