Di Dalam Mimpi Aku Berenang-Renang Sendirian

berapa besar hampar lautan yang Allah telah ciptakan ?

Aku sering bermimpi sedang berenang-renang di lautan yang luas. Sangat luas hingga tidak ternampak akan daratan. Kosong. Lapang. Yang ada cuma aku, hamparan laut tidak bergelombang dan langit yang putih kebiruan tanpa awan. Walaupun mimpi ini berulang-ulang tetapi tidak berturut-turut. Sesekali bila aku terlalu serabut memikirkan hal-hal yang tidak (belum) wujud, aku selalu minta dipertemukan dengan mimpi ini. Mimpi aku dan lautan. Mimpi itu bagi aku sangat indah dan melapangkan dada. Tetapi kadang-kala apabila mimpi itu datang tanpa aku minta, ia bertukar menjadi mimpi yang sangat ngeri dan aku lemas. Tenggelam. Seperti di tarik jauh ke dasar lautan dan segalanya bertukar menjadi gelap-gelita. 

Dan selalunya bila mimpi itu datang dalam tidur ku, hati aku akan menjadi hiba. Sampai saat aku tersedar pada dini hari dan tidak mampu tidur lagi, hati aku akan meratap sayu dan berjujuk-jujuk airmata akan jatuh berderai. Aku tahu airmata itu tidak mampu menyembuhkan, tidak memberi apa-apa jawapan, tidak menenangkan, malah tidak juga mendatangkan apa-apa kebaikan, tapi seperti selalu...... aku tiada pilihan..! selain menangis dan menangis lagi. 

Aku berusaha mentafsir mimpi yang berulang-ulang itu. Bagaimana aku boleh tiba di tengah-tengah lautan yang luas itu walhal aku tidak pandai berenang dan aku takut dengan lautan. Aku sendirian. Di mana aku? Siapa aku? Di mana daratan? Ke mana hala tuju ku? selebihnya... aku terfikir juga kenapa lautan itu tidak bergelombang? kenapa langit putih? mana awan? mana camar? kenapa lautan itu sunyi? kenapa aku tidak tenggelam? kenapa aku terapung? kenapa aku rasa mengecil? 

Tuhan, apakah Kau sedang melihat aku sekarang..?

Seperti hidup aku yang penuh persoalan, mimpi juga rupa-rupanya bukanlah jawapan. Aku sudah berhenti memikirkan apa yang ingin di sampaikan melalui mimpi itu. Aku penat mencari jawapan. Biarlah tinggal aku, langit dan lautan sahaja. Aku tidak perlukan yang lain-lain lagi. Biarlah mimpi itu tergantung begitu, tanpa jawapan. Kadang-kala aku terfikir, bagaimana agaknya rasa hidup sendirian. Jauh daripada semua orang. Sunyi sangat ke? Mesti bosan sebab tak ada apa nak buat dan tak ada orang lain nak di ajak berbual.

Tapi bukankah itu yang aku harap-harapkan selama ini...?
Sunyi. Kosong. Sendiri. Rehat. 
Ya, rehat yang paling panjang.

Entahlah.




...

Share:

6 comments:

  1. Mungkin mimpi tu cuma mainan tidur. Zhi pun kadang selalu mimpi yg lebih kurang sama berulang2 .. tapi malas nak fikirkan kenapa jadi lantak kan sajalah .. haha .. hi Ain.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Zhi.. :)

      itu lah, cara aku nak pujuk hati setiap kali jumpa mimpi yang sama : mainan tidur je tu.. ermmmm..

      ...

      Delete
  2. Rehat yang panjang......

    Bersabarlah kak ain. Moga ada hikmah atas semua yg terjadi. Nyata mahupun yg sembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i need vacations kot...! cuti panjang2 sikit.. seminggu ke.. hahahahaa..!! padahal azam tahun ni nak jimat2 guna cuti.. lols..

      by the way, thanks Sha.. :)

      ...

      Delete
  3. insya allah ada perkara yang baik allah akan bagi. teruslah bersangka baik

    ReplyDelete