Siapa Tak Komen Isu Sensasi, Dia Bijak..!

Layan Facebook petang tadi sementara tunggu habis waktu kerja. Punya berlambak iklan baju raya, biskut raya, handbag raya, kasut raya, kereta raya dan macam-macam raya semua ada. Hantu raya pun termasuk juga. Bersepah hantu raya bulan-bulan puasa ye..?? Status FB hantu2 raya ni selalu nak ajak gaduh je. Kalau di layan memang sampai raya ke tujuh tak habis. Sebab tu aku scroll je laju-laju. Why bother..!! :p

Cuma terjumpa satu status FB ni yang agak menyentap sanubari. Lebih kurang bunyinya begini : Kalau dia tak komen isu-isu sensasi itu tanda dia bijak. Mula-mula aku baca status tu aku tak rasa apa2 sangat. Biasa je. Tapi bila difikir-fikir balik, eh.. tak boleh jadi ni. Terpanggil aku untuk komen sikit. Sebelum tu, suka aku nak maklumkan : aku bukan bersetuju dan bukan tidak bersetuju dengan status tersebut ya. Status tu terlalu random. Korang pun boleh bersetuju dan boleh juga tidak bersetuju. Terpulang. 

annoying giler duh...! 

Tapi ini komen aku tentang status tu :

Isu Sensasi Tak Semua Tak Berisi

Banyak kategori isu sensasi ni. Gossip artis; sensasi. Politik semasa; sensasi. Barisan menteri kabinet baru; sensasi. Isu rampasan beg dan duit tunai berjuta ringgit; sensasi. Isu hutang negara; sensasi. Isu Palestine dan Baitulmaqdis; sensasi. Isu remaja di cekik sampai mati oleh bekas kekasih; sensasi. Banyak lagi la isu sensasi. Tak mampu nak taip satu-satu. 

Dalam banyak-banyak isu sensasi ni, bukan semuanya kosong dan membuang masa. Ada di antaranya adalah isu sejagat, isu pengetahuan umum, isu negara, isu agama, isu moral dan macam-macam isu lagi yang tersirat di sebalik isu-isu sensasi ni. Jadi kalau kita langsung tak nak baca, tak nak komen, tak nak share pendapat, tak nak sama-sama bincang cari penyelesaian.. bijakkah kita..? hebat sangat ke kita..?

Nak bijak sorang-sorang sahaja kah..? Diam tanda kita bijak. Tak komen tanda kita matang. Really..? 

Media Sosial Medium Untuk Bersosial

Aku pernah sentuh isu ni dulu. Media sosial ni medium untuk kita bersosial walau tak bersua muka. Kita update status media sosial kita tentang kehidupan seharian, apa kita makan, mana kita pergi, apa kita beli, siapa kita jumpa, apa kita baca dan segala tentang diri kita yang menarik atau yang worth untuk di kongsi. Kawan-kawan dalam friendlist kita dapat tengok, dapat tanya soalan, dapat share pendapat, dapat share pula ilmu tu dengan orang lain dan seterusnya proses itu berpusing membentuk kitaran.

Bila kawan kita share pula tentang kehidupan dia, perkembangan diri dia, kita pula komen dan bagi kata-kata membina untuk dia. Kalau dia tengah marah (baca : meroyan) kita tolong tenangkan dia, tolong ceriakan dia, dengan cara meninggalkan komen2 yang berkaitan dan komen2 yang membantu dia. Begitu juga bila kawan-kawan kita share tentang kejayaan dia, tentang cahaya mata baru ke, tentang percutian dia ke, kita dapat tumpang happy dan rasakan kegembiraan dia. 

Itu fungsi media sosial...! Bukan buka akaun media sosial, lepas tu add kawan seramai mungkin. Add kawan-kawan lama dari zaman tadika pun ada. Tapi lepas tu update status BISNES MLM kau je.......!!!?!! 

Haaa.. geram aku. Serius betul geram. Annoying duh. Status bisnes kau yang 24 jam positif je tu. Kau lah sorang yang bagus. Kau lah sorang cari rezeki halal. Kau lah sorang tak pernah putus asa. Kau lah sorang positif siang malam. Kau lah suci sebab tak pernah mengumpat, membawang. Kau lah sorang fokus benda baik2 je. Kau lah sorang dalam circle positive what so ever..! 

Jadi Pemain Media Sosial Yang Matang dan Berfungsi

Kalau buka akaun media sosial semata-mata nak up pasal bisnes sahaja, mohon buat Page FB dan raih lah followers seramai-ramainya. Akaun media sosial yang personal tu untuk bersosial. Kalau kau tak pernah nak 'singgah' like, komen dan share pendapat kat status kawan-kawan, bersosial ke tu namanya..?? 

Kawan-kawan kau boleh je like dan komen kat status2 FB kau walau semua berbaur bisnes MLM semata-mata. Kawan-kawan ni nak berkawan, nak berbual, nak berinteraksi. Bukan bagi sedekah main campak-campak like dalam mangkuk tempurung kelapa. Faham ke tak faham ni..? 

Jadi friendlist yang berfungsi la. Yang 'hidup' bukan robot. Yang ada emosi bukan kayu. Yang interesting. Yang ada makna dan ada kesan kepada orang lain. Baru lah keberadaan kita dalam friendlist kawan kita tu tak sia-sia. 

Aku dah unfollow kawan-kawan yang 'robot' ni. Maaf lah. Aku dah tegur sebelum ni kan. Aku terpaksa lah unfollow daripada asyik menyumpah dalam hati. Kawan-kawan blogger pun ramai aku unfollow sebab asyik hidup dalam dunia blogger dan dunia media influencer dia. Dunia yang terlalu nak 'up' kan diri sendiri sampai ada yang tak malu-malu dah memalukan diri sendiri. Tak mampu aku nak follow. Maaf lagi sekali. 

Komen Yang Murni-Murni

Ambil tahu isu semasa terutama yang melibatkan agama, negara dan orang-orang sekeliling kita adalah benda yang terpuji lagi murni. Ambil bahagian dalam perbincangan, lontarkan pendapat, share ilmu yanga kita tahu, kalau salah dan ada yang menegur, kita berlapang dada terima teguran. Berbincang cara matang. Komen status FB kawan2 jangan pula dengan emosi. Kalau tengah emosi pun cuba gunakan perkataan yang murni-murni sahaja. 

Kalau kita sedar emosi kita tengah huru-hara, baik jangan komen. Atau kalau kita tengok status kawan kita berbunyi provokasi, pun kita jangan komen. Yang ni aku setuju kalau nak kata : siapa tak komen isu sensasi dia bijak..! Sebab adakalanya memang diam itu lebih baik. Tapi bukan diaaaaaaaammmmmmm langsung tak berbunyi apa-apa. Itu dah jenazah namanya..! (haaaa.. geram tak habis lagi)

Kawan buat lawak, kita gelak sama-sama. Kawan tanya pendapat, kita bagi pendapat. Kawan tanya soalan, kita bagi jawapan atau bantu dia kat mana nak cari jawapan. Kawan up satu-satu isu sensasi yang mungkin kita pun tak tahu sebelum tu, so kita like dan komen 'thank you'. Susah ke..? Buang masa ke..? Tak bijak ke..? Penyibuk ke..? 

Entahlah. Bagi aku, menjadi pemain media sosial yang baik dan berfungsi itu adalah satu kematangan. Makin hari makin banyak yang aku belajar dari media sosial dan pemain-pemainnya. Semua itu ilmu. Alhamdulillah. Ilmu kehidupan dan mengenal manusia yang tak ada dalam buku teks sekolah mahupun universiti.

Kalau kita semua pilih untuk jadi orang baik dan suci kononnya tak nak komen di status-status isu sensasi, maka media sosial akan jadi tidak menarik lagi. Tiada interaksi pelbagai hala lagi. Semua hidup dalam dunia sendiri-sendiri. Bisnes pun syok sendiri. 

Bukan di FB dan IG je, dalam group whatsapp pun sama. Tengok member group bukan main ramai sampai berpuluh-puluh tapi yang aktif empat lima kerat je. Yang lain jadi apa..? tunggul kayu, atau mata-mata, atau gunting dalam lipatan..? oppssss.. 

Orang bodoh tak akan bodoh kalau orang bijak tak membatukan diri. Lepas tu kau bising kata semua yang up status sensasi tu orang bodoh. Dah kau yang konon pandai tu asyik up status syok sendiri--yang kau sendiri je faham--sebab kau sorang hidup dalam dunia kau sendiri tu... pandai laaaa..??

Maaf kalau bahasa aku sedikit kasar. Tapi ini cara aku dan pendapat aku. Tak ada nak tuju kepada sesiapa apatah lagi menghentam siapa-siapa. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sekali lagi. Coretan ini sekadar luahan rasa hati yang dah lama  menggebu. Yang baik semua dari Allah s.w.t. dan yang buruk dari kekhilafan aku sendiri.

Zindagi Pyar Mohabbat,
Ayuh sebarkan cinta dan kemanusiaan..!


...

Share:

18 comments:

  1. Totally agree... Mohabbat..

    ReplyDelete
  2. Point tercicir :
    Yang acah-acah suci kat media sosial konon tak nak gossip, tak nak membawang dan nak fokus jadi orang baik yang kaya berjaya ni sebenarnya ada je masa nak stalked FB dan IG kita. Tengok apa jadi kat kita. Perkembangan kita dia nak tahu, perkembangan dia simpan dalam kocek. Maka hiduplah kau dalam kocek sendiri sampai bila-bila..!

    Gituuuewww ahkak punya marah tak surut-surut. Lama dah tahan. Sekian.

    :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acah2 suci tu i loikeeeeee. Padahall dalam hati. Huhu

      Delete
  3. Betul tu... Semoga kita menjadi pengguna yang bijak di Media Social ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. sama2 lah kita memanfaatkan media sosial utk bersosial.. :)

      ...

      Delete
  4. hahahhaa setuju sangat kak ain tapi kadang tu bukan taknak drop komen status orang tapi bila buka top post mesti berulang yang sama, bila buka recent news penuh dengan bisnes hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun drop komen kat status2 yg akak suka dan akak rasa perlu je lah. Takde komen kat semua status orang. Naya tu..!! hahahahaha.. :p

      Ingat nak boikot la org yg up status bisnes je ni. Biar dia faham skit..!

      :)

      ...

      Delete
  5. Yasss. This is my kakak. Dah bersuara. Memang kan..geram. yelah. Ada juga yg tetiba bila time pru jd pengulas politis. Sokkay lah. Kita ok je. Kdg2 status2 tu buat kita terfikir balik apa yg ada dlm kepala otak kita. X sama dgn org lain. X amik port isu negara?? Xyah ada fb lah wei. Tp bab meniaga. Ko pandai lah sekolah kan org. Hahaha. Ohhhhh i really miss u btw ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp..!! Tepat.
      Isu politik misalnya kan sebenarnya isu sejagat. Kena la ambil tahu. Orang sembang politik kita pun sembang politik, cuba 'masuk' dalam topik tu. Blend kan diri dgn sosial.

      Ini tak, orang sibuk ceria isu negara.. dia 10 minit sekali cerita pasal sales, pasal buat duit, pasal 'syukur, rezeki hari ni', pasal COD barang itu COD barang ni. Eeeeeeee...!! geram..!!Nampak sangat dia hidup dalam dunia diaaaaa je kan. Kebulur sales sangat kerrrrrr...?!!

      Bukan tak bagi bisnes kat FB. Bisnes la. Promote la. FB kau, suka hati kau. Tapi sambil2 tu masuk la dlm society ni. Join la sembang. Tunjuk la skit prihatin kat isu2 negara yg penting ni. Jgn selfish..!!

      Haaaa... kan dah panjang ahkak bebel..!!hahahahaaa.. I miss you too bebehhh... ;)

      ...

      Delete
  6. haha, kita ni bukan robot, bila baca status orang kat media sosial, apa salahnya kita bagi idea kan ... takkan nak diam untuk isu2 yang perlu kita kongsi idea ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... betul..! mana perlu bagi idea, kita bagi la idea.. komen murni2.. gitu la media sosial yg sihat dan berfungsi.. :)

      ...

      Delete
  7. zhi punya pattern plak kalau tak suka apa2 isu di soc med, diamkan je. Tak payah nak kondem org lain yg rasa nak involve dengan isu tu. Hal ni berbalik kepada konsep "masing-masing ada hak untuk bersuara" .. so yeah ..

    take care ain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah, kalau semua bersuara pun haru juga.. hahahahaha.. :p Yang penting cuba bawa diri dalam society. Add friend bukan main beribu lagi tapi tak pernah nak ambil tahu pun status kawan2. Annoying giler..! :p

      ...

      Delete
  8. Bila kat soc media ni kita perlu bijak dan bukan tunjuk bijak dan kalau komen biarlah komen bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..! perlu bijak kat mana nak komen dan kat mana perlu diam sahaja.. :)

      ...

      Delete
  9. setuju! media sosial , jadi tempatnya mmg untuk sosial sesama manusia..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..! kalau semua pemain media sosial nak berniaga je, baik sembang kat pasar malam.. tak payah sembang pasal benda lain, sembang pasal aku jual kau beli, kau jual aku beli.

      grgrgrgrgrr.. :p

      ...

      Delete