Hitam Putih Aidilfitri Aku Tahun Ni

Dah nak masuk dua minggu kita sambut Aidilfitri. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni baik-baik sahaja buat kami suami isteri walaupun dua-dua beraya tanpa baju baru. Guna baju sedia ada sahaja. Kan dah azam nak berjimat-cermat tahun ni. Lolsss..! Tapi kan, bila time aku dah nekad tak nak beli baju baru tahun ni, banyak pula design baju raya yang cantik-cantik dan aku berkenan sebab sesuai dengan badan aku yang tak berapa kurus dan tak berapa tinggi ni. Stress tau. Mampu tengok je baju-baju tu tapi tak beli sebab nak berpegang kepada azam kononnya..! grgrgrgrgrr..

Tahun ni buat pertama kali aku dan Pokchik dapat sambut 1st Syawal dengan anak-anak. Alhamdulillah mak mereka izinkan mereka beraya dengan kami tahun ni. Hampir 10 tahun tau Pokchik tak sambut 1st Syawal dengan anak-anak dia sejak bercerai. Pagi 1st Syawal tu memang nampak Pokchik happy dan excited gila. Aku faham perasaan tu dan aku biar je dia enjoy moment-moment pagi raya dengan anak-anak dia.

Dan tahun ni juga pertama kali pagi 1st Syawal kami di rumah sendiri. Yang ni aku pula teruja lebih. Walaupun baru nak masuk 5 bulan kami berpindah dan tinggal di rumah baru ni dan walaupun rumah kami tu masih banyak kekurangan dan serba tak lengkap tapi perasaan sambut pagi Syawal dekat rumah sendiri rupa-rupanya sangat menakjubkan dan luar biasa bahagia.. hahahahaa..! Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur diberi kesempatan ini ditambah pula ada anak-anak yang bersama kami.

Malam menjelang Syawal aku dah siap-siap masak Ayam Masak Merah kegemaran Pokchik dan anak-anak dia. Pagi Syawal tu awal-awal lepas Subuh aku dah mula masak Nasi Tomato pula. Sekejap je masak nasi tomato tu dan gembiranya la haiiii tak tahu nak describe. Lepas siap-siap masak aku terus acah-acah sibuk siapkan suami dan anak-anak dengan pakaian baju raya masing-masing. Like dream comes true gituueeww. Ewah, macam dalam drama raya kan.. hahahahaa..! Tapi serius la, feel pagi raya tu memang sangat membahagiakan. Akan aku kenang sampai akhir hayat. InsyaAllah.

Lepas Pokchik selesai solat sunat Aidilfitri kat masjid Salak Tinggi, baru lah kami bertolak ke Ampang rumah ayah Pokchik. Kat Ampang sudah tersedia menunggu kami rendang daging, lemang, nasi impit, ayam masak kicap dan pelbagai jenis biskut raya. Meriah juadah pagi raya kami. Seronok betul. Berselera makan macam dah bertahun tak makan waktu siang.. kikikikii..! Poyo sangatlah kan. :p

Cuma yang aku terkilan sikit, pagi raya tu kami terlupa nak buat sesi bersalam dan bermaaf-maafan. Kenapa entah semua mood happy je jadi tak teringat pula nak start mood sedih-sedih dengan bermaaf-maafan tu. Nasib baik bab bergambar aku tak lupa. Ada la juga sekeping dua gambar raya kami empat beranak buat kenang-kenangan. Tapi gambar dengan ayah dan mak mertua di pagi raya tak ada pula. Lupa sungguh. InsyaAllah ada kesempatan lain di tahun-tahun akan datang.

Raya kedua, kami bertolak ke Setiawan sebab nak hantar anak-anak balik ke pangkuan mak nya pula. Jadi lah dapat beraya dengan anak-anak dalam dua hari pun. Syukur sangat dah. Harap-harap ini bukan kali terakhir kami dapat beraya dengan anak-anak. Nak tunggu anak sendiri, entahlah tak tahu bila. Aku serah pada rezeki Allah je. Sementara ni, tumpanglah kasih sayang beraya dengan anak-anak tiri. Dan aku happy, sangat happy..! Lain macam senyum raya tahun ni.. :)

Raya ketiga, aku dan Pokchik bertolak balik ke kampung aku pula di Batu Pahat. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun ada jammed sikit lah. Normal la kan jammed sana-sini bila musim raya ni. Kami okey je lagipun time kami tu macam kena la dengan situasi. Mujur sangat-sangat. Kalau kami gerak lewat sikit confirm lagi teruk lekat jammed. Tiga hari kami di kampung aku. Rabu raya keenam tu aku dah start keje balik. Mood kerja time semua orang masih bercuti raya ni, ya ampuuuunnn hazab okehh..! lemau..! hahahahahahaa..


Dan........ entah tak semena-mena mood aku swing habis sejak raya keenam tu sampai hari ni. Bermula episod gelap, malap, suram dan hiba dalam hidup aku. Tak tahu apa punca tapi adalah sedikit cetusan-cetusan yang mengundang depression aku kembali. Aku menangis je sejak raya keenam sampai hari ni. Aku rasa sakit. Jiwa tak sihat. Fikiran aku berat. Hati aku membeku. Terus Aidilfitri aku terhenti di situ. No more raya. No more fun. No more bahagia. Yang ada cuma gelap dan berat. Baru aku tahu, bukan cinta je boleh datang dan pergi sesuka hati tapi depression pun boleh datang dan pergi tanpa sebab rupanya. Huhhh..! :(

Aku perlu lakukan sesuatu. Aku dah sampai limit yang mana aku tak mampu nak bertahan dan tunggu masa merawat segalanya lagi. Aku dah cukup penat selama ni asyik bertahan. Jadi aku nekad nak rawat diri sendiri sementara menunggu tarikh appointment dengan doktor bulan depan. Tak tahu la mampu ke tak nak rawat diri, tapi aku cuba. Benda pertama aku buat adalah left group whatsapp yang tak penting, then uninstall FB dan IG kat handphone aku. Biarlah. Rehat dulu buat masa ni. 

Aku di fasa nak give up dengan semua benda. Tak ada sisa kekuatan lagi dah. Nak pertahankan benda yang menyakitkan kita untuk apa..? Baik aku lepaskan supaya aku pun dapat bebas. Tapi betul ke kebebasan itu yang aku inginkan..??!! arrgghh.. aku tak ada jawapan. 

Mohon doakan aku ye.
Doakan aku tak buat benda gila.
Aku belum gila. 


...




Share:

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Salah seorang blogger hebat yang masih muda tapi sangat aku kagumi adalah adik Sayidah Napisah ni. Suka membantu, tak kedekut ilmu, senang di bawa bergurau dan boleh sembang apa sahaja topik dengan dia. Alhamdulillah baru-baru ni dia buat segmen untuk blogger sebab blog dia dah cecah 7 juta page viewers..!! Gilerrrrr arr ini budak.. hahahahaa.. 7 juta tau..! 7 dengan 6 sifar di belakang. Hahahahahaa.. :)

Tumpang bangga dan happy untuk dia. Jadi aku pun tak nak ketinggalan la join segmen dia ni kan. Padahal aku jarang la nak join segmen ke giveaway ke tapi sebab adik Sayidah ni punya pasal, kita bikin gila juga sekali-sekala. Join segmen dia lagipun senang sangat syarat yang ditetapkan. Rugi siapa tak join. 


Okey, dia minta komen pasal blog dia sama ada yang baik atau yang buruk. Wahh..! terus roh pengkritik meresap ke dalam diriku.. hahahahaa..! Memang best nak kritik blog orang kan. Ada je yang tak kena dek mata kita. Tapi cuba bertenang sejenak. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. 

Bagi aku, tak ada apa komen negatif nak diberikan untuk blog yang dah cecah 7 juta viewers tu okehh..! tak berani ahkak nak komen apa-apa dik.. maklumlah blog ahkak ni sedu-sedan, baru nak lari kura-kura (100k lebih je baru.. sedeeehhhh..!!) hahahahaha.. 

Jadi akak nak share pasal kebaikan blog Sayidah Napisah ni je lah, yang mungkin ramai tak perasaan. Antaranya : 

1.  Rajin gila update..! Sehari kadang sampai lebih dua entry dia update. Memang patutlah jadi blogger yang di contohi. RAJIN ye keywords nya.. :)

2.  Selalu share pasal ilmu dan tips-tips berguna yang secara sempoi. Tazkirah dan soal jawab agama pun ada. Kadang tu benda simple je yang kita rasa macam dah tahu, tapi bila baca kat blog dia terus rasa refresh balik.

3.  Orangnya baik. Aku dah pernah jumpa in person dan selalu sembang kat group whatsapp. Langsung tak sombong. Selalu support each others. Suka bergurau walaupun kadang-kadang lawak hambar je.. hahahahaha.. tapi kalau aku buat lawak hambar pun dia sudi nak gelak. Ahkak terharu dik..! :p

Tu je lah dulu 3 komen aku pasal adik Sayidah Napisah yang biasa aku panggil KC ni. Nak tahu KC tu stand for what, korang kena follow FB, IG dan channel Youtube dia. Kami geng-geng AFBdotmy memang suka pekena dia sebab dia kalis gurau. Jenis tak mudah ambil hati dan tak emo macam aku.. hikkssss..! Kadang memang rasa dia lebih matang daripada aku walaupun beza umur jauuuuhhhh gila. But what to do kan, aku memang jiwa muda selalu. Ok bye..! :p

KC,
Akak nak ucapkan TAHNIAH sebab viewers dah cecah 7 juta lebih sekarang ni. Teruskan usaha, jangan toleh belakang lagi. Keep it up dan teruskan jadi diri sendiri. Ada ramai blogger hebat kat Malaysia ni dan KC adalah salah seorang daripada mereka. Percaya kepada diri sendiri okey. Akak doakan KC terus berjaya dan terus menjadi inspirasi kepada semua. 

Take care sis. I love you.

:)


Siapa nak join segmen adik KC ni, sila klik banner yang cantik gambar bunga-bunga tu ye..! Kalau terpilih nanti blog anda akan diletakkan dalam bloglist adik KC ni untuk tempoh yang lama. Peluang keemasan untuk naikkan viewers blog kita. Dan lagi, kalau bertuah lagi akan dapat HADIAH RM10 pula lagi. Yabedaa bedoooo...! Cepat join tau..! Tarikh tutup 5 JULAI 2018 


...

Share:

Badrinath Ki Dulhania | Ringan Tapi Deep

Aku tak pernah sangka lakonan Varun Dhawan boleh buat aku mengalirkan airmata sehingga lah aku menonton filem ini dan sedikit sebanyak telah membuka mata aku kepada bakat Varun Dhawan yang selama ni aku tak nampak. Tapi tak adil juga untuk aku menilai bakat dia memandangkan aku baru menonton 3 filem lakonan dia (Student Of The Year, Dilwale dan Badrinath Ki Dulhania ni). Jujurnya aku memang tak minat gaya lakonan dia tapi melalui filem ni, aku dapat rasakan kelainan dan kematangan. Pun begitu, Varun Dhawan belum lah masuk dalam senarai pelakon kegemaran aku.. :p

Alia Bhatt, Varun Dhawan, new hindi movie (2017), review filem hindustan, filem cinta komedi, filem cinta romantis,
Badrinath Ki Dulhania (The Bride Of Badrinath)

Berbeza dengan Alia Bhat, makin lama semakin menyengat dan terserlah kematangan lakonannya. Mungkin Alia Bhat bertuah kerana mendapat tawaran watak yang bagus-bagus dan mencabar kemampuannya jadi kita boleh nampak permainan emosi, memek muka, gerak tubuh dan kepelbagaian lakonan Alia Bhat sejak dulu hingga sekarang. Kalau nak dibandingkan lakonan dia dalam Student Of The Year dengan filem Dear Zindagi pun dah banyak perubahan, apatah lagi Highway dan filem terbaru lakonan Alia Bhat berjudul Raazi. Tak sabar nak tonton filem tu. Filem berat nampaknya.

Kecik-kecik cili api Ali Bhatt ni. Kadang-kadang tengok permainan lakonan dia buat kita terlupa yang dia bersaiz kecil. Aku dah lama minat dia sebab bukan je cantik, cute, humble tapi Alia Bhatt ni real. Dia tak suka nak control cun ke, acah-acah diva ke dan dia kelakar..! :)

Badrinath Ki Dulhania Tentang Cinta dan Cita-Cita


Macam biasa, aku tak akan buat review tentang sinopsis atau jalan cerita apatah lagi nak bagi spoiler kat sini. Aku cuma akan share apa pengajaran yang aku 'dapat' selepas tonton filem ni. Kalau korang nak tahu sinopsis filem ni boleh try google eh. Dan ya, aku belum tonton Humpty Sharma Ki Dulhania; filem gandingan Varun Dhawan dan Alia Bhatt tahun 2014. Jadi aku tak pasti sama ada dua-dua filem ni ada kaitan atau tak.

Sebelum tu, aku nak kongsikan perasaan sepanjang tengok filem ni. Macam biasa lah, menjadi seorang yang EMOSI macam aku ni, bila tengok filem hindustan memang bertambah-tambah emosi dibuatnya. Di awal tontonan aku meluat gila dengan watak Badri (lakonan Varun Dhawan) tu. Watak Badri tu sangat poyo, perasan bagus, confident level langit ke tujuh dan serius aku memang tak suka watak acah-acah remaja-tak matang-dan-tak kelakar macam tu. Annoying kan. Tapi dalam banyaaaaaakkkk filem hindustan, selalunya watak hero mula-mula mesti annoying macam ni. Bosan. Bila nak buat kelainan eh..? grgrgrgrrr..


Berbeza dengan watak Vaidehi (lakonan Alia Bhatt) yang digambarkan sebagai wanita muda yang matang, tahu apa yang diinginkan dalam hidup, berani mempertahankan pendapatnya dan tak suka idea of arranged marriage. Dia juga tak suka bila mak ayah sibuk nak kahwinkan anak-anak perempuan bila mereka meningkat remaja sebab bagi Vadehi remaja perempuan juga berhak capai cita-cita yang diidamkan. Tak semestinya kena jadi suri rumah sahaja.  

review filem hindustan, varun dhawan, alia bhatt, best friend lover
chemistry yang superb...!

Jadi di awal cerita aku rasa meluat, di pertengah cerita aku semakin faham apa yang nak ditekankan dalam filem ni. Walaupun aku tak setuju dengan apa yang Vadehi buat, tapi aku boleh faham kenapa dia what so call terpaksa buat macam tu. Kadang-kala dalam keadaan kita tertekan dan seolah-olah tiada pilihan lain, memang kita perlu ambil keputusan yang menyakitkan orang lain. Masa itu pentingkan diri sendiri sebelum sibuk menghambakan diri untuk kebahagiaan orang lain. Walaupun orang itu adalah keluarga kita sendiri.

Aku menitiskan airmata waktu klimaks filem ni, bila mana Badri mula faham cita-cita Vadehi dan dia perlahan-lahan mula menyokong Vadehi walaupun dia tahu dia akan kehilangan Vadehi lagi. Aku boleh rasa perasaan Badri masa tu, walaupun pedih kerana dilukakan oleh orang yang kita cintai tapi melihat dia bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri, tengok dia gembira dengan impian dia yang tercapai dan sedar diri kita ni tak layak mencintai orang lain kalau kita selfish -- masa tu airmata aku melaju. Pedih wehh..! Tapi kena telan juga. Hidup ni memang tak adil tapi cinta tidak pernah mengadili. Ingat tu...! 

Cinta, Pengorbanan dan Persefahaman

Dalam mengejar impian, perlu cekalkan hati. Keraskan hati dan fokus betul-betul sampai impian tu tercapai. Apatah lagi kalau impian tu tak mudah dan ramai orang tak sokong impian kita sebab orang lain tak percaya kepada kemampuan kita walaupun orang terdekat kita sendiri. Jadi apa yang penting, kita berusaha dan terus berusaha membuktikan kepada mereka yang kita serius nak capai impian tu. Buktikan juga yang impian kita tu memang akan membawa kebaikan kepada diri kita, kepada keluarga dan kepada orang lain terutama yang tak percaya pada kita tu. Right...?

Tapi untuk mencapai cita-cita dan impian tu sampai kita terpaksa "mengorbankan" ibu bapa kita, maruah keluarga kita, hancurkan hati orang yang cintakan kita yang percayakan kita, adakah itu satu impian yang betul-betul berbaloi..? Adakah itu apa yang kita inginkan..? Adakah itu makna kebahagiaan buat kita..? Fikirkan.

Keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan ini. Tanpa keluarga, kebahagiaan dan kejayaan kita tak ada makna. Sepincang mana pun sesebuah keluarga itu, ia tetap darah daging kita. Sengaja Allah "berikan" kita keluarga yang huru-hara sebab Allah nak tengok sejauh mana kita mampu kuat dan bertahan dengan apa yang Allah telah berikan. Ingat ya, di luar sana beribu-ribu anak-anak yang lahir tanpa keluarga. Bayangkan.

Cinta memerlukan PENGORBANAN dan PERSEFAHAMAN bukan sekadar gerak hati dan rasa cinta yang datang tiba-tiba. Sebab tu cinta pandang pertama selalu tak ke mana. Apatah lagi kalau kau hanya tengok kepada rupa. Cinta perlukan masa. Masa untuk berkembang dan mekar. Masa untuk membina akar yang kukuh. Masa untuk faham dan difahami. Bukan sekadar faham yang luaran, tapi juga faham dalaman. Kita boleh halalkan hubungan dengan pernikahan tapi pernikahan bukan tiket confirm kita akan menyintai atau dicintai. Ingat tu.

hindi movie, second film for Varun Dhawan and Alia Bhatt,
Cinta memerlukan masa

Cinta still everything dalam hidup kita. Nak buat apa-apa keputusan pun, cinta will always guide kita untuk buat keputusan terbaik walaupun cinta itu sendiri menyakitkan dan mungkin kita sendiri tak sangka akan buat keputusan tu. Cinta ni ada power yang luar biasa tau, jangan tak percaya..! :)

Betul, kadang-kala kita perlu rasai kehilangan kemudian baru kita akan lebih menghargai. Tak semua orang bertuah untuk dapat peluang kedua. Jadi kalau dapat peluang kedua jangan disia-siakan. Pengorbanan tu perlu dalam percintaan. Untuk lihat orang yang kita cintai bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri bukan lah mudah. Tapi kalau itu yang betul-betul buat dia bahagia, kita perlu lepaskan dia. Biar dia sendiri tentukan apa yang terbaik untuk dirinya, bukan terima kita kerana terpaksa atau rasa kasihan. Lepaskan, kalau cinta kau sejati, dia pasti akan kembali..!

Keseluruhan Persembahan Badrinath Ki Dulhania

Chemistry lakonan Alia Bhat dengan Varun Dhawan memang superb. They both look really like best friend and serasi sangat, tak kekok, tak overshadow, tak ada adegan over peluk-peluk cium-cium. But still kita boleh rasa chemistry yang ngam dan buat kita percaya they both made to each other untuk nampak "lengkap" di layar. Lakonan dua-dua pun okey, tak kayu dah. Cuma lagu-lagu dalam filem ni kurang ummpphh bagi aku. Scene menarik terutama bila dia tunjuk keindahan dan kewarna-warnian India tu sendiri. Buat aku rindu nak ke India lagi.

Aku suka filem ni. Untuk tontonan santai-santai dan untuk anak-anak muda yang nak kenal cinta tu elok la tengok filem ni. Jiwa tengah memberontak nak do something extravaganza dalam hidup kononnya. Tengok filem ni dan faham kenapa keserdahanaan itu penting dan kenapa mengutamakan ibu bapa kita sendiri tu penting. Walaupun kita tak suka atau tak bersetuju dengan ibu bapa kita. 

Love this story. Love story telling and flow filem ni. Simple. Tapi ada juga scene yang berlebih-lebih macam nak drag masa je. Biasa lah mana-mana filem pun mesti ada scene 'add-on' macam tu kan. Jalan cerita agak klise tapi mesej sampai. Twist di buat dengan kemas. Ending bersahaja and real. Filem hindustan moden yang menjurus ke arah jalan cerita yang realistik tapi ciri-ciri filem hindustan yang suka dialog panjang-panjang tu masih dikekalkan (tepuk dahi..! hahahahaa..). Overall aku bagi 3 bintang dari 5 bintang. Love it dan kalau ada masa nanti nak ulang tonton filem ni. Tapi nak cuba cari masa tonton Humpty Sharma Ki Dulhania dulu, insyaAllah soon.



...


sumber gambar dari Google Image



Share:

Tips Mudah Memaafkan Orang Lain (Perkongsian Daripada DMFK)

Alhamdulillah, sempat dengar perkongsian tazkirah dan motivasi daripada Dato Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah di Sinar FM pagi tadi. Tersentuh aku mendengar kata-kata beliau berkaitan tajuk KEMAAFAN. Sungguh, kemaafan itu mahal harganya bagi mereka yang tidak memahami tapi sangat murah apabila kita faham hikmah dan petunjuk yang Allah s.w.t. nak anugerahkan kepada kita kalau kita jadi seorang yang pemaaf. Nak hidup selalu lapang, selalu tenang, dipermudahkan semua urusan -- selalu lah maafkan orang lain.

DMFK kata, maaf ni macam senyum juga. Orang kata senyuman tu satu sedekah kan, memaafkan pun satu sedekah yang mana sedekah-sedekah ni bukan untuk si penerima sahaja tapi untuk si pemberi juga. Malah siapa yang bagi sedekah (senyuman dan maaf) ni hidup dia akan lebih bahagia dan lebih murah rezeki lagi. So, jom jadi pemaaf :)

motivasi DMFK, kemaafan dendam yang terindah, maafkan orang lain dengan ikhlas, hikmah mengingati mati
bangun malam dan buat solat taubat kemudian istighfar 100x

Aku terkesan sangat bila ada satu caller ni tanya tips macam mana nak mudah maafkan orang lain. Sebab aku rasa semua daripada kita mesti pernah lalui satu perkara yang sangat-sangat menyakitkan. Kita boleh maafkan tapi tak boleh lupakan. Itu namanya kita tak boleh 'move on' lagi sebab tu hidup kita macam stuck satu tempat. Stress kan, bila kita rasa benda dah selesai tapi belum selesai. Kita berpura-pura macam dah okey, tapi deep inside kita belum betul-betul memaafkan. Jadi apakah kemaafan yang kita berikan selama ini adalah semata-mata lakonan sahaja..?

Tips Mudah Maafkan Orang Lain

Ini 3 steps yang DMFK kongsikan pagi tadi cara macam mana kita nak mudah maafkan orang. Keyword nya ialah : lembutkan hati. Sebab bila hati kita lembut, InsyaAllah kita akan mudah sahaja nak maafkan orang walaupun apa yang dia buat pada kita sangat berat. So, macam mana nak lembutkan hati..?

1.  Solat Sunat Taubat dan Istighfar
Rajinkan diri bangun malam dan tunaikan solat sunat taubat. Lepas habis solat taubat tu, istighfar 100 kali. Buat benda ni setiap malam. Jadikan amalan. Jadikan kebiasaan. Solat sunat taubat ni akan selalu buat kita rasa rendah diri dan sedar diri yang kita ni hanyalah hambaNya. Kita semua adalah pendosa. Nak dendam-dendam sesama manusia sampai bila..? Akhirnya nanti kita akan kembali kepada Allah juga kan. Istighfar 100 kali pula amalan nak lembutkan hati.

2.  Selalu Ingat Mati
Yang ni tips yang paling selalu orang lupa. Benda lain boleh ingat, tapi bila suruh ingat mati tak nak pula. Kononnya mati tu lambat lagi. Tapi tahukah anda, mengingati mati adalah satu ibadah. Dapat pahala tau setiap kali mengingati mati dan menginsafinya. Bila kita selalu ingat mati, kita akan rasa masa yang kita ada dah tak lama. Jadi kalau ada silap dengan orang, segeralah minta maaf dan kalau orang lain pula ada silap dengan kita, maafkan sahaja lah. Hidup kita tak tahu berapa lama lagi. Tak kan nak mati dalam keadaan "hutang" maaf tak langsai lagi.

3.  Doakan Untuk Si Pesalah
Lepas kita maafkan orang yang buat salah dengan kita tu, cuba biasakan diri kita doakan pula dia. Doakan yang baik-baik. Doakan dia dapat hidayah, doakan dia lembut hati, doakan dia tak ulang kesilapan yang sama lagi dan doakan dia jadi orang yang beriman dan soleh/solehah satu hari nanti. Simple je doa ni. Tapi cuba amalkan. Doa kita kepada orang lain kan akan reflect kepada diri kita sendiri juga, sebab tu lah penting sangat kita doakan yang baik-baik kepada orang lain walaupun dia pernah buat benda tak baik kepada kita.

Teringat aku cerita seorang kawan lama. Zaman sekolah dulu memang dia ada seteru dengan sorang lagi classmate kami. Tak tahu apa masalah dua orang ni. Tapi asyik nak bergaduh sahaja. Aku namakan si M dengan si N. Aku dalam geng si M la. Aku selalu tengok bila si M ni marah kat si N dia akan cakap lebih kurang macam ni "Ya Allah, beri lah hidayah Mu kepada si N tu. Gerammmm betul aku tengok dia. Dia la manusia paling baiiiikkkkk dalam dunia ni Ya Allah.." --lebih kurang macam tu lah si M ni selalu cakap. But of course dalam nada marah sambil merah-merah muka la kan. Tapi, walau dalam marah-marah tu pun Allah makbulkan doa dia tau.

Sekarang si M dengan si N ni dah jadi best friend..!! Hahahahahaa.. betul. Aku tak tipu. Last time aku dengar pasal diaorang bila diaorang sama-sama belajar kat UiTM. Daripada musuh, bertukar jadi best friend. Alhamdulillah sampai hari ni mereka best friend. Kuasa Allah kan, siapa kita nak menidakkan semuanya. Sebab tu lah, mendoakan yang baik-baik untuk orang lain tu sangat-sangat penting..!! :)

Apapun berbalik kepada soal mudah ke susah nak maafkan orang tadi, aku rasa memang susah tapi tak mustahil untuk kita jadi pemaaf. Aku pernah jumpa dengan ramaiiiiii orang yang dulu pemarah, pendendam malah ada yang pernah diuji dengan pelbagai ujian kehidupan tapi kemudian mereka ni bertukar jadi manusia yang pemaaf. Hidup mereka berubah. Makin berseri-seri muka, makin murah rezeki dan paling penting nampak lebih bahagia.

Tak rugi apa-apa jadi pemaaf ni. Sebab maaf tu bukan hak kita sebenarnya. Tak kan nak mati dalam keadaan 'hutang' maaf belum langsai.. betul tak..? Macam mana kita nak mohon ampun dan maaf daripada Allah s.w.t. kalau kesalahan sesama manusia pun kita berkira.

Akhir kata untuk kali ni, aku nak ambil kesempatan masih dalam Ramadhan bulan pengampunan ni untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas salah silap aku kepada korang sama ada yang aku sedar atau pun tidak. Aku tahu banyak kata-kata dan post aku yang mungkin dah perasaan korang atau buat korang terasa dengan aku. Sekali lagi dan berkali-kali lagi, aku mohon maaf. Sudilah kiranya korang maafkan aku. Sesungguhnya aku manusia biasa yang mudah lupa dan aku manusia yang sensitif lagi emo (sebab tu suka ikut perasaan dan ikut suka hati sendiri je) ..lol..! :p

Dan.... aku dah maafkan semua salah silap orang lain pada aku. Ikhlas dari hati aku yang paling dalam. Selama ni pun memang aku dah maafkan. Setiap malam sebelum tidur aku dah maafkan semua dan aku doakan Allah jadikan semua kesilapan aku atau kita bertukar menjadi pengajaran dan kebaikan untuk kita sama-sama. Aku berusaha jadi manusia pemaaf dan tak nak berdendam. Korang pun doakan aku eh, mudah-mudahan lembut hati ni.. Aamiinn..

Salam maaf zahir dan batin daripada aku.
Selamat Hari Raya.

:)




...


Share: