Tumhari Sulu : Impian Seorang Wanita Biasa

Aku menunggu Tumhari Sulu dengan perasaan berbahagi. Separuh excited dan separuh lagi hambar sahaja. Selepas menonton trailer filem ini, hati aku jadi tak sabar nak menonton. Tambah pula bila ramai pengkritik filem di India nampaknya menyenangi dan memberi pujian baik-baik tentang filem ini. Seperti biasa, lakonan Vidya Balan yang paling ditunggu-tunggu. Selaku pelakon kelas A, Vidya nampaknya menjanjikan sesuatu yang istimewa melalui filem ini. Dia mencuba watak komedi..! Menjadi ke watak komedi di tangan Vidya..? hahahahaa.. nanti aku cerita.

Tumhari Sulu (2017)

Tumhari Sulu membuka sudut pandang kita tentang wanita kebanyakkan yang ada di sekeliling kita. Usia pertengahan. Suri rumah. Penampilan biasa-biasa. Sedikit kekampungan. Cepat panik. Pelajaran tak tinggi. Banyak cakap. Banyak complaint. Sangat sayang dan mengutamakan keluarga. Paling tahu serba-serbi urusan rumah. Paling faham jiran-jiran sekeliling. Paling kerja keras uruskan anak-anak dan paling tipikal, Sulu sama seperti wanita kebanyakkan yang lain -- mempunyai angan-angan untuk jadi kaya dan popular.

Review Filem Hindi : Tumhari Sulu 

Aku tak ada masalah sangat dengan jalan cerita ni. Smooth dan segala segi di susun untuk mudah di fahami. Seperti filem-filem ringan yang lain, selepas hal-hal gembira akan di susuli dengan tragedi kemudian barulah hal-hal yang gembira akan kembali semula. Klimaks filem ini paling aku suka. Real. Buat aku terkasima beberapa minit sebab aku boleh rasa Sulu punya panik. Itu pun selepas hatinya dihentak sampai retak-retak dek sikap suami sendiri yang tak percaya kepada dirinya. Kalau aku jadi Sulu pun, aku akan kecewa juga. Bukan sikit-sikit. 

Ye lah, siapa lagi kita nak harapkan akan back-up kita, sokong kita dan percaya pada impian kita kalau bukan pasangan hidup kita sendiri.. kan..? Kalau pasangan kita sendiri tak percaya kita dan lebih percaya kepada cakap-cakap orang lain, hancurnya hati Ya Allah..!! Dalam keadaan kita sangat-sangat memerlukan dia, saat tu lah dia nak 'buat perangai' tiba-tiba nak menentang kita. Memang boleh buat 44 hari kemurungan oiii...!

Tapi aku suka cara pengarah mempotretkan scene tu. Sangat bersahaja dan tidak terlalu dramatik. Hakikatnya dalam kehidupan harian kita ni ramai je yang lalui apa yang Sulu lalui. Cuma kita tak perasan atau buat-buat tak perasan. Bila dah berlaku satu-satu tragedi, semua orang nak tunding jari. Sedangkan kesalahan sendiri tak nak diakui. Paling aku menyampah, jenis manusia yang kaki menyibuk..! Masa orang ada masalah bukan nak tolong, bukan nak ringankan beban tapi tahu nak kecam je.. haihhhh..! geram aku.

Dalam filem ni, watak kakak-kakak Sulu tu paling aku tak boleh blah. Menyibuk..! Berlagak tak kena tempat..! Memang menjadi betul watak tu. Buat aku paranoid sekejap. Sepatutnya adik-beradik la menyokong minat dan impian sesama adik-beradik, ini tak asyik nak hentam je. Orang buat itu salah, buat ini salah. Macam dia betul semua. Lepas tu pandai-pandai pula buat keputusan bagi pihak orang lain. Eh..! kau dah kenapa..?!! Aku memang geram sangat masa kakak-kakak Sulu nak pisahkan dia dengan anak dia tu. Yang si suami Sulu pun ikut je cakap kakak-kakak tu, grgrgrgrgrr.. aku rasa nak lempang sorang-sorang termasuk suami si Sulu tu...!


