Siapa Tak Komen Isu Sensasi, Dia Bijak..!

Layan Facebook petang tadi sementara tunggu habis waktu kerja. Punya berlambak iklan baju raya, biskut raya, handbag raya, kasut raya, kereta raya dan macam-macam raya semua ada. Hantu raya pun termasuk juga. Bersepah hantu raya bulan-bulan puasa ye..?? Status FB hantu2 raya ni selalu nak ajak gaduh je. Kalau di layan memang sampai raya ke tujuh tak habis. Sebab tu aku scroll je laju-laju. Why bother..!! :p

Cuma terjumpa satu status FB ni yang agak menyentap sanubari. Lebih kurang bunyinya begini : Kalau dia tak komen isu-isu sensasi itu tanda dia bijak. Mula-mula aku baca status tu aku tak rasa apa2 sangat. Biasa je. Tapi bila difikir-fikir balik, eh.. tak boleh jadi ni. Terpanggil aku untuk komen sikit. Sebelum tu, suka aku nak maklumkan : aku bukan bersetuju dan bukan tidak bersetuju dengan status tersebut ya. Status tu terlalu random. Korang pun boleh bersetuju dan boleh juga tidak bersetuju. Terpulang. 

annoying giler duh...! 

Tapi ini komen aku tentang status tu :

Isu Sensasi Tak Semua Tak Berisi

Banyak kategori isu sensasi ni. Gossip artis; sensasi. Politik semasa; sensasi. Barisan menteri kabinet baru; sensasi. Isu rampasan beg dan duit tunai berjuta ringgit; sensasi. Isu hutang negara; sensasi. Isu Palestine dan Baitulmaqdis; sensasi. Isu remaja di cekik sampai mati oleh bekas kekasih; sensasi. Banyak lagi la isu sensasi. Tak mampu nak taip satu-satu. 

Dalam banyak-banyak isu sensasi ni, bukan semuanya kosong dan membuang masa. Ada di antaranya adalah isu sejagat, isu pengetahuan umum, isu negara, isu agama, isu moral dan macam-macam isu lagi yang tersirat di sebalik isu-isu sensasi ni. Jadi kalau kita langsung tak nak baca, tak nak komen, tak nak share pendapat, tak nak sama-sama bincang cari penyelesaian.. bijakkah kita..? hebat sangat ke kita..?

Nak bijak sorang-sorang sahaja kah..? Diam tanda kita bijak. Tak komen tanda kita matang. Really..? 

Media Sosial Medium Untuk Bersosial

Aku pernah sentuh isu ni dulu. Media sosial ni medium untuk kita bersosial walau tak bersua muka. Kita update status media sosial kita tentang kehidupan seharian, apa kita makan, mana kita pergi, apa kita beli, siapa kita jumpa, apa kita baca dan segala tentang diri kita yang menarik atau yang worth untuk di kongsi. Kawan-kawan dalam friendlist kita dapat tengok, dapat tanya soalan, dapat share pendapat, dapat share pula ilmu tu dengan orang lain dan seterusnya proses itu berpusing membentuk kitaran.

Bila kawan kita share pula tentang kehidupan dia, perkembangan diri dia, kita pula komen dan bagi kata-kata membina untuk dia. Kalau dia tengah marah (baca : meroyan) kita tolong tenangkan dia, tolong ceriakan dia, dengan cara meninggalkan komen2 yang berkaitan dan komen2 yang membantu dia. Begitu juga bila kawan-kawan kita share tentang kejayaan dia, tentang cahaya mata baru ke, tentang percutian dia ke, kita dapat tumpang happy dan rasakan kegembiraan dia. 

Itu fungsi media sosial...! Bukan buka akaun media sosial, lepas tu add kawan seramai mungkin. Add kawan-kawan lama dari zaman tadika pun ada. Tapi lepas tu update status BISNES MLM kau je.......!!!?!! 

Haaa.. geram aku. Serius betul geram. Annoying duh. Status bisnes kau yang 24 jam positif je tu. Kau lah sorang yang bagus. Kau lah sorang cari rezeki halal. Kau lah sorang tak pernah putus asa. Kau lah sorang positif siang malam. Kau lah suci sebab tak pernah mengumpat, membawang. Kau lah sorang fokus benda baik2 je. Kau lah sorang dalam circle positive what so ever..! 

Jadi Pemain Media Sosial Yang Matang dan Berfungsi

Kalau buka akaun media sosial semata-mata nak up pasal bisnes sahaja, mohon buat Page FB dan raih lah followers seramai-ramainya. Akaun media sosial yang personal tu untuk bersosial. Kalau kau tak pernah nak 'singgah' like, komen dan share pendapat kat status kawan-kawan, bersosial ke tu namanya..?? 

Kawan-kawan kau boleh je like dan komen kat status2 FB kau walau semua berbaur bisnes MLM semata-mata. Kawan-kawan ni nak berkawan, nak berbual, nak berinteraksi. Bukan bagi sedekah main campak-campak like dalam mangkuk tempurung kelapa. Faham ke tak faham ni..? 

Jadi friendlist yang berfungsi la. Yang 'hidup' bukan robot. Yang ada emosi bukan kayu. Yang interesting. Yang ada makna dan ada kesan kepada orang lain. Baru lah keberadaan kita dalam friendlist kawan kita tu tak sia-sia. 

Aku dah unfollow kawan-kawan yang 'robot' ni. Maaf lah. Aku dah tegur sebelum ni kan. Aku terpaksa lah unfollow daripada asyik menyumpah dalam hati. Kawan-kawan blogger pun ramai aku unfollow sebab asyik hidup dalam dunia blogger dan dunia media influencer dia. Dunia yang terlalu nak 'up' kan diri sendiri sampai ada yang tak malu-malu dah memalukan diri sendiri. Tak mampu aku nak follow. Maaf lagi sekali. 

Komen Yang Murni-Murni

Ambil tahu isu semasa terutama yang melibatkan agama, negara dan orang-orang sekeliling kita adalah benda yang terpuji lagi murni. Ambil bahagian dalam perbincangan, lontarkan pendapat, share ilmu yanga kita tahu, kalau salah dan ada yang menegur, kita berlapang dada terima teguran. Berbincang cara matang. Komen status FB kawan2 jangan pula dengan emosi. Kalau tengah emosi pun cuba gunakan perkataan yang murni-murni sahaja. 

Kalau kita sedar emosi kita tengah huru-hara, baik jangan komen. Atau kalau kita tengok status kawan kita berbunyi provokasi, pun kita jangan komen. Yang ni aku setuju kalau nak kata : siapa tak komen isu sensasi dia bijak..! Sebab adakalanya memang diam itu lebih baik. Tapi bukan diaaaaaaaammmmmmm langsung tak berbunyi apa-apa. Itu dah jenazah namanya..! (haaaa.. geram tak habis lagi)

Kawan buat lawak, kita gelak sama-sama. Kawan tanya pendapat, kita bagi pendapat. Kawan tanya soalan, kita bagi jawapan atau bantu dia kat mana nak cari jawapan. Kawan up satu-satu isu sensasi yang mungkin kita pun tak tahu sebelum tu, so kita like dan komen 'thank you'. Susah ke..? Buang masa ke..? Tak bijak ke..? Penyibuk ke..? 

Entahlah. Bagi aku, menjadi pemain media sosial yang baik dan berfungsi itu adalah satu kematangan. Makin hari makin banyak yang aku belajar dari media sosial dan pemain-pemainnya. Semua itu ilmu. Alhamdulillah. Ilmu kehidupan dan mengenal manusia yang tak ada dalam buku teks sekolah mahupun universiti.

Kalau kita semua pilih untuk jadi orang baik dan suci kononnya tak nak komen di status-status isu sensasi, maka media sosial akan jadi tidak menarik lagi. Tiada interaksi pelbagai hala lagi. Semua hidup dalam dunia sendiri-sendiri. Bisnes pun syok sendiri. 

Bukan di FB dan IG je, dalam group whatsapp pun sama. Tengok member group bukan main ramai sampai berpuluh-puluh tapi yang aktif empat lima kerat je. Yang lain jadi apa..? tunggul kayu, atau mata-mata, atau gunting dalam lipatan..? oppssss.. 

Orang bodoh tak akan bodoh kalau orang bijak tak membatukan diri. Lepas tu kau bising kata semua yang up status sensasi tu orang bodoh. Dah kau yang konon pandai tu asyik up status syok sendiri--yang kau sendiri je faham--sebab kau sorang hidup dalam dunia kau sendiri tu... pandai laaaa..??

Maaf kalau bahasa aku sedikit kasar. Tapi ini cara aku dan pendapat aku. Tak ada nak tuju kepada sesiapa apatah lagi menghentam siapa-siapa. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sekali lagi. Coretan ini sekadar luahan rasa hati yang dah lama  menggebu. Yang baik semua dari Allah s.w.t. dan yang buruk dari kekhilafan aku sendiri.

Zindagi Pyar Mohabbat,
Ayuh sebarkan cinta dan kemanusiaan..!


...

Share:

7 Sikap Manusia Yang Mempunyai EQ Yang Tinggi

Penting untuk kita melatih diri dan fikiran kita untuk selalu menjadi orang yang positif dan cemerlang. Seperti petikan puisi tulisan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang popular suatu masa dulu -- Melayu Mudah Lupa. Tapi bukan Melayu sahaja, manusia secara amnya memang mudah lupa. Tak kira apa bangsa, agama mahupun bahasa. Kita semua mudah lupa.

Jadi untuk menjadikan kita tidak mudah lupa, kita perlu latih diri untuk selalu meletakkan diri kita sendiri dalam prestasi yang cemerlang setiap masa dan setiap hari. Tapi macam mana..? Nampak macam mudah, tapi percayalah tak semudah yang difikirkan. Sebab tu hanya orang yang kuat, rajin dan berani boleh mencapai kecemerlangan sepanjang masa. Nak belajar tak macam mana nak jadi orang cemerlang..?

