Mini Games Traveloka Fly & Win CNY Contest Buat Aku Addicted

Aku memang follow FB Traveloka dah lama sejak kawan-kawan blogger dan geng kaki travel bajet kenalkan aku dengan Traveloka. Aku rasa nama Traveloka tu sendiri dah sangat popular dan dah jadi salah satu website yang wajib dijenguk setiap minggu, betul tak ? Sebab nak tengok kot-kot ada harga promo kan... hahahaha..

Tak rugi follow Traveloka ni sebab diaorang selalu buat contest. Hadiah kebaboom best dan gempak. Cuma tak semua contest aku dapat join la bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Tapi kali ni, Traveloka buat contest yang super-cutes..! Aku try sekali terus terjebak dan jadi addicted pula. Seronok aku tengok kapal terbang comel tu naik turun. Nama pun mini games kan, kita main pun santai-santai lah jangan sampai stress.

Traveloka, win free flight ticket to Seoul, mini games, online games, Traveloka Voucher
Cepat pergi LIKE and FOLLOW Facebook Traveloka

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Untuk yang tertinggal keretapi, meh aku explain sikit. Traveloka baru start new contest tau sempena Chinese New Year 2018 tak lama lagi. Ramai dah yang terjebak sebab games ni simple and fun. Paling penting, hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang okey. Antaranya tiket penerbangan dan penginapan percuma ke Seoul, Phuket atau Langkawi. Selain tu voucher bernilai RM1000 pun ada..! Boleh tengok details kat gambar di atas J

Aku nak sembang panjang pun tak guna, baik korang check this out cepat sebelum gigit jari..! Contest ni berlangsung dari 22 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018 sahaja. Baru je start ni. Masih besar peluang korang nak menang kalau join contest ni sebab pemenang Hadiah Utama akan ditentukan melalui score markah tertinggi. Jadi lagi banyak kali main, lagi cepat mahir. So, senang la nak dapat high score. Nak cuba dapatkan tiket ke Seoul percuma..? Klik ni :


Aku sejak semalam dah terjebak dengan games tu. Mula-mula kekok juga tapi bila aku main guna smartphone baru lah dapat rentak macam mana nak main games tu. Senang gila main games tu rupanya, just tap-tap je dekat screen phone korang atau kalau buka di PC korang guna mouse je. 

Syarat-Syarat Menyertai Traveloka Fly & Win Contest 2018

Sebelum korang ikut sama terjebak dengan mini games Traveloka ni, meh baca syarat-syarat dulu :

1. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh peraduan berlangsung. Mesti warganegara Malaysia atau bermastautin di Malaysia. 

2. Mesti guna akaun Facebook peribadi yang telah di set kepada ‘Public’

3. Mesti follow Facebook Traveloka terlebih dahulu sebelum join contest

4. Mesti main mini games ni di website yang telah disediakan oleh pihak organizer sahaja lah. (Link aku dah share kat atas)

5. Klik je pada gambar tu nanti semua syarat-syarat lain yang details tu korang boleh baca kat situ. 

Korang boleh main berapa banyak kali pun dalam sehari. Tapi wajib share markah (score) yang korang dapat di FB Traveloka maksimum 5 kali je sehari. So, korang pilih la score tertinggi je baru share di FB dan jangan lupa tag Traveloka tau..! Siapa banyak share berpeluang menang Voucher Traveloka bernilai RM1000.. wooww..!!

Tips Dapatkan High Score Mini Games Traveloka

Dah tak sabar nak try main mini games ni? Jangan lupa klik link yang aku bagi kat atas tadi. Cara-cara nak main mini games tu pula sangatlah senang dan fun. Aku jamin korang akan addicted dan tak nak berhenti main games ni.

mini games, Traveloka

mini games Traveloka

Tapi sebab aku sayang kat korang, aku nak share sikit tips macam mana nak main games ni dengan mudah dan boleh dapat High Score. Aku pun mula-mula tu terkial-kial juga, bila dah dapat rentak baru syok main. Lepas beberapa percubaan tu baru merasa score 123 ni. Bangga dengan diri sendiri.. hahahahaa..!

Bila dah dapat score nombor cantik macam ni, orang Cina kata nombor ada ‘ong’ cepat-cepat la share kat FB korang tau. Rugi lepaskan nombor bertuah ni. Lepas share kat FB tu, main lagi sampai dapat score lebih tinggi dan tinggi lagi. Ada masa sebulan ni hari-hari main games ni at least 5 kali lepas tu share score. Itu je syarat nak join contest ni. Senang sangat kan..! J

high score, mini games, traveloka, internet games, online games, win ticket to Seoul Korea

So, apa tips nak dapat High Score dan dapatkan nombor cantik-cantik macam ni? Meh aku share sikit apa yang aku tahu. Ni base on pengalaman aku sendiri tau..!

1. Tap screen smartphone korang tu laju-laju bila nak flight naik ke atas laju-laju supaya tak langgar menara yang tinggi.

2. Tapi hati-hati dengan benda yang terbang kat belah atas. Tu semua perangkap samar. Sangat merbahaya..! hahahaha.. Jangan tap screen smartphone korang kalau nak flight turun ke bawah.

3. WAJIB ambil ang pow yang colour merah tu. Wajib tau..! Sebab bila korang ambik ang pow tu automatic score akan naik mendadak.

4. Hati-hati dengan tali layang-layang. Terkena sikit pun akan failed..! (tapi aku suka cara flight tu menjunam jatuh, comel sangat..! hahahahaa..)

5. Pastikan gajet yang korang guna untuk main games ni LAJU. Kalau lembap tersengguk-sengguk, baik korang lupakan je lah nak pergi Seoul secara percuma tu :p

6. WAJIB SHARE kat FB korang. Kalau tak share macam mana nak dapat peluang menang voucher RM1000 tu kan..!

7. Last sekali, aku nak pesan satu je.. “Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua” hahahahaa.. selingan je lah, jangan maraaahh..! J

Dah, apa tunggu lagi..? Syarat-syarat dah baca, cara main pun dah baca, siap aku share tips nak dapatkan high score lagi tau. Korang jangan la tak cuba pula games ni. Senang sangat nak main. Menang ke tidak Grand Prize tu terserah pada rezeki lah. Kalau ada rezeki tak akan ke mana. Tak dapat pergi Seoul, pergi Phuket pun boleh juga. Tak dapat Phuket, Langkawi pun apa kurangnya..! Yang penting enjoy holiday free tau.

Ini peluang nak pergi bercuti secara percuma. 6 hari 5 malam pula tu. Siapa yang azam tahun baru nak berjimat-cermat tu ini lah masanya kita cuba dan berusaha grab peluang keemasan ni. Nak bercuti tapi sayang duit dalam poket kan? Haa..jom ikut aku join contest ni. Main mini games flight comel asap kepul-kepul.. hehehehehe. Kalau kita tak berusaha macam mana rezeki nak sampai kat kita. Yang penting usaha dan enjoy...! yeaahhh..

Sorry tak sengaja terbebel pula dah hujung-hujung ni. Korang jangan lupa klik link kat atas tu tau...! Sekarang.. ya, sekarang la.. tunggu apa lagi.. :)




...


Share:

23 comments:

  1. Bestnye nk Cuba jugalah hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cuba..! Good luck.. hehehehe.. :)

      ...

      Delete
    2. Dah give up dah sebab markah paling byk dpt pin 40 hahhaha

      Delete
  2. Comelnya contest ni. Good luck sis!

    ReplyDelete
  3. comelnya review. haha goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review mesti comel mcm tuan punya blog juga.. hahahahaa.. :)

      ...

      Delete
  4. Tengok syarat ke-2 utk setkan facebook kepada public tu pun Zhi dah x lepas. Hahaha. memang tak la nak set to public. #lulz sbb ada stalker. kihkihkih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perrggghh...!! level retissss you ada stalker.. heheheheh.. :)

      ...

      Delete
  5. cute sgt....yang pasti kita enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! yang penting kita enjoyyyyyy.. :)

      ...

      Delete
  6. Mesti ramai yang join sebab hadiah yang menarik kan?? Semoga ada pemenang bertuah nanti. Enjoy the moment :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..! hadiah menarik sangat.. 6H5M ke Seoul.. siapa tak nak.. heheheee.. :)

      ...

      Delete
  7. Nak try lah nanti. Hadiah dia menarik jugak tu.

    ReplyDelete
  8. sikitnya markah..123? hmm

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau menang pergi bercuti,nak pas kt orang yg suka main games la, biar dia main pastu menang bwk kita pergi bercuti hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa.. kann..!! yang penting mesti bawa kita.. :)

      ...

      Delete
  10. Dah berapa markah kak ain skrg? Ana xlepas 100 lagi. Tangan bangku sungguh. Good luck pada semua yg join contest ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. last time dalam 150++
      tapi dah berapa hari tak main sebab sibuk pindah rumah.. :)

      ...

      Delete
  11. hahaha...saya dah stress asyik langgar belon jer...
    paling tinggi dapat 100

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa... kita selalu 'masalah' dengan layang2.. asyik terlanggar hujungnya tu.. stress..!! :p

      ...

      Delete