Badrinath Ki Dulhania | Ringan Tapi Deep

Aku tak pernah sangka lakonan Varun Dhawan boleh buat aku mengalirkan airmata sehingga lah aku menonton filem ini dan sedikit sebanyak telah membuka mata aku kepada bakat Varun Dhawan yang selama ni aku tak nampak. Tapi tak adil juga untuk aku menilai bakat dia memandangkan aku baru menonton 3 filem lakonan dia (Student Of The Year, Dilwale dan Badrinath Ki Dulhania ni). Jujurnya aku memang tak minat gaya lakonan dia tapi melalui filem ni, aku dapat rasakan kelainan dan kematangan. Pun begitu, Varun Dhawan belum lah masuk dalam senarai pelakon kegemaran aku.. :p

Alia Bhatt, Varun Dhawan, new hindi movie (2017), review filem hindustan, filem cinta komedi, filem cinta romantis,
Badrinath Ki Dulhania (The Bride Of Badrinath)

Berbeza dengan Alia Bhat, makin lama semakin menyengat dan terserlah kematangan lakonannya. Mungkin Alia Bhat bertuah kerana mendapat tawaran watak yang bagus-bagus dan mencabar kemampuannya jadi kita boleh nampak permainan emosi, memek muka, gerak tubuh dan kepelbagaian lakonan Alia Bhat sejak dulu hingga sekarang. Kalau nak dibandingkan lakonan dia dalam Student Of The Year dengan filem Dear Zindagi pun dah banyak perubahan, apatah lagi Highway dan filem terbaru lakonan Alia Bhat berjudul Raazi. Tak sabar nak tonton filem tu. Filem berat nampaknya.

Kecik-kecik cili api Ali Bhatt ni. Kadang-kadang tengok permainan lakonan dia buat kita terlupa yang dia bersaiz kecil. Aku dah lama minat dia sebab bukan je cantik, cute, humble tapi Alia Bhatt ni real. Dia tak suka nak control cun ke, acah-acah diva ke dan dia kelakar..! :)

Badrinath Ki Dulhania Tentang Cinta dan Cita-Cita


Macam biasa, aku tak akan buat review tentang sinopsis atau jalan cerita apatah lagi nak bagi spoiler kat sini. Aku cuma akan share apa pengajaran yang aku 'dapat' selepas tonton filem ni. Kalau korang nak tahu sinopsis filem ni boleh try google eh. Dan ya, aku belum tonton Humpty Sharma Ki Dulhania; filem gandingan Varun Dhawan dan Alia Bhatt tahun 2014. Jadi aku tak pasti sama ada dua-dua filem ni ada kaitan atau tak.

Sebelum tu, aku nak kongsikan perasaan sepanjang tengok filem ni. Macam biasa lah, menjadi seorang yang EMOSI macam aku ni, bila tengok filem hindustan memang bertambah-tambah emosi dibuatnya. Di awal tontonan aku meluat gila dengan watak Badri (lakonan Varun Dhawan) tu. Watak Badri tu sangat poyo, perasan bagus, confident level langit ke tujuh dan serius aku memang tak suka watak acah-acah remaja-tak matang-dan-tak kelakar macam tu. Annoying kan. Tapi dalam banyaaaaaakkkk filem hindustan, selalunya watak hero mula-mula mesti annoying macam ni. Bosan. Bila nak buat kelainan eh..? grgrgrgrrr..


Berbeza dengan watak Vaidehi (lakonan Alia Bhatt) yang digambarkan sebagai wanita muda yang matang, tahu apa yang diinginkan dalam hidup, berani mempertahankan pendapatnya dan tak suka idea of arranged marriage. Dia juga tak suka bila mak ayah sibuk nak kahwinkan anak-anak perempuan bila mereka meningkat remaja sebab bagi Vadehi remaja perempuan juga berhak capai cita-cita yang diidamkan. Tak semestinya kena jadi suri rumah sahaja.  

review filem hindustan, varun dhawan, alia bhatt, best friend lover
chemistry yang superb...!

Jadi di awal cerita aku rasa meluat, di pertengah cerita aku semakin faham apa yang nak ditekankan dalam filem ni. Walaupun aku tak setuju dengan apa yang Vadehi buat, tapi aku boleh faham kenapa dia what so call terpaksa buat macam tu. Kadang-kala dalam keadaan kita tertekan dan seolah-olah tiada pilihan lain, memang kita perlu ambil keputusan yang menyakitkan orang lain. Masa itu pentingkan diri sendiri sebelum sibuk menghambakan diri untuk kebahagiaan orang lain. Walaupun orang itu adalah keluarga kita sendiri.

Aku menitiskan airmata waktu klimaks filem ni, bila mana Badri mula faham cita-cita Vadehi dan dia perlahan-lahan mula menyokong Vadehi walaupun dia tahu dia akan kehilangan Vadehi lagi. Aku boleh rasa perasaan Badri masa tu, walaupun pedih kerana dilukakan oleh orang yang kita cintai tapi melihat dia bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri, tengok dia gembira dengan impian dia yang tercapai dan sedar diri kita ni tak layak mencintai orang lain kalau kita selfish -- masa tu airmata aku melaju. Pedih wehh..! Tapi kena telan juga. Hidup ni memang tak adil tapi cinta tidak pernah mengadili. Ingat tu...! 

Cinta, Pengorbanan dan Persefahaman

Dalam mengejar impian, perlu cekalkan hati. Keraskan hati dan fokus betul-betul sampai impian tu tercapai. Apatah lagi kalau impian tu tak mudah dan ramai orang tak sokong impian kita sebab orang lain tak percaya kepada kemampuan kita walaupun orang terdekat kita sendiri. Jadi apa yang penting, kita berusaha dan terus berusaha membuktikan kepada mereka yang kita serius nak capai impian tu. Buktikan juga yang impian kita tu memang akan membawa kebaikan kepada diri kita, kepada keluarga dan kepada orang lain terutama yang tak percaya pada kita tu. Right...?

Tapi untuk mencapai cita-cita dan impian tu sampai kita terpaksa "mengorbankan" ibu bapa kita, maruah keluarga kita, hancurkan hati orang yang cintakan kita yang percayakan kita, adakah itu satu impian yang betul-betul berbaloi..? Adakah itu apa yang kita inginkan..? Adakah itu makna kebahagiaan buat kita..? Fikirkan.

Keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan ini. Tanpa keluarga, kebahagiaan dan kejayaan kita tak ada makna. Sepincang mana pun sesebuah keluarga itu, ia tetap darah daging kita. Sengaja Allah "berikan" kita keluarga yang huru-hara sebab Allah nak tengok sejauh mana kita mampu kuat dan bertahan dengan apa yang Allah telah berikan. Ingat ya, di luar sana beribu-ribu anak-anak yang lahir tanpa keluarga. Bayangkan.

Cinta memerlukan PENGORBANAN dan PERSEFAHAMAN bukan sekadar gerak hati dan rasa cinta yang datang tiba-tiba. Sebab tu cinta pandang pertama selalu tak ke mana. Apatah lagi kalau kau hanya tengok kepada rupa. Cinta perlukan masa. Masa untuk berkembang dan mekar. Masa untuk membina akar yang kukuh. Masa untuk faham dan difahami. Bukan sekadar faham yang luaran, tapi juga faham dalaman. Kita boleh halalkan hubungan dengan pernikahan tapi pernikahan bukan tiket confirm kita akan menyintai atau dicintai. Ingat tu.

hindi movie, second film for Varun Dhawan and Alia Bhatt,
Cinta memerlukan masa

Cinta still everything dalam hidup kita. Nak buat apa-apa keputusan pun, cinta will always guide kita untuk buat keputusan terbaik walaupun cinta itu sendiri menyakitkan dan mungkin kita sendiri tak sangka akan buat keputusan tu. Cinta ni ada power yang luar biasa tau, jangan tak percaya..! :)

Betul, kadang-kala kita perlu rasai kehilangan kemudian baru kita akan lebih menghargai. Tak semua orang bertuah untuk dapat peluang kedua. Jadi kalau dapat peluang kedua jangan disia-siakan. Pengorbanan tu perlu dalam percintaan. Untuk lihat orang yang kita cintai bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri bukan lah mudah. Tapi kalau itu yang betul-betul buat dia bahagia, kita perlu lepaskan dia. Biar dia sendiri tentukan apa yang terbaik untuk dirinya, bukan terima kita kerana terpaksa atau rasa kasihan. Lepaskan, kalau cinta kau sejati, dia pasti akan kembali..!

Keseluruhan Persembahan Badrinath Ki Dulhania

Chemistry lakonan Alia Bhat dengan Varun Dhawan memang superb. They both look really like best friend and serasi sangat, tak kekok, tak overshadow, tak ada adegan over peluk-peluk cium-cium. But still kita boleh rasa chemistry yang ngam dan buat kita percaya they both made to each other untuk nampak "lengkap" di layar. Lakonan dua-dua pun okey, tak kayu dah. Cuma lagu-lagu dalam filem ni kurang ummpphh bagi aku. Scene menarik terutama bila dia tunjuk keindahan dan kewarna-warnian India tu sendiri. Buat aku rindu nak ke India lagi.

Aku suka filem ni. Untuk tontonan santai-santai dan untuk anak-anak muda yang nak kenal cinta tu elok la tengok filem ni. Jiwa tengah memberontak nak do something extravaganza dalam hidup kononnya. Tengok filem ni dan faham kenapa keserdahanaan itu penting dan kenapa mengutamakan ibu bapa kita sendiri tu penting. Walaupun kita tak suka atau tak bersetuju dengan ibu bapa kita. 

Love this story. Love story telling and flow filem ni. Simple. Tapi ada juga scene yang berlebih-lebih macam nak drag masa je. Biasa lah mana-mana filem pun mesti ada scene 'add-on' macam tu kan. Jalan cerita agak klise tapi mesej sampai. Twist di buat dengan kemas. Ending bersahaja and real. Filem hindustan moden yang menjurus ke arah jalan cerita yang realistik tapi ciri-ciri filem hindustan yang suka dialog panjang-panjang tu masih dikekalkan (tepuk dahi..! hahahahaa..). Overall aku bagi 3 bintang dari 5 bintang. Love it dan kalau ada masa nanti nak ulang tonton filem ni. Tapi nak cuba cari masa tonton Humpty Sharma Ki Dulhania dulu, insyaAllah soon.



...


sumber gambar dari Google Image



Share:

3 comments:

  1. Rasa nak tengok pula aihh

    ReplyDelete
  2. Yaaaa, Kak Ain punya review movie hindustan memang terbaik!
    Cinta memerlukan pengorbanan. I like =)

    ReplyDelete
  3. oh my god, soundtrack movie ni la antara yang best untuk tahun 2017 haha nak pula lagu humsafar tu awww jatuh cinta terus

    ReplyDelete