Aku baru balik dari Langkawi semalam. Bercuti manja-manja selama 3 hari. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih di beri kesempatan dan kelapangan untuk pergi bercuti rehatkan minda buat seketika. Walaupun bukanlah percutian yang sebenar, tapi cukuplah untuk aku. Di saat fikiran tengah betul-betul serabut ni, dapat 'lari' sekejap dari rutin biasa adalah satu nikmat yang amat-amat disyukuri.
Aku ikut Pokchik ke sana sebab dia ada urusan kerja. Jadi tak ada lah berjalan sangat. Nak island hopping semua memang tak sempatlah. Kalau aku nak pergi sorang-sorang alamatnya bermimpi di siang hari sahaja lah kan. Pokchik tak akan bagi..! hahahahaha.. :p
![]() |
Hotel HiG Langkawi |
Hotel Haji Ismail Group (HiG) Langkawi
Kenapa kami pilih Hotel HiG ni, selain daripada lokasi yang strategik di tengah-tengah pekan Kuah, hotel HiG ini juga dekat dengan lokasi tempat Pokchik nak pergi mesyuarat. Mudah lah aku nak hantar dan ambil dia lepas habis mensyuarat nanti. Ternyata pilihan kami sangat tepat. Hotel HiG ni memang terbaik. Pertama kali aku menginap di hotel ni dan aku puas hati sangat.
Kenapa hotel HiG ni terbaik :
1. Lokasi strategik
2. Kompleks beli-belah, hotel dan medan selera lengkap dan sebelah-menyebelah
3. Hotel berciri Islamik yang bersih, selesa dan sangat praktikal
4. Hotel milik usahawan muslim
5. Buffet sarapan pagi yang pelbagai dan enak-enak belaka
6. Harga bilik yang berpatutan
7. Parking kereta terbuka yang luas dan percuma
Memang terbaik hotel HiG ni. Staff semua ramah dan murah dengan senyuman. House keeping efisen dan pantas. Macam aku masa hari kedua tu, dah petang baru nak keluar berjalan. Jadi masa aku keluar lebih kurang jam 5 petang tu baru aku minta house keeping datang kemas bilik. Kalau hotel lain, dah petang baru minta kemas bilik memang diaorang tak layan. Tapi di hotel HiG, alhamdulillah petang pun mereka datang kemas bilik, cuci bilik air dan tukar tuala. Yipppii...! thank you HiG. :)
Menu breakfast pelbagai pilihan dan sedap-sedap. Hari kedua kami di sana, ada roti canai dan hari ketiga pula ada roti jala. Selain daripada tu menu wajib kalau buffet breakfast di hotel biasa la, mesti ada roti bakar, bubur nasi, telur dadar, telur half boliled, nasi lemak, kue teow goreng, bake beans, bread pudding, kuih-muih, buah-buahan, air jus, air panas (di HiG bukan teh dan kopi sahaja, milo panas pun ada). Rasa pun sedap...! :)
Jadi, kalau anda nak ke Langkawi boleh la cuba menginap di hotel HiG ni. Nak shopping pun sebelah hotel je. Senang. Jimat masa dan tenaga.. hehehehehe. Kita support la hotel saudara muslim kita. Ada orang kata coklat-coklat kat HiG ni dah mahal. Tak macam dulu-dulu. Ada juga yang kata kalau nak beli pinggan-mangkuk baik beli di kompleks The Zone di Pantai Chenang. Tapi aku dah survey, beza harga berapa sen sahaja. Tak kan lah kita nak berkira. Kita shopping coklat dan pinggan-mangkuk di HiG sambil niat nak bantu perniagaan saudara seIslam, insyaAllah ada ganjaran yang baik-baik untuk kita. Lagipun serius beza harga tak jauh pun.. :)
![]() |
suasana sekitar kompleks HiG - tenang dan selesa |
Perbezaan Hotel Di Pekan Kuah Dengan Hotel Di Pantai Chenang
Kenapa kami pilih tinggal di pekan Kuah dan bukan di Pantai Chenang yang popular tu? Salah satu sebab utama lokasi tempat Pokchik nak mesyuarat tu memang di pekan Kuah. Kalau kami menginap di Pantai Chenang, jauh lah sikit. Lagipun macam aku bagitahu awal-awal tadi, kami ke Langkawi bukan nak bercuti sangat.
Sebab yang kedua, kos makanan di Pantai Chenang mahal sedikit sebab kawasan tumpuan pelancong luar negara kan. Selain daripada tu Pantai Chenang sangat ramaiiiiiiii foreigner. Bising. Meriah malam dan siang. Ruang agak sempit dan terhad. Sebelah malam aku tinggal sorang-sorang kat bilik hotel, jadi risaulah nak duduk kat Pantai Chenang. Ramai sangat foreigner. Aku rasa kurang selesa.
Jadi kami pilih tinggal di hotel HiG yang jauh sedikit dari kepadatan foreigner.. hehehehe. Alhamdulillah nak makan tengah hari dan malam pun senang kat food court depan kompleks HiG tu je. Harga berpatutan dan pilihan pun banyak.. :)
Apapun pilihan di tangan masing-masing. Kalau anda suka suasana happening, mungkin hotel-hotel di Pantai Chenang adalah pilihan kegemaran anda. Tapi bagi yang suka kawasan sedikit tenang dan harga berpatutan, pastikan anda memilih hotel HiG. InsyaAllah anda akan puas hati. Tapi kena booking awal ye. Hotel HiG ni selalu penuh tau terutama cuti sekolah.
![]() |
Deluxe room (sama macam bilik kami hari tu) - cantik, kemas dan bersih |
Hari tu kami dapat bilik deluxe (Queen bed) + 2 x breakfast untuk 2 adult hanya RM180 sahaja semalam. Maknanya total RM360 untuk 3 hari 2 malam siap breakfast untuk dua orang. Berbaloi sangat-sangat..! Yang penting selesa dan menepati keperluan kami. Alhamdulillah. Terima kasih HiG. InsyaAllah kalau datang ke Langkawi lagi, kami pasti pilih hotel HiG terutama kalau datang ke Langkawi atas urusan kerja. Ini bukan review berbayar ke apa ye. Ini review ikhlas dari aku. Dan ini pandangan peribadi aku la. Lain orang mungkin lain citarasa, tapi harap-harap korang yang nak ke Langkawi tu dapatlah sedikit gambaran tentang hotel HiG ni, okey.
:)
Tentang sewa kereta dan aktiviti serta tempat-tempat menarik yang kami sempat kunjungi sepanjang 'cuti ekspress' kami di Langkawi, nanti aku update dalam entry yang lain. And sorry gambar semua aku ambil dari http://highotellangkawi.blogspot.my/ ye, aku tak sempat snap gambar sendiri.. Ya ampuuunnn..! :p
...
4 Comments
Strategi lah ne kak ain. Kalau nak main pasir tengok laut ok lah pantaibchenang jadi pilihan kan
ReplyDeleteyupp...! kalau pergi bercuti dengan keluarga dan nak spend time fully dengan family, elok juga ambil hotel atau chalet di Pantai Chenang.. :)
Delete...
Plan nk pnLangkawi juga..tp tak cari area Cenang
ReplyDeletehehehehe.. jangan lupa survey Hotel HiG ye lynnda. Nak shopping sebelah tu je.. :)
Delete...