Ayat-Ayat Cinta 2 Dengan Kekuatan Tersendiri

Sejujurnya aku tak tahu tentang penghasilan filem ini dan aku tak pernah baca novel Ayat-Ayat Cinta 2. Walaupun 10 tahun dulu aku juga pernah di landa demam teruk sebab jatuh cinta pada Fahri, tapi entah kenapa tak pula tertarik nak mengikuti kisah Fahri hingga ke Ayat-Ayat Cinta 2. Mungkin sebab aku sudah menemui Fahri yang real dalam kehidupan yang real ini.. (ehemm..! pandang Pokchik) Atau mungkin kerana aku dah 'bersara' dari membaca novel-novel dari seberang. Jangan tanya kenapa.

Poster Ayat-Ayat Cinta 2, filem Indonesia, base on novel karya Habbiburrahman El-Shirazy
Ayat-Ayat Cinta 2 mula ditayangkan di Malaysia pada 11 Januari 2018
 

Ayat-Ayat Cinta 2 Dengan Kekuatan Tersendiri

Selepas selesai dua jam lima belas minit menonton AAC2 aku boleh katakan filem ini cemerlang di dalam caranya tersendiri. AAC2 ada kekuatan tersendiri dan tidak adil untuk kita banding-bandingkan secara terus antara AAC pertama dengan AAC kedua ini. Kekuatan filem AAC ini bukan hanya berkisar tentang perjuangan cinta Fahri kepada isteri-isterinya tetapi kepada susuk Fahri itu sendiri. Aku senang melihat watak Fahri di dalam AAC2 yang tampil lebih matang, lebih tenang dan lebih berkarisma. Berbeza dengan Fahri di dalam AAC pertama yang polos dan masih keremajaan. Aku suka Fahri yang terbaru. 

Apatah lagi bila digambarkan watak Fahri sebagai lelaki yang taat agama, menjaga batas pergaulan, yang sentiasa membawa wajah Islam di dalam setiap tindak-tanduknya dan paling utama penampilan Fahri yang seperti orang biasa. Aku suka. Yang namanya ahli agama itu tidak semestinya perlu berkopiah, berjubah dan berjambang sahaja kan..? Dan, di dalam kesempurnaan Fahri itu, sesekali kita disedarkan bahawa Fahri itu manusia biasa, lelaki yang ada naluri sama seperti lelaki lain, ada masa Fahri juga gugup berdepan wanita cantik. Fahri bukan malaikat. Fahri juga ada titik kelemahannya. Nah, watak Fahri itu real sebenarnya.. :)

scene di dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2, watak Fahri, watak Hulusi, watak Misbah
Fahri yang masih mencintai Aisha

scene di dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2
Hulya dan Fahri

Dakwah style Habbiburrahman El-Shirazy kali ini juga kemas. Di awal filem elemen dakwah digambarkan cantik dan tersusun satu persatu. Walaupun sebagai penonton kita sebenarnya boleh meneka apa klimaks filem ini nanti tetapi kita tetap rasa teruja nak menunggu dan menontonnya sendiri. Tahniah Habbiburrahman El-Shirazy yang selalu dikagumi. Buat lagi filem-filem begini ya, jangan berhenti. Nak hasilkan filem dakwah sepenuhnya memang susah malah mungkin mustahil, tapi sekurang-kurangnya Kang Abik mencuba dan hasilnya ternyata sangat menginspirasikan.

Ayat-Ayat Cinta Sudah Hilang Magis

Pun begitu, ada beberapa scene yang seperti cuba mengulangi magis di dalam AAC pertama. Scene pernikahan misalnya, cuba ditiru-tiru tapi tak berapa menjadi. Aku masih teringat keindahan dan kesyahduan scene pernikahan Fahri dengan Aisha di dalam AAC pertama. Sampai berlinang airmata aku teringatkan betapa manisnya scene itu. Di dalam AAC2, kemanisan itu sudah berkurang. Mungkin kalau scene itu tidak terlalu meniru, siapa tahu mampu mencipta magis yang baharu.

Scene di antara Fahri dan sahabatnya Misbah bermonolog tentang keikhlasan kepada Tuhan sekali lagi di lihat seperti cuba meniru scene sewaktu Fahri dalam penjara (AAC pertama). Dan sekali lagi, kali ini kurang menjadi. Bagi aku scene Fahri di dalam penjara dengan dialog-dialog menyucuk hati lebih terkesan. Berbeza dengan scene di dalam masjid bersama Misbah, yang meruntun hati cuma airmata Fahri bukan dialog-dialog yang dituturkan. Aduh, sedikit kecewa. Tapi aku maafkan. Scene itu tetap cantik dan bermakna. Cuma kalau tidak terlalu sangat meniru, pasti lebih cantik lagi.

Selebihnya semua dirasakan sederhana. Magis di dalam AAC pertama yang cuba diulang tayang di dalam AAC2 ternyata hambar dan serba tak kena. Lagu OST filem AAC2 sendiri aku rasa kurang menyengat. Yang terngiang-ngiang di telinga masih suara Rossa yang sama 10 tahun dulu dengan bait-bait lirik "maafkan bila ku tak sempurna.. cinta ini tak mungkin ku cegah.. ayat-ayat cinta bercerita.. cinta ku pada mu.." Nyata lagu tu masih berhantu...! :)

scene dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2, watak Hulya, watak Fahri
moment Fahri mentarbiahkan Hulya juga manis sekali

Scene debat Fahri dengan sekumpulan Yahudi di universiti tu buat aku tak puas. Di dalam scene itu bukan Fahri yang menjadi hero tetapi Madam Katrina. Aku rasa tergantung di situ. Aku mengharapkan perdebatan yang lebih keras dan penyataan-penyataan tentang Islam yang lebih tegas di dalam scene itu. Tapi hampa. Aku difahamkan di dalam novel, scene perdebatan itu lebih panjang dan lebih mendalam. Di sini aku cuba untuk lebih adil kepada realiti. Filem seperti AAC2 ini ternyata tersepit di antara nilai dakwah dan komersial. Kalau di buat terlalu serius, filem ini tidak boleh 'di jual' atau silap-silap tak pulang modal. Jadi, korang faham-faham lah.. ermmmm..

Ending filem AAC2 ni juga sedikit mengejutkan. Buat aku tergelak sebab scene tu nampak sangat tak logik dan agak melucukan. Aku rasa tak perlu kot nak buat scene tu. Potong mood sedih je. Dah la masa tu aku dah 'banjir' dengan airmata, tup-tup keluar scene yang 'lawak' macam tu terus terbantut airmata.. hahahahahaa..! Pengarah mungkin boleh guna cara metafora je nak memahamkan penonton tentang rasional scene tu. Nampak la lebih kemas dan professional sikit. Aduhhhh...! 

Oh ya.. watak-watak sampingan juga tidak mengecewakan. Watak Hulusi dan Misbah paling lucu. Jadi filem ni tak la membosankan. Tak la serius dari mula sampai habis. Ada lawak juga. Ada suspens juga. Tapi aku tak suka watak Bront Palarae dalam filem ni. Kurang mengesankan. Bukan mutu lakonan dia, tapi dari segi perkembangan watak tu. Macam tak logik.. Ermm.. tak apa lah, boleh di abaikan. Watak lakonan Fazura pula, ermmm.. tak nak komen sebab aku kan #TeamFattZura.. hahahahaha.. :p

Kesimpulannya aku boleh bagi 2.5 bintang sahaja daripada 5 bintang keseluruhan untuk AAC2. Separuh. Tak ada yang terlalu memukau tentang filem ini selain Fahri itu sendiri dan cinematography yang indah. Dan tak ada juga yang terlalu mengecewakan. Bagi aku pertengahan sahaja semuanya. Biasa-biasa. Tapi tetap berbaloi untuk ditonton. Aku menangis sungguh-sungguh waktu Fahri mengalunkan azan buat Umar. Tak tahu la kenapa, bagai direntap-rentap rasanya. Untuk seorang isteri macam aku yang sudah hampir 8 tahun menunggu cahaya mata, scene tu memang bikin berderai airmata..! 

*sekarang pun saat menaip ni airmata aku bergenang..*

Korang kena tonton sendiri Ayat-Ayat Cinta 2 dan rasakan auranya. Mungkin tidak sekuat AAC yang pertama, tapi aku yakin kalian tidak akan terlalu kecewa tahap nak terjun jambatan lepas selesai tonton filem ni.. lolss..! Tak la teruk sangat ok.. hehehehehe..

Pokchik yang tak pernah tonton AAC pertama kata filem AAC2 ini hebat dan menarik. Pokchik sampai kagum sangat dengan penulis filem ni sambil mempersoalkan kenapa Malaysia tak boleh buat filem macam Ayat-Ayat Cinta ni. Ermmm.. okey.. tak ada jawapan untuk soalan itu.. next please..! 

:p

Okey lastly, buat yang masih demam cinta sama Fahri.. ni aku bagi bonus gambar Fahri atau nama betulnya Fedi Nuril bersama isterinya yang tercinta. Mohon cepat kebah demam tu dan kembali ke alam realiti..! hahahahaa.. :)

pelakon ayat-ayat cinta, fedi nuril dan isterinya, watak fahri lakonan fedi nuril, pelakon indonesia
Fedi Nuril di samping isterinya Vanny Widyasassti





...


Gambar semua daripada Google Image

Share:

16 comments:

  1. Sikit sangat rate tu. Tapi setuju, lagu OST untuk AAC2 kali ni memang tak memukau macam yang sebelum ni. Tak sedap telinga mendengar. Cuba dengar banyak kali pun macam kurang sikit penerimaannya.

    Cuma dari jalan cerita, masih berminat nak menonton. Thanks kak sudi review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat ke..? 2.5 dari 5 kira half dari markah penuh.. :)

      Selamat menonton. Mungkin penilaian kita berbeza. Yang penting enjoyyyyyyy.. hehehehehe.. :p

      ...

      Delete
  2. hahaha sebut je ayat2 cinta terus nyanyi lagu Rossa. Ramai jugak yang kata movie ni tak best macam AADC1 tapi still nak tengok jugak sebab Fazura & Bront :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap Fazura dan Bront tak mengecewakan kamu.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  3. 2.5 bintang. Rendah bintang yang diberi. Siqah tak tengok lagi filem ni. Entah kenapa tak semangat nak tengok AAC2 seperti terujanya dulu nak tengok SYTD2. Nanti Siqah tunggu kuar kat Astro First :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat ke..? 2.5 dari 5 kira half dari markah penuh.. :)

      Please bagi peluang kepada AAC2 juga. Mungkin penilaian kita tak sama.. kan..! :)

      ...

      Delete
  4. Belum tengok lagi AAC2 sebab masih tak boleh move on dengan SYTD2. Tapi bila sebut AAC lagu rossa juga terus terngiang-ngiang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! lagu berhantu.. :)

      ...

      Delete
  5. tak tgk lg yg ni... yg ptama best.. boleh la tgk nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp..! must watch terutama kalau minat Fahri.. hehehehe.. :)

      ...

      Delete
  6. Dulu suka Fahri sampai rasa kalau ada anak nak letak nama Fahri . kahkah .. belum sempat tgk AAC2 tapi ramai juga yg review kata kurang menyengat. Mungkin citarasa berbeza, tak sabar nak tengok dan bagi rating . #lulz .. 2.5 ? low juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat ke..? 2.5 dari 5 kira half dari markah penuh.. :)

      perrggghhh...!! sama la kita.. kalau dapat anak lelaki nak bagi nama Fahri.. tapi lepas tengok AAC2, tukar la.. dapat anak laki nanti nak bagi nama Umar.. Itu pun kalau ayahnya setuju.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  7. Baca review ni sambil flash back AAC 10 tahun lepas. Dan terus terngiang2 lagu rossa tu. Huhu. Sikit nye rating kak ain. Mcm tak berbaloi je nk tgk kat wayang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat ke..? 2.5 dari 5 kira half dari markah penuh.. :)

      Please bagi peluang kepada AAC2. Mungkin penilaian kita tak sama. Dakwah dalam AAC2 lebih kemas dan mantap.

      ...

      Delete
  8. Tak tengok lagi! Tapi memang betul tak boleh compare dengan novel obviously lagi detail. Nice review as always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! tak boleh compare dengan novel.
      sampai sekarang novel AAC yang pertama dulu tetap the best..! :)

      ...

      Delete