Ada Apa Dengan Sungai Biru Kuala Lumpur

Patutlah aku perasan makin ramai manusia malam-malam dekat area Dataran Merdeka tu. Lebih ramai dari biasa. Kebanyakan datang dengan keluarga, bawa anak-anak beriadah agaknya. Tapi yang bujang pun ramai dah pergi melepak kat situ malam-malam. Aku pelik juga lah sebab tak tahu apa yang best sangat pergi Dataran Merdeka tu, bukan ada The Zouk kat situ pun.. kannn..! :p

Rupa-rupanya, ada hidden germs yang memang tersembunyi kat area tu. Aku tak tahu pun selama ni sampailah terbaca member-member blogger share pasal benda tu. Memang aku terkejut dan tak sangka..! 

Ada Sungai Biru kat area Dataran Merdeka tu. Atau lebih tepat lagi lokasi Sungai Biru ni sebenarnya di antara pertembungan Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Percaya tak...? Haa.. kat situ ada Sungai Biru..! Ye betul.. korang tak salah baca, memang sungai biru namanya.. :)

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, tarikan terbaru di kuala lumpur, masjid jamek kuala lumpur,
Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) di Kuala Lumpur


Ada Apa Dengan Sungai Biru Kuala Lumpur

Sepantas kilat aku search pasal Sungai Biru (a.k.a RoL) Kuala Lumpur ni sebab rasa ingin tahu membuak-buak. Rupa-rupanya Sungai Biru ni adalah cetusan idea Perdana Menteri DS Najib dan direalisasikan melalui pihak DBKL untuk mencantikkan pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang popular tu. Lagipun pertembungan sungai ikonik tu kan terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur (nama baru : Masjid Sultan Abdul Samad), jadi memang elok sangatlah usaha DBKL nak cantikkan sungai tu. 

Aku tengok gambar-gambar yang blogger share pasal Sungai Biru tu memang rasa kagum juga lah. Cantik wehhh..! Khabarnya ada beribu-ribu mentol lampu di pasang di tepi sungai tu untuk bagi effect biru. Selain tu, beribu-ribu nozel kabus juga di pasang bagi effect berkabus di sepanjang sungai. Memang cantik lah jadinya kan..! Tak sabar aku nak pergi tengok sendiri Sungai Biru ni di waktu malam. Dah masuk dalam list tempat wajib pergi ni. Rugilah jadi orang Kuala Lumpur kalau sekali pun tak pernah singgah Sungai Biru ni kan..!

Satu lagi daya tarikan utama di Sungai Biru ni adalah Kolam Biru yang terletak betul-betul di tengah-tengah pertembungan sungai tu. Ada pancuran air bersama iringan lagu-lagu pilihan katanya. Kalau tak silap aku lagu Warisan nyanyian Sudirman dan lagu tema filem Star Wars pun ada. Menarik kan..? Aku terus khabarkan kepada Pokchik pasal River Of Life (RoL) ni dan dia pun teruja nak tengok sendiri Sungai Biru tu. 

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, hebatkan negaraku
keindahan Sungai Biru Kuala Lumpur


Lokasi Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) Kuala Lumpur

Dulu masa Pokchik kerja kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu, projek River Of Life ni belum dijalankan, jadi kami memang tak tahu-menahu. Tapi sekarang bila sebut je Sungai Biru, confirm lah Pokchik teruja nak pergi tengok sendiri sebab kawasan tu banyak kenangan untuk dia.

Bagi yang masih blurr tak tahu kat mana lokasi Sungai Biru (River of Life) ni, jangan risau. Orang yang bukan tinggal di Kuala Lumpur pun pasti mudah nak ke sana, apatah lagi kalau orang Kuala Lumpur sendiri. Cari je Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, depan tu je terus jumpa Sungai Biru ni. Ataupun cari Bangunan Sultan Abdul Samad yang popular tu dan Sungai Biru ni ada di belakang bangunan tu je.

Ataupun, kalau susah juga.. boleh cari Dataran Merdeka, sebelah Dataran Merdeka tu adalah Bangunan Sultan Abdul Samad dan di belakang bangunan tu lah Sungai Biru. Senang sangat-sangat..! Lagipun ada jambatan baru yang di bina merentasi Sungai Biru tu untuk memudahkan pengunjung. Khabarnya lagi, jambatan tu tempat paling strategik kalau nak snap picture berlatar belakang Sungai Biru.

Wahhh...! makin tak sabar dibuatnya.
Pastikan bawa kamera dengan storage dan battery yang mencukupi.. hahahahaa.. :)

Sungai Biru Kuala Lumpur, Kolam Biru, tempat menarik di kuala lumpur, DBKL, tarikan terbaru di kuala lumpur, masjid jamek kuala lumpur,
Masjid Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur

Kepentingan Projek River Of Life (RoL) Ini Diteruskan

Sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur, aku memang bangga dengan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah pemantauan Kementerian Wilayah Persekutuan ni. Kalau dulu pertembungan Sungai Klang dengan Sungai Gombak dikenali kerana imej buruk yang kononnya sungai tu kotor, tercemar dan busuk tapi kini tidak lagi.

Aku difahamkan projek River of Life (RoL) ni melibatkan 3 peringkat iaitu pembersihan, pengindahan dan pengkomersialan. Jadi mula-mula DBKL bersihkan dulu dua-dua sungai ni, lepas tu cantikkan kawasan sungai ni dengan pasang lampu berserta kabus-kabus di waktu malam. Kemudian peringkat terakhir adalah untuk komersial kan River of Life ni dengan menambah tarikan sampingan seperti cafe, aktiviti seni dan muzik, serta macam-macam lagi tarikan supaya pengunjung yang datang ke situ bukan sekadar untuk buang masa tapi ada aktiviti bermanfaat menanti mereka.

pertembungan sungai Klang dengan sungai Gombak
pertembungan sungai Klang dengan sungai Gombak yang popular
Satu je harapan aku dengan projek ni, semoga ia berterusan dan ditambahbaik lagi dari masa ke semasa. Selain tu, aku harap sangat pengunjung yang ke sana akan jaga kebersihan dan tingkah-laku. Jangan gatal nak buang sampah atau nak buat vandalisme pula. Kerajaan dah habis berjuta ringgit sediakan tempat cantik dan menarik macam ni, kita sepatutnya hargai dan promosikan lagi supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat, bukan sebaliknya.

Apapun, aku memang teringin sangat nak pergi tengok sendiri Sungai Biru-berkabus-dan-berirama tu. Melompat-lompat rasa hati ni. Korang yang dah pergi tu, share la sikit pengalaman dan gambar-gambar korang kat sana.. pleaseeee.. :)





...


sumber gambar 1 dan 4 : Google Image
sumber gambar 2 dan 3 : NONA

Share:

33 comments:

  1. hari tu pun kat fb ramai blogger post pasal nie.. yg stay area sana tu bestlah dapat tgok2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguskan blogger share pasal RoL ni. Kalau tak, saya pun tak tahu padahal kerja kat KL ni.. :)

      ...

      Delete
  2. Boleh lah nak dating wekend ke kl nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. feewiittt.. boleh sangat nak dating.. bawa anak-anak, sedara-mara, mertua, apa semua sekali... hehehehe.. :)

      ...

      Delete
  3. ye betul harap program ni berterusan & tak dicemari oleh tangan jahat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap begitu lah..! :)

      #MalaysiaBoleh

      ...

      Delete
  4. Bila tgk sungai kat tempat saya ... jauh berbeza betul ... harap dapatlah benda sama dibuat kat sini .. leh gak bawa anak2 tgk lampu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau boleh semua sungai ikonik kat Malaysia ni patut di buat daya tarikan macam ni kan. Baru lah rakyat lebih menghargai sungai.. hehehee.. :)

      ...

      Delete
  5. Replies
    1. Dulu lain sekarang lain.. :)

      ...

      Delete
  6. Wah, tak sangka dah berubah macam ni sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka kan..! cantik gila sekarang.

      :)

      ...

      Delete
  7. cantik sangat .... tenang perasaan nampak tempat cantik mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sebab color biru kot.. :)

      ...

      Delete
  8. Semalam lalu, tengok banyak gak kereta parking nak ke sini... BEst best =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi tarikan terbaru kawasan tu.. :)

      ...

      Delete
  9. sungai biru..one in malaysia kut..cantik sgt..terbaiklah pembaikan sungai KL ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..! baguskan usaha kerajaan bersih dan cantikkan sungai tu.. :)

      ...

      Delete
  10. sungai biru yang cukup best.kalau pergi nih boleh snap snap gambar..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesszaaaa..! snap picture puas2.. :)

      ...

      Delete
  11. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kat malaysia pun ada..! :)

      ...

      Delete
  12. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. terima kasih Kementerian Wilayah.. :)

      ...

      Delete
  13. stay lepak2 tenang fikiran tgk kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm.. tenangkan fikiran.. bawa kawan2.. sembang2.. best nya..! :)

      ...

      Delete
  14. Jom kita buat rombongan ke Kolam Biru 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah..! rombongan sambil tenangkan fikiran.. :)

      ...

      Delete
  15. ROL ni sangat menarik...cantikkk

    ReplyDelete
  16. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  17. Memang ikonik setaraf waterfront di negara luar !

    ReplyDelete
  18. perghhh bercahaya tengok. lawa gilosss!

    ReplyDelete
  19. cantiknya! kalau pergi sini wajib ambil gambar banyak-banyak

    ReplyDelete