Cerita Tentang Rumah Baru

Seminggu dua ni aku rasa adalah satu jangka masa paling penat seumur hidup aku. Kahwin pun tak penat macam ni.. hahhahahaa.. :p Dan aku rasa dua minggu yang lepas ni walaupun banyak cuti umum termasuk Cuti Hari Wilayah 1 Feb hari tu, tapi aku rasa dua minggu ni aku paling penat, paling kurang rehat, paling tepu kepala dan aku rasa masa berjalan dengan sangat-sangat-dan-sangat pantas...! Tak terkejar nak buat semua. Tak sempat berkemas apa, hari dah gelap. Lepas tu baru nak tarik nafas sikit dah malam. Ya Tuhan..... macam ni rupanya penat pindah rumah..!

Ada yang minta aku update pasal cerita pindah rumah. Memang ada banyak aku nak cerita, bukan nak menunjuk tapi sebagai catatan untuk kenang-kenangan aku sendiri. Lagipun ada banyak benda yang kami laki bini lalui yang boleh jadi pengajaran untuk orang lain. Kami pun belajar dari pengalaman juga, bukan expert sangat. Just sharing.


Pun begitu (wahh..! pehal skema sangat ayat), sesungguhnya aku tak sempat nak cerita details ye.  Sorry. Nak kumpul gambar-gambar, nak edit dan letak watermark kat gambar pun rasa tak sempat. Ada masa senggang baik aku berehat dan bertenang. Lari sekejap daripada asyik fikir pasal rumah. Please jangan expect aku akan update pasal aku pindah rumah ni kat FB atau IG aku. Memang tak sempat..! Aku sibuk mengemas, handphone entah ke mana. Lagipun rumah baru aku macam kapal karam lagi. Bersepah..! Azab sangat nak share dengan korang.. hahahahahaa.. (saje bagi nampak drama sikit) :p

Untuk permulaan, meh aku share hal basic je dulu ye.. 

>>  Beli rumah ni dengan loan perumahan aku. First time aku buat loan rumah ni. Satu benda aku tak tahu. Semua Pokchik dan lawyer yang uruskan. Aku tahu sign sini sign sana. Dan loan yang aku buat dah maksima ikut kelayakkan aku, tapi total loan tak sampai 50% dari harga rumah baru kami tu. So, yang lagi 50% tu korek mana..? Dari duit simpanan Pokchik dan balance duit jual rumah lama. Aku nangis tiap kali ingat bab duit Pokchik yang dah keluar macam air sungai. Gila mencurah-curah. Kesian Pokchik. 

>>  Walaupun pakai loan perumahan aku, tolak kat gaji aku, rumah baru tu atas nama aku, tapi Pokchik yang bayar duit bulan-bulan rumah tu. Pakai je nama aku tapi komitmen tu atas bahu Pokchik sebenarnya. Please la jangan ada yang salah faham ingat Pokchik goyang kaki je dan aku yang bayar semua. Hakikat sebenar aku yang goyang kaki sambil duduk bilik aircond tengok filem hindustan (daaaaaa..)

>>  Total proses nak beli rumah ni makan hampir 7 bulan. Sebab aku pakai loan LPPSA bukan loan bank. Satu hal lagi, kena settle hal jual rumah lama dulu baru boleh settle hal beli rumah baru. Which is loan rumah lama pun dengan LPPSA. Yang beli rumah lama kami tu pun guna LPPSA. Walaupun nampak macam senang sebab semua guna LPPSA dan patutnya urusan lebih mudah dan lancar, tapiiiiiiiii noppp..! tak semudah itu bebeh.. :p  Selepas aku 'bertekak' dengan lawyer, baru laju sikit prosesnya. Itu pun Pokchik dah naik turun LPPSA tu seminggu sekali. Penat gegar sana, gegar sini. Mencakar sana, mencakar sini, akhirnya dekat 7 bulan baru selesai semua urusan jual beli rumah baru kami ni. Fuhhh..! lega.. :)

>>  Rumah baru aku tu 5 minit je dari rumah lama. Yupp..! kami beli rumah di dalam kejiranan yang sama. Kenapa..? sebab Pokchik dah suka duduk situ. Dia suka environment situ. Jiran-jiran dan orang surau kawasan tu alhamdulillah baik-baik, professional, produktif dan jenis fikiran orang bandar.. ehem..! :)  Oh ya, kami beli rumah sub-sales ye bukan rumah baru. Kalau nak tangkap rumah baru, mahal na-ma-tey..! :p Kita ukur 'baju' kat badan sendiri lah kan..

>>  Urusan pindah secara official berlangsung pada Jumaat (26 Januari 2018) -- aku akan ingat tarikh ni sampai bila-bila. Sebak tau nak keluar dari rumah lama tu. 7 tahun kami duduk situ, jatuh bangun, ketawa menangis, bergurau bergaduh, semua kat situ. Banyak kenangan dengan rumah tu. Kami belajar jadi suami isteri, sabar, matang dan saling mengenali semua kat rumah tu. Tapi life must go on kannnn.. kisah kami pun to be continue lah.. :)


>>  Rumah baru kami semi D dua tingkat yang dah full renovation. Kami beli rumah tu siap dengan basic furniture (peti ais, set sofa, meja makan, set katil dan almari, home teater dan macam-macam lagi). Adat beli rumah sub-sales ni kita bukan 'pakai' rumah bekas owner tapi taste dan style bekas owner pun terbawa sekali. Contohnya wallpaper kat rumah tu, kalau ikutkan bukan taste aku tapi dah siap pasang segala, tak ada la pula aku nak koyakkan wallpaper tu semua.. hahahahaha.. Pakai la dulu, dua tahun lagi kalau dah meluat sangat tengok wallpaper tu baru aku tukar atau buang terus then cat je balik dinding tu.

>>  Mengemas rumah dua tingkat dengan mengemas rumah setingkat tentulah tak sama penatnya. Berganda..! Aku yang masih obesiti (dengan bangga mengaku.. hahahahaa..!) dah mula rasa azab duduk rumah dua tingkat yang belum siap kemas ni. Barang masih belum proper susun. Jadi ada barang kat tingkat bawah, ada barang kat tingkat atas. Bila kau dah ada kat tingkat atas, dah mengantuk tahap gaban, mata dah nampak tilam bantal tapi rupa-rupanya ada barang kena ambil kat tingkat bawah, memang rasa nak nangis kena menapak turun ambik barang then merangkak naik atas balik. Padahal bukan tinggi sangat pun tapi penat oiiii.. :p

>>  Rumah tingkat atas tu owner lama dah pasang carpet. Adoiiii..! nangis lagi. Aku tak gemar rumah pasang carpet wall to wall ni. Tak rajin nak vacum hari-hari. Lagipun pasang carpet satu rumah ni high risk tau..! Kalau tertumpah air ke, budak kecik terkencing ke, ada siling bocor ke, naya sungguh..! Masa kami mula-mula masuk rumah tu, carpet dah macam belacan. Terpaksa kami panggil tukang cuci carpet datang rumah bagi cuci dulu kalau tak, memang tak sanggup nak bergolek-golek atas carpet tu. :(  Nanti aku cerita lagi la pasal cuci carpet ni.

>>  Kos nak beli rumah satu hal, kos nak baiki minor problem satu hal, kos masa pindah rumah pun satu hal. Bayar lori. Bayar tukang service aircond. Bayar tukang cuci carpet. Bayar tukang cat dinding bilik. Nak beli langsir baru, nak beli kepala paip baru, nak renovate kabinet dapur baru, nak beli kelengkapan sikit-sikit itu ini, semua duit..! Memang kos nak pindah rumah ni bukan sikit-sikit. Lain la orang kaya yang duit sentiasa tebal. Kami ni menggigil-gigil tangan nak keluar duit. Tapi redha la. Once in a lifetime kata orang. InsyaAllah nak duduk rumah ni sampai tua nanti, jadi mula-mula ni memang kena keluar duit kaw-kaw.

>>  Tu belum masuk bab nak deco-deco rumah. Aku blurrr. Idea macam tepu. Nak deco macam tu , nak deco macam ni tapi kena tengok keadaan rumah. Paling penting kena check bajet dulu.. hahahahahaa..! Kalau ikut hati memang aku nak borong semua barang kat IKEA tu. Atau hired je pereka hiasan dalaman, terus rumah kau jadi kebaboom cantik kalah rumah contoh.. kikikikii.. tapi sabar. Tahan dulu. Nafsu je semua tu.. lolss.. :p

>>  Penat mengemas memang tak terkata. Banyak airmata yang tumpah sepanjang dua minggu ni. Bertekak dan bertegang urat dengan Pokchik pun tak terkira banyaknya. Taste dan style kami mengemas tak sama sebab tu asyik bertekak je. Duit keluar macam air paip, peluh menitik pun macam air paip, patut la aku dah kurus sikit (berangan je lah..!), kepala aku dah miongggg. Kalau ikut aku macam nak berhenti kerja atau ambil cuti sebulan sebab nak kemas rumah tu bagi siap dulu. Selagi tak siap kemas, fikiran aku serabut. Tak boleh nak fokus benda lain apatah lagi fokus hal kerja. Badan je kat office tapi kepala ingat rumah. Tapi aku sayang cuti, kan dah berazam nak jimat2 guna cuti rehat tahun ni.. hummmphh.. :( 

>>  Aku tak sabar nak tengok rumah tu siap kemas walaupun aku tahu benda tu take time. Mana boleh siap kemas semua sekelip mata. Aku berdua dengan Pokchik je mengemas. Mesti la sow-slow dan step by step. Makan bulan juga baru siap semua. Sekarang ni aku tak nak terlalu menekan diri sendiri ataupun Pokchik. Aku nak enjoy proses ni. Kalau terlalu stress fikir pasal nak kemas rumah je, nanti terlepas moment manis yang mungkin akan menjadi kenangan paling mahal untuk kami. Aku nak slow and steady je lagipun apa nak dikejar sangat. Semua dah ada cuma perlu dikemaskan sahaja. Slow-slow la. Tak nak stress dan tak nak rushing. Steady..!


Okey cukup lah tu. Nanti aku share lagi. Blog pun macam dah terabai sikit. Nak blogwalking pun tak sempat sangat. FB dengan IG pun aku jarang sempat jengah. Maaf ye kawan-kawan. InsyaAllah nanti dah tenang sikit, aku catch up balik. Aku mohon kawan-kawan semua doakan mudah-mudahan semua berjalan lancar untuk aku dan Pokchik. Dan tolong doakan rezeki kami bertambah meriah tahun ni. Aamiin.. :)

Thanks yang masih sudi datang singgah dan baca blog aku ni walaupun aku jarang sangat update. Bulan lepas cuma 5 post. Aduhaiiiiii.. mana azam tahun baru nak aktif berblog ni..? hahahaahaha..

Apapun thanks tau..! Nanti datang singgah lagi ok..





...


Share:

8 comments:

  1. bestnya dah pindah rumah baru tapi perukan masa sikit la kan nak deco ikut selera kita. One thing at a time sis & take care tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaayy..! alhamdulillah seronok dah pindah tapi tengok rumah tak siap2 kemas tu jadi stress.. hahahahaa..

      ok thanks.. :)

      ...

      Delete
  2. Moga seronok dirumah baru he he he... mesti best nak deco-deco kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde idea lagi Bonde.. :)
      penat mengemas tak abis lagi.. hehehehee..

      ...

      Delete
  3. memang mula-mula akan rasa penat sangat.. tapi nanti lepas semua dah selesai tengok rumah sendiri dah cantik semua,, everything will worth it.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. tu lah tak sabar tunggu siap kemas tu.. :)

      ...

      Delete