Musim Artis Berhijab BUAT PERANGAI

Macam musim durian pula kan. Gossip artis pun ada musim. Pelik aku. Memang berjanji ke apa korang ni..? Lepas satu kes, satu kes lagi. Penat makchik bawang bergossip sampai tak sempat nak berehat okeh. Aku ni kebetulan je dua minggu lepas tak sihat, kalau aku sihat walafiat memang ikut sama la membawang. Mana boleh tak join. Isu panasss hotsss lit-litt kan.. :p

Tapi oleh kerana aku dah lama tak update blog, kita sembang santai-santai je lah eh. Aku tak nak ulas berat-beratl. Cerita dah basi pun. Aku cuma nak tambah ajinomoto sikit je dalam isu-isu ni. Saje lah nak bagi warm-up sikit sebelum aktif semula berblog. Boleh..? Jangan ambil serius sangat pula. Kalau apa yang aku tulis ni baik kepada korang, ambil lah. Tapi kalau tak baik dan tak berfaedah untuk korang, sila lah ke blog yang lain. Tak ada paksaan untuk stay ok.. :)
Artis wanita kontroversi 2018

Elfira Loy
Bila Elfira kata "kalau ada sekelumit kecil pun rasa tak selesa dalam hati keluarga dia, dia tetap tak akan teruskan pertunangan dengan Sufian". Aku cuma nak kata, dalam fasa bertunang memang akan ada rasa tu dik. Bukan sekelumit tapi sebesar gunung kinabalu pun ada. Tu namanya was-was. Syaitan memang suka bagi hati kita was-was bila kita nak buat benda-benda baik. Kena lawan perasaan tu. Kalau tak pasti atau rasa tak sedap hati, buat solat Istikharah. Sepatutnya buat Istikharah tu sebelum decide nak bertunang dulu tapi lepas bertunang pun 'sempat' lagi buat Istikharah sebelum betul-betul decide nak nikah. Jangan ikut hati, jangan ikut cakap orang, tapi ikutlah petunjuk Allah.

Satu lagi, aku harap kita semuaaaaaa betul-betul ambil iktibar la bab buat majlis bertunang gah-gah ni. Sudah-sudahlah tu. Lepas ni tak payah lagi. Bertunang grand bagai nak rak lepas tu putus pula. Kesan akibat tu lebih dasyat. Kalau bertunang secara sederhana, tak lah teruk sangat luka tu. Betul tak..? Kalau nak kata buat majlis bertunang grand sebab ada sponsor, come on la..! belajar kata NO kepada sponsor. Kenapa kena ikut je semua..? Kita punya badan, kita la tetapkan. Lepas ni mana-mana artis nak buat majlis bertunang yang gah-gah tu, mohon fikir semula...!

Aku suka bila Elfira dan Sufian bersikap matang dan cool. Tak melatah. Tak saling menyalahkan atau saling mengutuk-mengata. Good. Benda dah jadi, kena hadap. Lepas tu move on. Aku doakan dua-dua bertemu jodoh yang terbaik dan jadi insan yang lebih baik selepas ni. InsyaAllah.

Neelofa
Aduh..! Banyak nak ulas pasal isu Hajah Neelofa ni. Tak tahu nak mula kat mana. Malas pula rasa nak buka helaian satu persatu sebab aku dah rasa give-up sangat dengan dia. Kalau dulu ada juga rasa nak bagi peluang kepada dia untuk betulkan keadaan. Mungkin yang dulu-dulu tu dia tak sengaja dan tak matang lagi. Tapi sekarang Hajah dah 29 tahun kan, masih buat perangai tak matang kenapa? Seriously Neelofa..?! Perhatian macam mana lagi yang kau nak cari ni..? Kau nak buktikan apa sebenarnya..?

Aku sedihlah tengok dia. Sekarang dah unfollow instagram dia sebab aku tak mampu nak berprasangka baik lagi pada dia buat masa ni. Daripada stalk IG dia lepas tu mengutuk dalam hati, aku juga yang dapat dosa kering. Dia elok je kat situ. Dia tak pernah kisah pun orang mengata apa-apa pasal dia. Masyuk juga hari-hari. Bukan dia je, dengan adik dia Little Miss Khan tu pun aku dah unfollow.

Kalau aku diberi peluang jumpa Neelofa, aku nak nasihatkan 3 benda ni : 
(satu) Berehatlah. Penat sangat tu. Pergi bercuti jauh dari Malaysia ni. Tenangkan fikiran. Tutup media sosial buat sementara waktu. Larikan diri dari lensa kamera. Bersendirilah. Ambil masa tengok balik diri sendiri. Ingat balik apa yang kamu nak dalam hidup ni. Cari balik niat asal kamu mulakan bisnes hijab tu satu masa dulu..? Kamu nak diingati sebagai apa..? Renungkan balik nasihat-nasihat orang bijak pandai kepada kamu suatu masa dulu. Ingat balik. Refleksi kepada diri. Sayangilah diri kamu sendiri. Kamu orang yang hebat dan berpendidikan -- jadi tunjukkan..! Stop tagih perhatian manusia, ok.

(dua) Belajar minta maaf. Tak kurang apa-apa pun kalau kamu ikhlas minta maaf. Tak payah minta maaf kepada siapa-siapa, tapi minta maaf dari diri kamu sendiri. Sebab apa yang kamu buat tu menzalimi diri kamu sendiri dan keluarga serta keturunan kamu. Selepas tu minta maaf dari Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang paling berhak memaafkan kamu. Tak nak dengar apa orang kata, tak apa. Tapi apa yang Allah 'kata' jangan ignore..!

(tiga) Kahwinlah. Sesungguhnya fitnah dan prasangka manusia akan sentiasa memburu kamu. Pernikahan akan menjadi perisai terbaik untuk kamu. InsyaAllah. Tapi carilah jodoh yang baik-baik. Yang sesuai dan sekufu. Buka hati, terima lelaki yang ikhlas nak menjaga kamu. Kalau belum ada calon, doa banyak-banyak. Minta daripada Allah, tunjukkan jodoh kamu. Tak payah ikut ideologi barat yang konon-konon 'wanita boleh berjaya tanpa lelaki'. Kembali kepada fitrah. Sehebat manapun kita, tetap kita ini hambaNya..!

Izreen Azminda
Ni sorang lagi yang aku rasa kalau dia ada depan mata aku sekarang ni, nak je aku peluk dia kuat-kuat lepas tu pandang anak mata dia dalam-dalam sambil tanya : kau ni dah kenapa...?!!

Orangnya cantik, elok kejadian, sempurna sifat, berbakat besar, rezeki Allah bagi mencurah-curah.. nak apa lagi..? yang kau pergi terjun jerumuskan diri mencari masalah tu kenapa..?!! Tak faham lah aku apa yang tersuka - tergoda - terjatuh cinta saaanggaattt kat suami orang tu..! Diulangi, suami orang. Kenapa izreen..? Special sangat ke suami orang tu..? Handsome sangat ke..? Romantik-caring-berharta-bergaya-ber apa sangat ke..?!! Aduhaiiiiii.. tak ada masalah, kau cari masalah. Ini lah jadinya. Elok-elok kau meniti membina reputasi, alih-alih kau sendiri terjun dalam lumpur terpalit habis segala kotor. Kau sendiri cari malapetaka ni..! Tak payah nak salahkan takdir lah apa lah. Kau sendiri yang men'jebak'kan diri kau dalam semua ni. Sedar tak..?

Betul lah, kalau dah jodoh siapa kita nak menidakkan aturan Allah. Aku tak nafikan benda tu. Tapi kau guna lah otak yang waras tu untuk fikir. Timbal balik. Allah bagi jodoh ke Allah bagi ujian je tu..? Fikirlah. Bukan simply ambil tu sebagai "dah takdir".."dah jodoh".. Senang sangatlah hidup kalau macam tu..! Kalau memang Allah takdirkan kau hidup berpoligami, tak apa. Tak salah. Poligami tak salah. Tapi buat cara elok-elok yang mengikut macam Islam ajar. Bukan ikut logik kepala kita. Istilah extend masjid tu langsung tak relevant memandangkan kau dengan Ude kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan dan izin isteri dia.

Sepatutnya dari awal kau bertegas dengan Ude. Paksa Ude minta izin isteri dia dulu. Kau sendiri pun pergi lah jumpa Intan tu. Berbaik-baik. Explain elok-elok. Biar orang lain tak tahu, tapi sekurang-kurangnya kau, Ude dengan Intan tahu hal sebenar. Biar masing-masing jelas dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Biar tak ada salah faham. Ini kau jumpa Intan pun tak, Ude tak balik rumah Intan sejak November, kau buat apa..? Tak nasihatkan Ude ke..? Tak mainkan peranan sebagai isteri kedua ke..? Tak cuba baik-baikkan Ude dengan Intan balik ke..? Tak fikir perasaan anak-anak Intan ke..? Alih-alih bila Ude nak ceraikan Intan ni, kau kata tak tahu apa-apa. Mana boleh macam tu..! Tak logik la kau tak tahu apa-apa langsung.

Orang barat kata 'the damage is done' tak boleh buat apa lagi dah. Sekarang satu Malaysia duk mengata mengutuk kau. Nampak tak..? Siapa dapat hampas..? kau la..! Sedih kan. Balik-balik kau juga orang kutuk. Kau juga makan maki hamun netizen. Kau juga salah. Entah siapa sebenarnya yang salah, hanya Allah yang tahu. Tapi something wrong between korang bertiga ni. Yang netizen nampak salah kau je Izreen. Yang betul semua kat Intan. Berbaloi ke Izreen..? Sekarang kau nak buat apa..? Larikan diri. Tutup instagram. Buat tak tahu je semua ribut taufan ni dengan harapan nanti akan reda sendiri..?! Ermmm.. terpulanglah. Fikirlah elok-elok. Adakah ini kebahagiaan yang kau cari dari perkahwinan ni..? Adakah berbaloi kau tanggung semua ni atau adakah cara lain yang lebih baik untuk betulkan keadaan..? Fikir elok-elok Izreen.

Ziana Zain
Yang ni kes lain sikit. Masih baru dan kita pun tak tahu letak duduk perkara yang sebenar lagi. Aku harap netizen janganlah terlalu cepat buat andaian itu dan ini. Bagi mereka ruang untuk selesaikan masalah dalam rumahtangga diaorang sendiri (kalau betul ada masalah la). Aku dengar kat berita radio pagi tadi, Ziana Zain menangis waktu menyanyikan lagu Puncak Kasih dalam satu majlis malam tadi. Boleh bayangkan keadaan Ziana Zain sekarang. Tentu rapuh hatinya bila di asak kiri kanan atas bawah dengan soalan-soalan dan spekulasi netizen. Sabarlah kak Ziana Zain. Teruslah teguh menghadapi apa jua ujian. Allah uji kerana Allah sayang.

Aku pun kadang-kadang tak faham juga kenapa bila satu-satu rumahtangga tu bergolak, yang pertama mesti nak salahkan isteri. Kata isteri tak pandai jaga suami lah, isteri terlalu pentingkan kerjayalah, isteri tak pandai masak lah, isteri tak hormat suami lah, macam-macam lagi lah. Sedangkan rumahtangga tu kan atas dua bahu yang memikulnya iaitu suami dan isteri. Haihhh.. entah lah.. :(

Penutup
Dalam semua isu viral di atas, sedar atau tidak yang menjadikan isu tu nampak berat adalah kerana mulut makcik-makcik bawang dan ketaksuban netizen juga. Ramai yang ambil kesempatan dan sengaja menangguk di air yang keroh je sebenarnya. Bak kata Neelofa, tiba-tiba ramai pula yang muncul nak buat ulasan, nak bagi pendapat, nak saman lah, nak cadangkan itu ini lah. Semua nak tumpang populariti isu panas dengan harapan dapat tumpang 'market'. Sedehhhh..!! 

Dalam kes Izreen pun tetiba netizen pergi serang IG Rita Rudaini pula dah kenapa..? Memang ada netizen yang haprak dan otak tiga suku. Kita yang waras dan ada standard ni tolong jaga maruah dan class masing-masing ye. Jangan terjebak dalam permainan diaorang tu. Kalau nak tegur, guna bahasa yang elok-elok. Kalau betul sayang, doakan mereka berubah dan dapat petunjuk dari Allah. Tapi kalau dah menyampah sangat dengan mereka, rasa tak mampu sangat nak doakan yang baik-baik untuk mereka maka, tolonglah diam sahaja..!

Jangaaaannn lah..! tolong janganlah maki hamun, guna bahasa kesat, mengutuk mereka sampai libatkan mak ayah, keluarga dan kawan-kawan mereka. Yang buat salah tu mereka sorang sahaja, tak payah lah nak kait-kait sampai negeri kelahiran mereka pun nak dipalitkan sama. Melampau..! Kenapa netizen sekarang makin melampau-lampau ye..? Dapat apa maki-maki artis kat media sosial ni, dapat bayaran eh..? siapa bayar..? lumayan sangat ke sampai boleh tebus dosa-dosa korang nanti kat akhirat.. haaaaaaa...??!

Komen-komen dan kata-kata kita kepada mereka tu satu doa tau. Dan apa yang kita 'doa' tu akan dapat kat kita balik. Tak takut ke..? Hari ni mungkin mereka di uji, esok lusa mungkin giliran kita. Ujian kita mungkin tak sama macam mereka sebab kita bukan artis, tapi Allah uji kita dengan hal yang lain. Anak tak sihat, rezeki bocor, duit banyak tapi tak berkat, rumah besar tapi tak happy, kerja ada tapi selalu kena hentam dengan boss, isteri cantik tapi seksi, suami handsome tapi melucah. Haaa..suka..?!! boleh ke terima ujian-ujian macam tu..? Tak nak kan.. Tak mampu kan.. So, jangan kata orang bukan-bukan. Jangan doakan orang dengan kata-kata yang tak senonoh. Bila-bila masa kalau Allah nak balikkan pada kita, tak ada apa boleh halang tau.

Bila terbaca komen netizen :

"pakai tudung tapi hati busuk"
"nama je hajah tapi perangai teruk"
"mengaji Al-Quran bukan main sedap, tapi gila glamour"
"minta-minta biarlah bisnes tudung dia lingkup"
"biarlah satu hari nanti, perempuan lain pula rampas suami dia, baru dia tahu rasa macam mana"
"mata duitan sangat, nak kahwin dengan dato la tu, laki orang, keje nak rampas suami orang je"
"suami dah tak kerja, nak jadi apa. Bela la biawak hidup sampai bila-bila"
"laki kaki pukul ler tu, dah biasa angkat tangan"

Allahu Akhbar...! kan ke doa semua tu. Siapa kita ni, besar sangat ke kita ni, berkuasa sangat ke kita ni..? Sampai berani nak kata macam tu. Kalau kata-kata kita tu Allah angkat sebagai doa, macam mana..? Mampu ke kita nak bayar balik setiap satu doa buruk kita kepada orang lain..? Kita dan mereka semua sama sahaja. Kita semua hambaNya..! Kita tak ada daya apa-apa tanpa kuasa dan rahmat daripadaNya. Janganlah cepat sangat menuduh dan menjatuh hukum. Kita tidak berada di tempat dia. Kita tak tahu.

Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun. Kalau Allah maafkan dia, ampunkan dosa-dosa dia, InsyaAllah dia masuk syurga. Tapi kita yang perasan maksum sangat ni, ada ke tempat kita di syurga..? Allah.. Allah.. Ya Allah.. ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Jangan uji kami dengan ujian yang tak mampu kami hadapi. Jangan biar kami larut di dalam tipu daya syaitan yang ingin menghancurkan iman dan akidah kami.

Aku tak up entry ni untuk tunjuk aku baik atau alim ulamak sangat. Aku pun tak sempurna. Aku lagi banyak dosa. Allah sahaja yang tahu. Aku cuma sedih dan takut bila tengok kita semua ramai yang makin hanyut. Aku takut kalau tidak berpesan-pesan. Aku takut kalau hanya diam. Aku bukan siapa-siapa. Apa yang aku tulis ni tidak sampai kepada semua, tapi tak apa lah. Sampai kepada yang sedikit pun cukup daripada tak sampai langsung. Selebihnya, aku up entry ni memang untuk diri sendiri. Buat sempadan aku sendiri, mudah-mudahan aku beringat.

Doa aku yang baik-baik untuk kalian.








...


Share:

17 comments:

  1. Peringatan buat diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done baca dari awal sampai habis tanpa skip.. wlpn panjang... Semua betul..

      Delete
    2. hahahahaa.. bab membawang memang panjang.. :p
      tQ mommy irra sudi sini.. hehehehe..

      ...

      Delete
  2. Hmmm apa la netizen ni ekk.
    Manusia aje kot, buat silap.
    Bertunang and putus, keje Allah. Da tertulis. Ada la tu sebab nya.
    Nilofa tu rasanya ada penasihat ramai kot. Aida rasa apa yg dia buat mesti diskus dgn lain2. Penasihat dia x btol la tu.
    Bercerai-berai :( sedih. Tapi tu la. Jodoh di tgn Allah. Ada la tu yg Allah nak tunjuk.
    Terkejut gak dgn ziana zain. Ntah apa la ye yg jadik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah namanya netizen.. :p

      cuba lah jadi netizen yang educated, positive dan tak emo.. kan bagus..! heheheheee..

      ...

      Delete
  3. Pergh!! perenggan-perenggan akhir tu memang menusuk.. Banyak yang membawang, walaupun sebenarnya tak tahu apa-apa.. Artis pun manusia.. cuma mereka popular.. Kesian juga yang tak terlibat pun terpalit sama.. pelik netizen ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. artis pun manusia, mereka pun diuji juga..

      ...

      Delete
  4. ne bukan membawang semata-mata. ada nasihat yang kak ain sampaikan. Kita semua pendosa tapi pintu Taubat tu sentiasa terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..! pintu taubat sentiasa terbuka.. :)

      ...

      Delete
  5. Zaman sekarang ni macam2 hal terjadi. Saya hanya mampu memerhati sajalah. Takut satu hari sportlight terhala kat diri termalu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil yang jernih, buang yang keroh.. :)

      ...

      Delete
  6. perenggan akhir tu memang sebuah nasihat yang bagus :)

    ReplyDelete
  7. setuju kak Ain. sekarang ni macam-macam benda dah orang nak jadikan viral. jangan la kita sendiri create masalah tu. jadi attention seeker. dah la seek attention dengan cara memalukan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. sampai memalukan diri dan keluarga tu paling menyedihkan.. harap mereka sedar dan cepat matang..! hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  8. U know what Kak Ain, eventho u tgh membawang now, tp Sha boleh rasa nasihat tu. Ke hati.

    Dakwah sentap kadang.
    Perit nak telan. Pahit macam peria, tapi bagus utk kesihatan.

    Sha laffffff❤❤ u

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lafffffff u too.. :)

      tapi tak minat sangat peria kecuali peria hiris nipis2 dan goreng gareng2.. yg tu boleh la layan skit.. hehehehee.. (banyak songeh betul lah)

      :p

      ...

      Delete