Lirik Lagu Mambang ~ Altimet ~

Apa kes ni main perli-perli guna lirik lagu pula? Orang yang diperli tu pun bukan calang-calang orang. Aku serius terkejut dan macam tak berapa berkenan la style main perli-perli ni. Nak jadi Taylor Swift ke apa..?!! hahahahahaa.. Tapi seperti apa yang dikecohkan oleh netizen sejak dua menjak ni, itu lah yang berlaku. Isu perli-memerli dalam lagu antara Altimet kepada Malique. Untuk yang belum tahu, mari aku ringkaskan sedikit.

Mambang by Altimet

Buah tangan terbaru daripada Altimet berjudul Mambang baru sahaja diperdengarkan kepada umum  beberapa minggu lepas dan lirik lagu tersebut betul-betul menarik perhatian pendengar terutama peminat lagu-lagu rap. Lirik lagu Mambang ini dikatakan ditujukan secara sinis kepada seorang lagi penyanyi rap/komposer/penulis lirik hebat yang digeruni ramai iaitu Malique (bekas ahli kumpulan Too Phat). Siapa tak kenal dengan dua nama besar ni kan..? Jadi apabila mereka berdua saling sinis-menyinis, terkedu jugalah aku mendengarnya.

Lirik Lagu Mambang Nyanyian Altimet

Jom kita 'selongkar' sikit lirik lagu ni. Aku bukanlah handal sangat buat analisa lirik lagu, tapi pertama kali dengar lagu ni pun aku rasa lagu ni ditujukan kepada 'seseorang'. Kenyataan balas Altimet mengatakan lagu ini tentang 'dirinya sendiri sewaktu muda' aku rasa kurang kuat. Kalau kita buat lagu untuk diri sendiri, tak kan sampai 'apa dalam kain' pun kita masukkan dalam lirik lagu tu..?!! Entah lah.. itu pendapat aku je. Korang pula rasa macam mana..? 

M A M B A N G  (by Altimet)

aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang

sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang

mambang duduk gua cuma dengar suara
dulu maharajalela di kuala
yang aku sangka emas rupanya hanya suasa
kerenah lama member nak layan

pun dah tak kuasa

mari aku lagukan ini qiraah untuk engkau
bakar line ludah api studio ini jadi relau
dulu tunggang ombak langgar game ini macam todak
sekarang macam dah rosak, kejap bagi aku congak

sembilan tahun tiga album, bro aku boleh kira
dapat satu tiap tiga yang pertamanya gila
lepas tu boleh la, lepas tu tak boleh blah
apa kes ulang lagu macam karaoke brah?


member tanya mana pergi engkau punya sengat
dulu otak cair sekarang akal naik pekat
ilham kering, writers block, pena kau kena sekat
dulu lawas now your **** like
tak cukup serat mambang

aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang

aku tanya apa khabar pada kamu
kalau tanya siapa lapar itu aku
siapa masak belajar sabar itu kita
jantan senyap bila dicabar itu gila

I can't stand in the shadows bruh
I'm too tall
can't walk in you size uh
they too small


guess I'm too big for your boots
and you too much of a kid
for the truth

kau acah deep tulis lagu untuk budak acah deep
still asleep aku chill buat lagu dengan adeep
acah tak kisah kecik hati bila baca tweet

bro you sweet bawa bertenang ok aku delete


apa aku buat semua kau sibuk semak
baju kau pakai tak boleh buat aku segak
apa aku makan tak pernah buat engkau b***k
bawah kain kita lain jangan sampai aku selak.. mambang


aku seru kau masuk balik gua.. mambang
duduk diam jangan qiam di dalam sarang
tata bahasa tinju kata dalam gelanggang
kalau berani jemput datang mari bertandang

aku tahu kau bukan calang calang mambang
orang lain basah seluar celah kangkang
dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau.. mambang


Yang aku bold kan tu antara lirik tajam yang sibuk diperkatakan. Macam rasa pelik sangatlah kalau Altimet buat lagu ni untuk diri sendiri. Kalau ya pun, apa yang cuba di sampaikan..? Ini bukan lagu motivasi ke lagu bagi semangat ke atau lagu nak bagi teguran ke apa. Memang sound like nak sound orang je.. hahahaha.. :p  Kalau dibandingkan dengan lagu Amboi Amboi Amboi (lirik lagu), secara peribadi aku tak rasa Mambang ni menunjukkan apa-apa kematangan dari Altimet. Macam sengaja nak cetus kontroversi pun ada juga.. oppsss.. :p

Dan baru-baru ni ada pula netizen yang viralkan lagu Gong Nekara, nyanyian Kmy Kmo ft Luca Sickta (Aku pun tak tahu macam mana nak sebut nama diaorang ni. Orang Malaysia ke..? Melayu..? haihhh.. apa futuristik sangat nama kau ni dikk..!!) dan mereka ni katanya adalah anak murid Malique. Bila pula Malique buka sekolah..? Aku nak daftar masuk. Ada kosong..? ehh.. 

Lagu Gong Nekara (ya, bukan typo ye.. memang N.E.K.A.R.A bukan neraka) ni dikatakan adalah jawapan balas untuk lagu Mambang nyanyian Altimet. Aku dah dengar lagu tu. Liriknya mak oiiii berbelit-belit. Memang style Malique sangaaaattt kan..! Padu maksud lagu tu, take time kalau nak betul-betul faham. Tapi kalau betul lagu tu nak balas perlian Altimet, memang mengena. Aku kongsi lirik lagu tu dalam entry lain lah ye.

kebetulan atau dirancang..? hiksss.. :p

Seru Malique Munculkan Diri

Walau apapun, aku harap tiada permusuhan antara Altimet dan Malique. Kedua-dua komposer ini bagus dan bijak orangnya. Janganlah kerana ego mereka bermusuhan dan sebagainya. Tak ada yang dapat untung pun. Bagi aku kalau betul lagu ini dituju kepada Malique pun ia tak lebih dari sekadar nak seru Malique munculkan diri kembali dan 'paksa' Malique terus aktif menulis lagu-lagu yang hebat. Industri masih perlukan Malique. Kalau tak nak munculkan diri di media (terutama sosial media) tak apa, tapi sesekali muncul di kaca tv apa salahnya. Peminat-peminat rindu.

Mungkin Altimet dan penyanyi-penyanyi rap yang lain dah letih menjawab soalan-soalan peminat "Mana Malique..? Apa jadi pada Malique sekarang..? Kenapa Malique mendiamkan diri..? Malique sakit ke..?" dan macam-macam soalan lagi. Letih juga nak jawab satu-satu, seolah-olah mereka tahu semua benda tentang Malique sedangkan masing-masing punya kehidupan masing-masing juga. Jadi sesekali Malique kalau boleh 'keluarlah dari gua', ubati rindu peminat-peminat ni.. :)

Yang netizen pun, cuku-cukuplah jadi batu api. Tak payah nak laga-lagakan mereka lagi. Kita enjoy sahaja 'buah tangan' yang mereka persembahkan. Hujung pangkal nanti, semuanya hiburan. Yang mana baik, ambil jadi panduan. Yang mana tak baik, buat sempadan. Tapi yang mana tak faham (sebab lirik deep sangat) buka kamus DBP atau kau buat-buat faham dan hadam sahajalah diam-diam. Asal jangan kita memandai-mandai.

doakan mereka terus bersahabat | Altimet dan Malique

Komen netizen yang mencuri hati aku :
"..Kalau Altimet buat lagu macam Malique, kau kata dia tiru. Tak ada originality lah apa lah. Bila dia buat lagu yang lain sikit, kau kata dia tembak Malique pula. Sebenarnya nak apa..? Nak tengok Altimet dengan Malique salam cium tangan laga-laga pipi sambil take selfie baru korang happy ke..? Dasar netizen..!"  hahahahaha.. 'cute' kan komen ni.. :p

Apapun aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan semua penggiat seni yang ikhlas berkarya. Orang macam mereka ni 'special' tau. Tak boleh nak banding-bandingkan mereka. Kelebihan dan kekurangan mesti ada. Raikan perbezaan. Peace..!










Sumber :
1\ Lirik Lagu Mambang (https://www.pancaswara.com/2018/02/lirik-lagu-altimet-mambang.html)
2\ Gambar semua daripada Google Image


Share:

15 comments:

  1. Rasanya dunia hiphop mmg macam gini kak. Hehehe, tp mai peminat Malique, semua ayat deep deep belaka.

    Gong Nekara tu sejenis alat muzik kan kalau tak silap Mai.

    Kalau rappers international, mai suka 2pac & Eminem, kekeke. Jiwa hiphop ni, lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. peminat hip hop tegar ni.. hehehehee.. :) kak ain tak berapa minat hip hop sebab 'laju' sangat.. hahahahaa.. tapi boleh layan juga lah sesekali.. :)

      Gong Nekara tu mcm panggilan berperang gitu lah.. orang kata..

      ...

      Delete
  2. wow. dua dua ni tengah bergaduh ye. baru kita tau. memang semua macam dah pakat jadi mcm Taylor Swift ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap mereka tak gaduh betul-betul la.. :)

      ...

      Delete
  3. tak lagakan pun tapi kalau sembang pasal altimet mesti altimet menyentap. Lagipun tak guna Altimet keluarkan lagu perli macam ni sebab level dia jauh sangat nak banding dengan malique. Patutnya sebelum bersara, dia berhenti cara baik tapi diss senior artist is not a great attempt. Anyway, lagu gong nekara memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku Altimet dengan Malique memang tak boleh dibeza-bezakan dan susah nak kata siapa lebih baik daripada siapa.. :) Dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing dalam situasi dan keadaan masing-masing yang berbeza..

      ...

      Delete
  4. too bad kalau both great singer/composer ni bergaduh..but perhaps utk publisiti jer kot..yg netizen pun usah ler jadi batu api kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu api memang merbahaya...!

      ...

      Delete
  5. mula mula kc dapat tahu gosip bawang yang lagu Mambang Altimet tujukan kepada Malique ni, kc terkejut juga. Sebab kc suka dua rapper ni huwaaa! tapi bawang bawang juga, jangan sampai jadi fitnah kan hahaha. Fortunately, kc terjumpa tweet dari Altimet sendiri terangkan almost all verse in lagu Mambang ni. Apa maksudnya, apa yang dia nak sampaikan. Semua lah dia terangkan kat situ. Dia terangkan sebab ramai yang kata dia tuju kat Malique walhal.....

    Dalam surat khabar pun, bila ditanya pasal ni kat Malique dia jawab dengan cara baik. okay tak berapa ingat dia jawab apa hahaha. tapi dia kata dia okay je dengan Malique. orang lain yang sibuk kata macam-macam. Wallahualam hehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *bila ditanya pasal ni kat Altimet.

      bukan Malique ye! hahahaha

      Delete
    2. ye, kak ain pun ada tengok interview Altimet kat youtube pasal dia terangkan maksud lagu ni tapi entahlah, rasa macam kurang meyakinkan.. hehehehee.. Tapi tak apa lah, kita doakan mereka baik2 sahaja.. :)

      ...

      Delete
  6. apa pun lagu altimet tetap sedap didengar. Menusuk jugak taip baris lirik dia. #blogwalking here done follow :)

    ReplyDelete
  7. Kadang-kadang ni cara diorang marketkan lagu. Kita netizen ni pulak suka interpret sendiri, entah-entah maksud yg nak disampaikan tu lain.Memang patutlah malaysian ni wuhud persatuan bawang, hehe.

    Tapi my personal opinion, still rasa lagu Mambang tu bukan menerangkan pasal diri Altimet tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..! publisiti je kot.. :)

      wuhud
      wuhud
      wuhud
      wuhud
      wuhud

      :p

      ...

      Delete