Bukan Aku Tak Nak Dapatkan Bantuan, Tapi...

Orang Lain Tak Akan Faham (gambar sekadar hiasan)

Aku ada masalah untuk percayakan orang lain. Terutama untuk percaya orang lain boleh selesaikan masalah aku. Sebab aku selalu rasa, masalah aku adalah masalah aku. Macam mana orang lain nak tolong selesaikan masalah aku sebab itu masalah aku. Bukan masalah dia dan dia bukan aku. Macam mana dia nak faham dan seterusnya boleh selesaikan masalah tu..? Aku sendiri tak boleh selesaikan masalah aku, mustahil la orang lain boleh selesaikan masalah aku.

Tapi aku tak ada masalah nak percayakah orang lain dalam bab lain. Aku okey je. Cuma bab nak ceritakan masalah aku je aku selalu ada rasa tak percaya dekat orang lain. Bukan sebab orang tu tak baik, tapi entahlah. Aku susah nak percaya orang lain boleh selesaikan masalah aku. Dengar tu boleh lah. Aku cerita, dia dengar. Lepas tu..??? ermmm.. lastly, tak selesai juga masalah aku kan.

Aku juga ada masalah nak terangkan masalah aku kepada orang lain. Satu, sebab masalah aku berlapis-lapis. Kedua, masalah aku terlalu peribadi. Ketiga, aku jenis ambil masa nak terangkan masalah tu. Mungkin perlu masa berjam-jam atau sehari suntuk untuk aku jelaskan masalah aku satu persatu dan lapis demi lapis tu. Aku tahu tak ramai manusia ada masa nak dengar masalah orang terutama masalah yang berlapis-lapis macam masalah aku. Jadi macam mana aku nak explain masalah aku dalam masa yang singkat..? 

Baru-baru ni aku beranikan diri untuk DM (direct message) satu pertubuhan NGO yang menguruskan orang ada masalah psikologi macam kemurungan, anxiety, OCD dan lain-lain. Aku DM dia dan taip ayat ni :

Saya tak sakit. Tapi saya benci hidup saya. Saya benci diri saya. Saya benci orang sekeliling. Saya benci apa yang saya buat hari-hari. Tapi saya tak sakit. Saya cuma ingin bercakap dengan seseorang yang boleh mendengar saya dengan baik. Adakah saya juga di kira pesakit mental..?
Sehari selepas tu baru DM aku di balas ringkas, begini :

Sis, terima kasih kerana message kami. Tapi dik, kalau rasa tahap benci sebegini mesti ada sakit.
kahh..!! what the $&%$#@..?!!
Errrr.. Ok fine. Bye..!

Aku tak sakit. Bukan aku sengaja hidup dalam penafian ke apa. Tapi, aku tahu diri aku macam mana. Aku tak sakit..! Dan aku benci bila orang kata aku sakit. Aku ego..? Mungkin. Aku tak nafikan aku ada ego. Semua orang ada ego. Tapi bukan aku tak usaha untuk dapatkan bantuan. Bukan aku nak besarkan ego aku sangat. Tapi masalah tak percaya kat orang ni, aku tak boleh nak buang. Macam mana nak percaya kat orang kalau belum apa-apa lagi dia dah judge aku sakit. Belum kenal aku. Belum tahu apa masalah aku. Belum tahu apa yang aku suka dan apa yang aku benci. Terus kata aku sakit. Jawapannya, bye-bye lah...!

Kenapa aku share kat sini..? Supaya catatan-catatan macam ni akan jadi reminder untuk aku. Bukan aku tak cuba cari penyelesaian. Aku dah cuba tapi aku tak selesa. Aku tak akan teruskan kalau aku tak selesa. Tapi aku tak akan putus asa. Mungkin aku perlu cuba tempat lain pula. Aku tetap akan terus mencari jalan untuk selesaikan masalah aku. Ini jurnal untuk aku. #mylifemystruggle . Mudah-mudahan nanti bila aku baca semula catatan-catatan ni, aku akan tersenyum bahagia kerana aku sudah melangkauinya.

Bukan aku bangga sangat nak cerita masalah hidup aku. Tapi aku berlapang dada. Aku tak malu mengaku aku ada masalah. Ya, ada sesuatu dalam diri aku yang 'belum selesai' tapi aku tak tahu apa. Sekurang-kurangnya aku berani mengakui aku memang ada masalah. Masalah yang macam mana..? Susah aku nak cerita. Tapi aku ok. Please jangan risaukan aku. Doakan sahaja aku akan menemui penyelesaian. 

Aku ok..!

Aku ego tapi aku bukan keras hati, aku open nak dengar nasihat dan pandangan sesiapa. Please comment kat bawah kalau korang ada suggestion kat mana aku patut dapatkan bantuan. TQ in advance. 

:)





...

Share:

11 comments:

  1. Email kan masalah anda ke zhicooper@gmail.com ....
    kahkah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww..! takut bayaran mahal ni.. hahahahaa.. :p

      ...

      Delete
  2. Dik... Simple dik... Back to Allah... Jika adik perlukan bahu untuk bersandar boleh akk ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah se'simple' itu.. errmmmm..
      apapun terima kasih kak.. :)

      ...

      Delete
  3. Kak Ain dah try befrienders?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah singgah sekali kat website befrienders ni tapi kena call eh..? kalau face to face ada ke..? akak tak selesa nak cakap lama2 kat phone dengan orang yg akak tak kenal/tak nampak muka.

      :(

      ...

      Delete
  4. Semoga Aim bertemu jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang ada. Inshallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Aamiin..
      Terima kasih.. :)

      ...

      Delete
  5. Ya kalau kita xpercaya orang lain. Kita boleh adukan masalah tu ke pencipta kita.. Memang mcm jwpn klise. Tp cuba buat. Mengadu, menangis, memohon sesuatu yg lebih baik. InsyaAllah akan reda. Sebab sekurangnya mengadu gini confirm tak menyampai kat orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu buat. Tapi.... tu lah.. kalau lah semudah itu masalah ni selesai.. kalau lah..

      (-__-)

      ...

      Delete
  6. I feel u sis... ego kita setinggi langit lol cane nak runtuhkan ego ni

    ReplyDelete