Azab Kena Keracunan Makanan

Tak sedap hati juga nak cerita pasal keracunan makanan pagi-pagi macam ni. Takut spoiled mood orang yang membaca. Tapi aku kena juga share pasal perkara ni sebelum aku terlupa dan sebelum aku sibuk dengan hal lain.. hahahahaa..! Walaupun aku tak akan lupa pengalaman pahit dan azabnya kena keracunan makanan tu sampai bila-bila, tapi nak juga aku share kat sini supaya dapat di ambil iktibar oleh orang lain. InsyaAllah.

sakitnya kena keracunan makanan, food poisoning, petua keracunan makanan, tips tak kena keracunan makanan, ubat keracunan makanan
azab kena keracunan makanan

Macam Mana Boleh Kena Keracunan Makanan ?

Dua minggu lepas, hari Isnin aku rasa tak sedap badan. Penat lain macam. Mungkin sebab Sabtu dan Ahad sebelum tu aku sibuk mengemas rumah. Sakit-sakit satu badan. Jadi Isnin tu aku cuti. Tengahari rasa nak makan bubur McD, aku gagahkan diri pergi drive thru beli bubur McD. Dah alang-alang aku pergi McD tu aku beli sekali Spicy Chicken McDulex seketul untuk aku makan malam nanti sebab fikir-fikir macam tak larat nak masak sampai petang. Pokchik tak ada, pergi Alor Setar. Malam baru balik.

Balik rumah, aku terus makan bubur McD tu walaupun tak berselera sangat pun tekak ni. Badan tak sihat kan. Burger SC McD tu aku letak atas meja, bawah tudung saji. KESILAPAN PERTAMA aku ialah tak simpan burger tu dalam fridge..! :(

Bila dah malam dalam pukul 9 macam tu, aku panaskan burger SC McD tu dalam microwave dan makanlah dengan tanpa rasa bersalahnya..! Tanpa aku sedar itu adalah KESILAPAN KEDUA yang aku buat. Tapi masa makan burger tu memang ok je. Tak ada rasa apa2 yang pelik atau nampak apa2 yang tak elok dengan burger tu.

Lepas doktor dah sah kan aku kena keracunan makanan tu, baru aku teringat makanan fast food memang tak boleh di letak pada suhu bilik melebihi 3 jam..!! Ingat ya kawan-kawan. Lebih 3 jam kalau nampak makanan tu terletak je atas meja, ambik dan terus buang. Jangan makan. Ada sahabat aku yang pernah kerja kat restaurant fast food (bukan McD) ni bagitahu, semua makanan fast food ada di letakkan satu bahan ni nak bagi makanan tu nampak macam fresh from oven (baru masak). Tapi bahan tu akan mengakibatkan makanan tu tak tahan lama. Sebab tu diaorang masak burger atau goreng ayam tu berperingkat. Mana-mana yang dah siap di masak tapi tak terjual, mereka akan buang terus makanan tu.

Nama pun fast food kan..! Jadi, kau beli tu then terus makan. Kalau nak simpan juga, make sure simpan dalam peti ais atau mesin chiller (kalau ada). Jangan biar pada suhu bilik. Nanti makanan tu akan 'tumbuh' bakteria..! Sebab bahan khas yang diletakkan di dalamnya. Jangan salah faham pula, bahan tu bukanlah bahan terlarang ke apa. Halal. Jangan kau pergi saman restaurant fast food tu pula..! hahahahahaa.. :p

Kesilapan yang kedua aku buat adalah, aku pergi panaskan burger tu dalam microwave..! Dah la burger tu ada bakteria, aku pergi panaskan pula. Makin aktif la bakteria tu. Jangan ingat kita panaskan makanan tu dapat bunuh bakteria ye. Silap tu..! Makanan yang dah ada bakteria, kau pergi panaskan itu namanya mencari nahas. Huwaaaaa..! Mana aku tahu tak boleh panaskan burger tu. Tak ada cikgu bagitahu pun sebelum ni.. :(

Petua Cepat Baik Selepas Kena Keracunan Makanan

Serius weiii, sejak pagi Selasa tu sampai Jumaat aku menanggung sakit perut yang sangat-sangat sakit tak tahu nak cakap macam mana. Lepas tu cirit-birit yang tak terkira berapa kali aku masuk toilet membuang. Setiap 10 ke 15 minit sekali aku masuk toilet. Sampai tak boleh duduk jauh dari toilet. Malam tak boleh tidur sebab asyik berulang ke toilet. Melepek satu badan sebab tak ada tenaga, asyik membuang. Aku tak ada selera makan. Baru sesuap dua aku dah rasa nak muntah jadi aku stop. Tak nak makan. Aku minum air je. 

Tiga hari aku m.c. dan Jumaat tu aku terpaksa ambil cuti rehat sebab badan masih lemah dan cirit -birit masih ada tapi dah kurang. Hari keempat tu aku takut nak gi klinik lagi sebab doktor kata nak transfer aku masuk wad kat hospital terdekat. Tak nak aku..! Sesungguhnya aku dan hospital tak berapa berkawan baik ye. Bye..! :p

Ubat yang doktor bagi, aku makan ikut jadual terutama antibiotik sebab doktor kata aku punya keracunan makanan dah macam ada infection apa ntah kat perut ke usus. So, 3 hari m.c. tu 3 kali tukar antibiotik. Kepada yang tanya, pregnant ke..? Jawapannya tak. Aku tak pregnant ya. Mohon kecewa.. hehehehee.. :)

Okey, apa aku buat bila dah kena keracunan makanan tu selain makan ubat yang doc bagi..? Ni aku nak share..

1. Minum Yakult 2 botol sehari
Aku start minum yakult ni selepas hari ketiga aku kena keracunan makanan tu. Kenapa lah aku tak tahu petua ni dari awal-awal kan..? huhhhh.. Serius, yakult memang sangat membantu. Minum pagi tu dua botol, petang tu dah mula kurang cirit-birit aku. At least 30 minit sekali baru membuang. Bila tiba malam, aku dah boleh tidur sebab tak ke toilet sekerap sebelum tu. Alhamdulillah.


2.  Minum Bliss (atau apa2 brand yang sama lebih kurang)
Ini pun member aku suggest. Kenapalah aku tak terfikir nak cari Bliss ni dari awal. Memang Bliss ni sangat membantu juga. Dah la sedap, aku beli 6 botol terus. Aku minum sekerap mungkin dan selang-selang dengan air kosong. Nisbah 1:1 tau. Maksudnya segelas Bliss aku 'bilas' balik dgn segelas air kosong. Sebab harus diingat Bliss ni tinggi gula tau..! Effect dia memang asyik membuang air kecil tapi at least perut dah tak memulas-mulas dan menyucuk-nyucuk macam sebelum tu.


3.  Pil Arang
Pergi klinik swasta ke klinik kerajaan ke, memang akan dapat pil arang ni. Sila makan ikut arahan doktor ya. Pil ni bagus. Buat kita membuang dengan perasaan yang best..!! hahahahaa.. Maksud aku, pil ni buat perut kurang sakit la. Time rasa nak membuang tu je rasa sakit sikit. Masa proses membuang dan selepas membuang perut rasa lega. Macam dapat calm kan perut kita la.


Selain daripada tu, tips lain yang aku boleh share adalah langkah-langkah pencegahan la kan.

- Check makanan dan minuman yang kita nak 'masukkan' dalam badan kita. Belek elok-elok kot ada telur lalat ke, warna pelik ke, bau pelik ke, check la betul-betul. Kalau rasa mencurigakan atau hati kau rasa tak sedap je nak makan, jangan makan..! Memang la sayang makanan tu, tak nak membazir what so ever. Tapi tak berbaloi dik, kalau dah kena keracunan makanan ni.. sakitnyaaaaaaa ya ampunnn.. :(

- Kalau tiba-tiba kau cirit-birit atau sakit perut yang pelik daripada biasa, cepat-cepat lariiiiiii pergi 7 eleven and beli Yakult dua tiga botol. Minum yakult dengan bersungguh-sungguh. Faham..!

- Kalau kau agak-agak kau keracunan makanan tu sebab makanan laut (seafood antara faktor paling kerap orang kena keracunan makanan), sila jauhkan semua jenis makanan laut selama beberapa hari sekurang-kurangnya 5 ke 7 hari. Orang kata kalau kena food poisoning disebabkan seafood sakitnya lebih luar biasa dan akan muntah-muntah.

- Selain jauhkan makanan laut, sila jauhkan juga makanan/minuman berasaskan SUSU dan semuaaaaa makanan PEDAS. Sikit cili pun jangan makan ye..! Perut pedih oiiii, kalau kau makan pedas atau minum susu silap-silap dapat penyakit baru yang dinamakan gastrik. Oh no..!

Rasanya itu sahajalah yang aku nak share. Kalau korang ada lain-lain petua boleh lah letak kat komen di bawah. Aku pun first time kena food poisoning ni, tak banyak yang sempat aku study. Memang sakit. Serius..! Sakit yang paling sakit selepas sakit gigi bongsu.. hahahahaa.. :p Terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi bagi macam-macam tips dan petua pada aku sampai ada yang whatsapp personal kat aku.. :)  TQ tau.. aku sayang korang..!

And of course, kalau memang tak elok juga sakit perut dan cirit-birit tu jangan lah tunggu lama-lama lagi, terus pergi hospital dan minta doktor buat details check up ok.





...


Share:

18 comments:

  1. baru tau pasal pil arang tu. kesianny kak ain moga cepat sembuh. Boleh kurus bila kena keracunan makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ain tahu pasal pil arang ni sejak tahun lepas waktu nak pergi India tu.. hehehehee.. :) WAJIB bawa pil arang ni kalau travel ke luar negara atau kalau jenis perut sensitif..

      ...

      Delete
  2. hehehe
    lama tak dengar pasal pil arang tu
    pernah kena masa duduk asrama
    memang sakit berguling2
    fuhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...! sakitnyaaaa.. ya ampunnnn.. :(

      ...

      Delete
    2. hehehe
      tapi tak boleh lawan sakit kena batu karang
      itu lagi seksa

      Delete
  3. First time dengar Pil arang tu.. Sha kalau kena cirit birit memang minum teh pekat.. Selalunya okaylah.. kikiki..Harapnya dah makin okaylah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum teh o pekat-pekat tu kalau cirit-birit sebab salah makan.. tapi kalau dah ada keracunan/infection doc tak bagi dah minum teh o pekat tu.. Elok terus cari Yakult.. :)

      ...

      Delete
  4. first time tahu pasal pil arang tu. kesian kak ain sampai macam tu teruknya. Semoga pulih sepenuhnya ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lepas 5 hari dah baik sepenuhnya.. tapi fobia tu..!! lepas ni memang jaga-jaga nak makan apa2 pun.. :(

      ...

      Delete
  5. yakult is my favorite !!

    hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. yakult ni bagus.. beli yang less sugar tu.. :)

      ...

      Delete
  6. Pernah keracunan makanan sbb burger juga, tapi burger koop zaman asrama dulu, hehe. Hampir separuh sekolah yang terkena, maklumlah budak2 kebulur makan je apa saja tak sedar burger tu rosak ke apa. mmg azab.

    Thanks utk tips kat bawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh..! kesian tu kalau ramai2 yg kena.. silap2 nak masuk toilet pun kena beratur.. :p

      ...

      Delete
  7. Bila baca post ni dapat rasakan camne hazab sakit perut keracunan makanan..
    Perkara baru LZ belajar tentang fast food tak tahan lama dan jangan heat up semula.. Good sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, semoga kita sama2 beringat lah lepas ni.. :)

      ...

      Delete
  8. uish.kita pun pernah kena keracunan makanan kak. tapi xtau pula Yakult dengan Bliss membantu. thanks kak ain for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannn..! sakit gilerrrr... sekarang ni dah bersahabat baik dengan Yakult.. hahahaha.. fobia oiii.. :p

      ...

      Delete
  9. Lamanya sakit perut, azab betul tak dapat tidur malam berulang masuk toilet. Uhuhuhuhu.

    Nasib tak kisah sangat dengan McD. Kecuali KFC, Pizza, Dominos, Kenny Rogers, eh.

    ReplyDelete