Simple Rules For Happiness

Sikap Manusia Yang Mempunyai EQ (Emotional Intelligent) Yang Tinggi

Salah satu faktor paling penting untuk mengekalkan kecemerlangan dan nilai positif dalam diri adalah dengan menjaga EQ kita di paras yang terbaik. EQ tu apa..? EQ itu adalah singakatan dari perkataan Emotional Intelligent. Satu nilai dalam diri kita yang akan mempengaruhi mood dan pemikiran kita. Mudahnya, kalau EQ kita elok, keseluruhan diri kita juga akan ikut jadi elok.

Antara 7 ciri-ciri orang yang mempunyai EQ cemerlang ni adalah :


1) Mereka orang yang sangat jelas tentang nilai dan tujuan hidup serta apa yang ingin dicapai. CLEAR VISION !

2) Mereka mudah menyesuaikan diri dalam apa keadaan - sama ada ketika susah senang, tertekan, berada dalam suasana yang tidak selesa atau menyesuaikan diri dengan individu yang berlainan.

3) Mereka yang menunjukkan empati - orang-orang yang mencipta keinginan untuk membantu, mengalami emosi yang serupa dengan emosi orang lain, untuk mengetahui apa yang orang lain rasa dan fikirkan, tidak pentingkan diri sendiri sahaja dan ada kabur garis antara diri dan lain-lain.

4) Mereka yang sentiasa POSITIF dan fokus kepada perkara yang POSITIF. Mereka mengambil perkara negatif sebagai perkara kecil yang tidak perlu difikirkan atau diperbesarkan. Jika ada pun, mereka hapuskan negatif itu dengan menyelesaikannya secepat mungkin.

5) Mereka adalah pendengar yang baik. Tidak semua orang mampu mendengar, hanya bercakap dan tidak hiraukan pandangan orang lain. Rasulullah s.a.w. sendiri di cintai, di dengari dan kemudian baru lah di ikuti. Ambil iktibar.. :) 

6) Mereka mempunyai daya tahan diri yang tinggi dengan tekanan hidup. Kesabaran dan ketabahan sangat diperlukan. Ingatlah, Allah s.w.t. tidak akan memberi satu keadaan kepada seseorang secara kebetulan. 

7) Dia sentiasa bersama komuniti yang baik dan positif untuk sentiasa mendapat inspirasi dan memberi inspirasi. Oleh itu sangat penting untuk PILIH SIAPA BERSAMA KITA supaya kita sentiasa berada di dalam cycle yang terbaik.

Itu sahaja yang aku nak share kali ni. Aku dapat ni pun dari group ZAWARA Tribe yang sentiasa positif dan support each others. Aku seronok berada dalam team tu walaupun aku tak aktif sangat dalam group tu terutama masa aku tengah down dan depression teruk. Setiap kali aku jenguk group tu, aku selalu jadi sayang nak tinggalkan team ZAWARA dan berazam nak kembali aktif bersama ZAWARA macam dulu-dulu. Tapi tu lah, kadang-kadang rasa down tu teruk sangat. Jadi segala keinginan tu pun tertangguh.

Mohon doa kawan-kawan mudah-mudahan aku cepat 'sembuh' 

:)





...

Share:

Kelebihan Klinik 1Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Masa aku kena keracunan makanan bulan lepas, masuk hari ketiga baru aku pergi klinik kesihatan kerajaan sebab dah dua hari dapat m.c. klinik swasta. Kalau kita kerja kerajaan, m.c. klinik swasta tak boleh 3 hari berturut-turut. Tahu kan..?

Jadi aku gagahkan diri pergi juga klinik kesihatan kerajaan. Sampai sana aku kena buat ujian air kencing dan pemeriksaan kesihatan yang lain la macam biasa. Check tekanan darah, check suhu badan, check bacaan nadi dan bual-bual mesra dengan nurse yang bertugas kat kaunter saringan tu. Klinik kesihatan kat tempat aku tu memang best. Nurse dan doktor baik-baik belaka.

Doktor yang periksa aku kat klinik kesihatan kerajaan tu syak aku ada masalah tekanan darah. Aku tak tahu nak explain macam mana cuma doktor perempuan berbangsa India yang sangat baik dan berlemah lembut tu kata, bacaan tekanan darah aku yang rendah tu tak normal. Gurllpp..! cuak juga aku mendengarnya. 

Cepat-cepat doktor tu tenangkan aku dan cakap benda tu normal kalau kita tengah demam atau tak sihat. Tapi faktor umur aku yang belum 40 tahun ni buat doktor tu sedikit risau. Jadi untuk langkah lebih berhati-hati, dia minta aku datang ke klinik kesihatan kerajaan lagi untuk rawatan berkala. Dia bagi satu borang kosong untuk jururawat catat bacaan tekanan darah aku. Dia nak pantau katanya. Yang paling best bila doktor tu kata "Kalau tak sempat nak datang klinik kesihatan, awak pergi Klinik 1Malaysia pun boleh. Bawa borang ni, minta nurse check BP. Kalau boleh, pergi check seminggu satu kali. Nanti bulan depan datang balik jumpa saya."

Aku dengan muka blurrr dan senyum kelat, ambil borang kosong yang di hulur, cakap terima kasih doktor dan terus keluar sambil mencongak dalam kepala.. Klinik 1Malaysia..? Kat mana..? Aku tak pernah pergi Klinik 1Malaysia. Klinik 1Malaysia mana yang paling dekat dengan aku eh..?
Ini lah slip rawatan klinik kesihatan yang diberikan
Tapi masa aku snap gambar ni, aku belum check BP kat mana-mana Klinik 1Malaysia lagi. Aku snap gambar ni pun sebab nak send pada Pokchik. Keluar je dari bilik doktor tu, aku terus whatsapp Pokchik tanya dia mana Klinik 1Malaysia yang paling dekat, sebab aku ni tinggal kat Selangor tapi kerja kat Kuala Lumpur. Gelap pagi dah keluar pergi kerja, gelap malam baru sampai rumah balik. Bila masa aku nak pergi klinik kesihatan yang biasa tu. Pokchik pun jawab, "pergi je Klinik 1Malaysia kat Pantai Dalam tu. Klinik 1Malaysia kan tutup pukul 10 malam.."

What...?!! tutup pukul 10 malam. Membohong ke apa nih. Serius aku langsung tak percaya. Maka laju je jari-jemari ni serach pasal Klinik 1Malaysia area KL. 

Klinik 1Malaysia

Rupa-rupanya memang tak banyak yang aku tahu tentang Klinik 1Malaysia ni sebab tak pernah rasa nak pergi pun. Selama ni aku ingat Klinik 1Malaysia ni sama je macam klinik kesihatan kerajaan yang lain. Mesti ramai orang. Mesti lambat. Mesti leceh sebab perlu ke kaunter saringan dulu la, kalau kena ambil darah untuk pemeriksaan lanjut maknanya kena datang semula lepas 3 atau 4 hari. Aku memang tak rajin lah nak pergi klinik banyak-banyak kali. Sejenis yang cemas kalau berada kat klinik atau hospital. Tak tahu kenapa.. hehehehe.. :)

Lepas search sana sini, baru aku tahu memang Klinik 1Malaysia ni bersepah kat area berdekatan aku. Kat rumah pun dekat, kat pejabat pun dekat, waima kat rumah kampung aku nun kat Batu Pahat tu pun dekat je dengan Klinik 1Malaysia. Apasal selama ni aku tak alert..?!! haihhh.. insaf sekejap. 

Kelebihan Klinik 1Malaysia Yang Aku Baru Tahu

Klinik 1Malaysia ni dah lama ada ya adik kakak. Sejak tahun 2010 tauuu..!! Cuma sekarang dah ditambah lagi jumlahnya. Kalau dulu mungkin dekat kampung-kampung je lah Klinik 1Malaysia ni  sebab golongan sasaran untuk Klinik 1Malaysia adalah warga emas. Tapi sekarang, Klinik 1Malaysia dah banyak. Kat bandar besar macam Kuala Lumpur ni pun bersepah Klinik 1Malaysia.

Antara lain, kelebihan Klinik 1Malaysia yang aku baru tahu adalah..

Waktu Operasi Klinik 1Malaysia

Waktu operasi dari 10 pagi sampai 10 malam setiap hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum. Ya, anda tak salah baca. Memang klinik ni buka sampai malam dan setiap hari..! tapi untuk Klinik 1Malaysia yang terpilih sahaja. Kalau tak silap aku yang terletak kat bandar lah sebab kerajaan tahu orang bandar semua pergi kerja 'malam', balik kerja 'malam'.. hahahahaa.. Jadi kerajaan buka Klinik 1Malaysia ni sampai malam. Sempat la warga kota pergi klinik ni lepas waktu kerja atau pergi semasa cuti hujung minggu.

waktu operasi Klinik 1Malaysia

Lokasi Klinik 1Malaysia Yang Strategik

Kalau kita tengok senarai alamat dan lokasi Klinik 1Malaysia ni kebanyakannya kerajaan letak klinik ni dekat dengan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Tujuan kerajaan ada kan Klinik 1Malaysia ni memang untuk bantu warga berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal kat bandar-bandar besar. Jadi kalau letak dekat dengan tempat tinggal mereka, lagi la senang mereka nak ke sana. Maklumlah kadang-kadang diaorang ni nak ke klinik pun tak ada kenderaan sendiri.

Syabas DBKL sebab betul-betul fikirkan cara nak permudahkan rakyat. Kalau ikut statistik pun selain golongan warga emas, golongan gelandangan dan miskin bandar lah yang paling ramai mendapat manfaat Klinik 1Malaysia ni. Betul dah tu, memang golongan ni paling memerlukan kemudahan macam ni.

antara senarai Klinik 1Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur

Korang boleh semak lokasi dan alamat Klinik 1Malaysia yang berdekatan dengan korang kat sini. Klik je : Senarai Alamat Klinik 1Malaysia

Satu lagi, Klinik 1Malaysia ni kan mesti ada dekat UTC. Macam kat KL ni, Klinik 1Malaysia ada di UTC Pudu. Lagi lah senang orang nak access kan. Baru betul namanya pusat transformasi bandar, semua ada. Bukan bank, pejabat pos, kaunter urusan jabatan kerajaan dan kemudahan pengangkutan je ada kat UTC, paling penting klinik pun ada. Mantap kan..! :)

lokasi Klinik 1Malaysia jadi faktor penting

Kemudahan Klinik 1Malaysia Lengkap 

Bukan peralatan dan kelengkapan je lengkap, prosedur rawatan ringan macam nak cuci luka atau buka jahitan pun ada di sediakan. Ujian makmal macam test air kencing atau check darah pun boleh di buat kat Klinik 1Malaysia tapi keputusan ujian tak boleh dapat hari yang sama la. Biasa lah tu kan. Pergi klinik swasta pun kadang-kadang kena tunggu berhari-hari juga.. hehehehee.. 

