Lirik Lagu Mambang ~ Altimet ~

Apa kes ni main perli-perli guna lirik lagu pula? Orang yang diperli tu pun bukan calang-calang orang. Aku serius terkejut dan macam tak berapa berkenan la style main perli-perli ni. Nak jadi Taylor Swift ke apa..?!! hahahahahaa.. Tapi seperti apa yang dikecohkan oleh netizen sejak dua menjak ni, itu lah yang berlaku. Isu perli-memerli dalam lagu antara Altimet kepada Malique. Untuk yang belum tahu, mari aku ringkaskan sedikit.

Mambang by Altimet

Buah tangan terbaru daripada Altimet berjudul Mambang baru sahaja diperdengarkan kepada umum  beberapa minggu lepas dan lirik lagu tersebut betul-betul menarik perhatian pendengar terutama peminat lagu-lagu rap. Lirik lagu Mambang ini dikatakan ditujukan secara sinis kepada seorang lagi penyanyi rap/komposer/penulis lirik hebat yang digeruni ramai iaitu Malique (bekas ahli kumpulan Too Phat). Siapa tak kenal dengan dua nama besar ni kan..? Jadi apabila mereka berdua saling sinis-menyinis, terkedu jugalah aku mendengarnya.

Lirik Lagu Mambang Nyanyian Altimet

Jom kita 'selongkar' sikit lirik lagu ni. Aku bukanlah handal sangat buat analisa lirik lagu, tapi pertama kali dengar lagu ni pun aku rasa lagu ni ditujukan kepada 'seseorang'. Kenyataan balas Altimet mengatakan lagu ini tentang 'dirinya sendiri sewaktu muda' aku rasa kurang kuat. Kalau kita buat lagu untuk diri sendiri, tak kan sampai 'apa dalam kain' pun kita masukkan dalam lirik lagu tu..?!! Entah lah.. itu pendapat aku je. Korang pula rasa macam mana..? 

M A M B A N G  (by Altimet)

aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang

sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang

mambang duduk gua cuma dengar suara
dulu maharajalela di kuala
yang aku sangka emas rupanya hanya suasa
kerenah lama member nak layan

pun dah tak kuasa

mari aku lagukan ini qiraah untuk engkau
bakar line ludah api studio ini jadi relau
dulu tunggang ombak langgar game ini macam todak
sekarang macam dah rosak, kejap bagi aku congak

sembilan tahun tiga album, bro aku boleh kira
dapat satu tiap tiga yang pertamanya gila
lepas tu boleh la, lepas tu tak boleh blah
apa kes ulang lagu macam karaoke brah?


member tanya mana pergi engkau punya sengat
dulu otak cair sekarang akal naik pekat
ilham kering, writers block, pena kau kena sekat
dulu lawas now your **** like
tak cukup serat mambang

aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang

aku tanya apa khabar pada kamu
kalau tanya siapa lapar itu aku
siapa masak belajar sabar itu kita
jantan senyap bila dicabar itu gila

I can't stand in the shadows bruh
I'm too tall
can't walk in you size uh
they too small


guess I'm too big for your boots
and you too much of a kid
for the truth

kau acah deep tulis lagu untuk budak acah deep
still asleep aku chill buat lagu dengan adeep
acah tak kisah kecik hati bila baca tweet

bro you sweet bawa bertenang ok aku delete


apa aku buat semua kau sibuk semak
baju kau pakai tak boleh buat aku segak
apa aku makan tak pernah buat engkau b***k
bawah kain kita lain jangan sampai aku selak.. mambang


aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang


Yang aku bold kan tu antara lirik tajam yang sibuk diperkatakan. Macam rasa pelik sangatlah kalau Altimet buat lagu ni untuk diri sendiri. Kalau ya pun, apa yang cuba di sampaikan..? Ini bukan lagu motivasi ke lagu bagi semangat ke atau lagu nak bagi teguran ke apa. Memang sound like nak sound orang je.. hahahaha.. :p  Kalau dibandingkan dengan lagu Amboi Amboi Amboi (lirik lagu), secara peribadi aku tak rasa Mambang ni menunjukkan apa-apa kematangan dari Altimet. Macam sengaja nak cetus kontroversi pun ada juga.. oppsss.. :p

Dan baru-baru ni ada pula netizen yang viralkan lagu Gong Nekara, nyanyian Kmy Kmo ft Luca Sickta (Aku pun tak tahu macam mana nak sebut nama diaorang ni. Orang Malaysia ke..? Melayu..? haihhh.. apa futuristik sangat nama kau ni dikk..!!) dan mereka ni katanya adalah anak murid Malique. Bila pula Malique buka sekolah..? Aku nak daftar masuk. Ada kosong..? ehh.. 

Lagu Gong Nekara (ya, bukan typo ye.. memang N.E.K.A.R.A bukan neraka) ni dikatakan adalah jawapan balas untuk lagu Mambang nyanyian Altimet. Aku dah dengar lagu tu. Liriknya mak oiiii berbelit-belit. Memang style Malique sangaaaattt kan..! Padu maksud lagu tu, take time kalau nak betul-betul faham. Tapi kalau betul lagu tu nak balas perlian Altimet, memang mengena. Aku kongsi lirik lagu tu dalam entry lain lah ye.

kebetulan atau dirancang..? hiksss.. :p

Seru Malique Munculkan Diri

Walau apapun, aku harap tiada permusuhan antara Altimet dan Malique. Kedua-dua komposer ini bagus dan bijak orangnya. Janganlah kerana ego mereka bermusuhan dan sebagainya. Tak ada yang dapat untung pun. Bagi aku kalau betul lagu ini dituju kepada Malique pun ia tak lebih dari sekadar nak seru Malique munculkan diri kembali dan 'paksa' Malique terus aktif menulis lagu-lagu yang hebat. Industri masih perlukan Malique. Kalau tak nak munculkan diri di media (terutama sosial media) tak apa, tapi sesekali muncul di kaca tv apa salahnya. Peminat-peminat rindu.

Mungkin Altimet dan penyanyi-penyanyi rap yang lain dah letih menjawab soalan-soalan peminat "Mana Malique..? Apa jadi pada Malique sekarang..? Kenapa Malique mendiamkan diri..? Malique sakit ke..?" dan macam-macam soalan lagi. Letih juga nak jawab satu-satu, seolah-olah mereka tahu semua benda tentang Malique sedangkan masing-masing punya kehidupan masing-masing juga. Jadi sesekali Malique kalau boleh 'keluarlah dari gua', ubati rindu peminat-peminat ni.. :)

Yang netizen pun, cuku-cukuplah jadi batu api. Tak payah nak laga-lagakan mereka lagi. Kita enjoy sahaja 'buah tangan' yang mereka persembahkan. Hujung pangkal nanti, semuanya hiburan. Yang mana baik, ambil jadi panduan. Yang mana tak baik, buat sempadan. Tapi yang mana tak faham (sebab lirik deep sangat) buka kamus DBP atau kau buat-buat faham dan hadam sahajalah diam-diam. Asal jangan kita memandai-mandai.

doakan mereka terus bersahabat | Altimet dan Malique

Komen netizen yang mencuri hati aku :
"..Kalau Altimet buat lagu macam Malique, kau kata dia tiru. Tak ada originality lah apa lah. Bila dia buat lagu yang lain sikit, kau kata dia tembak Malique pula. Sebenarnya nak apa..? Nak tengok Altimet dengan Malique salam cium tangan laga-laga pipi sambil take selfie baru korang happy ke..? Dasar netizen..!"  hahahahaha.. 'cute' kan komen ni.. :p

Apapun aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan semua penggiat seni yang ikhlas berkarya. Orang macam mereka ni 'special' tau. Tak boleh nak banding-bandingkan mereka. Kelebihan dan kekurangan mesti ada. Raikan perbezaan. Peace..!










Sumber :
1\ Lirik Lagu Mambang (https://www.pancaswara.com/2018/02/lirik-lagu-altimet-mambang.html)
2\ Gambar semua daripada Google Image


Share:

Azab Kena Keracunan Makanan

Tak sedap hati juga nak cerita pasal keracunan makanan pagi-pagi macam ni. Takut spoiled mood orang yang membaca. Tapi aku kena juga share pasal perkara ni sebelum aku terlupa dan sebelum aku sibuk dengan hal lain.. hahahahaa..! Walaupun aku tak akan lupa pengalaman pahit dan azabnya kena keracunan makanan tu sampai bila-bila, tapi nak juga aku share kat sini supaya dapat di ambil iktibar oleh orang lain. InsyaAllah.

sakitnya kena keracunan makanan, food poisoning, petua keracunan makanan, tips tak kena keracunan makanan, ubat keracunan makanan
azab kena keracunan makanan

Macam Mana Boleh Kena Keracunan Makanan ?

Dua minggu lepas, hari Isnin aku rasa tak sedap badan. Penat lain macam. Mungkin sebab Sabtu dan Ahad sebelum tu aku sibuk mengemas rumah. Sakit-sakit satu badan. Jadi Isnin tu aku cuti. Tengahari rasa nak makan bubur McD, aku gagahkan diri pergi drive thru beli bubur McD. Dah alang-alang aku pergi McD tu aku beli sekali Spicy Chicken McDulex seketul untuk aku makan malam nanti sebab fikir-fikir macam tak larat nak masak sampai petang. Pokchik tak ada, pergi Alor Setar. Malam baru balik.

Balik rumah, aku terus makan bubur McD tu walaupun tak berselera sangat pun tekak ni. Badan tak sihat kan. Burger SC McD tu aku letak atas meja, bawah tudung saji. KESILAPAN PERTAMA aku ialah tak simpan burger tu dalam fridge..! :(

Bila dah malam dalam pukul 9 macam tu, aku panaskan burger SC McD tu dalam microwave dan makanlah dengan tanpa rasa bersalahnya..! Tanpa aku sedar itu adalah KESILAPAN KEDUA yang aku buat. Tapi masa makan burger tu memang ok je. Tak ada rasa apa2 yang pelik atau nampak apa2 yang tak elok dengan burger tu.

Lepas doktor dah sah kan aku kena keracunan makanan tu, baru aku teringat makanan fast food memang tak boleh di letak pada suhu bilik melebihi 3 jam..!! Ingat ya kawan-kawan. Lebih 3 jam kalau nampak makanan tu terletak je atas meja, ambik dan terus buang. Jangan makan. Ada sahabat aku yang pernah kerja kat restaurant fast food (bukan McD) ni bagitahu, semua makanan fast food ada di letakkan satu bahan ni nak bagi makanan tu nampak macam fresh from oven (baru masak). Tapi bahan tu akan mengakibatkan makanan tu tak tahan lama. Sebab tu diaorang masak burger atau goreng ayam tu berperingkat. Mana-mana yang dah siap di masak tapi tak terjual, mereka akan buang terus makanan tu.

Nama pun fast food kan..! Jadi, kau beli tu then terus makan. Kalau nak simpan juga, make sure simpan dalam peti ais atau mesin chiller (kalau ada). Jangan biar pada suhu bilik. Nanti makanan tu akan 'tumbuh' bakteria..! Sebab bahan khas yang diletakkan di dalamnya. Jangan salah faham pula, bahan tu bukanlah bahan terlarang ke apa. Halal. Jangan kau pergi saman restaurant fast food tu pula..! hahahahahaa.. :p

Kesilapan yang kedua aku buat adalah, aku pergi panaskan burger tu dalam microwave..! Dah la burger tu ada bakteria, aku pergi panaskan pula. Makin aktif la bakteria tu. Jangan ingat kita panaskan makanan tu dapat bunuh bakteria ye. Silap tu..! Makanan yang dah ada bakteria, kau pergi panaskan itu namanya mencari nahas. Huwaaaaa..! Mana aku tahu tak boleh panaskan burger tu. Tak ada cikgu bagitahu pun sebelum ni.. :(

Petua Cepat Baik Selepas Kena Keracunan Makanan

Serius weiii, sejak pagi Selasa tu sampai Jumaat aku menanggung sakit perut yang sangat-sangat sakit tak tahu nak cakap macam mana. Lepas tu cirit-birit yang tak terkira berapa kali aku masuk toilet membuang. Setiap 10 ke 15 minit sekali aku masuk toilet. Sampai tak boleh duduk jauh dari toilet. Malam tak boleh tidur sebab asyik berulang ke toilet. Melepek satu badan sebab tak ada tenaga, asyik membuang. Aku tak ada selera makan. Baru sesuap dua aku dah rasa nak muntah jadi aku stop. Tak nak makan. Aku minum air je. 

Tiga hari aku m.c. dan Jumaat tu aku terpaksa ambil cuti rehat sebab badan masih lemah dan cirit -birit masih ada tapi dah kurang. Hari keempat tu aku takut nak gi klinik lagi sebab doktor kata nak transfer aku masuk wad kat hospital terdekat. Tak nak aku..! Sesungguhnya aku dan hospital tak berapa berkawan baik ye. Bye..! :p

Ubat yang doktor bagi, aku makan ikut jadual terutama antibiotik sebab doktor kata aku punya keracunan makanan dah macam ada infection apa ntah kat perut ke usus. So, 3 hari m.c. tu 3 kali tukar antibiotik. Kepada yang tanya, pregnant ke..? Jawapannya tak. Aku tak pregnant ya. Mohon kecewa.. hehehehee.. :)

Okey, apa aku buat bila dah kena keracunan makanan tu selain makan ubat yang doc bagi..? Ni aku nak share..

1. Minum Yakult 2 botol sehari
Aku start minum yakult ni selepas hari ketiga aku kena keracunan makanan tu. Kenapa lah aku tak tahu petua ni dari awal-awal kan..? huhhhh.. Serius, yakult memang sangat membantu. Minum pagi tu dua botol, petang tu dah mula kurang cirit-birit aku. At least 30 minit sekali baru membuang. Bila tiba malam, aku dah boleh tidur sebab tak ke toilet sekerap sebelum tu. Alhamdulillah.


2.  Minum Bliss (atau apa2 brand yang sama lebih kurang)
Ini pun member aku suggest. Kenapalah aku tak terfikir nak cari Bliss ni dari awal. Memang Bliss ni sangat membantu juga. Dah la sedap, aku beli 6 botol terus. Aku minum sekerap mungkin dan selang-selang dengan air kosong. Nisbah 1:1 tau. Maksudnya segelas Bliss aku 'bilas' balik dgn segelas air kosong. Sebab harus diingat Bliss ni tinggi gula tau..! Effect dia memang asyik membuang air kecil tapi at least perut dah tak memulas-mulas dan menyucuk-nyucuk macam sebelum tu.


3.  Pil Arang
Pergi klinik swasta ke klinik kerajaan ke, memang akan dapat pil arang ni. Sila makan ikut arahan doktor ya. Pil ni bagus. Buat kita membuang dengan perasaan yang best..!! hahahahaa.. Maksud aku, pil ni buat perut kurang sakit la. Time rasa nak membuang tu je rasa sakit sikit. Masa proses membuang dan selepas membuang perut rasa lega. Macam dapat calm kan perut kita la.


Selain daripada tu, tips lain yang aku boleh share adalah langkah-langkah pencegahan la kan.

- Check makanan dan minuman yang kita nak 'masukkan' dalam badan kita. Belek elok-elok kot ada telur lalat ke, warna pelik ke, bau pelik ke, check la betul-betul. Kalau rasa mencurigakan atau hati kau rasa tak sedap je nak makan, jangan makan..! Memang la sayang makanan tu, tak nak membazir what so ever. Tapi tak berbaloi dik, kalau dah kena keracunan makanan ni.. sakitnyaaaaaaa ya ampunnn.. :(

- Kalau tiba-tiba kau cirit-birit atau sakit perut yang pelik daripada biasa, cepat-cepat lariiiiiii pergi 7 eleven and beli Yakult dua tiga botol. Minum yakult dengan bersungguh-sungguh. Faham..!

- Kalau kau agak-agak kau keracunan makanan tu sebab makanan laut (seafood antara faktor paling kerap orang kena keracunan makanan), sila jauhkan semua jenis makanan laut selama beberapa hari sekurang-kurangnya 5 ke 7 hari. Orang kata kalau kena food poisoning disebabkan seafood sakitnya lebih luar biasa dan akan muntah-muntah.

- Selain jauhkan makanan laut, sila jauhkan juga makanan/minuman berasaskan SUSU dan semuaaaaa makanan PEDAS. Sikit cili pun jangan makan ye..! Perut pedih oiiii, kalau kau makan pedas atau minum susu silap-silap dapat penyakit baru yang dinamakan gastrik. Oh no..!

Rasanya itu sahajalah yang aku nak share. Kalau korang ada lain-lain petua boleh lah letak kat komen di bawah. Aku pun first time kena food poisoning ni, tak banyak yang sempat aku study. Memang sakit. Serius..! Sakit yang paling sakit selepas sakit gigi bongsu.. hahahahaa.. :p Terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi bagi macam-macam tips dan petua pada aku sampai ada yang whatsapp personal kat aku.. :)  TQ tau.. aku sayang korang..!

And of course, kalau memang tak elok juga sakit perut dan cirit-birit tu jangan lah tunggu lama-lama lagi, terus pergi hospital dan minta doktor buat details check up ok.





...


Share:

Musim Artis Berhijab BUAT PERANGAI

Macam musim durian pula kan. Gossip artis pun ada musim. Pelik aku. Memang berjanji ke apa korang ni..? Lepas satu kes, satu kes lagi. Penat makchik bawang bergossip sampai tak sempat nak berehat okeh. Aku ni kebetulan je dua minggu lepas tak sihat, kalau aku sihat walafiat memang ikut sama la membawang. Mana boleh tak join. Isu panasss hotsss lit-litt kan.. :p

Tapi oleh kerana aku dah lama tak update blog, kita sembang santai-santai je lah eh. Aku tak nak ulas berat-beratl. Cerita dah basi pun. Aku cuma nak tambah ajinomoto sikit je dalam isu-isu ni. Saje lah nak bagi warm-up sikit sebelum aktif semula berblog. Boleh..? Jangan ambil serius sangat pula. Kalau apa yang aku tulis ni baik kepada korang, ambil lah. Tapi kalau tak baik dan tak berfaedah untuk korang, sila lah ke blog yang lain. Tak ada paksaan untuk stay ok.. :)
Artis wanita kontroversi 2018

Elfira Loy
Bila Elfira kata "kalau ada sekelumit kecil pun rasa tak selesa dalam hati keluarga dia, dia tetap tak akan teruskan pertunangan dengan Sufian". Aku cuma nak kata, dalam fasa bertunang memang akan ada rasa tu dik. Bukan sekelumit tapi sebesar gunung kinabalu pun ada. Tu namanya was-was. Syaitan memang suka bagi hati kita was-was bila kita nak buat benda-benda baik. Kena lawan perasaan tu. Kalau tak pasti atau rasa tak sedap hati, buat solat Istikharah. Sepatutnya buat Istikharah tu sebelum decide nak bertunang dulu tapi lepas bertunang pun 'sempat' lagi buat Istikharah sebelum betul-betul decide nak nikah. Jangan ikut hati, jangan ikut cakap orang, tapi ikutlah petunjuk Allah.

Satu lagi, aku harap kita semuaaaaaa betul-betul ambil iktibar la bab buat majlis bertunang gah-gah ni. Sudah-sudahlah tu. Lepas ni tak payah lagi. Bertunang grand bagai nak rak lepas tu putus pula. Kesan akibat tu lebih dasyat. Kalau bertunang secara sederhana, tak lah teruk sangat luka tu. Betul tak..? Kalau nak kata buat majlis bertunang grand sebab ada sponsor, come on la..! belajar kata NO kepada sponsor. Kenapa kena ikut je semua..? Kita punya badan, kita la tetapkan. Lepas ni mana-mana artis nak buat majlis bertunang yang gah-gah tu, mohon fikir semula...!

Aku suka bila Elfira dan Sufian bersikap matang dan cool. Tak melatah. Tak saling menyalahkan atau saling mengutuk-mengata. Good. Benda dah jadi, kena hadap. Lepas tu move on. Aku doakan dua-dua bertemu jodoh yang terbaik dan jadi insan yang lebih baik selepas ni. InsyaAllah.

Neelofa
Aduh..! Banyak nak ulas pasal isu Hajah Neelofa ni. Tak tahu nak mula kat mana. Malas pula rasa nak buka helaian satu persatu sebab aku dah rasa give-up sangat dengan dia. Kalau dulu ada juga rasa nak bagi peluang kepada dia untuk betulkan keadaan. Mungkin yang dulu-dulu tu dia tak sengaja dan tak matang lagi. Tapi sekarang Hajah dah 29 tahun kan, masih buat perangai tak matang kenapa? Seriously Neelofa..?! Perhatian macam mana lagi yang kau nak cari ni..? Kau nak buktikan apa sebenarnya..?

Aku sedihlah tengok dia. Sekarang dah unfollow instagram dia sebab aku tak mampu nak berprasangka baik lagi pada dia buat masa ni. Daripada stalk IG dia lepas tu mengutuk dalam hati, aku juga yang dapat dosa kering. Dia elok je kat situ. Dia tak pernah kisah pun orang mengata apa-apa pasal dia. Masyuk juga hari-hari. Bukan dia je, dengan adik dia Little Miss Khan tu pun aku dah unfollow.

Kalau aku diberi peluang jumpa Neelofa, aku nak nasihatkan 3 benda ni : 
(satu) Berehatlah. Penat sangat tu. Pergi bercuti jauh dari Malaysia ni. Tenangkan fikiran. Tutup media sosial buat sementara waktu. Larikan diri dari lensa kamera. Bersendirilah. Ambil masa tengok balik diri sendiri. Ingat balik apa yang kamu nak dalam hidup ni. Cari balik niat asal kamu mulakan bisnes hijab tu satu masa dulu..? Kamu nak diingati sebagai apa..? Renungkan balik nasihat-nasihat orang bijak pandai kepada kamu suatu masa dulu. Ingat balik. Refleksi kepada diri. Sayangilah diri kamu sendiri. Kamu orang yang hebat dan berpendidikan -- jadi tunjukkan..! Stop tagih perhatian manusia, ok.

(dua) Belajar minta maaf. Tak kurang apa-apa pun kalau kamu ikhlas minta maaf. Tak payah minta maaf kepada siapa-siapa, tapi minta maaf dari diri kamu sendiri. Sebab apa yang kamu buat tu menzalimi diri kamu sendiri dan keluarga serta keturunan kamu. Selepas tu minta maaf dari Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang paling berhak memaafkan kamu. Tak nak dengar apa orang kata, tak apa. Tapi apa yang Allah 'kata' jangan ignore..!

(tiga) Kahwinlah. Sesungguhnya fitnah dan prasangka manusia akan sentiasa memburu kamu. Pernikahan akan menjadi perisai terbaik untuk kamu. InsyaAllah. Tapi carilah jodoh yang baik-baik. Yang sesuai dan sekufu. Buka hati, terima lelaki yang ikhlas nak menjaga kamu. Kalau belum ada calon, doa banyak-banyak. Minta daripada Allah, tunjukkan jodoh kamu. Tak payah ikut ideologi barat yang konon-konon 'wanita boleh berjaya tanpa lelaki'. Kembali kepada fitrah. Sehebat manapun kita, tetap kita ini hambaNya..!

Izreen Azminda
Ni sorang lagi yang aku rasa kalau dia ada depan mata aku sekarang ni, nak je aku peluk dia kuat-kuat lepas tu pandang anak mata dia dalam-dalam sambil tanya : kau ni dah kenapa...?!!

Orangnya cantik, elok kejadian, sempurna sifat, berbakat besar, rezeki Allah bagi mencurah-curah.. nak apa lagi..? yang kau pergi terjun jerumuskan diri mencari masalah tu kenapa..?!! Tak faham lah aku apa yang tersuka - tergoda - terjatuh cinta saaanggaattt kat suami orang tu..! Diulangi, suami orang. Kenapa izreen..? Special sangat ke suami orang tu..? Handsome sangat ke..? Romantik-caring-berharta-bergaya-ber apa sangat ke..?!! Aduhaiiiiii.. tak ada masalah, kau cari masalah. Ini lah jadinya. Elok-elok kau meniti membina reputasi, alih-alih kau sendiri terjun dalam lumpur terpalit habis segala kotor. Kau sendiri cari malapetaka ni..! Tak payah nak salahkan takdir lah apa lah. Kau sendiri yang men'jebak'kan diri kau dalam semua ni. Sedar tak..?

Betul lah, kalau dah jodoh siapa kita nak menidakkan aturan Allah. Aku tak nafikan benda tu. Tapi kau guna lah otak yang waras tu untuk fikir. Timbal balik. Allah bagi jodoh ke Allah bagi ujian je tu..? Fikirlah. Bukan simply ambil tu sebagai "dah takdir".."dah jodoh".. Senang sangatlah hidup kalau macam tu..! Kalau memang Allah takdirkan kau hidup berpoligami, tak apa. Tak salah. Poligami tak salah. Tapi buat cara elok-elok yang mengikut macam Islam ajar. Bukan ikut logik kepala kita. Istilah extend masjid tu langsung tak relevant memandangkan kau dengan Ude kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan dan izin isteri dia.

Sepatutnya dari awal kau bertegas dengan Ude. Paksa Ude minta izin isteri dia dulu. Kau sendiri pun pergi lah jumpa Intan tu. Berbaik-baik. Explain elok-elok. Biar orang lain tak tahu, tapi sekurang-kurangnya kau, Ude dengan Intan tahu hal sebenar. Biar masing-masing jelas dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Biar tak ada salah faham. Ini kau jumpa Intan pun tak, Ude tak balik rumah Intan sejak November, kau buat apa..? Tak nasihatkan Ude ke..? Tak mainkan peranan sebagai isteri kedua ke..? Tak cuba baik-baikkan Ude dengan Intan balik ke..? Tak fikir perasaan anak-anak Intan ke..? Alih-alih bila Ude nak ceraikan Intan ni, kau kata tak tahu apa-apa. Mana boleh macam tu..! Tak logik la kau tak tahu apa-apa langsung.

Orang barat kata 'the damage is done' tak boleh buat apa lagi dah. Sekarang satu Malaysia duk mengata mengutuk kau. Nampak tak..? Siapa dapat hampas..? kau la..! Sedih kan. Balik-balik kau juga orang kutuk. Kau juga makan maki hamun netizen. Kau juga salah. Entah siapa sebenarnya yang salah, hanya Allah yang tahu. Tapi something wrong between korang bertiga ni. Yang netizen nampak salah kau je Izreen. Yang betul semua kat Intan. Berbaloi ke Izreen..? Sekarang kau nak buat apa..? Larikan diri. Tutup instagram. Buat tak tahu je semua ribut taufan ni dengan harapan nanti akan reda sendiri..?! Ermmm.. terpulanglah. Fikirlah elok-elok. Adakah ini kebahagiaan yang kau cari dari perkahwinan ni..? Adakah berbaloi kau tanggung semua ni atau adakah cara lain yang lebih baik untuk betulkan keadaan..? Fikir elok-elok Izreen.

Ziana Zain
Yang ni kes lain sikit. Masih baru dan kita pun tak tahu letak duduk perkara yang sebenar lagi. Aku harap netizen janganlah terlalu cepat buat andaian itu dan ini. Bagi mereka ruang untuk selesaikan masalah dalam rumahtangga diaorang sendiri (kalau betul ada masalah la). Aku dengar kat berita radio pagi tadi, Ziana Zain menangis waktu menyanyikan lagu Puncak Kasih dalam satu majlis malam tadi. Boleh bayangkan keadaan Ziana Zain sekarang. Tentu rapuh hatinya bila di asak kiri kanan atas bawah dengan soalan-soalan dan spekulasi netizen. Sabarlah kak Ziana Zain. Teruslah teguh menghadapi apa jua ujian. Allah uji kerana Allah sayang.

Aku pun kadang-kadang tak faham juga kenapa bila satu-satu rumahtangga tu bergolak, yang pertama mesti nak salahkan isteri. Kata isteri tak pandai jaga suami lah, isteri terlalu pentingkan kerjayalah, isteri tak pandai masak lah, isteri tak hormat suami lah, macam-macam lagi lah. Sedangkan rumahtangga tu kan atas dua bahu yang memikulnya iaitu suami dan isteri. Haihhh.. entah lah.. :(

Penutup
Dalam semua isu viral di atas, sedar atau tidak yang menjadikan isu tu nampak berat adalah kerana mulut makcik-makcik bawang dan ketaksuban netizen juga. Ramai yang ambil kesempatan dan sengaja menangguk di air yang keroh je sebenarnya. Bak kata Neelofa, tiba-tiba ramai pula yang muncul nak buat ulasan, nak bagi pendapat, nak saman lah, nak cadangkan itu ini lah. Semua nak tumpang populariti isu panas dengan harapan dapat tumpang 'market'. Sedehhhh..!! 

Dalam kes Izreen pun tetiba netizen pergi serang IG Rita Rudaini pula dah kenapa..? Memang ada netizen yang haprak dan otak tiga suku. Kita yang waras dan ada standard ni tolong jaga maruah dan class masing-masing ye. Jangan terjebak dalam permainan diaorang tu. Kalau nak tegur, guna bahasa yang elok-elok. Kalau betul sayang, doakan mereka berubah dan dapat petunjuk dari Allah. Tapi kalau dah menyampah sangat dengan mereka, rasa tak mampu sangat nak doakan yang baik-baik untuk mereka maka, tolonglah diam sahaja..!

Jangaaaannn lah..! tolong janganlah maki hamun, guna bahasa kesat, mengutuk mereka sampai libatkan mak ayah, keluarga dan kawan-kawan mereka. Yang buat salah tu mereka sorang sahaja, tak payah lah nak kait-kait sampai negeri kelahiran mereka pun nak dipalitkan sama. Melampau..! Kenapa netizen sekarang makin melampau-lampau ye..? Dapat apa maki-maki artis kat media sosial ni, dapat bayaran eh..? siapa bayar..? lumayan sangat ke sampai boleh tebus dosa-dosa korang nanti kat akhirat.. haaaaaaa...??!

Komen-komen dan kata-kata kita kepada mereka tu satu doa tau. Dan apa yang kita 'doa' tu akan dapat kat kita balik. Tak takut ke..? Hari ni mungkin mereka di uji, esok lusa mungkin giliran kita. Ujian kita mungkin tak sama macam mereka sebab kita bukan artis, tapi Allah uji kita dengan hal yang lain. Anak tak sihat, rezeki bocor, duit banyak tapi tak berkat, rumah besar tapi tak happy, kerja ada tapi selalu kena hentam dengan boss, isteri cantik tapi seksi, suami handsome tapi melucah. Haaa..suka..?!! boleh ke terima ujian-ujian macam tu..? Tak nak kan.. Tak mampu kan.. So, jangan kata orang bukan-bukan. Jangan doakan orang dengan kata-kata yang tak senonoh. Bila-bila masa kalau Allah nak balikkan pada kita, tak ada apa boleh halang tau.

Bila terbaca komen netizen :

"pakai tudung tapi hati busuk"
"nama je hajah tapi perangai teruk"
"mengaji Al-Quran bukan main sedap, tapi gila glamour"
"minta-minta biarlah bisnes tudung dia lingkup"
"biarlah satu hari nanti, perempuan lain pula rampas suami dia, baru dia tahu rasa macam mana"
"mata duitan sangat, nak kahwin dengan dato la tu, laki orang, keje nak rampas suami orang je"
"suami dah tak kerja, nak jadi apa. Bela la biawak hidup sampai bila-bila"
"laki kaki pukul ler tu, dah biasa angkat tangan"

Allahu Akhbar...! kan ke doa semua tu. Siapa kita ni, besar sangat ke kita ni, berkuasa sangat ke kita ni..? Sampai berani nak kata macam tu. Kalau kata-kata kita tu Allah angkat sebagai doa, macam mana..? Mampu ke kita nak bayar balik setiap satu doa buruk kita kepada orang lain..? Kita dan mereka semua sama sahaja. Kita semua hambaNya..! Kita tak ada daya apa-apa tanpa kuasa dan rahmat daripadaNya. Janganlah cepat sangat menuduh dan menjatuh hukum. Kita tidak berada di tempat dia. Kita tak tahu.

Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun. Kalau Allah maafkan dia, ampunkan dosa-dosa dia, InsyaAllah dia masuk syurga. Tapi kita yang perasan maksum sangat ni, ada ke tempat kita di syurga..? Allah.. Allah.. Ya Allah.. ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Jangan uji kami dengan ujian yang tak mampu kami hadapi. Jangan biar kami larut di dalam tipu daya syaitan yang ingin menghancurkan iman dan akidah kami.

Aku tak up entry ni untuk tunjuk aku baik atau alim ulamak sangat. Aku pun tak sempurna. Aku lagi banyak dosa. Allah sahaja yang tahu. Aku cuma sedih dan takut bila tengok kita semua ramai yang makin hanyut. Aku takut kalau tidak berpesan-pesan. Aku takut kalau hanya diam. Aku bukan siapa-siapa. Apa yang aku tulis ni tidak sampai kepada semua, tapi tak apa lah. Sampai kepada yang sedikit pun cukup daripada tak sampai langsung. Selebihnya, aku up entry ni memang untuk diri sendiri. Buat sempadan aku sendiri, mudah-mudahan aku beringat.

Doa aku yang baik-baik untuk kalian.








...


Share: