Tips Mudah Memaafkan Orang Lain (Perkongsian Daripada DMFK)

Alhamdulillah, sempat dengar perkongsian tazkirah dan motivasi daripada Dato Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah di Sinar FM pagi tadi. Tersentuh aku mendengar kata-kata beliau berkaitan tajuk KEMAAFAN. Sungguh, kemaafan itu mahal harganya bagi mereka yang tidak memahami tapi sangat murah apabila kita faham hikmah dan petunjuk yang Allah s.w.t. nak anugerahkan kepada kita kalau kita jadi seorang yang pemaaf. Nak hidup selalu lapang, selalu tenang, dipermudahkan semua urusan -- selalu lah maafkan orang lain.

DMFK kata, maaf ni macam senyum juga. Orang kata senyuman tu satu sedekah kan, memaafkan pun satu sedekah yang mana sedekah-sedekah ni bukan untuk si penerima sahaja tapi untuk si pemberi juga. Malah siapa yang bagi sedekah (senyuman dan maaf) ni hidup dia akan lebih bahagia dan lebih murah rezeki lagi. So, jom jadi pemaaf :)

motivasi DMFK, kemaafan dendam yang terindah, maafkan orang lain dengan ikhlas, hikmah mengingati mati
bangun malam dan buat solat taubat kemudian istighfar 100x

Aku terkesan sangat bila ada satu caller ni tanya tips macam mana nak mudah maafkan orang lain. Sebab aku rasa semua daripada kita mesti pernah lalui satu perkara yang sangat-sangat menyakitkan. Kita boleh maafkan tapi tak boleh lupakan. Itu namanya kita tak boleh 'move on' lagi sebab tu hidup kita macam stuck satu tempat. Stress kan, bila kita rasa benda dah selesai tapi belum selesai. Kita berpura-pura macam dah okey, tapi deep inside kita belum betul-betul memaafkan. Jadi apakah kemaafan yang kita berikan selama ini adalah semata-mata lakonan sahaja..?

Tips Mudah Maafkan Orang Lain

Ini 3 steps yang DMFK kongsikan pagi tadi cara macam mana kita nak mudah maafkan orang. Keyword nya ialah : lembutkan hati. Sebab bila hati kita lembut, InsyaAllah kita akan mudah sahaja nak maafkan orang walaupun apa yang dia buat pada kita sangat berat. So, macam mana nak lembutkan hati..?

1.  Solat Sunat Taubat dan Istighfar
Rajinkan diri bangun malam dan tunaikan solat sunat taubat. Lepas habis solat taubat tu, istighfar 100 kali. Buat benda ni setiap malam. Jadikan amalan. Jadikan kebiasaan. Solat sunat taubat ni akan selalu buat kita rasa rendah diri dan sedar diri yang kita ni hanyalah hambaNya. Kita semua adalah pendosa. Nak dendam-dendam sesama manusia sampai bila..? Akhirnya nanti kita akan kembali kepada Allah juga kan. Istighfar 100 kali pula amalan nak lembutkan hati.

2.  Selalu Ingat Mati
Yang ni tips yang paling selalu orang lupa. Benda lain boleh ingat, tapi bila suruh ingat mati tak nak pula. Kononnya mati tu lambat lagi. Tapi tahukah anda, mengingati mati adalah satu ibadah. Dapat pahala tau setiap kali mengingati mati dan menginsafinya. Bila kita selalu ingat mati, kita akan rasa masa yang kita ada dah tak lama. Jadi kalau ada silap dengan orang, segeralah minta maaf dan kalau orang lain pula ada silap dengan kita, maafkan sahaja lah. Hidup kita tak tahu berapa lama lagi. Tak kan nak mati dalam keadaan "hutang" maaf tak langsai lagi.

3.  Doakan Untuk Si Pesalah
Lepas kita maafkan orang yang buat salah dengan kita tu, cuba biasakan diri kita doakan pula dia. Doakan yang baik-baik. Doakan dia dapat hidayah, doakan dia lembut hati, doakan dia tak ulang kesilapan yang sama lagi dan doakan dia jadi orang yang beriman dan soleh/solehah satu hari nanti. Simple je doa ni. Tapi cuba amalkan. Doa kita kepada orang lain kan akan reflect kepada diri kita sendiri juga, sebab tu lah penting sangat kita doakan yang baik-baik kepada orang lain walaupun dia pernah buat benda tak baik kepada kita.

Teringat aku cerita seorang kawan lama. Zaman sekolah dulu memang dia ada seteru dengan sorang lagi classmate kami. Tak tahu apa masalah dua orang ni. Tapi asyik nak bergaduh sahaja. Aku namakan si M dengan si N. Aku dalam geng si M la. Aku selalu tengok bila si M ni marah kat si N dia akan cakap lebih kurang macam ni "Ya Allah, beri lah hidayah Mu kepada si N tu. Gerammmm betul aku tengok dia. Dia la manusia paling baiiiikkkkk dalam dunia ni Ya Allah.." --lebih kurang macam tu lah si M ni selalu cakap. But of course dalam nada marah sambil merah-merah muka la kan. Tapi, walau dalam marah-marah tu pun Allah makbulkan doa dia tau.

Sekarang si M dengan si N ni dah jadi best friend..!! Hahahahahaa.. betul. Aku tak tipu. Last time aku dengar pasal diaorang bila diaorang sama-sama belajar kat UiTM. Daripada musuh, bertukar jadi best friend. Alhamdulillah sampai hari ni mereka best friend. Kuasa Allah kan, siapa kita nak menidakkan semuanya. Sebab tu lah, mendoakan yang baik-baik untuk orang lain tu sangat-sangat penting..!! :)

Apapun berbalik kepada soal mudah ke susah nak maafkan orang tadi, aku rasa memang susah tapi tak mustahil untuk kita jadi pemaaf. Aku pernah jumpa dengan ramaiiiiii orang yang dulu pemarah, pendendam malah ada yang pernah diuji dengan pelbagai ujian kehidupan tapi kemudian mereka ni bertukar jadi manusia yang pemaaf. Hidup mereka berubah. Makin berseri-seri muka, makin murah rezeki dan paling penting nampak lebih bahagia.

Tak rugi apa-apa jadi pemaaf ni. Sebab maaf tu bukan hak kita sebenarnya. Tak kan nak mati dalam keadaan 'hutang' maaf belum langsai.. betul tak..? Macam mana kita nak mohon ampun dan maaf daripada Allah s.w.t. kalau kesalahan sesama manusia pun kita berkira.

Akhir kata untuk kali ni, aku nak ambil kesempatan masih dalam Ramadhan bulan pengampunan ni untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas salah silap aku kepada korang sama ada yang aku sedar atau pun tidak. Aku tahu banyak kata-kata dan post aku yang mungkin dah perasaan korang atau buat korang terasa dengan aku. Sekali lagi dan berkali-kali lagi, aku mohon maaf. Sudilah kiranya korang maafkan aku. Sesungguhnya aku manusia biasa yang mudah lupa dan aku manusia yang sensitif lagi emo (sebab tu suka ikut perasaan dan ikut suka hati sendiri je) ..lol..! :p

Dan.... aku dah maafkan semua salah silap orang lain pada aku. Ikhlas dari hati aku yang paling dalam. Selama ni pun memang aku dah maafkan. Setiap malam sebelum tidur aku dah maafkan semua dan aku doakan Allah jadikan semua kesilapan aku atau kita bertukar menjadi pengajaran dan kebaikan untuk kita sama-sama. Aku berusaha jadi manusia pemaaf dan tak nak berdendam. Korang pun doakan aku eh, mudah-mudahan lembut hati ni.. Aamiinn..

Salam maaf zahir dan batin daripada aku.
Selamat Hari Raya.

:)




...


Share:

8 comments:

  1. Memaafkan boleh, tapi melupakan tu yg kadang-kadang susah sangat. Sha akn cuba ikut nasihat ni, mudah-mudahan lps ni will be better

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak lupakan susah sebab sakit sangat kan. Tapi kita kena usaha juga untuk lupakan semua tu kalau tak, hidup kita akan stuck pada benda tu tak habis-habis dan hati kita tak akan rasa lapang.

      Kita sama-sama cuba ok. Kak Ain pun tengah cuba juga.. :)

      ...

      Delete
    2. Saya pun sama. Boleh maafkan tapi selepas itu akan berhati2 dengan 'insan' yang seperti ini di masa akan datang. tak nak pisang berbuah dua kali.



      Delete
    3. betul juga.. berhati-hati tu penting kan.. :)

      ...

      Delete
  2. thanks diatas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete