Kelebihan Klinik 1Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Masa aku kena keracunan makanan bulan lepas, masuk hari ketiga baru aku pergi klinik kesihatan kerajaan sebab dah dua hari dapat m.c. klinik swasta. Kalau kita kerja kerajaan, m.c. klinik swasta tak boleh 3 hari berturut-turut. Tahu kan..?

Jadi aku gagahkan diri pergi juga klinik kesihatan kerajaan. Sampai sana aku kena buat ujian air kencing dan pemeriksaan kesihatan yang lain la macam biasa. Check tekanan darah, check suhu badan, check bacaan nadi dan bual-bual mesra dengan nurse yang bertugas kat kaunter saringan tu. Klinik kesihatan kat tempat aku tu memang best. Nurse dan doktor baik-baik belaka.

Doktor yang periksa aku kat klinik kesihatan kerajaan tu syak aku ada masalah tekanan darah. Aku tak tahu nak explain macam mana cuma doktor perempuan berbangsa India yang sangat baik dan berlemah lembut tu kata, bacaan tekanan darah aku yang rendah tu tak normal. Gurllpp..! cuak juga aku mendengarnya. 

Cepat-cepat doktor tu tenangkan aku dan cakap benda tu normal kalau kita tengah demam atau tak sihat. Tapi faktor umur aku yang belum 40 tahun ni buat doktor tu sedikit risau. Jadi untuk langkah lebih berhati-hati, dia minta aku datang ke klinik kesihatan kerajaan lagi untuk rawatan berkala. Dia bagi satu borang kosong untuk jururawat catat bacaan tekanan darah aku. Dia nak pantau katanya. Yang paling best bila doktor tu kata "Kalau tak sempat nak datang klinik kesihatan, awak pergi Klinik 1Malaysia pun boleh. Bawa borang ni, minta nurse check BP. Kalau boleh, pergi check seminggu satu kali. Nanti bulan depan datang balik jumpa saya."

Aku dengan muka blurrr dan senyum kelat, ambil borang kosong yang di hulur, cakap terima kasih doktor dan terus keluar sambil mencongak dalam kepala.. Klinik 1Malaysia..? Kat mana..? Aku tak pernah pergi Klinik 1Malaysia. Klinik 1Malaysia mana yang paling dekat dengan aku eh..?
Ini lah slip rawatan klinik kesihatan yang diberikan
Tapi masa aku snap gambar ni, aku belum check BP kat mana-mana Klinik 1Malaysia lagi. Aku snap gambar ni pun sebab nak send pada Pokchik. Keluar je dari bilik doktor tu, aku terus whatsapp Pokchik tanya dia mana Klinik 1Malaysia yang paling dekat, sebab aku ni tinggal kat Selangor tapi kerja kat Kuala Lumpur. Gelap pagi dah keluar pergi kerja, gelap malam baru sampai rumah balik. Bila masa aku nak pergi klinik kesihatan yang biasa tu. Pokchik pun jawab, "pergi je Klinik 1Malaysia kat Pantai Dalam tu. Klinik 1Malaysia kan tutup pukul 10 malam.."

What...?!! tutup pukul 10 malam. Membohong ke apa nih. Serius aku langsung tak percaya. Maka laju je jari-jemari ni serach pasal Klinik 1Malaysia area KL. 

Klinik 1Malaysia

Rupa-rupanya memang tak banyak yang aku tahu tentang Klinik 1Malaysia ni sebab tak pernah rasa nak pergi pun. Selama ni aku ingat Klinik 1Malaysia ni sama je macam klinik kesihatan kerajaan yang lain. Mesti ramai orang. Mesti lambat. Mesti leceh sebab perlu ke kaunter saringan dulu la, kalau kena ambil darah untuk pemeriksaan lanjut maknanya kena datang semula lepas 3 atau 4 hari. Aku memang tak rajin lah nak pergi klinik banyak-banyak kali. Sejenis yang cemas kalau berada kat klinik atau hospital. Tak tahu kenapa.. hehehehe.. :)

Lepas search sana sini, baru aku tahu memang Klinik 1Malaysia ni bersepah kat area berdekatan aku. Kat rumah pun dekat, kat pejabat pun dekat, waima kat rumah kampung aku nun kat Batu Pahat tu pun dekat je dengan Klinik 1Malaysia. Apasal selama ni aku tak alert..?!! haihhh.. insaf sekejap. 

Kelebihan Klinik 1Malaysia Yang Aku Baru Tahu

Klinik 1Malaysia ni dah lama ada ya adik kakak. Sejak tahun 2010 tauuu..!! Cuma sekarang dah ditambah lagi jumlahnya. Kalau dulu mungkin dekat kampung-kampung je lah Klinik 1Malaysia ni  sebab golongan sasaran untuk Klinik 1Malaysia adalah warga emas. Tapi sekarang, Klinik 1Malaysia dah banyak. Kat bandar besar macam Kuala Lumpur ni pun bersepah Klinik 1Malaysia.

Antara lain, kelebihan Klinik 1Malaysia yang aku baru tahu adalah..

Waktu Operasi Klinik 1Malaysia

Waktu operasi dari 10 pagi sampai 10 malam setiap hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum. Ya, anda tak salah baca. Memang klinik ni buka sampai malam dan setiap hari..! tapi untuk Klinik 1Malaysia yang terpilih sahaja. Kalau tak silap aku yang terletak kat bandar lah sebab kerajaan tahu orang bandar semua pergi kerja 'malam', balik kerja 'malam'.. hahahahaa.. Jadi kerajaan buka Klinik 1Malaysia ni sampai malam. Sempat la warga kota pergi klinik ni lepas waktu kerja atau pergi semasa cuti hujung minggu.

waktu operasi Klinik 1Malaysia

Lokasi Klinik 1Malaysia Yang Strategik

Kalau kita tengok senarai alamat dan lokasi Klinik 1Malaysia ni kebanyakannya kerajaan letak klinik ni dekat dengan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Tujuan kerajaan ada kan Klinik 1Malaysia ni memang untuk bantu warga berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal kat bandar-bandar besar. Jadi kalau letak dekat dengan tempat tinggal mereka, lagi la senang mereka nak ke sana. Maklumlah kadang-kadang diaorang ni nak ke klinik pun tak ada kenderaan sendiri.

Syabas DBKL sebab betul-betul fikirkan cara nak permudahkan rakyat. Kalau ikut statistik pun selain golongan warga emas, golongan gelandangan dan miskin bandar lah yang paling ramai mendapat manfaat Klinik 1Malaysia ni. Betul dah tu, memang golongan ni paling memerlukan kemudahan macam ni.

antara senarai Klinik 1Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur

Korang boleh semak lokasi dan alamat Klinik 1Malaysia yang berdekatan dengan korang kat sini. Klik je : Senarai Alamat Klinik 1Malaysia

Satu lagi, Klinik 1Malaysia ni kan mesti ada dekat UTC. Macam kat KL ni, Klinik 1Malaysia ada di UTC Pudu. Lagi lah senang orang nak access kan. Baru betul namanya pusat transformasi bandar, semua ada. Bukan bank, pejabat pos, kaunter urusan jabatan kerajaan dan kemudahan pengangkutan je ada kat UTC, paling penting klinik pun ada. Mantap kan..! :)

lokasi Klinik 1Malaysia jadi faktor penting

Kemudahan Klinik 1Malaysia Lengkap 

Bukan peralatan dan kelengkapan je lengkap, prosedur rawatan ringan macam nak cuci luka atau buka jahitan pun ada di sediakan. Ujian makmal macam test air kencing atau check darah pun boleh di buat kat Klinik 1Malaysia tapi keputusan ujian tak boleh dapat hari yang sama la. Biasa lah tu kan. Pergi klinik swasta pun kadang-kadang kena tunggu berhari-hari juga.. hehehehee.. 

Apa yang aku nak highlight kat sini, korang kena tahu Klinik 1Malaysia tak ada doktor ya. Hanya pembantu pegawai perubatan dan jururawat sahaja yang bertugas untuk check masalah kesihatan korang. Tapi yang bagusnya, walaupun tak ada doktor tapi kita still boleh buat pemeriksaan kesihatan yang simple-simple tu. Best gila kan...! Jangan korang minta m.c. kat Klinik 1Malaysia sudah lah. Mana nak dapat..! hahahaha.. :p

Macam orang tua-tua yang ada kencing manis, nak kena check bacaan gula dalam darah setiap bulan. Tak kan nak kena beratur lama-lama kat klinik kesihatan biasa tu. Better diaorang pergi Klinik 1Malaysia ni je. Cepat dan dekat dengan rumah. Macam aku juga lah, setakat nak buat BP check seminggu sekali tu tak kuasa lah nak pergi klinik kesihatan Sepang yang sentiasa sesak setiap hari tu. Aku pergi Klinik 1Malaysia Pantai Dalam je. Tak ramai orang, tak menunggu lama.

Klinik 1Malaysia di Kerinchi, Lembah Pantai (belakang office aku je)

Murah pula tu oiiiii...!! RM1 je bayar. Walaupun aku kakitangan kerajaan dapat free je tapi aku tetap bayar. Ini Pokchik yang pesan. Pokchik kata apa salahnya bayar je RM1 tu sebab kita mampu. Subsidi yang kerajaan sediakan tu biarlah digunakan sepenuhnya untuk golongan yang betul-betul memerlukan. Jadi setiap kali aku ke klinik kesihatan biasa atau Klinik 1Malaysia ni, aku akan bagitahu kaunter "saya staff awam tapi saya nak bayar RM1" ..hehehehe.. sila contohi saya..! kahh kahh kah.. :p

Selain daripada kelebihan yang aku senaraikan tadi, ada lagi kelebihan Klinik 1Malaysia yang mungkin korang tak tahu. Tengok poster ni :

perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia

Kesimpulan yang aku nak share kat sini, betul lah pepatah orang tua-tua ada kata : Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, berkali-kali jatuh cinta. Hahahaha. Sebelum ni aku tak kenal Klinik 1Malaysia. Tak pernah pergi dan tak pernah ambil tahu pun. 

Maka, belajar dari kesilapan. Marilah kita ambil tahu sedikit ya adik kakak. Ambil peduli kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk kita. Jangan nak negatif sangat. Kerajaan buat semua tu untuk kebaikan dan kemudahan kita. Kalau kita tak guna dan tak cuba ambil peluang, macam mana kita nak tahu benda tu bagus ke tak.

Lepas ni kalau malas juga nak pergi klinik check kesihatan tu, ketuk je kepala sendiri sambil cakap dalam hati : bengong mu nih..! hahahahaha. Sekian. 

:)



...

sumber gambar : Google Image



Share:

23 comments:

  1. Ciktie pun baru tahu banyak perkara tentang klinik 1Malaysia ni. Sebelum ini dengar namanya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. ingatkan mcm klinik biasa je.. :)

      ...

      Delete
  2. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..! kena pandai pilih time. Saya pergi kebetulan time tak ramai orang. Sekejap je menunggu.. :)

      ...

      Delete
  3. kami pun dh byk kali pi klinik 1msia ni sgt friendly user

    ReplyDelete
  4. Sha sekarang mmg suka je pg Klinik Kesihatan, satu sebab murah, dua dekat dgn rumah, tiga sebab MA hensem. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. MA handsome tu yg paling best tu.. sejuk mata memandang.. kahh kahh.. :p

      ...

      Delete
  5. so far servis dorg laju, tak perlu tunggu lama lama mcm kat klinik kesihatan ...kalau setakat sakit2 ringan tu, mmg prefer pergi klinik 1M ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau setakat nak check BP atau kencing manis tu baik pergi Klinik 1Malaysia ni je senang.. :)

      ...

      Delete
  6. Klinik 1M ni selesa. Murah pulak tu ;)

    ReplyDelete
  7. Klinik 1 Malaysia. Demam or sakit ringan2 je. Klu demam berlarutan dia soh gak g klinik kesihatan biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang sebab kat Klinik 1Malaysia tak ada doktor. Kalau demam lama, kena pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan la.. :)

      ...

      Delete
  8. miza pernah buat checkp up masa mengandung afiq senang tak ramai orang jimat cuti ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. bila pergi time betul, memang tak ramai orang.. :)

      ...

      Delete
  9. orang tak tahu sebab tak pernah ambik tahu. bila tau barulah oooooo.. baru tau de K1M .. dan salah orang tu cik en la.. ahahhahah

    ReplyDelete
  10. Banyak kelebihan K1M ni...Marsha baru tahu

    ReplyDelete
  11. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  12. Banyak kelebihan K1M ni rupanya

    ReplyDelete
  13. kc pernah je teman akak kc pergi klinik 1 malaysia ni. overall okay je. syukur ada klinik macam ni kan :)

    ReplyDelete
  14. Klinik 1malaysia kat tempat sy ada doktor yg bertugas tetapi cuma pada waktu pejabat. Best gila g klinik ni, tak ramai orang.

    ReplyDelete
  15. Blh ambik ubat kencing manis skli x kt situ?

    ReplyDelete