Manusia Berubah : Skill Yang Telah Hilang

Dulu masa aku darjah 2 dan 3 aku boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan. Kelebihan yang Allah pinjamkan kepada aku sementara. Tulisan tangan kiri dan tangan kanan aku sama cantik malah tulisan aku masa tu lebih cantik daripada tulisan cikgu kelas aku. Sila cemburu ya cikgu..! hahahahaha.. :p Paling best, bila tangan kanan lenguh aku tukar tangan kiri begitu juga sebaliknya. Tulisan tangan kiri dan kanan aku tak banyak beza. Bulat-bulat dan condong ke kanan.

Masuk darjah 4 aku mula belajar tulisan berangkai. Sekali lagi tulisan berangkai aku sangat cantik waktu tu, tapi tak boleh lawan tulisan berangkai cikgu lah. Sayangnya aku hanya boleh tulis berangkai ni dengan tangan kanan. Puas berlatih guna tangan kiri tapi tak jadi. Oleh itu, lama-kelamaan kelebihan menulis dengan kedua-dua tangan tu hilang begitu sahaja tanpa aku sedar. Sekarang kalau suruh aku tulis dengan tangan kiri boleh juga, tapi hasilnya hodoh yang amat..! :p

Bakat Sementara Yang Allah Pinjamkan

Itu cerita berpuluh tahun dulu la. Sekarang ni tulisan aku dah tak jadi kebanggan aku lagi. Dah senget-benget. Kerasa kejung tak ada seni lagi. Mana entah hilang semua 'kemanisan' tulisan aku yang dulu. Aku syak sebab bertambah usia, jari-jari pun ikut menua dan mengeras..! (salahkan tua pula). Hakikatnya aku rasa sebab aku kurang praktis. Sejak handphone wujud, aku sudah jarang menulis. 

Ni tulisan aku yang sekarang. Mungkin pada korang tak lah buruk sangat tapi bagi aku buruk lah sangat haiihhh..! Macam bukan tulisan aku je rasa. Itu pun berapa kali tulis-buang-tulis-buang. Tengok kertas renyuk selonggok tu. Bila edit-edit dengan Snapseed pula gambar tu jadi bertambah huduh. Hahahaha. Skill aku edit gambar pun nampaknya dah semakin tumpul. Semua salah handphone aku yang dah tak hebat. Ehh..! :p

aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sengajalah aku letak action cam ThiEYE i60+ tu kat dalam gambar sekali sebab nak bagitahu aku dah lama tak guna action cam tu. Mana entah hilang dalam simpan. Bila jumpa balik, aku jadi tak pandai dah nak guna. Kena study balik lah. See... teruk betul skill aku sekarang. Bakat apa pun tak ada. Semua dah hilang. Sedih lah..! :(

Aku Yang Dulu Bukan Aku Yang Sekarang

Tak kan lah nak salahkan usia. Nak salahkan handphone. Nak salahkan keadaan. Nak salahkan masa. Sedangkan diri sendiri dah 'hilang' entah ke mana. Kadang-kadang aku rasa, aku sendiri tak kenal diri aku ni. Aku yang dulu dah tak serupa aku yang sekarang. Ni aku belum masuk bab fizikal dan berat badan lagi..! (tolong jangan sampai aku buka bab ni).

Betullah, manusia berubah. Sama ada sedar atau tidak sedar. Kita semua berubah. Kalau tidak berubah jadi lebih baik, kita berubah jadi makin teruk. Malang betul hidup kalau hari ini lebih teruk daripada hari semalam. Sepatutnya makin menginjak dewasa, makin banyak ilmu, banyak pengalaman, banyak skill baru tapi aku ni makin tua makin hilang segala. Entahlah. Aku memang tak perasan bila semua tu hilang. Tahu-tahu je semua benda aku dah tak pandai..! *nangis*

Korang ada tak skill yang dulu terror kemain, sekarang dah tak terror lagi..?
Cuba share sikit dengan aku. Nak juga aku tahu benda ni normal ke tak normal. Ke aku sorang je yang alami benda ni. Sedih lah.

:(




...


Share:

4 comments:

  1. normallah kak ain, miza sekarang dah mula semput dulu boleh jogging dan aerobik lama sekarang kejab jew pancit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakk.. kalau miza yang kurus pun cepat pancit, kak ain yang mok-mok ni mcm mana lah agaknya.. hahahahaa.. :p

      ...

      Delete
  2. Dulu zhi terror mengorat lelaki.
    Sekarang dah tak pandai.

    hahahah tibeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr... errr... kena bagi tabik hormat nih..! hahahahaa.. :p

      ...

      Delete