Mendengarlah Dengan Hati Bukan Dengan Mata

Sejak kecil aku belajar tentang pentingnya memiliki kekuatan dalaman yang baik. Terutama bila kau ditakdirkan lahir sebagai anak perempuan. Semakin menginjak dewasa aku semakin faham kenapa arwah ayah selalu marah bila kami anak-anak tak kuat. Arwah ayah tak suka anak-anak lembik, kuat menangis dan manja. Terutama anak perempuan. Ya, anak perempuan lebih penting untuk jadi kuat. Allah s.w.t. pun memang cipta kaum wanita lebih kuat daripada kaum lelaki kan? Tapi bukanlah kuat yang nak bergaduh bertumbuk tu. Yang aku nak cerita ni kekuatan dalaman la. Jiwa dan emosi -- mesti kuat..!

Aku sekarang sudah tiba pada fasa segala-galanya adalah tentang kekuatan jiwa dan emosi aku. Yang lain dah jadi tak penting sangat. 35 tahun. Berkahwin. Tak ada anak. Bekerja makan gaji. Jerawat. Obesiti. Kurang keyakinan diri. Masalah kat pejabat. Orang perli-perli -- semua tu sudah tidak mempengaruhi hidup aku lagi. Tak kisah..! Aku dah tak kejar fizikal dan bentuk yang sempurna lagi. Aku berusaha melentur hati untuk lebih banyak melihat ke dalam diri bukan melihat ke luar. Maka emosi aku, perasaan, mood, amal ibadah, spritual, apa aku fikir, apa aku plan untuk masa depan -- itu yang lebih penting sekarang ni..!

Aku dah kurang nak ambil port benda-benda remeh. Dah kurang melenting. Dah kurang merungut. Circle hidup aku pun semakin kecil sekarang. Aku cuma ada beberapa orang kawan yang rapat, itu pun aku tak share semua hal dengan diaorang. Bukan macam dulu, pantang jumpa mesti nak cerita itu ini. Aku sekarang lebih banyak mendengar dan memerhati. Dah penat bercakap ramah sana sini. Berehatlah pula. Dengan family pun aku dah semakin merenggang. Entah lah.

Tapi emosi aku sebenarnya masih belum kuat. Nun jauh di dasar hati, aku masih sangat rapuh. Ada satu dua hal yang sepertinya belum mahu selesai walaupun sudah bertahun-tahun aku cuba. Ahhh..!Malas nak fikir. Hati aku keras mungkin. Selama ni aku mengelak dari terlalu memikirkan satu dua hal yang menganggu tu, tapi sampai bila nak mengelak, betul tak? Cara paling baik menyelesaikan konflik adalah dengan menghadapinya. Tapi aku belum mampu. Lemahkah aku..?

Bila banyak diam, banyak perhati, banyak membaca -- hati aku jadi sebal. Tepu. Penuh. Melimpah-limpah. Aku mahu komen itu, mahu komen ini. Aku mahu lepaskan, hamburkan, luahkan. Mahu jadi hero yang menyelamatkan dunia dan manusia sejagat. Mustahil. Tapi aku tak betah untuk melihat sahaja. Mulut ni ringan nak menegur. Niat aku baik cuma nak betulkan supaya kesilapan tu tak berulang atau supaya orang yang buat salah tu menjadi orang yang lebih baik kelak. Tapi end up teguran aku di salah erti lepas tu konflik meletus lepas tu hati terguris dan akhirnya aku balik yang menyesal dan makan hati. Dammm....! Alangkah baiknya kalau aku boleh diam. Just diam..!

Mendengar lah dengan hati bukan dengan telinga apatah lagi dengan mata. Apa yang kita lihat ni bukan semuanya betul..! Please lah.. berapa kali lagi aku mesti ulang benda ni. Dengan orang-orang yang kita sayang, orang-orang yang dekat dengan kita, orang-orang yang ambil berat tentang kita -- tolonglah lihat dan hargai kewujudan mereka dengan mata hati kita..! Bila kita tengok dia senyum ketawa gembira, tak semestinya dia betul-betul tengah bahagia. Cuba selami dan fahami. Cuba gunakan mata hati kita untuk melihat senyuman dan ketawa mereka. Bahagia yang asli kah..? Atau lakonan untuk menutup kesedihan semata-mata..

Dengarlah dengan hati. Jadi pendengar yang baik untuk orang yang kita sayang. Dengar..! Dengar dengan baik. Itu sahaja. Cuba dengar dan cuba faham. Cuba dengar sambil jangan judge apa-apa. Cuba dengar dan rasakan getaran yang cuba disampaikan. Tengok anak mata dia, perhatikan gerak tubuh dia, rasakan getar suara dia malah kalau boleh pegang dia, peluk dia, sentuh dia.. rasakan adrenaline yang sedang mengalir di dalam salur darah dia. Dengar. Rasa. Fahamkan. Jangan tanya apa lagi dia mahu, tapi cuba berikan seberapa banyak yang dia perlu.

Aku bukan pandai sangat. Aku pun masih belajar jadi pendengar yang baik. Aku tak kuat mana pun sebenarnya, aku rapuh dan sedang hancur perlahan-lahan. Aku sudah letih menggantung harapan pada manusia yang aku fikir sebenarnya faham -- tapi rupa-rupanya tak lebih sekadar semilir petang yang mendamaikan tapi tidak kekal. Sungguh aku letih. Satu hari nanti aku akan pergi, aku harap tiada penyesalan dalam hati-hati yang aku tinggalkan. Aku sudah berikan segalanya semampunya, aku juga harap akan dapat segalanya. Tapi aku silap. Berkali-kali silap.

Yang memiliki segala-galanya hanya Dia. 

gambar sekadar hiasan (sumber : google image)



...





Share:

16 comments:

  1. sedih baca coretan ni.. bertabahlah sis.. dunia memang tempat ujian, di syurga sana kita berehat. Dan jangan lupa curahkan semua kepada Allah, in shaa Allah kita akan tenang, mungkin tak banyak tapi akan lebih tenang.. Stay strong! Allah is with us.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih.. :)

      ...

      Delete
  2. Dulu LZ takut dan layan sangat dengan kata-kata orang..
    Lama-kelamaan ayat itu 'menyekat' kehidupan sendiri, start dari itu LZ mula ikut kehendak diri, biarlah apa orang kata janji kita tahu apa kita buat..
    Perkongsian yang sangat bagus dan LZ doakan agar sis sentiasa dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa 'tersekat' ni.. :(

      semoga LZ juga dipermudahkan selalu..

      ...

      Delete
  3. Kalau nk dgr kata org sampai bila tak habis sis. Pekak kan telinga je. Move on dgn kehidupan yg kita rasa kita selesa. Adukan semua pada yang Esa kerana itu yang Dia hendak sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah semudah itu.. errmm.. takpe, Allah ada.. kan.. :)

      ...

      Delete
  4. sabar
    yang penting positifkan diri

    ReplyDelete
  5. sama la kita sis, I dah cecah fas atu dah. Fasa malas ambil port. Orang nak perli ke nak kutuk suka hati lah yang penting hidup tak susahkan orang. Anyway, be strong sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perit juga hati nak ignore kata-kata orang.. kan..? tapi lama-lama rasa kebas dah.. huhuhuu..

      tQ.. you take care too.. :)

      ..

      Delete
  6. "Aku sekarang sudah tiba pada fasa segala-galanya adalah tentang kekuatan jiwa dan emosi aku. Yang lain dah jadi tak penting sangat. 35 tahun. Berkahwin. Tak ada anak. Bekerja makan gaji. Jerawat. "

    Ain . . JERAWAT pun kena masuk kan ke ? haha.

    Sabar ye, INsyaallah orang-orang yang sabar tu ada ganjarannya.

    Jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss..!! mesti..!! hahahahahaa.. :p
      jerawat is benda paling stress di alam semesta okeh. masalah level antarabangsa.. kikikiii.. Tapi sekarang aku dah tak kisah sangat, jerawat ke jerawut ke.. lantak situuuu.. :p

      Zhi pun jaga diri ok.. hugss.. :)

      ...

      Delete
  7. bercakap soal kekuatan dalaman, takkan dapat lari dari berlingkar soal organisasi fikiran-fikiran sedar dan luar sedar. melihat dari sudut penulisan, saya melihat penulis berusaha untuk membentung fikirannya dari menjadi petak meskipun pembentungnya bulat. Hal ini adalah bukan hal picisan, ianya adalah nyawa kpd dirinya. fikiran akan hidup dan terus hidup dengan natural cause-nya sendiri, kita sebagai perumah harus menyediakan persekitaran yg harmoni utk sama2 kompromi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr... masalah pembentungan di kawasan perumahan ke ni..? kena call PBT ye saudara.. saya tak jaga masalah indah-woter cenggini..

      hahahaha.. thanks FR.. :)
      fikiran kita bukan milik kita kan..

      ...

      Delete
  8. semakin menginjak usia, semakin mematangkan tuan diri. Kalau kita berfikiran positive in sha Allah, positiflah jadinya. Yang penting adalah diri kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, akan terus mencuba..

      tQ kak azi.. :)

      ...

      Delete