Hitam Putih Aidilfitri Aku Tahun Ni

Dah nak masuk dua minggu kita sambut Aidilfitri. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni baik-baik sahaja buat kami suami isteri walaupun dua-dua beraya tanpa baju baru. Guna baju sedia ada sahaja. Kan dah azam nak berjimat-cermat tahun ni. Lolsss..! Tapi kan, bila time aku dah nekad tak nak beli baju baru tahun ni, banyak pula design baju raya yang cantik-cantik dan aku berkenan sebab sesuai dengan badan aku yang tak berapa kurus dan tak berapa tinggi ni. Stress tau. Mampu tengok je baju-baju tu tapi tak beli sebab nak berpegang kepada azam kononnya..! grgrgrgrgrr..

Tahun ni buat pertama kali aku dan Pokchik dapat sambut 1st Syawal dengan anak-anak. Alhamdulillah mak mereka izinkan mereka beraya dengan kami tahun ni. Hampir 10 tahun tau Pokchik tak sambut 1st Syawal dengan anak-anak dia sejak bercerai. Pagi 1st Syawal tu memang nampak Pokchik happy dan excited gila. Aku faham perasaan tu dan aku biar je dia enjoy moment-moment pagi raya dengan anak-anak dia.

Dan tahun ni juga pertama kali pagi 1st Syawal kami di rumah sendiri. Yang ni aku pula teruja lebih. Walaupun baru nak masuk 5 bulan kami berpindah dan tinggal di rumah baru ni dan walaupun rumah kami tu masih banyak kekurangan dan serba tak lengkap tapi perasaan sambut pagi Syawal dekat rumah sendiri rupa-rupanya sangat menakjubkan dan luar biasa bahagia.. hahahahaa..! Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur diberi kesempatan ini ditambah pula ada anak-anak yang bersama kami.

Malam menjelang Syawal aku dah siap-siap masak Ayam Masak Merah kegemaran Pokchik dan anak-anak dia. Pagi Syawal tu awal-awal lepas Subuh aku dah mula masak Nasi Tomato pula. Sekejap je masak nasi tomato tu dan gembiranya la haiiii tak tahu nak describe. Lepas siap-siap masak aku terus acah-acah sibuk siapkan suami dan anak-anak dengan pakaian baju raya masing-masing. Like dream comes true gituueeww. Ewah, macam dalam drama raya kan.. hahahahaa..! Tapi serius la, feel pagi raya tu memang sangat membahagiakan. Akan aku kenang sampai akhir hayat. InsyaAllah.

Lepas Pokchik selesai solat sunat Aidilfitri kat masjid Salak Tinggi, baru lah kami bertolak ke Ampang rumah ayah Pokchik. Kat Ampang sudah tersedia menunggu kami rendang daging, lemang, nasi impit, ayam masak kicap dan pelbagai jenis biskut raya. Meriah juadah pagi raya kami. Seronok betul. Berselera makan macam dah bertahun tak makan waktu siang.. kikikikii..! Poyo sangatlah kan. :p

Cuma yang aku terkilan sikit, pagi raya tu kami terlupa nak buat sesi bersalam dan bermaaf-maafan. Kenapa entah semua mood happy je jadi tak teringat pula nak start mood sedih-sedih dengan bermaaf-maafan tu. Nasib baik bab bergambar aku tak lupa. Ada la juga sekeping dua gambar raya kami empat beranak buat kenang-kenangan. Tapi gambar dengan ayah dan mak mertua di pagi raya tak ada pula. Lupa sungguh. InsyaAllah ada kesempatan lain di tahun-tahun akan datang.

Raya kedua, kami bertolak ke Setiawan sebab nak hantar anak-anak balik ke pangkuan mak nya pula. Jadi lah dapat beraya dengan anak-anak dalam dua hari pun. Syukur sangat dah. Harap-harap ini bukan kali terakhir kami dapat beraya dengan anak-anak. Nak tunggu anak sendiri, entahlah tak tahu bila. Aku serah pada rezeki Allah je. Sementara ni, tumpanglah kasih sayang beraya dengan anak-anak tiri. Dan aku happy, sangat happy..! Lain macam senyum raya tahun ni.. :)

Raya ketiga, aku dan Pokchik bertolak balik ke kampung aku pula di Batu Pahat. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun ada jammed sikit lah. Normal la kan jammed sana-sini bila musim raya ni. Kami okey je lagipun time kami tu macam kena la dengan situasi. Mujur sangat-sangat. Kalau kami gerak lewat sikit confirm lagi teruk lekat jammed. Tiga hari kami di kampung aku. Rabu raya keenam tu aku dah start keje balik. Mood kerja time semua orang masih bercuti raya ni, ya ampuuuunnn hazab okehh..! lemau..! hahahahahahaa..


Dan........ entah tak semena-mena mood aku swing habis sejak raya keenam tu sampai hari ni. Bermula episod gelap, malap, suram dan hiba dalam hidup aku. Tak tahu apa punca tapi adalah sedikit cetusan-cetusan yang mengundang depression aku kembali. Aku menangis je sejak raya keenam sampai hari ni. Aku rasa sakit. Jiwa tak sihat. Fikiran aku berat. Hati aku membeku. Terus Aidilfitri aku terhenti di situ. No more raya. No more fun. No more bahagia. Yang ada cuma gelap dan berat. Baru aku tahu, bukan cinta je boleh datang dan pergi sesuka hati tapi depression pun boleh datang dan pergi tanpa sebab rupanya. Huhhh..! :(

Aku perlu lakukan sesuatu. Aku dah sampai limit yang mana aku tak mampu nak bertahan dan tunggu masa merawat segalanya lagi. Aku dah cukup penat selama ni asyik bertahan. Jadi aku nekad nak rawat diri sendiri sementara menunggu tarikh appointment dengan doktor bulan depan. Tak tahu la mampu ke tak nak rawat diri, tapi aku cuba. Benda pertama aku buat adalah left group whatsapp yang tak penting, then uninstall FB dan IG kat handphone aku. Biarlah. Rehat dulu buat masa ni. 

Aku di fasa nak give up dengan semua benda. Tak ada sisa kekuatan lagi dah. Nak pertahankan benda yang menyakitkan kita untuk apa..? Baik aku lepaskan supaya aku pun dapat bebas. Tapi betul ke kebebasan itu yang aku inginkan..??!! arrgghh.. aku tak ada jawapan. 

Mohon doakan aku ye.
Doakan aku tak buat benda gila.
Aku belum gila. 


...




Share:

15 comments:

  1. Hi Ain,

    Zhi suka cerita raya pertama sampai ke-5 tu. Rasa happy dan letih juga baca sebab Ain macam ke sana sini busy dengan susunan schedule raya. Bila bayangkan ayam masak merah..mmmmmdap.

    Isu depression tu, harap ain dapat tenang dan jangan banyak fikir sangat k. Moga Ain baik-baik saja.

    Jaga diri Ain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni masih tenang. mudah-mudahan bertahan.

      tQ Zhi.. :)

      ...

      Delete
  2. stay strong.. anyway, berjimat dari beli baju raya rasanya mcm tak best je, at least beli la sepasang sbg reward untuk diri sendiri.. nak jimat banyak lagi cara lain.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! betul juga, macam tak relevant je berjimat tang beli baju raya.. hahahahaha.. tapi aku tak mampu nak berjimat tang lain, berjimat tang bagi duit raya misalnya. Setiap tahun bajet untuk duit raya bertambah sebab anak-anak saudara sentiasa bertambah.. hahahahaha.. lol.. :p

      ...

      Delete
  3. raikan hitam dan putih seadanya.hayati sakit dan sihat semampunya.hurt and lesson memang dipisah garis nipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana entah garis tu.. kabur..! :(

      tapi, thanks FR.

      ...

      Delete
  4. pertama, aku puji kau berjaya berjimat. aku.. berjimat kot lain, pi berbelanja kot lain plak haha tepuk dahi.

    kedua, aku tumpang seronok pasal dapat raya dengan anak-anak. kau lah ibu tiri yang baik. ibu tiri yang aku kenal memang kena mintak sula hahaha aku doakan kau ada rezeki anak sendiri kerana kebaikan kau pada mereka.

    ketiga, depression is no fun. aku doakan kau dapat keluar daripada kekusutan, kesihatan mental fizikal tip top biar sampai tua k. amiinn insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..!! memang no fun la bab depression ni.
      sampai sekarang pun mood ke laut.. nak marah semua orang rasanya.. macam patut duduk gua kot aku ni.. duduk sorang2 je.. daammmmnn..!

      :(

      ...

      Delete
  5. selamat hari raya ain. anything boleh whaspp ummul kalau ain sedia nak share apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ummul..

      selamat hari raya juga.. kad raya ain sampai tak..?

      ...

      Delete
  6. meriah raya kak ain tapi part raya ke-6 tu I wonder what happened sampai akak depressed balik. Harap kak ain kembali ceria dan dapat atasi masalah depression ni with or without doctor. Take care sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..! depression ni chipsmore dik.. kejap ada kejap takde.. menci betul.. :(

      ...

      Delete
  7. Allah Allah.
    How I wish I could hug u kak. Transfer spirit. May all is well for u kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Sha.. hug dari jauh je ye.. :)

      ...

      Delete
  8. Cepat sungguh masa berlalu, satu kali lagi hari raya yang berlepas. Ucapan lambat untuk hari raya dari saya ni.

    ReplyDelete