Sulu di samping suaminya Ashok Dubey (Manav Kaul)
Nasib baik lah ending cerita ni best. Terubat balik hati aku yang retak-retak tu. Hehehehee. Keseluruhan jalan cerita, aku suka. Plot, scene, klimaks, ending dan hal-hal kecil yang diselitkan menjadikan filem ini seronok di tonton berulang kali. Cuma kalau anda bukan peminat filem-filem jenis penceritaan dan drama, mungkin di peringkat awal akan rasa sedikit bosan sebab permulaan filem ini bergerak perlahan. Sampai ada beberapa scene yang aku tak faham kenapa mesti dileret-leretkan.


Watak Komedi Di Tangan Vidya Balan

Biar aku berlaku jujur sahaja, sesungguhnya aku tak faham komedi yang ingin ditonjolkan oleh Sulu. Mungkin sedikit berkesan dari intonasi suara, memek muka dan bahasa tubuh tapi daripada segi dialog dan perkembangan watak tu dari satu scene kepada scene yang lain -- errmmmm.. tak ada yang lucu pun. Biasa sahaja. Sulu seperti wanita-wanita yang lain 'just want to have fun'. Jadi sesekali buat benda gila-gila, biasa lah. Kurang menjadilah lucu tu. Tapi lakonan bersahaja Vidya Balan, seperti biasa memang superb..! tak ada yang luar biasa.

Wanita Dan Impian Yang Besar

Salahkah untuk seorang wanita kebanyakkan mempunyai impian yang besar ? Impian nak jadi popular, nak jadi 'someone' yang di lihat, di pandang dan di hargai lebih daripada sekadar wanita biasa. Tak salahkan..?!! Cuma wanita tu sendiri yang kadang-kala suka menahan diri. Suka duduk di dapur sahaja dan malu nak bagitahu apa impian mereka sebenarnya. Zaman dah berubah, wanita sekarang ada di mana-mana. Di radio, di tv, di pentas, di laut, di udara, di angkasa pun wanita pernah berada. Jadi kenapa harus takut untuk keluar dan kejar impian kita. Walaupun nampak macam mustahil, tapi kalau tak cuba kita pun tak tahu impian tu boleh tercapai atau sebaliknya. 

Aku suka keberanian Sulu. Aku suka sikap bersahaja dia. Kulit tebal, telinga tebal, yakin boleh dan paling best Sulu ni tak kisah apa orang kata. Dia punya tahap confident tu sampai dia tak takut siapa-siapa. Tahap ni aku rasa nak jadi Sulu..! Nak sangat jadi seberani dan sesempoi Sulu. Hakikatnya Sulu bukan berani sangat awal-awal tu, tapi sebab dia berani mencuba dan buat-buat berani sampai orang yakin dia berani -- akhirnya dia berjaya buktikan dia boleh dan dia berjaya buang semua kemungkinan-kemungkinan negatif yang sebelumnya. Best kan kalau jadi Sulu..?! :)

Vidya Balan sebagai Sulu

Satu lagi, yang aku paling suka dengan watak Sulu ni bila dia tak lupa diri. Walaupun dia dah berjaya capai impian dia, tapi dia tetap jadi isteri dan ibu yang baik. Uruskan rumah tangga dengan baik. Cuma bila suami sendiri tak nak bagi kerjasama, konflik lah sikit. Sulu ni fokus. Dia tahu apa dia nak dalam hidup. Bila dia dah capai apa dia nak, dia stop. Sebab dia tak tamak dan dia tahu di mana keutamaan dia yang sebenarnya.

Sulu memberi aku satu inspirasi untuk berani dan terus berani.
Satu dua kali mencuba mungkin tak menjadi tapi jangan putus asa. Sikap tak putus asa tu ada ganjarannya. Buat apa-apa untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, jadi kita tak rasa terbeban untuk teruskan atau berhenti sebab kita sendiri yang putuskan nak apa. 

Aku harap ada sedikit Sulu dalam diri aku satu hari nanti..!

:)


p/s : dalam banyak-banyak filem lakonan Vidya Balan setakat ni aku masih suka Parineeta dan Hamari Adhuri Kahaani.






...

sumber gambar : google image





spacer

Hotel Haji Ismail Group Langkawi Pilihan Terbaik

Aku baru balik dari Langkawi semalam. Bercuti manja-manja selama 3 hari. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih di beri kesempatan dan kelapangan untuk pergi bercuti rehatkan minda buat seketika. Walaupun bukanlah percutian yang sebenar, tapi cukuplah untuk aku. Di saat fikiran tengah betul-betul serabut ni, dapat 'lari' sekejap dari rutin biasa adalah satu nikmat yang amat-amat disyukuri. 

Aku ikut Pokchik ke sana sebab dia ada urusan kerja. Jadi tak ada lah berjalan sangat. Nak island hopping semua memang tak sempatlah. Kalau aku nak pergi sorang-sorang alamatnya bermimpi di siang hari sahaja lah kan. Pokchik tak akan bagi..! hahahahaha.. :p

hotel HiG langkawi, kompleks haji ismail group langkawi, review hotel hj ismail group langkawi, hotel harga berpatutan di langkawi, hotel islamik, perusahaan hj ismail group, kenapa mesti tinggal di hotel HiG di Langkawi
Hotel HiG Langkawi

Hotel Haji Ismail Group (HiG) Langkawi

Kenapa kami pilih Hotel HiG ni, selain daripada lokasi yang strategik di tengah-tengah pekan Kuah, hotel HiG ini juga dekat dengan lokasi tempat Pokchik nak pergi mesyuarat. Mudah lah aku nak hantar dan ambil dia lepas habis mensyuarat nanti. Ternyata pilihan kami sangat tepat. Hotel HiG ni memang terbaik. Pertama kali aku menginap di hotel ni dan aku puas hati sangat.

Kenapa hotel HiG ni terbaik :

1.  Lokasi strategik
2.  Kompleks beli-belah, hotel dan medan selera lengkap dan sebelah-menyebelah
3.  Hotel berciri Islamik yang bersih, selesa dan sangat praktikal
4.  Hotel milik usahawan muslim
5.  Buffet sarapan pagi yang pelbagai dan enak-enak belaka
6.  Harga bilik yang berpatutan
7.  Parking kereta terbuka yang luas dan percuma

Memang terbaik hotel HiG ni. Staff semua ramah dan murah dengan senyuman. House keeping efisen dan pantas. Macam aku masa hari kedua tu, dah petang baru nak keluar berjalan. Jadi masa aku keluar lebih kurang jam 5 petang tu baru aku minta house keeping datang kemas bilik. Kalau hotel lain, dah petang baru minta kemas bilik memang diaorang tak layan. Tapi di hotel HiG, alhamdulillah petang pun mereka datang kemas bilik, cuci bilik air dan tukar tuala. Yipppii...! thank you HiG. :)

Menu breakfast pelbagai pilihan dan sedap-sedap. Hari kedua kami di sana, ada roti canai dan hari ketiga pula ada roti jala. Selain daripada tu menu wajib kalau buffet breakfast di hotel biasa la, mesti ada roti bakar, bubur nasi, telur dadar, telur half boliled, nasi lemak, kue teow goreng, bake beans, bread pudding, kuih-muih, buah-buahan, air jus, air panas (di HiG bukan teh dan kopi sahaja, milo panas pun ada). Rasa pun sedap...! :)

Jadi, kalau anda nak ke Langkawi boleh la cuba menginap di hotel HiG ni. Nak shopping pun sebelah hotel je. Senang. Jimat masa dan tenaga.. hehehehehe. Kita support la hotel saudara muslim kita. Ada orang kata coklat-coklat kat HiG ni dah mahal. Tak macam dulu-dulu. Ada juga yang kata kalau nak beli pinggan-mangkuk baik beli di kompleks The Zone di Pantai Chenang. Tapi aku dah survey, beza harga berapa sen sahaja. Tak kan lah kita nak berkira. Kita shopping coklat dan pinggan-mangkuk di HiG sambil niat nak bantu perniagaan saudara seIslam, insyaAllah ada ganjaran yang baik-baik untuk kita. Lagipun serius beza harga tak jauh pun.. :)

review hotel haji ismail group langkawi, komplek HiG di Langkawi, perniagaan muslim paling berjaya di langkawi
suasana sekitar kompleks HiG - tenang dan selesa

Perbezaan Hotel Di Pekan Kuah Dengan Hotel Di Pantai Chenang

Kenapa kami pilih tinggal di pekan Kuah dan bukan di Pantai Chenang yang popular tu? Salah satu sebab utama lokasi tempat Pokchik nak mesyuarat tu memang di pekan Kuah. Kalau kami menginap di Pantai Chenang, jauh lah sikit. Lagipun macam aku bagitahu awal-awal tadi, kami ke Langkawi bukan nak bercuti sangat.

Sebab yang kedua, kos makanan di Pantai Chenang mahal sedikit sebab kawasan tumpuan pelancong luar negara kan. Selain daripada tu Pantai Chenang sangat ramaiiiiiiii foreigner. Bising. Meriah malam dan siang. Ruang agak sempit dan terhad. Sebelah malam aku tinggal sorang-sorang kat bilik hotel, jadi risaulah nak duduk kat Pantai Chenang. Ramai sangat foreigner. Aku rasa kurang selesa. 

Jadi kami pilih tinggal di hotel HiG yang jauh sedikit dari kepadatan foreigner.. hehehehe. Alhamdulillah nak makan tengah hari dan malam pun senang kat food court depan kompleks HiG tu je. Harga berpatutan dan pilihan pun banyak.. :)

Apapun pilihan di tangan masing-masing. Kalau anda suka suasana happening, mungkin hotel-hotel di Pantai Chenang adalah pilihan kegemaran anda. Tapi bagi yang suka kawasan sedikit tenang dan harga berpatutan, pastikan anda memilih hotel HiG. InsyaAllah anda akan puas hati. Tapi kena booking awal ye. Hotel HiG ni selalu penuh tau terutama cuti sekolah.

bilik hotel hj ismail group langkawi, hotel HiG langkawi, deluxe room HiG hotel, hotel muslim selesa dan bersih, hotel murah di langkawi
Deluxe room (sama macam bilik kami hari tu) - cantik, kemas dan bersih

Hari tu kami dapat bilik deluxe (Queen bed) + 2 x breakfast untuk 2 adult hanya RM180 sahaja semalam. Maknanya total RM360 untuk 3 hari 2 malam siap breakfast untuk dua orang. Berbaloi sangat-sangat..! Yang penting selesa dan menepati keperluan kami. Alhamdulillah. Terima kasih HiG. InsyaAllah kalau datang ke Langkawi lagi, kami pasti pilih hotel HiG terutama kalau datang ke Langkawi atas urusan kerja. Ini bukan review berbayar ke apa ye. Ini review ikhlas dari aku. Dan ini pandangan peribadi aku la. Lain orang mungkin lain citarasa, tapi harap-harap korang yang nak ke Langkawi tu dapatlah sedikit gambaran tentang hotel HiG ni, okey.

:)

Tentang sewa kereta dan aktiviti serta tempat-tempat menarik yang kami sempat kunjungi sepanjang 'cuti ekspress' kami di Langkawi, nanti aku update dalam entry yang lain. And sorry gambar semua aku ambil dari http://highotellangkawi.blogspot.my/ ye, aku tak sempat snap gambar sendiri.. Ya ampuuunnn..! :p




...


spacer

7 Filem Hindustan Untuk Kaki Travel

Sepatutnya bulan April ni aku habiskan entry pasal bercuti ke India tahun lepas. Ya, anda tak salah baca. Tahun lepas..! Punya lah lama peram cerita tu, entah nak tunggu apa agaknya. Penyakit aku ni selalu peram benda-benda best yang aku suka. Kononnya tunggu the right time tapi penyudahnya, jadi tukun laut dalam. Kalau beli barang-barang baru pun macam tu, tak guna terus sebab nak tunggu the right time tu lah. Sampai kadang-kadang terlupa benda yang dah di beli tu. Tepuk dahi..!

7 Filem Hindustan Untuk Kaki Travel

Maka, untuk mencari gali mood yang telah menjadi tukun dalam dasar laut tu, mari aku sembang pasal 7 buah filem hindustan berkaitan travelling yang aku paling suka dan filem-filem yang buatkan aku GILA nak pergi India sejak dulu lagi. Negara lain tu bukan aku tak nak pergi tapi India dalam top list selepas Mekah, Madinah dan Palestine (of course). Lagipun masa mood tengah down ni memang dalam kepala sibuk fikir nak berjalan je. Berangan-angan dulu lah. Perginya tak tahu bila. Berangan kan free.. :) Jom..!!

tujuan anda travel, kaki melancong, kaki travel, travel solo, backpackers, travel to India, peminat filem hindustan
teringin nak travelling solo

Kalau search di Google, banyaaaaakkk sebenarnya filem hindustan yang akan membakar semangat nak melancong ni. Terutama melancong ke nagara India lah. Pandai diaorang selitkan kempen pelancongan dalam filem-filem kan..! Tapi kalau nak diikutkan, India memang sebuah negara yang unik, colorfull, pelbagai budaya, mencabar, menarik, dan negara dia pun besaaaaarrrr..! tak puas nak jelajah satu India kalau pergi sekejap. Tapi 7 filem yang aku nak share ni bukan pasal melancong ke India semata-mata.

1.  Yeh Jawaani Hai Deewani
Salah satu filem kesukaan aku yang tak jemu-jemu aku tonton berpuluh kali. Selain barisan pelakon dalam filem ni memang aku suka, filem ni juga buat hati aku melompat-lompat nak pergi India satu masa dulu terutama Manali. Kawasan pergunungan, salji, tenang penuh kehijaun dan kekampungan. Cuma Manali ni kawasan orang beragama Budha. Nak dapat makanan halal mungkin sedikit mencabar. Paling penting, Manali sesuai untuk kaki melancong ala backpackers atau percutian berbentuk perkhemahan dan pendakian.

filem hindustan tentang travel dan friendship, yeh jawaani hai deewani, travel to Manali, randbir kapoor, deepika padukone
Yeh Jawaani Hai Deewani

Selain daripada tu filem Yeh Jawaani Hai Deewani ni aku paling suka konsep persahabatan yang ditekankan. Cerita tentang perjalanan mencari identiti diri, perjalanan mengejar cita-cita, membina impian dan melawan kebiasaan. Filem yang selalu memberi inspirasi kepada aku untuk terus mengejar cita-cita aku sampai tercapai walaupun (mungkin) nampak mustahil. Korang kena tonton filem ni ok. Best..!

2.  Jab Harry Met Sejal
Filem Shah Rukh Khan yang aku tonton tahun lepas ni tertanam kemas dalam hati aku sampai hari ni. Best filem ni kerana ia membawa aku 'berjalan' ke merata negara melalui lensa kamera. Walaupun jalan cerita dan perkembangan watak-watak di dalam filem ni agak longgar dan carca-marba, tapi aku tetap suka filem ni sebab ada Shah Rukh Khan ..hahahahaa.. aku suka sebab lokasi pengambaran filem ni semua tempat cantik-cantik dan unik sebab jarang-jarang kita tengok dalam filem hindustan. Selalu kan filem hindutan shooting kat taman bunga, tepi gunung-ganang, tengah-tengah New York dan balik-balik dekat dalam kuil (opppsssss.. bukan nak racist ye)

filem hindustan tentang travel dan percintaan, shah rukh khan, anushka sharma, travel to Prague, shah rukh khan as tour guide
Jab Harry Meet Sejal

Tapi melalui filem Jab Harry Met Sejal ni, untuk seketika kita akan di bawa ke Prague, Amsterdam dan sekitar Europe. Aku tak pernah tahu Prague pun cantik sampailah aku tengok filem ni. Tapi sesuai untuk pelancongan bajet atau tidak, itu aku tak pasti. Melalui filem ini juga, aku tiba-tiba rasa teringin sangat nak jadi tour guide. Best giler kan kalau dapat jadi tour guide ni, percutian kita ditanggung dan dibayar gaji pula lagi. Heaven..! :)

3.  Zindagi Na Milegi Dobara
Aku pertama kali kenal Farhan Akhtar melalui filem ni. Terus jatuh cinta terutama pada suara serak-serak basah dia walaupun dalam filem ni rambut dia serabai teruk.. hahahahaha. Filem ni menghidupkan kembali naluri aku untuk ke Spain sejak sekian lama. Masuk dalam top list aku juga terutama Andalusia. Tapiiiiiiiii yang paling menarik tentang filem ni kerana elemen persahabatan sekali lagi menjadi nadi kekuatan. Beza dengan filem Yeh Jaawani Hai Deewani, melalui filem Zindagi Na Milegi Dobara ini pusat cerita lebih menekankan percutian 3 orang sahabat yang lebih dewasa dan matang.

filem hindustan tentang travel dan persahabatan, travel to Spain, Andalusia, Hrithik Roshan, Farhan Akhtar
Zindagi Na Milegi Dobara

Alangkah seronoknya kalau dapat pergi bercuti ke negara romantis macam Spain tu bertiga dengan sahabat karib yang kita boleh share everything dengan dia dari soal kerja, soal personal mahupun soal masa depan. Teringinnya weiiii....!! :)

4.  Dil Dhadakne Do
Filem ni special sikit sebab menonton filem ni mendetikkan hati aku untuk mencuba percutian ala pelayaran atas kapal mewah. Sebelum ni aku memang tak pernah bermimpi nak bercuti atas kapal, sebab aku kan fobia dengan laut. Tak pandai berenang dan cepat panik bila berada kat tengah-tengah laut. Apatah lagi lepas tengok filem Titanic masa zaman muda-muda dulu, lagi lah aku terus block cita-cita nak bercuti atas kapal nih. Takut.

filem hindustan tentang travel dan kekeluargaan, pelayaran kapal mewah, percutian atas kapal mewah, travel to Turki, Anil Kapoor, Ranveer Sigh
Dil Dhadakne Do

Tapi melalui filem bertema konflik kekeluargaan yang sangat menghiburkan dan sangat memberi kesan dalam kehidupan aku ni, aku rasa buat pertama kali teringin pula nak cuba percutian atas kapal mewah. Yang paling best sebab atas kapal tu semua benda ada, jadi banyak aktiviti kita boleh buat supaya boleh hilangkan rasa nervous duduk tengah-tengah laut. Betul tak..? hehehehehe. Apapun filem Dil Dhadakne Do ni memang power dan mantap. Salah satu filem terbaik yang wajib tonton juga..!

5.  Daawat E-Ishq
Filem ni pun special sikit sebab melalui filem ni, selain melancong ada satu lagi tema kesukaan aku yang ditekankan dalam filem ni iaitu makan..!! hahahahaha. Dalam filem ni kita akan di bawa ke Lucknow, India dan diperkenalkan dengan menu makanan tradisional India yang popular tapi halal. Perrggghh..! sila telan air liur sepanjang tengok filem ni. Terutama kalau korang pencinta makanan India. Dia punya kebab, nasi beriyani, manisan sampai ke makanan jalanan (street food) nampak menarik betul untuk di cuba. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku teringin nak ke Lucknow dan Hyedrabad, India.

filem hindustan tentang percintaan dan makanan sedap, travel to Lucknow, travel to Hyedrabad,
Daawat e-Ishq

6.  Chef
Ini filem yang baru aku tonton minggu lepas tapi filem ni terbit pada 2017. Aku ingatkan filem ni tak best apatah lagi ia sebuah filem adaptasi dari sebuah filem Hollywood (kalau tak silap). Jalan cerita filem ni biasa sahaja dan penyudah serta klimaks cerita sudah boleh di teka. Tapi yang paling best tentang filem ni sebab ia bawa kita 'bersiar-siar' tengok pemandangan cantik lagi genuine di Kochi. Sekali lagi, sebelum tengok filem ni aku tak pernah tahu Kochi tu cantik juga rupanya. Terus masuk dalam list, kalau ke India lagi InsyaAllah akan tuju ke Kochi atau ada orang panggil Kerala sahaja. 

filem hindustan tentang travel dan kekeluargaan, travel to Kochi, India, become a chef, a good father, father and son relationships
Chef (hindi movie)

7.  Dil Chahta Hai
Ini filem lama tapi siapa peminat Aaamir Khan mesti kenal rapat dengan filem ni. Sama seperti filem Zindagi Na Milegi Dobara, filem ini juga tentang persahabatan dan perjalanan mereka menuju kedewasaan. Mengenal cinta, putus cinta, menyakiti dan di sakiti. Salah satu filem yang kena sangat dengan jiwa aku dan sentiasa menjadi filem evergreen yang tak pernah buat aku jemu.

filem tentang travel dan persahabatan, travel to Goa, India, Dil Chahta Hai,
salah satu filem terbaik Aamir Khan
Sama seperti filem Dear Zindagi, filem ni juga buat aku teringin sangat nak ke Goa. Kawasan pantai di India yang paling popular dan menjadi perhatian pelancong yang sukakan pantai. Tapi Goa ni kawasan majoriti Kristian. Jadi fikir banyak kali kalau nak ke sana terutama kalau korang jenis tak suka makan maggi 24 jam.. hahahahaa.. lolss..

Lain-lain filem hindustan berkaitan travelling, pengembaraan, persahabatan dan perjalanan mengenal diri, cinta dan kehidupan ada banyaaaakk...! Aku senaraikan serba sedikit mana yang aku ingat ye. Tak mampu nak ulas detail tiap-tiap filem ni tapi siapa yang pernah tonton mesti faham kenapa aku pilih filem-filem ni..

~ Dilwale Dulhaniya Le Jayenge : buat kita nak cuba travel solo ke Europe. Naik train. Jumpa Raj. Jatuh cinta. Then hidup happy ever after. Kahh..kahh..kahh..! *berangan*

~ Dilwale (2015) : jom pergi Bulgaria (loveeeeeee)

~ 3 Idiots : jatuh cinta pandang pertama tengok Tasik Biru Ladakh di Kashmir tapi jauuuuuuhhh dari Srinagar. InsyaAllah simpan angan-angan satu hari nanti nak sampai Ladakh no matter what..! :)

~ Fitoor : again buat aku jatuh cinta dengan Kashmir again and again

~ Bajrangi Baijaan : lepas berjaya ke Kashmir tahun lepas, aku teringin nak ke Azad Kashmir pula di Pakistan. Selain tu teringin sangat nak ke Lahore, Pakistan dan mencuba menu-menu orang Pakistan di sana yang semestinya halal.

~ Tamasha : jommmm try Corsica...! dan menyamar jadi Don yang kemudiannya berjumpa Mona Darling.. hehehehe.. cute..!


~ Piku : scene paling aku suka masa Amitabh Bachan kayuh basikal sorang2 pusing bandar Kolkata. Alaaaa.. sweet sangat scene tu. Aku teringin nak buat benda yang sama. Kolkata ni bandar klasik kot..! mesti banyak monument yang menarik kat sana.

~ Chennai Express : yang ni aku suka tang naik train tu je..! hahahahaha.. teringin sangat nak try naik train kat India tapi aku tak berani dan takut tak tahan (if you understand what i means.. hahahahaa..) 


~ Queen : jommm Amsterdam and of course Paris. Siapa tak nak pergi dua tempat paling iconic ni kan..! :)

~ Fan : ok, nak juga selitkan filem ni sebab aku memang teringin sangat nak ke Mumbai, India sebab utama nak pergi tengok The Mannat (kediaman Shah Rukh Khan). Mudah-mudahan ada rezeki sampai la aku ke depan pintu pagar rumah dia. Aamiin kan pleaseeeeee.. :p

filem hindustan tentang travel dan kekeluargaan, Amitabh Bachand, travel to Kolkata, India
Amitabh Bachand dalam filem Piku 

Bagi aku, lain orang lain tujuan mereka travelling. Ada yang suka travel ala mewah, ada orang yang suka travel ala bajet. Ada yang mencari tempat menarik, ada yang cari tempat bersejarah, ada yang mencari tempat makan best, ada yang cari tempat shopping murah, ada yang cari tempat hiburan dan ada juga yang sekadar ingin menikmati perjalanan yang jauh untuk hanya menenangkan fikiran. Ada suka pantai, ada suka gunung, ada suka kampung, ada suka bandar. Ada suka travel solo, ada suka travel dgn keluarga, ada suka travel dgn kawan-kawan dan ada yang pilih travel dengan agency sahaja lebih mudah.

Pilihan kita berbeza-beza, destinasi pilihan juga mungkin tak sama. Tapi keinginan untuk keluar dari dunia biasa kepada dunia asing itu sama. Keinginan untuk mencabar diri. Keinginan untuk lihat negara dan budaya orang. Keinginan untuk mencari ketenangan, kelainan, makna hidup, makna cinta, makna persahabatan, makna duit harta kemewahan dan makna impian yang nyata mahupun tidak nyata. Kita sama. 

Ayuh, kemaskan beg anda dan jom travel...!

:)




...

sumber gambar : google image

...

spacer