PRU14 | Kami Pilih Malaysia

Siapa yang dah mula muak dengan kempen-kempen politik parti bertanding? Okey kita geng..! Jadi aku tak nak cerita panjang lebar pasal politik atau manifesto parti dalam blog kesayangan aku ni. Cukuplah apa yang kita baca dan dengar. Muak kan..? Padahal baru je beberapa hari tempoh berkempen berlangsung, aku rasa macam dah 5 tahun mereka berkempen.. hahahhaa..!

Mungkin selama ni aku banyak sangat baca pasal politik, jadi bila tiba masa patut ambil serius tentang politik, aku dah tak mampu nak hadam lagi. Dah tepu. Tambah pula bila dah dekat-dekat tarikh mengundi ni, makin banyak berita dah kena spin. Dulu kata lain, ni kata lain. Sebelum kena saman kata lain, lepas kena saman kata lain pula. Semua kawan jadi lawan, semua lawan pun tiba-tiba jadi kawan. Pening kepala aku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh jadi betul dan apa-apa juga boleh jadi salah. 

PRU14 Nak Pilih Siapa Atau Parti Mana ?

Ramai yang berbunyi hal sama, nak pilih siapa..? nak undi siapa..? nak pangkah parti mana..? nak sokong mana..? Asyik-asyik soalan yang sama. Jawapan tetap tak dapat juga. Nak selamat jawab sahaja "Undi saya adalah rahsia" tapi bila kita tengok kawan-kawan dan sedara-mara bertelagah pasal politik, kita pun sibuk nak ikut serta. Makin merenyam rasa bila kita tahu benda betul tapi orang percaya benda yang salah. Mesti rasa nak betul kan.. betul tak..? Rasa macam satu tanggungjawab besar pula nak betulkan fahaman politik orang.. hahahahaha...! 

Untuk PRU14 kali ni, aku berusaha menahan diri daripada bertelagah pasal politik walaupun aku tidak bersetuju dengan sesetengah perkara yang aku baca atau aku dengar. Aku diamkan diri. Aku tahan diri daripada komen atau reply apa-apa statement politik yang aku tak setuju kecuali kalau di minta atau dalam keadaan aku bertenang dan boleh menjawab dengan tenang juga. Kalau agak-agak emosi aku dah membara semacam, aku pilih untuk diam. 

PRU14 Kami Pilih Malaysia

Seperti sebelum-sebelum ni, harapan aku masih sama. Aku nak tengok Malaysia jadi negara yang lebih baik, lebih maju, lebih selamat, lebih aman dan lebih berjaya daripada segala-gala yang sebelumnya. Memang susah nak pilih siapa dan parti mana yang benar-benar layak memerintah dan menjaga Malaysia keseluruhannya, tapi asalkan sahaja kita tahu apa yang kita inginkan dan sedar tanggungjawab kita kepada negara, maka pangkah sahaja. 

Pangkah yang mana paling dekat dengan hati kita. Berpegang dengan apa yang kita percaya dan yakin betul-betul dengan apa yang kita mahukan dan impikan untuk negara ini. Ada seseorang pernah pesan pada aku :

"..Jangan takut buat keputusan besar dalam hidup.."

Dan aku pegang kata-kata tu sampai hari ni. Alhamdulillah nasihat yang ringkas tu beri kesan yang sangat besar dalam hidup aku. Jadi aku akan terus gunakan nasihat tu untuk masa akan datang. Kalau korang rasa nasihat tu pun bagus untuk korang, sila gunakan dan sebarkan.

Setiap keputusan dan apa jua langkah yang kita ambil dalam hidup ni pasti ada baik dan buruknya. Pilih mana yang paling baik untuk kita ATAU yang paling kurang buruk kepada kita. Susah..? Memang susah. Allah s.w.t. tak letak kita di dunia ini untuk bersenang-lenang. Ingat tu.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Sebelum itu, masa yang ada ni ambil peluang untuk ambil tahu tentang politik. Kalau selama ni kita tak ambil tahu langsung pasal politik, tak kenal langsung barisan pemimpin atau bakal pemimpin yang ada dalam negara kita ni, maka inilah masanya. Ambil peduli. Baca. Baca. Dan baca lagi sampai muntah.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Jangan takut pada cakap-cakap orang dan desas-desus. Jangan risau dengan ugutan dan ancaman. Yakin sungguh-sungguh negara kita ada undang-undang dan mereka yang menjaga undang-undang ini adalah orang yang amanah dan sedang di lihat terus oleh Allah s.w.t.

PRU14 kali ini, turun dengan semangat dan keberanian. Kita rakyat yang sayangkan Malaysia. Tak akan biar peluang ini menjadi sia-sia dan menjadi sekam yang membakar secara perlahan-lahan dari dalam. Kita akan melangkah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kematangan yang penuh. 

Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, #malaysiamengundi, #malaysiamemilih, negaraku malaysia, malaysiaku sejahtera, politik matang, hari pengundian, piilih parti mana,
kenangan di house boat Srinagar, Kashmir (2017)

Aku berharap PRU14 kali ini bakal berlangsung secara aman dan adil saksama. Tak nak la dengar isu-isu berbangkit, kontroversi itu kontroversi ini, tak nak dengar pergaduhan, sabotaj, black out, hilang peti undi, hilang itu, hilang ini, pengundi hantu, pengundi itu pengundi ini. Sudah-sudahlah tu. Tiba masa kita berpolitik secara matang. Turun di hari pengundian sebagai rakyat yang ada ilmu, maruah dan jati diri yang tinggi.

Kalau rasa masih nak main politik budak-budak, mohon berundur..! grgrgrgr..

Negaraku Malaysia. Tanah tumpah darahku Malaysia. Ibu pertiwi ku. Semoga kau berada di dalam sejahtera dan di lindungi daripada mala petaka mahupun kemurkaanNya. Kami hanya mahu kemenangan bagi yang berhak menang...!

Ayuh Malaysia.
Pilihan di tangan kita..!

#MalaysiaMengundi
#MalaysiaMemilih
#PRU14
#SayaPilihMalaysia
#NegarakuMalaysia



...


Share:

8 comments:

  1. Tak sabar Siqah nak mengundi. FIrst time :D *malu*

    Nway, Aim, jemput join giveaway dan segmen di blog SIqah jika ada kelapangan ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengundi kali pertama Siqah..! :)
      pangkah elok2 tau.. hehehehee..

      ...

      Delete
  2. Kan jom kita pilih Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala-galanya untuk mu Malaysia..! :)

      ...

      Delete
  3. tak sabar nak mengundi buat kali kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kali kedua juga.
      hahahahaa.. semoga semua berjalan lancar kan.. :)

      ...

      Delete
  4. go malaysia..harap semakin pulih

    ReplyDelete
  5. Selamat mengundi nanti. Yang penting pergi mengundi dan jangan rosakkan undian. tak kisah la nak undi parti manapun kan

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete