Banyak Bertanya Tak Salah, Tapi...

Kebetulan aku ada terbaca tentang coretan panjang ala-ala curahan perasaan seorang yang aku kira sepertinya seorang ahli akademik yang berpendidikan tinggi dan masih menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan tanya aku peringkat apa yang tinggi sangat tu. Aku pun tak tahu. Tinggi sangat agaknya.

Curhat (curahan hati) dia ringkasnya tentang sikap generasi muda zaman sekarang yang terlalu banyak tanya. Semua benda nak tanya. Tak nak cari jawapan sendiri. Malas membaca. Semua harap orang 'suap' atau bagitahu dengan cara paling mudah nak faham. Ringkas tapi padat. Generasi sekarang cepat bertanya dan mengharapkan jawapan yang cepat juga. Sudahlah tak nak berusaha sendiri, cepat pula menghukum atau membuat kesimpulan awal tentang sesuatu isu padahal mereka tak kaji sendiri isu tu. Hanya berdasarkan 'apa orang kata' atau apa yang di baca daripada sebelah pihak sahaja.

Tak salah banyak bertanya

Aku faham kenapa ahli akademi macam dia rasa sangat kecewa dengan sikap orang muda zaman sekarang. Sebab orang macam dia sangat minoriti. Orang yang membaca beratus-ratus buku dan beribu-ribu jurnal untuk fahamkan sesuatu hal. Sebelum mengeluarkan kenyataan atau memberi apa-apa pandangan, ahli akademik ni akan mengkaji itu ini dan membaca pelbagai sumber. Nampak macam susah. Complicated. Nak jawab satu soalan pun, makan berbulan baru dapat sediakan jawapan. Zaman sekarang mana ada orang nak tunggu. Semua nak pantas..!

Aku faham kenapa ahli akademik macam dia rasa sangat kecewa dengan sikap orang muda zaman sekarang. Tapi begitulah roda kehidupan yang tak pernah lelah berputar. Zaman sudah berubah. Kita hidup dalam zaman semua benda di hujung jari. Mudah. Cepat. Sepantas kerlipan mata. Seolahnya satu soalan tu perlu di jawab kurang dari satu saat. Nak kerlip mata pun tak sempat. Begitulah. Generasi hari ini tidak mahu benda yang susah. Tak mahu tunggu. Tak tahu nikmat mencari dan mengkaji kemudian mencari dan mengkaji lagi. Berkali-kali.

Apa yang mereka tahu, semua soalan mesti ada jawapan. Dan jawapan tu mesti diberikan dengan cepat. Kalau lambat, mereka akan berlalu pergi. Mereka akan cari sumber lain yang boleh bagi mereka jawapan dengan cepat. Dan ringkas. Jangan suruh mereka baca artikel panjang-panjang lepas tu jawapan letak kat ayat paling akhir. Itu pun ayat secoet tak sampai 7 perkataan. Memang kena maki jawabnya. Hakikat yang pahit tapi mesti ditelan, generasi zaman sekarang tak suka baca panjang-panjang

Entry ni pun entah-entah dibaca perenggan pertama dan terakhir sahaja. Lepas tu terus ke ruang komen. Taip tiga empat perkataan -- selesai komen. Lepas tu klik butang pangkah. Habis. Tamat. Tapi itu pun kalau nasib aku baik, ada yang sudi komen (Terima Kasih). Nasib tak baik, baru baca perenggan pertama sudah di klik butang pangkah. Apa nak dikata. Redha sahaja. Hidup ini adalah pilihan. Nak pangkah apa, itu rahsia. Janji mesti berdaftar dan mesti hadir hari memangkah. Dan jangan lupa masa depan negara kita di tangan orang muda (ehhh.. terbabas pula masuk bab lain.. lolss..)

Banyak Bertanya Tak Salah, Tapi Biar Beradab

Pandangan aku mudah sahaja. Semua benda baik asalkan kena gayanya. Betul adabnya. 

[satu] Tak salah bertanya, malah sikap rajin bertanya tu amalam mulia. Tapi tolong perhatikan cara dan masa kita bertanya. Biarlah beradab. Bertanya tak salah, orang yang bertanya tu yang kadang-kala tersalah. Fikir dulu. Congak dulu. Lepas tu guna ayat paling sopan untuk bertanya. Bukan minta jawapan gitu je. Adab dulu lepas tu baru datang soalan. Faham?

[dua] Usaha dulu. Cari sendiri dulu. Kalau perlu baca, sila baca dahulu walaupun mungkin panjang berjela. Guna teknik membaca yang bijak. Skip benda tak penting. Fokus kepada jawapan yang dicari. Yang membebel dan merapu sila abaikan. Belajar cari isi. Kalau memang dah di baca semua sampai habis tapi belum bertemu jawapan, then baru la bertanya. Ok?

[tiga] Dah di beritahu tadi, zaman sekarang dunia di hujung jari. Semua ada di internet. Kalau nak tahu benda simple cuba Google dulu. Atau download aplikasi Kamus Pro tu. Setakat nak tahu maksud ayat atau perkataan, kau guna je lah Kamus Pro tu. Kalau cuma hal-hal gossip atau hiburan, Google ada. Tanya dia. Jangan aju soalan kepada bukan ahli. Hal agama tanya ahli agama. Hal undang-undang tanya lawyer. Hal kesihatan tanya doktor. Senang kan?

Yang di tanya pun, jangan cepat melenting seterusnya meroyan. Tak elok untuk kesihatan. Bertenang sahaja. Fahamkan soalan dan tanya diri, boleh jawab atau tidak. Kalau tak boleh jawab, mengaku sahaja. Kalau perlukan masa untuk beri jawapan, suruh orang yang bertanya tu tunggu. Mesti tahu bezakan soalan nak tahu atau soalan sekadar nak provok. Jangan layan soalan yang tak ada hala tuju. Simple je. Letak beban dan tekanan kepada orang yang bertanya bukan kepada orang yang di tanya.

Jangan lupa senyum. Tok aku pesan, senyum itu sedekah.
Tak dapat bagi jawapan, bagi sedekah senyuman dulu. Untung-untung dengan senyuman terjawab segala persoalan.. cewaaaahhh.. cewaaahhh...! #tetibe #kaudahkenapa :p

Contohnya, baru-baru ni Zhi ada emel aku tanya itinerary ke India yang aku pergi tahun lepas. Tersenyum simpul aku dibuatnya. Kembang hati aku. Punyalah bahagia dapat soalan macam tu. Rasa macam dapat peluang berjasa kepada negara tau..! hahahahaha. Macam biasa, aku memang over. Fine. Dan aku pun berusaha menjawab emel Zhi dengan bahagia. Padahal tugas aku bagi link ke website Safir Go Travel je.. hahahahaha.. :p

Nampak tak..? Satu soalan anda yang mungkin sepaling-paling simple punya soalan tapi tanpa anda sedari telah membahagiakan hati orang yang ditanya tu. Betapa bangga aku dapat soalan tu. Rasa dihargai. Boleh je Zhi tanya soalan tu kat Google tapi Zhi pilih untuk tanya aku. Perggghhh...! terima kasih Zhi. Terharu aku sampai langit ke tujuh boleh nampak.. :)

Bertanya lah. Tak salah bertanya. Tok aku kata lagi, malu bertanya sesat jalan. Kreadit data habis, tak boleh Google. Battery handphone empty tak boleh nak guna Waze. Jadi, belajarlah seni dan teknik bertanya. Tak rugi apa-apa pun kalau kita rajin bertanya. Tapi biar dengan adabnya. Kembalikan kemanusiaan dalam diri manusia. Kita bukan robot. Hidup lah di zaman apa sekali pun, kita tetap manusia. Allah ciptakan manusia untuk mampu cipta robot. Allah tak suruh kita jadi robot..! Fahamkan.

:)



p/s : Zhi.. aku janji nak update pasal India kan..? Tapi masih tak sempat la Zhi. Sibuk mengemas rumah ni. Aku baru pindah rumah minggu lepas. Rumah berselerak lagi. Swimming pool pun tak cuci lagi.. perrgghhh..! tetiba riak sebab rumah ada swimming pool.. kahh kahh kahh.. Ok bye..! bye..! Nanti aku update eh Zhi. Sorry tau. 

Selain Zhi ada ke yang masih tunggu sambungan cerita aku pergi India tahun lepas..? Sikit lagi nak basi dah cerita tu.. ahhh..! berilah aku kerajinan.. beri laaaahhhhhh... :p



...

Share:

11 comments:

  1. skrg ni yg paling byk tnye soalan afrina adriana,nsib baik soalan membina.. selagi ibu jwb ibu jawablah, jgn suruh ibu translate udahlah,mmg ibu mrh lah knn..amboi2 pergi buka kamus!huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuuuuu.. soalan anak2 lagi mencabar nak jawab..! kadang soalan tak di sangka-sangka kannn... aduhh.. tabah lah ibu.. :)

      ...

      Delete
  2. *Zhi baca entry ni sambil makan biskut chipsmore*

    "Hidup ini adalah pilihan. Nak pangkah apa, itu rahsia. Janji mesti berdaftar dan mesti hadir hari memangkah. Dan jangan lupa masa depan negara kita di tangan orang muda " <--- tetibe sangat..!hahahhhaha ..

    Tu perenggan hujung-hujung tu comel . Zhi memang suka bertanya. Pedulik la org nak kata apa. Tak salah nak tanya kan? Dan tak salah kalau tak nak jawab.. haha

    Sebenarnya, bertanya pada manusia lagi best sebab rasa lagi real bila dapat jawapan dari manusia lain berdasarkan pengalaman mereka.

    Take care Ain. Sorry lambat sikit baca sebab acah sibuk sekarang ni.. kuhkuhkuh..

    muah ciked.
    xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..! ain pun suka tanya pada manusia.. feeling dia lagi best.. nak-nak lagi tanya kat manusia yang sejiwa.. silap-silap sembang topik ke topik tanpa sedar padahal nak tanya satu soalan je mula2.. hehehehee..

      :)

      p/s : bila hari memangkah ni..? tak zabaaaarrrr.. :p

      ...

      Delete
  3. Baguslah.. bertanya,
    malu bertanya nanti sesat jalan he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul.. baik tanya, sebelum sesat jalan..nanti membazir masa, bazir tenaga, bazir duit.. hehehehe.. :)

      ...

      Delete
  4. lecturer pun sembang benda yang sama jugak masa study dulu. Bila masuk kelas mostly blur bila sembang pasal topic yang dia ajar. Belum dia sembang pasal current issue. Sayang lah sebab memasing ada internet tapi lebih habiskan dekat socmed bergosip benda yang tak berfaedah & menggedik dengan boys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing-masing ada kecenderungan dan minat berbeza-beza.. susah nak suruh orang fokus pada satu2 benda.. tambah pula zaman internet sekarang ni.. :p

      ...

      Delete
  5. Kenalah usaha sikit jgn harap diauap aje.. Syafi pun Ada peramgai mcm Tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. usaha dulu lepas tu baru tanya, baru la champion..! :)

      ...

      Delete
  6. Betul sangat! sekarang parents aida pun ajar anak-anak dia, tak tahu terus search sendiri.. and jangan jadi bodoh sombong.. sifat sahabat rasulullah pun suka bertanya dekat rasullulah kalau tak tahu sesuatu.. nice sharing sis! ^^

    ReplyDelete