Sepatutnya bulan April ni aku habiskan entry pasal bercuti ke India tahun lepas. Ya, anda tak salah baca. Tahun lepas..! Punya lah lama peram cerita tu, entah nak tunggu apa agaknya. Penyakit aku ni selalu peram benda-benda best yang aku suka. Kononnya tunggu the right time tapi penyudahnya, jadi tukun laut dalam. Kalau beli barang-barang baru pun macam tu, tak guna terus sebab nak tunggu the right time tu lah. Sampai kadang-kadang terlupa benda yang dah di beli tu. Tepuk dahi..!
7 Filem Hindustan Untuk Kaki Travel
Maka, untuk mencari gali mood yang telah menjadi tukun dalam dasar laut tu, mari aku sembang pasal 7 buah filem hindustan berkaitan travelling yang aku paling suka dan filem-filem yang buatkan aku GILA nak pergi India sejak dulu lagi. Negara lain tu bukan aku tak nak pergi tapi India dalam top list selepas Mekah, Madinah dan Palestine (of course). Lagipun masa mood tengah down ni memang dalam kepala sibuk fikir nak berjalan je. Berangan-angan dulu lah. Perginya tak tahu bila. Berangan kan free.. :) Jom..!!
![]() |
teringin nak travelling solo |
Kalau search di Google, banyaaaaakkk sebenarnya filem hindustan yang akan membakar semangat nak melancong ni. Terutama melancong ke nagara India lah. Pandai diaorang selitkan kempen pelancongan dalam filem-filem kan..! Tapi kalau nak diikutkan, India memang sebuah negara yang unik, colorfull, pelbagai budaya, mencabar, menarik, dan negara dia pun besaaaaarrrr..! tak puas nak jelajah satu India kalau pergi sekejap. Tapi 7 filem yang aku nak share ni bukan pasal melancong ke India semata-mata.
1. Yeh Jawaani Hai Deewani
Salah satu filem kesukaan aku yang tak jemu-jemu aku tonton berpuluh kali. Selain barisan pelakon dalam filem ni memang aku suka, filem ni juga buat hati aku melompat-lompat nak pergi India satu masa dulu terutama Manali. Kawasan pergunungan, salji, tenang penuh kehijaun dan kekampungan. Cuma Manali ni kawasan orang beragama Budha. Nak dapat makanan halal mungkin sedikit mencabar. Paling penting, Manali sesuai untuk kaki melancong ala backpackers atau percutian berbentuk perkhemahan dan pendakian.
![]() |
Yeh Jawaani Hai Deewani |
Selain daripada tu filem Yeh Jawaani Hai Deewani ni aku paling suka konsep persahabatan yang ditekankan. Cerita tentang perjalanan mencari identiti diri, perjalanan mengejar cita-cita, membina impian dan melawan kebiasaan. Filem yang selalu memberi inspirasi kepada aku untuk terus mengejar cita-cita aku sampai tercapai walaupun (mungkin) nampak mustahil. Korang kena tonton filem ni ok. Best..!
2. Jab Harry Met Sejal
Filem Shah Rukh Khan yang aku tonton tahun lepas ni tertanam kemas dalam hati aku sampai hari ni. Best filem ni kerana ia membawa aku 'berjalan' ke merata negara melalui lensa kamera. Walaupun jalan cerita dan perkembangan watak-watak di dalam filem ni agak longgar dan carca-marba, tapi aku tetap suka filem ni sebab ada Shah Rukh Khan ..hahahahaa.. aku suka sebab lokasi pengambaran filem ni semua tempat cantik-cantik dan unik sebab jarang-jarang kita tengok dalam filem hindustan. Selalu kan filem hindutan shooting kat taman bunga, tepi gunung-ganang, tengah-tengah New York dan balik-balik dekat dalam kuil (opppsssss.. bukan nak racist ye)
![]() |
Jab Harry Meet Sejal |
Tapi melalui filem Jab Harry Met Sejal ni, untuk seketika kita akan di bawa ke Prague, Amsterdam dan sekitar Europe. Aku tak pernah tahu Prague pun cantik sampailah aku tengok filem ni. Tapi sesuai untuk pelancongan bajet atau tidak, itu aku tak pasti. Melalui filem ini juga, aku tiba-tiba rasa teringin sangat nak jadi tour guide. Best giler kan kalau dapat jadi tour guide ni, percutian kita ditanggung dan dibayar gaji pula lagi. Heaven..! :)
3. Zindagi Na Milegi Dobara
Aku pertama kali kenal Farhan Akhtar melalui filem ni. Terus jatuh cinta terutama pada suara serak-serak basah dia walaupun dalam filem ni rambut dia serabai teruk.. hahahahaha. Filem ni menghidupkan kembali naluri aku untuk ke Spain sejak sekian lama. Masuk dalam top list aku juga terutama Andalusia. Tapiiiiiiiii yang paling menarik tentang filem ni kerana elemen persahabatan sekali lagi menjadi nadi kekuatan. Beza dengan filem Yeh Jaawani Hai Deewani, melalui filem Zindagi Na Milegi Dobara ini pusat cerita lebih menekankan percutian 3 orang sahabat yang lebih dewasa dan matang.
![]() |
Zindagi Na Milegi Dobara |
Alangkah seronoknya kalau dapat pergi bercuti ke negara romantis macam Spain tu bertiga dengan sahabat karib yang kita boleh share everything dengan dia dari soal kerja, soal personal mahupun soal masa depan. Teringinnya weiiii....!! :)
4. Dil Dhadakne Do
Filem ni special sikit sebab menonton filem ni mendetikkan hati aku untuk mencuba percutian ala pelayaran atas kapal mewah. Sebelum ni aku memang tak pernah bermimpi nak bercuti atas kapal, sebab aku kan fobia dengan laut. Tak pandai berenang dan cepat panik bila berada kat tengah-tengah laut. Apatah lagi lepas tengok filem Titanic masa zaman muda-muda dulu, lagi lah aku terus block cita-cita nak bercuti atas kapal nih. Takut.
![]() |
Dil Dhadakne Do |
Tapi melalui filem bertema konflik kekeluargaan yang sangat menghiburkan dan sangat memberi kesan dalam kehidupan aku ni, aku rasa buat pertama kali teringin pula nak cuba percutian atas kapal mewah. Yang paling best sebab atas kapal tu semua benda ada, jadi banyak aktiviti kita boleh buat supaya boleh hilangkan rasa nervous duduk tengah-tengah laut. Betul tak..? hehehehehe. Apapun filem Dil Dhadakne Do ni memang power dan mantap. Salah satu filem terbaik yang wajib tonton juga..!
5. Daawat E-Ishq
Filem ni pun special sikit sebab melalui filem ni, selain melancong ada satu lagi tema kesukaan aku yang ditekankan dalam filem ni iaitu makan..!! hahahahaha. Dalam filem ni kita akan di bawa ke Lucknow, India dan diperkenalkan dengan menu makanan tradisional India yang popular tapi halal. Perrggghh..! sila telan air liur sepanjang tengok filem ni. Terutama kalau korang pencinta makanan India. Dia punya kebab, nasi beriyani, manisan sampai ke makanan jalanan (street food) nampak menarik betul untuk di cuba. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku teringin nak ke Lucknow dan Hyedrabad, India.
![]() |
Daawat e-Ishq |
6. Chef
Ini filem yang baru aku tonton minggu lepas tapi filem ni terbit pada 2017. Aku ingatkan filem ni tak best apatah lagi ia sebuah filem adaptasi dari sebuah filem Hollywood (kalau tak silap). Jalan cerita filem ni biasa sahaja dan penyudah serta klimaks cerita sudah boleh di teka. Tapi yang paling best tentang filem ni sebab ia bawa kita 'bersiar-siar' tengok pemandangan cantik lagi genuine di Kochi. Sekali lagi, sebelum tengok filem ni aku tak pernah tahu Kochi tu cantik juga rupanya. Terus masuk dalam list, kalau ke India lagi InsyaAllah akan tuju ke Kochi atau ada orang panggil Kerala sahaja.
![]() |
Chef (hindi movie) |
7. Dil Chahta Hai
Ini filem lama tapi siapa peminat Aaamir Khan mesti kenal rapat dengan filem ni. Sama seperti filem Zindagi Na Milegi Dobara, filem ini juga tentang persahabatan dan perjalanan mereka menuju kedewasaan. Mengenal cinta, putus cinta, menyakiti dan di sakiti. Salah satu filem yang kena sangat dengan jiwa aku dan sentiasa menjadi filem evergreen yang tak pernah buat aku jemu.
![]() |
salah satu filem terbaik Aamir Khan |
Sama seperti filem Dear Zindagi, filem ni juga buat aku teringin sangat nak ke Goa. Kawasan pantai di India yang paling popular dan menjadi perhatian pelancong yang sukakan pantai. Tapi Goa ni kawasan majoriti Kristian. Jadi fikir banyak kali kalau nak ke sana terutama kalau korang jenis tak suka makan maggi 24 jam.. hahahahaa.. lolss..
Lain-lain filem hindustan berkaitan travelling, pengembaraan, persahabatan dan perjalanan mengenal diri, cinta dan kehidupan ada banyaaaakk...! Aku senaraikan serba sedikit mana yang aku ingat ye. Tak mampu nak ulas detail tiap-tiap filem ni tapi siapa yang pernah tonton mesti faham kenapa aku pilih filem-filem ni..
~ Dilwale Dulhaniya Le Jayenge : buat kita nak cuba travel solo ke Europe. Naik train. Jumpa Raj. Jatuh cinta. Then hidup happy ever after. Kahh..kahh..kahh..! *berangan*
~ Dilwale (2015) : jom pergi Bulgaria (loveeeeeee)
~ 3 Idiots : jatuh cinta pandang pertama tengok Tasik Biru Ladakh di Kashmir tapi jauuuuuuhhh dari Srinagar. InsyaAllah simpan angan-angan satu hari nanti nak sampai Ladakh no matter what..! :)
~ Fitoor : again buat aku jatuh cinta dengan Kashmir again and again
~ Bajrangi Baijaan : lepas berjaya ke Kashmir tahun lepas, aku teringin nak ke Azad Kashmir pula di Pakistan. Selain tu teringin sangat nak ke Lahore, Pakistan dan mencuba menu-menu orang Pakistan di sana yang semestinya halal.
~ Tamasha : jommmm try Corsica...! dan menyamar jadi Don yang kemudiannya berjumpa Mona Darling.. hehehehe.. cute..!
~ Piku : scene paling aku suka masa Amitabh Bachan kayuh basikal sorang2 pusing bandar Kolkata. Alaaaa.. sweet sangat scene tu. Aku teringin nak buat benda yang sama. Kolkata ni bandar klasik kot..! mesti banyak monument yang menarik kat sana.
~ Chennai Express : yang ni aku suka tang naik train tu je..! hahahahaha.. teringin sangat nak try naik train kat India tapi aku tak berani dan takut tak tahan (if you understand what i means.. hahahahaa..)
~ Queen : jommm Amsterdam and of course Paris. Siapa tak nak pergi dua tempat paling iconic ni kan..! :)
~ Fan : ok, nak juga selitkan filem ni sebab aku memang teringin sangat nak ke Mumbai, India sebab utama nak pergi tengok The Mannat (kediaman Shah Rukh Khan). Mudah-mudahan ada rezeki sampai la aku ke depan pintu pagar rumah dia. Aamiin kan pleaseeeeee.. :p
![]() |
Amitabh Bachand dalam filem Piku |
Bagi aku, lain orang lain tujuan mereka travelling. Ada yang suka travel ala mewah, ada orang yang suka travel ala bajet. Ada yang mencari tempat menarik, ada yang cari tempat bersejarah, ada yang mencari tempat makan best, ada yang cari tempat shopping murah, ada yang cari tempat hiburan dan ada juga yang sekadar ingin menikmati perjalanan yang jauh untuk hanya menenangkan fikiran. Ada suka pantai, ada suka gunung, ada suka kampung, ada suka bandar. Ada suka travel solo, ada suka travel dgn keluarga, ada suka travel dgn kawan-kawan dan ada yang pilih travel dengan agency sahaja lebih mudah.
Pilihan kita berbeza-beza, destinasi pilihan juga mungkin tak sama. Tapi keinginan untuk keluar dari dunia biasa kepada dunia asing itu sama. Keinginan untuk mencabar diri. Keinginan untuk lihat negara dan budaya orang. Keinginan untuk mencari ketenangan, kelainan, makna hidup, makna cinta, makna persahabatan, makna duit harta kemewahan dan makna impian yang nyata mahupun tidak nyata. Kita sama.
Ayuh, kemaskan beg anda dan jom travel...!
:)
...
sumber gambar : google image
...
14 Comments
nice info, hampir semua filem dalam list diatas dah saya tonton kecuali filem chef dan jab harry met sejal
ReplyDeleteini senarai pilihan peribadi saya lah kan, kalau ada nak tambah pun dipersilakan.. hehehehe.. :)
Delete...
kita Chef je belum tengok. trailer pun x tengok lagi.
ReplyDeletekita ada impian macam kak Ain juga!! nak g Manali, nak solo traveling, nak g Europe. nak jadi tour guide. aishh
kak ain pun kebetulan je tertengok filem Chef tu, ingatkan tak best tapi rupanya best juga la. Cerita pasal anak dgn bapa. Dan paling best banyak tunjuk suasana kat Kochi.. :)
DeleteJom amy, kita buka travel agency..! hahahahaa..
...
Mesti best kalau dapat pengalaman travel dekat tempat2 macam yang ada dalam movie tu..
ReplyDeleteSinggah sini jap
InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih memang travel adalah keutamaan.. :)
DeleteTerima kasih singgah sini lagi
...
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
Terima kasih Farahain ZFA
DeleteNanti saya balas kunjungan.. :)
...
Mak aih. . memang layan Bollywood eh .. haha .. banyak movie I tak penah tau pun ..
ReplyDeletekikikikiii.. Bollywood is my middle name kekdahnya.. hahahahaa.. :p
Delete...
yesssss sama lah jatuh cinta dengan farhan dari movie ZNMD jugak! Geram je dengar suara dia nak pulak bila dia menyanyi. Semua dah tengok & memang semua tempat rasa nak pergi sebab movie2 ni. Tahun lepas jeles tengok Jaa Suzuran dapat pergi Mannat sembang dengan SRK :(
ReplyDeletekannnn...!! berdarah airmata tengok Jaa dpt masuk Mannat siap interview SRK lagi. Selfie pun main paut2 bahu..! eeeeeeee..geram je..! hahahahahaa.. :p
DeleteInsyaAllah, ada rezeki kita pula nanti.
:)
...
Amboi.,.banyaknya citer baru Hindustan..akak dah tak keep track dah..dan dah kureng minat..dah tua kot..hahahaha
ReplyDeletehehehehee.. ain dan hindustan berpisah tiada kak SA.. sampai tua pun masih jiwa hindustan juga kot.. :p tapi berpada-pada lah kan yang penting.. :)
Delete...