Apa yang aku nak highlight kat sini, korang kena tahu Klinik 1Malaysia tak ada doktor ya. Hanya pembantu pegawai perubatan dan jururawat sahaja yang bertugas untuk check masalah kesihatan korang. Tapi yang bagusnya, walaupun tak ada doktor tapi kita still boleh buat pemeriksaan kesihatan yang simple-simple tu. Best gila kan...! Jangan korang minta m.c. kat Klinik 1Malaysia sudah lah. Mana nak dapat..! hahahaha.. :p

Macam orang tua-tua yang ada kencing manis, nak kena check bacaan gula dalam darah setiap bulan. Tak kan nak kena beratur lama-lama kat klinik kesihatan biasa tu. Better diaorang pergi Klinik 1Malaysia ni je. Cepat dan dekat dengan rumah. Macam aku juga lah, setakat nak buat BP check seminggu sekali tu tak kuasa lah nak pergi klinik kesihatan Sepang yang sentiasa sesak setiap hari tu. Aku pergi Klinik 1Malaysia Pantai Dalam je. Tak ramai orang, tak menunggu lama.

Klinik 1Malaysia di Kerinchi, Lembah Pantai (belakang office aku je)

Murah pula tu oiiiii...!! RM1 je bayar. Walaupun aku kakitangan kerajaan dapat free je tapi aku tetap bayar. Ini Pokchik yang pesan. Pokchik kata apa salahnya bayar je RM1 tu sebab kita mampu. Subsidi yang kerajaan sediakan tu biarlah digunakan sepenuhnya untuk golongan yang betul-betul memerlukan. Jadi setiap kali aku ke klinik kesihatan biasa atau Klinik 1Malaysia ni, aku akan bagitahu kaunter "saya staff awam tapi saya nak bayar RM1" ..hehehehe.. sila contohi saya..! kahh kahh kah.. :p

Selain daripada kelebihan yang aku senaraikan tadi, ada lagi kelebihan Klinik 1Malaysia yang mungkin korang tak tahu. Tengok poster ni :

perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia

Kesimpulan yang aku nak share kat sini, betul lah pepatah orang tua-tua ada kata : Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, berkali-kali jatuh cinta. Hahahaha. Sebelum ni aku tak kenal Klinik 1Malaysia. Tak pernah pergi dan tak pernah ambil tahu pun. 

Maka, belajar dari kesilapan. Marilah kita ambil tahu sedikit ya adik kakak. Ambil peduli kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk kita. Jangan nak negatif sangat. Kerajaan buat semua tu untuk kebaikan dan kemudahan kita. Kalau kita tak guna dan tak cuba ambil peluang, macam mana kita nak tahu benda tu bagus ke tak.

Lepas ni kalau malas juga nak pergi klinik check kesihatan tu, ketuk je kepala sendiri sambil cakap dalam hati : bengong mu nih..! hahahahaha. Sekian. 

:)



...

sumber gambar : Google Image



Share:

Lagu Lama vs Lagu Baru

Kenapa lagu-lagu lama lebih memberi kesan kepada kita bertahun-tahun lamanya? Lagu tu jadi malar segar dan tak pernah lapuk di hujan, tak lekang dek panas. Paling best bila lagu tu walaupun telah dinyanyikan oleh beratus orang penyanyi lain, tetap tak akan sama dengan versi asal.

Hebat kan...!! 

lagu-lagu lama yang mengimbau kenangan

Lirik Lagu Suatu Masa Nyanyian M.Nasir

Antara lagu malar segar yang aku tak pernah jemu adalah lagu Suatu Masa ni. Sangat mendalam bait-bait lirik lagu ni sampai aku rasa dalam satu lagu ni ada banyak kisah. Ada banyak makna dan berlapis-lapis sekali untuk di fahami. 

Melodi juga di susun kemas dan membuai. Seperti ada kenangan silam yang tak mampu dilupakan dan belum selesai. Lagu ni benar-benar mengingatkan aku dengan kenangan lalu yang tak pernah dikesali dan tidak pula dibanggakan.

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk di abadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Tak puas menghadam dan memahamkan setiap perkataan demi perkataan yang disusun cantik di dalam lagu ini. Jujurnya, aku teringin mengetahui kisah-kisah lain di sebalik lagu ini. 

Aku percaya lagu ini dicipta dan diilhamkan oleh orang yang hebat, berfikiran dalam dan berjiwa lembut lagi tenang. Aku mahu tahu kisah di sebaliknya. Sungguh..!

Lagu Lama vs Lagu Baru

Bukan macam lagu-lagu zaman sekarang. Kosong. Tak ada yang betul-betul lekat dalam hati. Kalau ada pun tak lama mana bertahan. Tak macam lagu-lagu lama yang dah berpuluh tahun tak dengar pun tetap sedap dan membuai perasaan. 

Lagu-lagu zaman sekarang tak ada element perasaan. Lirik lagu pula entah apa-apa. Asalkan lagu tu jadi siulan anak muda, lagu tu dah dianggap berjaya. Pendengar suka katanya, maka pihak radio pun putar lagu tu berulang kali. Dalam sehari entah berapa kali diulang lagu sama. Naik muntah asyik dengar lagu sama je. 

Lirik lagu pun entah nak berkias ke nak direct, aku pun tak pasti.. Bersimpang-siur..! Ada ke lirik lagu "dan.. tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini.." Apa punya 'kreatif' la buat ayat macam tu. 

Dah macam mencabar Tuhan pula. Siapa kita nak tentukan jodoh, pertemuan, perpisahan mahupun pertelingkahan atas muka bumi ni. Allah nak temukan kita dengan sesiapa tentu ada sebab dan hikmahnya. 

Berani pula kau nafikan takdir Allah..! Hati-hati nak luah perasaan kecewa dalam lagu. Takut-takut nanti lagu yang kita nyanyi2 setiap hari tu jadi satu doa pula. Atau lebih takut lagi kalau lagu yang kita cipta tu buat orang salah faham. 

Aku paling tak suka lagu-lagu yang buat orang down. Putus cinta je buat lagu tapi lagu entah apa-apa. Tak sedap. Putus cinta je nak mati. Putus cinta je tak boleh jadi kawan. Putus cinta baru sekali dah terus tutup pintu hati konon. Putus cinta je tapi masih menyayangimu dari kejauhan what so ever. Secara tak langsung dah ajar anak muda supaya jadi lemah, lembik, stress dan lain-lain.Putus cinta je pun..!!

Stress aku dengar lagu2 macam tu. Dah la budak2 muda yang suka nyanyi lagu2 tu. Apa nak jadi la. Kalau semua orang muda dengar lagu sikit2 nak mati tu, agak2 macam mana jati diri orang2 muda ni..? Confirm lembik..! apa pun tak boleh. Lepas tu nangis2 kat instastory mengadu kata dia jadi mangsa buli cyber..!

kahhh.. kahh.. kahhh... mereput la kau situ..! :p


...

Share:

Ada Apa Dengan Sungai Biru Kuala Lumpur

Patutlah aku perasan makin ramai manusia malam-malam dekat area Dataran Merdeka tu. Lebih ramai dari biasa. Kebanyakan datang dengan keluarga, bawa anak-anak beriadah agaknya. Tapi yang bujang pun ramai dah pergi melepak kat situ malam-malam. Aku pelik juga lah sebab tak tahu apa yang best sangat pergi Dataran Merdeka tu, bukan ada The Zouk kat situ pun.. kannn..! :p

Rupa-rupanya, ada hidden germs yang memang tersembunyi kat area tu. Aku tak tahu pun selama ni sampailah terbaca member-member blogger share pasal benda tu. Memang aku terkejut dan tak sangka..! 

Ada Sungai Biru kat area Dataran Merdeka tu. Atau lebih tepat lagi lokasi Sungai Biru ni sebenarnya di antara pertembungan Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Percaya tak...? Haa.. kat situ ada Sungai Biru..! Ye betul.. korang tak salah baca, memang sungai biru namanya.. :)

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, tarikan terbaru di kuala lumpur, masjid jamek kuala lumpur,
Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) di Kuala Lumpur


Ada Apa Dengan Sungai Biru Kuala Lumpur

Sepantas kilat aku search pasal Sungai Biru (a.k.a RoL) Kuala Lumpur ni sebab rasa ingin tahu membuak-buak. Rupa-rupanya Sungai Biru ni adalah cetusan idea Perdana Menteri DS Najib dan direalisasikan melalui pihak DBKL untuk mencantikkan pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang popular tu. Lagipun pertembungan sungai ikonik tu kan terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur (nama baru : Masjid Sultan Abdul Samad), jadi memang elok sangatlah usaha DBKL nak cantikkan sungai tu. 

Aku tengok gambar-gambar yang blogger share pasal Sungai Biru tu memang rasa kagum juga lah. Cantik wehhh..! Khabarnya ada beribu-ribu mentol lampu di pasang di tepi sungai tu untuk bagi effect biru. Selain tu, beribu-ribu nozel kabus juga di pasang bagi effect berkabus di sepanjang sungai. Memang cantik lah jadinya kan..! Tak sabar aku nak pergi tengok sendiri Sungai Biru ni di waktu malam. Dah masuk dalam list tempat wajib pergi ni. Rugilah jadi orang Kuala Lumpur kalau sekali pun tak pernah singgah Sungai Biru ni kan..!

Satu lagi daya tarikan utama di Sungai Biru ni adalah Kolam Biru yang terletak betul-betul di tengah-tengah pertembungan sungai tu. Ada pancuran air bersama iringan lagu-lagu pilihan katanya. Kalau tak silap aku lagu Warisan nyanyian Sudirman dan lagu tema filem Star Wars pun ada. Menarik kan..? Aku terus khabarkan kepada Pokchik pasal River Of Life (RoL) ni dan dia pun teruja nak tengok sendiri Sungai Biru tu. 

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, hebatkan negaraku
keindahan Sungai Biru Kuala Lumpur


Lokasi Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) Kuala Lumpur

Dulu masa Pokchik kerja kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu, projek River Of Life ni belum dijalankan, jadi kami memang tak tahu-menahu. Tapi sekarang bila sebut je Sungai Biru, confirm lah Pokchik teruja nak pergi tengok sendiri sebab kawasan tu banyak kenangan untuk dia.

Bagi yang masih blurr tak tahu kat mana lokasi Sungai Biru (River of Life) ni, jangan risau. Orang yang bukan tinggal di Kuala Lumpur pun pasti mudah nak ke sana, apatah lagi kalau orang Kuala Lumpur sendiri. Cari je Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, depan tu je terus jumpa Sungai Biru ni. Ataupun cari Bangunan Sultan Abdul Samad yang popular tu dan Sungai Biru ni ada di belakang bangunan tu je.

Ataupun, kalau susah juga.. boleh cari Dataran Merdeka, sebelah Dataran Merdeka tu adalah Bangunan Sultan Abdul Samad dan di belakang bangunan tu lah Sungai Biru. Senang sangat-sangat..! Lagipun ada jambatan baru yang di bina merentasi Sungai Biru tu untuk memudahkan pengunjung. Khabarnya lagi, jambatan tu tempat paling strategik kalau nak snap picture berlatar belakang Sungai Biru.

Wahhh...! makin tak sabar dibuatnya.
Pastikan bawa kamera dengan storage dan battery yang mencukupi.. hahahahaa.. :)

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, tarikan terbaru di kuala lumpur, masjid jamek kuala lumpur,
Masjid Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur

Kepentingan Projek River Of Life (RoL) Ini Diteruskan

Sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur, aku memang bangga dengan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah pemantauan Kementerian Wilayah Persekutuan ni. Kalau dulu pertembungan Sungai Klang dengan Sungai Gombak dikenali kerana imej buruk yang kononnya sungai tu kotor, tercemar dan busuk tapi kini tidak lagi.

Aku difahamkan projek River of Life (RoL) ni melibatkan 3 peringkat iaitu pembersihan, pengindahan dan pengkomersialan. Jadi mula-mula DBKL bersihkan dulu dua-dua sungai ni, lepas tu cantikkan kawasan sungai ni dengan pasang lampu berserta kabus-kabus di waktu malam. Kemudian peringkat terakhir adalah untuk komersial kan River of Life ni dengan menambah tarikan sampingan seperti cafe, aktiviti seni dan muzik, serta macam-macam lagi tarikan supaya pengunjung yang datang ke situ bukan sekadar untuk buang masa tapi ada aktiviti bermanfaat menanti mereka.

pertembungan sungai Klang dengan sungai Gombak
pertembungan sungai Klang dengan sungai Gombak yang popular
Satu je harapan aku dengan projek ni, semoga ia berterusan dan ditambahbaik lagi dari masa ke semasa. Selain tu, aku harap sangat pengunjung yang ke sana akan jaga kebersihan dan tingkah-laku. Jangan gatal nak buang sampah atau nak buat vandalisme pula. Kerajaan dah habis berjuta ringgit sediakan tempat cantik dan menarik macam ni, kita sepatutnya hargai dan promosikan lagi supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat, bukan sebaliknya.

Apapun, aku memang teringin sangat nak pergi tengok sendiri Sungai Biru-berkabus-dan-berirama tu. Melompat-lompat rasa hati ni. Korang yang dah pergi tu, share la sikit pengalaman dan gambar-gambar korang kat sana.. pleaseeee.. :)





...


sumber gambar 1 dan 4 : Google Image
sumber gambar 2 dan 3 : NONA

Share:

PRU14 | Kami Pilih Malaysia

Siapa yang dah mula muak dengan kempen-kempen politik parti bertanding? Okey kita geng..! Jadi aku tak nak cerita panjang lebar pasal politik atau manifesto parti dalam blog kesayangan aku ni. Cukuplah apa yang kita baca dan dengar. Muak kan..? Padahal baru je beberapa hari tempoh berkempen berlangsung, aku rasa macam dah 5 tahun mereka berkempen.. hahahhaa..!

Mungkin selama ni aku banyak sangat baca pasal politik, jadi bila tiba masa patut ambil serius tentang politik, aku dah tak mampu nak hadam lagi. Dah tepu. Tambah pula bila dah dekat-dekat tarikh mengundi ni, makin banyak berita dah kena spin. Dulu kata lain, ni kata lain. Sebelum kena saman kata lain, lepas kena saman kata lain pula. Semua kawan jadi lawan, semua lawan pun tiba-tiba jadi kawan. Pening kepala aku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh jadi betul dan apa-apa juga boleh jadi salah. 

PRU14 Nak Pilih Siapa Atau Parti Mana ?

Ramai yang berbunyi hal sama, nak pilih siapa..? nak undi siapa..? nak pangkah parti mana..? nak sokong mana..? Asyik-asyik soalan yang sama. Jawapan tetap tak dapat juga. Nak selamat jawab sahaja "Undi saya adalah rahsia" tapi bila kita tengok kawan-kawan dan sedara-mara bertelagah pasal politik, kita pun sibuk nak ikut serta. Makin merenyam rasa bila kita tahu benda betul tapi orang percaya benda yang salah. Mesti rasa nak betul kan.. betul tak..? Rasa macam satu tanggungjawab besar pula nak betulkan fahaman politik orang.. hahahahaha...! 

Untuk PRU14 kali ni, aku berusaha menahan diri daripada bertelagah pasal politik walaupun aku tidak bersetuju dengan sesetengah perkara yang aku baca atau aku dengar. Aku diamkan diri. Aku tahan diri daripada komen atau reply apa-apa statement politik yang aku tak setuju kecuali kalau di minta atau dalam keadaan aku bertenang dan boleh menjawab dengan tenang juga. Kalau agak-agak emosi aku dah membara semacam, aku pilih untuk diam. 

PRU14 Kami Pilih Malaysia

Seperti sebelum-sebelum ni, harapan aku masih sama. Aku nak tengok Malaysia jadi negara yang lebih baik, lebih maju, lebih selamat, lebih aman dan lebih berjaya daripada segala-gala yang sebelumnya. Memang susah nak pilih siapa dan parti mana yang benar-benar layak memerintah dan menjaga Malaysia keseluruhannya, tapi asalkan sahaja kita tahu apa yang kita inginkan dan sedar tanggungjawab kita kepada negara, maka pangkah sahaja. 

Pangkah yang mana paling dekat dengan hati kita. Berpegang dengan apa yang kita percaya dan yakin betul-betul dengan apa yang kita mahukan dan impikan untuk negara ini. Ada seseorang pernah pesan pada aku :

"..Jangan takut buat keputusan besar dalam hidup.."

Dan aku pegang kata-kata tu sampai hari ni. Alhamdulillah nasihat yang ringkas tu beri kesan yang sangat besar dalam hidup aku. Jadi aku akan terus gunakan nasihat tu untuk masa akan datang. Kalau korang rasa nasihat tu pun bagus untuk korang, sila gunakan dan sebarkan.

Setiap keputusan dan apa jua langkah yang kita ambil dalam hidup ni pasti ada baik dan buruknya. Pilih mana yang paling baik untuk kita ATAU yang paling kurang buruk kepada kita. Susah..? Memang susah. Allah s.w.t. tak letak kita di dunia ini untuk bersenang-lenang. Ingat tu.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Sebelum itu, masa yang ada ni ambil peluang untuk ambil tahu tentang politik. Kalau selama ni kita tak ambil tahu langsung pasal politik, tak kenal langsung barisan pemimpin atau bakal pemimpin yang ada dalam negara kita ni, maka inilah masanya. Ambil peduli. Baca. Baca. Dan baca lagi sampai muntah.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Jangan takut pada cakap-cakap orang dan desas-desus. Jangan risau dengan ugutan dan ancaman. Yakin sungguh-sungguh negara kita ada undang-undang dan mereka yang menjaga undang-undang ini adalah orang yang amanah dan sedang di lihat terus oleh Allah s.w.t.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Kita rakyat yang sayangkan Malaysia. Tak akan biar peluang ini menjadi sia-sia dan menjadi sekam yang membakar secara perlahan-lahan dari dalam. Kita akan melangkah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kematangan yang penuh. 

Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, #malaysiamengundi, #malaysiamemilih, negaraku malaysia, malaysiaku sejahtera, politik matang, hari pengundian, piilih parti mana,
kenangan di house boat Srinagar, Kashmir (2017)

Aku berharap PRU14 kali ini bakal berlangsung secara aman dan adil saksama. Tak nak la dengar isu-isu berbangkit, kontroversi itu kontroversi ini, tak nak dengar pergaduhan, sabotaj, black out, hilang peti undi, hilang itu, hilang ini, pengundi hantu, pengundi itu pengundi ini. Sudah-sudahlah tu. Tiba masa kita berpolitik secara matang. Turun di hari pengundian sebagai rakyat yang ada ilmu, maruah dan jati diri yang tinggi.

Kalau rasa masih nak main politik budak-budak, mohon berundur..! grgrgrgr..

Negaraku Malaysia. Tanah tumpah darahku Malaysia. Ibu pertiwi ku. Semoga kau berada di dalam sejahtera dan di lindungi daripada mala petaka mahupun kemurkaanNya. Kami hanya mahu kemenangan bagi yang berhak menang...!

Ayuh Malaysia.
Pilihan di tangan kita..!

#MalaysiaMengundi
#MalaysiaMemilih
#PRU14
#SayaPilihMalaysia
#NegarakuMalaysia



...


Share: