Happy Anniversary Untuk Kita | Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dah lama aku nak kongsikan hal ni tapi asyik tertangguh je tapi sejak aku ulang tonton filem Dear Zindagi untuk entah yang kali ke berapa puluh kali, aku rasa perlu juga untuk aku kongsikan hal ni dalam blog. Ini untuk ingatan kepada diri aku sendiri selain aku harap dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Sebelum tu, izinkan aku dan kamu (yang sedang membaca ni) buka hati dan buka minda seluas-luasnya. Kita boleh saling bersetuju mahupun tidak bersetuju. Masing-masing ada pilihan tersendiri.

Okey, jom mula.

Dear Zindagi 

Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dulu aku juga pernah bertanya sendiri-sendiri, kenapa tak boleh ada satu hubungan yang sempurna..? Sempurna yang aku maksudkan adalah satu hubungan yang melengkapi sepenuhnya. Misalnya kita berkahwin dengan serorang lelaki dan dia lah jadi suami kita, sahabat baik kita, pelindung kita, pemimpin kita, teman bergossip dan membawang kita, teman shopping atau teman travel kita. Semua. Hanya dengan seorang manusia, semua keperluan relationships kita akan terisi. Mustahil tak..?

Jawapannya tak mustahil, tapi hampir mustahil..! hahahahaha. Yang pertama, terima lah hakikat tak ada manusia yang sempurna (kecuali Rasulullah s.a.w.). Yang kedua, tidak ada satu relationships pun yang bersifat pegun dan tidak berubah-ubah. Yang ketiga, keinginan manusia tidak pernah cukup mahupun mencukupi. Ermmm.. faham tak apa yang aku cuba sampaikan..?

Okey, sekarang aku nak share satu games yang sama lebih kurang macam 'latihan psikologi' yang Dr. Jug sarankan dalam filem Dear Zindagi tu tapi games ni ada tambahan sikit. Aku pernah main games ni dalam satu program motivasi. Mudah sahaja. Mula-mula, kalian perlu bersedia mental fizikal seadanya. Bernafas dengan tenang. Duduk dengan selesa. Lapangkan fikiran. Senyum. Dan anda boleh mula jawab soalan ini :

1.  Dalam 5 minit, secara spontan, senaraikan 30 orang paling penting dalam hidup anda.
2.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 15 nama dari senarai tersebut.
3.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 10 lagi nama dari senarai tersebut.

Jadi, sekarang di dalam fikiran anda hanya tinggal 5 orang sahaja. Betul..?

4.  Akhir sekali, anda perlu membahagikan 5 orang tersebut kepada 5 kategori ini :
     a) Orang yang akan anda beritahu rahsia paling besar dalam hidup anda
     b) Orang yang akan anda temui bila hadapi masalah kewangan
     c) Orang yang akan anda hubungi bila kesunyian
     d) Orang yang anda akan ajak untuk berparti/ke majlis-majlis keraian
     e) Orang yang anda akan bawa bercuti ke tempat yang tak pernah anda lawati

Syaratnya, kalian tak boleh letak nama orang yang sama untuk kelima-lima kategori tersebut. Sudah selesai..?

Aku tak akan share apakah simbolik dan kaitan games ini dengan tahap kesihatan sosial manusia. Aku rasa kalian sendiri boleh membuat rumusan dan dengan mudah boleh faham apa pengajaran yang cuba di sampaikan melalui games ini. Tapi kalau kalian rasa games ini sesuatu yang terlalu sukar untuk di selesaikan dan not fun at all, maka aku nasihatkan kalian duduk diam sebentar dan fikir semula. Apakah kehidupan sosial kalian selama ini normal..?

Aku sendiri, jujurnya sangkut kat soalan nombor 3 tu. Aku tak mampu nak senaraikan 5 orang paling penting dalam hidup aku sebab aku rasa semua orang penting. Tiba dekat soalan nombor 4 pun aku stuck juga sebab aku tak tahu nak kategorikan orang-orang penting ni. Susah betul nak jawab soalan nombor 4 tu. Tapi aku rasa games ni seronok dan membuka mata aku tentang manusia-manusia penting di sekeliling aku. Mungkin selama ni aku kurang memerhatikan dan kurang menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku.

End up aku cuma tulis satu nama untuk soalan nombor 4 tu. Kalian pun boleh agak nama siapa yang aku letak, kan..? So, aku failed dalam games ni. Tapi aku dapat pengajaran besar melaluinya. Aku harap kalian juga sama.

Kenapa Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna ?

Kerana manusia diciptakan untuk melengkapi bukan untuk berasa lengkap. Pernah dengar tak quotes tu..? Aku baca quotes tu masa zaman belasan tahun lagi. Mula-mula memang tak faham, tapi bila dah matang sikit ni aku mula faham apa yang dimaksudkan secara tersirat. Kalau dengan berkahwin dengan sorang manusia terus hidup kita jadi lengkap, habis kenapa kita masih cari kawan-kawan bila ada masalah dengan pasangan..? Kenapa kita masih cari mak ayah dan adik-beradik bila tiba Hari Raya..? Kenapa kita masih on FB dan IG menagih perhatian, likes dan comment sahabat maya ke atas setiap satu yang kita share kan..? Kenapa..? 

Tidak semua keperluan relationship kita boleh dipenuhi oleh pasangan. Ada masa kita perlukan kawan-kawan sama jantina sebab lebih memahami. Sama hobi. Sama pengalaman atau sama cara berfikir. Aku tak tahu lah kalau ada jenis orang yang hidup dia 24 jam berkepit dengan pasangan dan tak perlu orang lain LANGSUNG dalam hidup dia. Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa manusia macam ni.

Bagi yang belum berkahwin, mereka akan kata mak ayah adalah segala-galanya. Tak ada pakwe/makwe tak apa. Tak ada kawan-kawan rapat pun tak apa. Friendlist kat FB dan followers kat IG tak bertambah pun tak apa. Janji aku ada mak ayah di sisi katanya. Dari kecik berkepit dengan mak ayah je, ke mana-mana dengan mak ayah. Share everything dengan mak ayah, tak ada rahsia antara kami kononnya. Tapi, teringin aku nak tanya : sampai bila..? Tak kesian ke dekat mak ayah tu..? Mereka pun mahukan privacy. Masa untuk berdua. Dari kau kecik mereka dah habiskan berabad usia mereka menemankan kau. Bila kau dah besar panjang pun masih nak berkepit dengan mereka. Habis, bila masa untuk mereka berdua-dua pula...? 

Betapa Indah Aturan Allah s.w.t.

Kita perlukan semua jenis relationships tu untuk lengkapkan hidup kita. Walaupun sudah berkahwin, kita masih perlukan mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan strangers..! Sama ada sahabat dekat, sahabat jauh, sahabat rapat, sahabat kurang rapat, semua ada fungsi simbiosis dengan hidup kita. Tak lupa jiran, kawan kepada kawan, kawan kepada pasangan, kawan kepada musuh. Semua penting..! 

Lihatlah betapa indah dan perfect aturan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Cantik. Tak perlu kita nak nafikan dan tak perlu lah kita nak pandai-pandai ubah. Bila Allah dah tetapkan fitrah perempuan pasangannya lelaki, tak payah la kita nak suka-suka tukar. Perempuan suka perempuan, lelaki suka lelaki, tak akan ke mana. Deep inside mereka sendiri sedar semua itu bukan fitrah semulajadi tapi perasaan dan jiwa sendiri yang memberontak dan ingin melawan ketetapan. Kenapa..? Aku tak layak mengadili. Hanya Allah yang tahu kenapa dan bagaimana segalanya bermula dan akan berakhir. Ingat ya, tak penting bagaimana kita bermula tapi yang lebih penting adalah di mana dan bagaimana cara kita berakhir.

Lastly, aku nak ambil kesempatan hari ni 31 Julai 2018 genap 8 tahun aku bersuamikan Pokchik. Satu-satunya manusia yang paling sabar bertahan untuk melihat senyuman aku setiap hari. Terima kasih untuk 8 tahun yang penuh pengorbanan. Aku dah habis kata-kata untuk mengumpamakan dia. Tak ada sekelumit pun aku mampu membalasnya. Sabar dia, tak cerewet dia, tak complaint dia, tak marah dia, tak menjauh dia, tak mengungkit dia, tak meminta lebih dia. Semua. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian ini. Aku cuma minta lelaki yang penyabar, tapi Kau berikan aku sesempurnanya dia untuk 8 tahun ini. Alhamdulillah.


Pokchik, Happy Anniversary untuk kita.
Tolong bertahan lagi bersama. Jangan pergi walu beribu kali aku menghalau.
Jangan menangis biar beratus kali aku menghiba.
Tetaplah bersama aku.
Setiap saat, aku mendoakan syurga buatmu.
Biar bukan dengan aku, tapi aku berdoa sungguh-sungguh Allah bagi syurga untuk mu.

Demi Allah, aku hanya mencintai mu.




...



Share:

WorldCup2018 Final | Kembali Kepada Perancis

Aku mungkin salah seorang daripada beratus ribu yang bergembira hari ini menyambut kemenangan Perancis membawa pulang Piala Dunia 2018. Akhirnya..! Berbaloi kita menunggu bertahun-tahun selama ni. Tahniah Perancis dan tahniah untuk semua penyokong yang setia sejak sekian lama. Kepada penyokong yang baru masuk #teamfrance sama ada secara segaja atau tak sengaja, di ucapkan selamat datang. Mohon setia. Hahahahaa..! Dan seperti tahun-tahun world cup yang terdahulu, team favorite aku tetap Perancis, Spain dan Korea Selatan. Sayang Spain hambar gila tahun ni. Korea Selatan pula cemerlang di mata aku sebab berjaya hantar pulang pasukan juara (Germany) pulang awal. Bravo...! :p

Untuk Croatia, tahniah berjaya jejak padang final buat pertama kali. Penyokong Croatia patut bangga besar tahun ni. Mereka bermain dengan baik sepanjang perjalanan dari peringkat kumpulan sampai malam final. Aku tak tahu la apa faktor mereka hilang bisa malam tadi, tapi goal pertama Croatia semalam smart and world class..! Setuju..?

Perancis Juara Piala Dunia 2018 (gambar dari IG Sinar FM)

Perancis Dengan Kesebelasan Terbaik

Aku dah lama tak ikuti perkembangan bola sepak luar negara sejak Piala Dunia 2010 masa Spain menang tu. Kalau dulu aku boleh hafal nama-nama pemain dengan pasukan negara atau kelab yang mereka wakili tapi sekarang, ya ampunnnnn..! tak kenal dah nama-nama mereka ni. Tak tahu pun siapa top star dan sebagainya. Pemain 'separa senior' macam Cristiano Ronaldo, Messi, Torres dan lain-lain tu aku kenal la. Tapi yang level adik-adik ni sumpah tak kenal.

Aku ada terbaca tentang kesebelasan pasukan Perancis untuk kempen piala dunia tahun ni adalah antara kesebelasan terbaik yang mereka ada. Selain daripada pemain-pemain muda, coach pasukan Perancis tahun ni juga adalah bekas ketua pasukan Perancis pada tahun 1998 yang mana pada tahun tu Perancis menang Piala Dunia buat kali pertama. Woww..! nampak sangat menjanjikan lagi mengujakan tapi still dalam bola sepak ni segalanya mungkin. Sebagai penyokong setia France sejak insiden Zidane tanduk dada pemain Italy masa final world cup tahun 2006 dulu, aku memang meletakkan harapan penuh pada France walaupun aku tak kenal sorang pun pemain France tahun ni dan aku tak tengok satu pun perlawanan France masa peringkat kumpulan... hahahahaha... :p

Bila France layak ke peringat suku akhir, baru aku tengok live perlawanan tu dan masa tu juga baru terkial-kial nak kenal pemain France. Macam biasa, Pokchik lah jadi tempat rujukan aku. Masa tu baru aku kenal dengan si Griezman ni. Eh, handsome pula budak mata biru ni. Terus declare diri sendiri #teamgriezman kahh kahh kahh...! Walaupun Pokchik lebih suka Progba dan Mbappe tu tapi aku tetap la suka si Griezman yang ala gula-gula di mata ku ituewww. Tapi still tak tahu Griezman ni main untuk kelab apa..? Berapa umur dia..? Bagus sangat ke macam mana.. entah.. nanti-nanti lah aku google.

Antoine Griezman 


Croatia Lebih Layak Jadi Juara?

Aku tak tahu la apa perasaan penyokong Croatia tengok perlawanan semalam. Aku rasa mencabar juga serangan-serangan Croatia terutama masa separuh masa pertama kan. Tapi ulasan yang aku dengar pagi ni ramai yang kata Croatia main hambar malam tadi. Mungkin kepenatan sebab banyak games sebelum ni diaorang kena main sampai masa tambahan. Tapi... ermmmm.. bagi aku, malam tadi Croatia ada banyak peluang untuk lead sebab pertahanan France agak kacau-bilau. Gol kedua Croatia pun disebabkan kelalaian goal keeper France juga kan. Memang kalau France tetap buat kesilapan dan main macam budak sekolah semalam, serius Croatia boleh drag games tu sampai masa tambahan lagi. Dan kalau benda tu terjadi, memang aku sumpah pemain France karam jadi kapal Van De Wijck malam tadi juga. Geram aku...! :p

Bak kata pengulas malam tadi, final world cup 2018 : 1 gol sendiri, 1 gol penalti dan 1 gol sagu hati.. hahahahaha.. :) Macam mana entah boleh ada gol sagu hati tu. Rasa nak tampar-tampar je. Dengar kata goal keeper France tu goal keeper Liverpool ye..?!! kahh..kahh kahhh.. patut lah.. booooo.. (saje panas line) hahahahaa.. :p  Oh ye, lupa nak mention, kalau dalam EPL aku #teamchelsea ye.. ok bye..! :p

Tapi tak nak sembang banyak pasal 3 gol 'kebetulan' tu sebab yang 3 gol lagi tu lebih menarik dan memuaskan hati. Gol pertama Croatia cantik, gol ketiga France wow dan gol keempat France paling superb...! Tahniah la untuk tiga pemain ni. Bagi rasa padu dalam dada penonton. Puas tengok final world cup bila dipersembahkan dengan gol-gol kelas dunia macam ni. Thanks...! :)

Apapun World Cup 2018 sudahpun melabuhkan tirai dengan gilang gemilang dan senyuman penuh mekar untuk penyokong France tahun ni. Untuk penyokong pasukan lain, jangan sedih sangat. Semua ni adat pertandingan. Paling best bila tengok bola sepak ni adalah drama dan skill setiap pemain tu. Scene yang jarang kita dapat tonton dalam satu temasya. Bila pemain kelas dunia bertemu sesama sendiri atas nama negara masing-masing. Itu yang power..!

Jumpa lagi World Cup 2022 nanti di Qatar.
Aku harap drama di Qatar nanti lebih menarik. Tambah menarik kalau France dapat kekalkan kejuaraan. Perggghhh...! segalanya mungkin. Kena pula 22 memang nombor ajaib aku. Mudah-mudahan berjangkit keajaiban tu pada team France.. hikksss..

:)


p/s  :  aku tak pandai ulas perlawanan bola tapi sebagai penonton, aku enjoy setiap moment.. menang kalah aku okey je.. sejak dulu aku suka tonton perlawanan bola sepak sebab aku rasa terhibur, adrenalin melompat-lompat dan persembahan pemain-pemain hebat tu buat aku rasa hidup ni bagai sebiji bola juga.. dikejar kemudian disepak-sepak, kemudian dikejar lagi.. dirembat sampai berguling-guling tapi lepas tu dipeluk dan kadang-kadang di cium.. hahahahaha..! ini semua gila..! dunia memang gila tapi perlukah kita berputus asa..? never...!


...



Share:

The Lunchbox | Cinta Adalah Tentang Melepaskan

Amboiiii tiga review movie hindustan secara berturut-turut ni. Nampak sangat tengah depressed kan..! hahahahaha. Hari-hari tengok hindustan ke..? Tak la. Bukan hari-hari tapi hampir setiap hari la juga sebab aku kebosanan. Maklumlah dah lebih dua minggu tak buka FB dengan IG, tak tahu apa gossip terkini. Best juga rupanya bila start "detox" kan diri dari media sosial ni. Sunyi sekejap hidup. Tapi sunyi yang membahagiakan lah.

Filem The Lunchbox ni aku tonton dah lama sebenarnya, cuma sekarang baru rasa nak buat review sebab aku nak simpan memori kemanisan menonton filem ni dalam blog aku. Ini pun banyak dah terlupa. Nampaknya kena ulang tonton filem ni lagi. To be honest juga, first time masa aku tengok filem ni, aku tertidur di pertengahan cerita. Punya la slow movement filem ni. Dah la banyak scene dalam gelap je.. adehhh..! Tapi kan, bila menghampiri ending filem ni aku rasa rugi sebab tak tengok betul-betul setiap scene walaupun yang slow dan gelap tu.

bayangkan hari-hari dapat surat dalam mangkuk tingkat.. :)

The Lunchbox | Kisah Tentang Mengisi Kesunyian

Banyak point dan pengajaran yang diselitkan dalam filem ni sebenarnya tapi secara berkias. Jadi kalau kau tonton dengan feel terlalu santai, kau akan terlepas kemanisan tu. Suka juga diingatkan, ini filem untuk mereka yang suka menonton filem dengan hati, naluri dan perasaan. Bagi yang berjiwa keras lagi kental, tak payah tengok filem ni okey.

So, ini apa yang aku nak share tentang filem The Lunchbox yang menang banyak awards antarabangsa ni, bersusun-susun award untuk filem ni tau.. :

#1  Lakonan Irrfan Khan sebagai Saajan Fernandes yang digambarkan sebagai seorang lelaki hidup kesunyian selepas kematian isteri tu memang sesuai sangat dengan style Irrfan sendiri. Memang tengok muka dengan mata kuyu dia je pun cukup buat kau jatuh simpati kat dia. Kena pula watak Saajan ni jenis yang bersahaja tapi disiplin dalam kerja. Tekun. Tak banyak songeh dan jenis yang menurut arahan. Paling penting kita boleh rasakan macam mana bosannya hidup Saajan ni dari dulu sampai sekarang buat benda sama je. Sampai dah nak pencen pun masih buat benda sama tak ubah-ubah.

#2  Mula-mula aku rasa annoying gila dengan watak Saajan ni sebab dia tipikal lelaki dewasa berumur yang membosankan, slow, pendiam dan langsung tak ada apa-apa yang menarik tentang dia pun. Tapi rupa-rupanya ada satu lagi watak super-annoying iaitu Shaikh (lakonan Nawazuddin Siddiqui) yang ya ampunnnn mengekor je si Saajan ni. Konon nak belajar macam-macam daripada Saajan sebab nanti Saajan dah pencen, Shaikh ni akan ganti tempat Saajan tu tapiiiiiiiii perangai si Shaikh ni geram betul..! :p

Semua benda dia nak tanya. Ke mana je Saajan tu pergi dia ikut. Saajan nak lunch pun dia menyibuk juga kat situ, nak makan sama-sama la. Memang dia adore la kat Saajan ni tapi over giler dan kelakar..! hahahaha. Watak Shaikh ni adalah penghibur dalam filem ni. Walaupun annoying tapi aku berterima kasih atas lakonan cemerlang Nawazuddin Siddiqui ni. Berganding pula dengan Irrfan Khan, memang ngam dua orang pelakon ni. Superb..! 


#3  Selain watak Saajan, Shaikh dan watak wanita utama (lakonan Nimrat Kaur) dalam filem ni, aku rasa watak paling utama dalam filem ni adalah : mangkuk tingkat (tiffin) tu sendiri. Keseluruhan filem ni memang highlight kat mangkuk tingkat tu. Di India mereka panggil dabbawalas

The dabbawalas (also spelled dabbawallas or dabbawallahs, called tiffin wallahs in older sources) constitute a lunchbox delivery and return system that delivers hot lunches from homes and restaurants to people at work in India, especially in Mumbai. The lunchboxes are picked up in the late morning, delivered predominantly using bicycles and railway trains, and returned empty in the afternoon. They are also used by meal suppliers in Mumbai, who pay them to ferry lunchboxes with ready-cooked meals from central kitchens to customers and back. The 2013 Bollywood film The Lunchbox is based on the dabbawala service.
Dan pengarah filem ni Ritesh Batra dapat idea nak tulis tentang filem The Lunchbox pun daripada sistem dabbawalas ni la. Mula-mula dia nak buat program dokumentari je tapi end up, buat filem. Bagus kan.. :)

#4  Aku ada rasa sikit pelik la macam mana makanan yang Ila (lakonan Nimrat Kaur) masak setiap hari tu boleh sampai kepada Saajan je. Apa canggih sangat ke sistem dabbawalas ni sampaikan kita boleh hantar makanan kepada orang yang sama setiap hari walaupun kita tak pernah kenal orang tu atau tak pernah pesan apa-apa pada tukang hantar tiffin tu pun. Tambah pula ada beribu-ribu atau mungkin beratus ribu tiffin setiap hari...! wowwww.. hindustan sangaaattt kan.. hahahahaha.. :)

Tapi bagaimana pengarah menggarap scene perkenalan secara tak sengaja di antara Saajan dengan Ila tu aku suka. Macam sweet gila tapi tak obvious sangat. Mungkin ada benarnya, cinta tidak kerana paras rupa. Hanya daripada makanan dalam tiffin pun, kita boleh mengenali seterusnya jatuh cinta kepada orang yang kita tak pernah kenal.


#5  Dalam dunia ni ramai orang SUNYI. Ada macam-macam faktor yang menyebabkan manusia hidup dalam kesunyian. Ada yang mereka sendiri pilih, dan ada pula yang bukan kehendak mereka. Ada yang dah terbiasa hidup dalam kesunyian sampai dah tak rasa sunyi lagi, dan ada pula yang tak boleh langsung walau lima minit berasa sunyi, mesti nak cepat-cepat hang out dengan kawan. Well, hidup ini adalah pilihan kan..?

Bagaimana Illa rasa sunyi sebab tak diendahkan oleh suami, dan macam mana Saajan mengisi kesunyian sebab tak ada isteri adalah dua situasi yang berbeza, tapi mereka 'dipertemukan' dengan lunchbox setiap hari. Saajan dan Ila saling berkongsi kesunyian mereka tanpa mereka sendiri menyedarinya. Daripada sekadar kata-kata teguran tentang rasa makanan, hingga ke bait-bait yang menyentuh perasaan seterusnya membibitkan cinta. Bukan Saajan mahupun Ila sengaja, tapi mereka sendiri tak sangka.

#6  Satu lagi, aku tak faham kenapa filem ni banyak sangat penerbit. Macam banyak gila syarikat produksi bergabung tenaga menerbitkan filem ni sedangkan filem ni berbajet biasa je. Dharma Produtions (Karan Johar) pun salah satu penerbit juga. Jalan cerita simple. Lokasi marhaen. Para pelakon pun berapa orang je. Dan filem ni cuma mengambil masa 29 hari untuk siap shooting.. hahahahaa..! macam senang betul depa buat filem kan, lepas tu terus menang banyak awards.. :)

#7  Aku suka ending filem ni walaupun bukan happy ending. Sebab aku suka bila watak utama dalam filem yang berfikiran rasional dan bukan ikut perasaan je macam hero-hero filem dulu-dulu. Cinta bukan semestinya bersatu dan dalam The Lunchbox ni aku sendiri berbahagi-bahagi. Separuh hati rasa nak tengok Saajan dan Ila bersatu, dan separuh hati lagi rasa lebih elok kalau mereka tak bersatu dan masing-masing bawa haluan sendiri. Aku takut nak membayangkan kalau Ila sebenarnya tak boleh terima Saajan atau sebenarnya Ila bukan apa yang Saajan sangkakan. Its like... ermmmmm... "biar tak tahu daripada tahu lepas tu kecewa" hahahahaa..

Mungkin lebih baik untuk masing-masing move on dan terus hidup dalam kenangan-kenangan yang manis sahaja. Ingat yang elok-elok dan simpan hal yang indah sahaja kan. Kebenaran kadang-kala menyakitkan. Tu lah..! haihhhh.. kita sebagai penonton pun mesti realistik dan berlaku adil kepada watak-watak dalam filem ni. Hero dengan heroin tak bersatu tak semestinya filem tu tak best..kan..! :)


Apapun, aku suka filem ni. Ada kelas dan kemantapan tersendiri. Filem ni mengajar aku banyak hal tentang mencintai dan menghargai. Cinta tu luas dan sangat besar tafsirannya. Bukan semua orang bercinta nak berkepit, berpeluk, bercium-cium sepanjang masa. Ada yang hanya mahu cinta melalui jelingan mata, lirikan senyuman, kata-kata yang indah, ucapan terima kasih dan kata-kata sayang yang ikhlas. Itu pun cinta juga.

Aku bagi 3.5 daripada 5 bintang untuk filem ni. Bagi yang ada rasa macam perkahwinan korang dah hambar tu, cuba tengok filem ni. Ada nasihat Saajan yang best untuk korang. Yang belum kahwin mungkin tak berminat nak tengok filem ni tapi kalau minat dengan lakonan Irrfan Khan dan Nawazuddin Siddiqui tu, korang wajib tengok filem ni. Salah satu persembahan terbaik Irrfan Khan. 

:)




...


sumber gambar  :  google image



Share:

Jagga Jasoos | Filem Menarik Tapi Lompong

List filem yang aku teringin sangat nak tonton memang panjang dah tak pernah habis. Salah satu filem yang berjaya masuk dalam list aku adalah filem ni : Jagga Jasoos. Pertama kerana trailer yang nampak lain daripada lain. Kedua sebab Ranbir Kapoor. Ketiga sebab aku suka filem Barfi. Suka yang, eh...suka gila..! Suka yang boleh buat aku ulang-ulang tengok filem Barfi berpuluh kali siap beli DVD filem Barfi. Okey cukup. Dek kerana team filem Jagga Jasoos ni adalah team yang sama dengan team filem Barfi, maka of course aku teruja gila dan letak expectation gila tinggi melangit untuk filem ni. Emmpphhh..!

Tapi, selepas selesai menonton filem ni minggu lepas.. hati aku pun kembang kuncup. Nak kata aku suka filem ni, macam tak suka. Nak kata aku tak suka tapi macam ada suka juga sikit. So, suka-tak suka-suka-tak suka-suka-tak suka.. sampai 50 tahun lagi pun tak habis. 

Jagga Jasoos (Detective Jagga)

Jagga Jasoos Menarik Dan Tak Menarik Sama Rata

Untuk yang belum tahu, filem ni mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Bermula pada tahun 2014 hingga selesai sepenuhnya untuk tayangan pada 2017. Sepanjang pembikinan filem ni, Ranbir Kapoor berlakon dalam dua lagi filem besar iaitu Bombay Valvet dan Tamasha. Bayangkan, Ranbir terpaksa berulang-alik menyiapkan 3 filem serentak dalam 3 tahun. Sudah lah tiga-tiga filem tu Ranbir bawa tiga watak, tiga imej, tiga lokasi pengambaran, tiga pasangan pelakon dan mood filem yang berbeza-beza. Woww..! tabik untuk Ranbir Kapoor.

Pun begitu, ketiga-tiga filem ni tidaklah begitu berjaya. Biasa-biasa sahaja impak filem ni dalam perkembangan karier Ranbir. Sedih kan. Silap-silap boleh give-up jadi pelakon tau. Punyalah bersusah payah bagi komitmen sini sana, alih-alih hasilnya tak kebabomm sangat pun. Itu lah yang orang kata kualiti mengatasi kuantiti. Lepas ni harap Ranbir akan jaga kualiti lebih berbanding kuantiti. Yeppp..!

Berbalik kepada filem Jagga Jasoos yang pada pandangan aku, sekadar average sahaja persembahannya dalam segala segi. Yang baik dan yang buruk tentang filem ni sama rata sama banyak. Sebab tu sekejap rasa suka, sekejap rasa tak suka. So, ini apa yang aku nak share tentang filem ni. Boleh jadi ia adalah point yang positif atau point yang negatif. Terpulang kepada anda menilai.

#1  Lakonan Ranbir Kapoor naik turun dalam filem ni. Ada scene dia cemerlang, ada scene macam hambar teruk. Tak ada feel dan aku tak dapat rasa apa yang cuba di sampaikan. Rasa nak skip je scene bosan macam tu. Kita boleh nampak ada sesetengan scene sahaja Ranbir bagi 100% tapi sebahagian lain, dia nampak penat. Ada sesetengah scene pula aku rasa Ranbir dah terlalu tua untuk bawa watak Jagga ni. Mungkin kalau pilih pelakon yang berbadan kecil dan bermuka bayi (baby face) lebih sesuai kot. 


#2  Jalan cerita filem ni sebenarnya menarik. Aku suka. Kisah pengembaraan dan ala-ala detektif memang menarik perhatian kita nak tonton filem ni dari mula sampai habis, walaupun ada sesetengah perkara kita dah boleh jangka pun ending apa dan sesetengah scene sangatlah klise.. hahahaha.. Tapi untuk tontonan santai, aku rasa filem ni menarik dan berjaya buat aku tak bosan.

#3  Elemen muzikal dalam filem ni pula sebaliknya. Gagal membuat aku terbuai-buai mahupun excited. Lagu-lagu dalam filem ni tak ada yang berjaya lekat dalam hati aku. Sorry. Tapi untuk berlaku adil, aku memang dari dulu tak suka filem muzikal. Terutama yang jenis letak dialog dalam lagu. Aku like.. ermmm.. tak faham..! tak dapat tangkap klimaks. Apa salahnya cakap je, tak payah nyanyi...!! grgrgrgrgr.. Tapi dalam filem ni, Jagga (lakonan Ranbir Kapoor) memang gagap. Dia hanya boleh cakap secara lancar kalau dia menyanyi. So, aku boleh tahan la tahap muzikal dalam filem ni dari mula sampai habis. Ermmm.. overall okey sahaja la sebenarnya.

#4  Kenapa aku mesti tengok Katrina Kaif dalam filem ni..??!! arrgghhhh.. kemurungan seminggu okehhh. Aku tak suka lakonan Katrina ni dari dulu kot. Semua filem dia tak ada yang aku suka kecuali scene menyanyi dan menari je lah. Tak dinafikan dia memang superb bab menari ni. So, tengok dia dalam klip muzik je cukup. Lakonan dalam filem...??!! urrgghhh.. pleaseeeeee lah.. tak suka..! :p

#5  Khabar angin bertiup tentang hubungan cinta Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif yang tengah hangat meranum waktu tu menyebabkan mereka berdua bersetuju untuk berlakon sama dalam filem ni. Lokasi Cape Town yang dipilih juga khabarnya dipilih oleh Ranbir dan Katrina sendiri sebab mula-mula diaorang fall in love kat situ. Tapi sayangnya, dek kerana filem ni juga hubungan cinta Ranbir-Katrina akhirnya putus di tengah jalan. Bayangkan eh, tengah-tengah shoot filem tetiba putus cinta tapi tetap kena teruskan shooting sampai habis. Tiga tahun pula tu tak habis-habis shooting malah banyak scene yang kena shooting balik sebab Anurag Basu (Pengarah Filem) tak puas hati dengan persembahan mereka berdua.

Adoiiii..! macam mana nak move on ekk.. asyik kena hadap muka ex-girlfriend sepanjang 3 tahun dan kena buat-buat suka depan kamera sedangkan dalam hati, alahaiiii.. :p Aku tak tahu nak puji ke nak sedih dengan persembahan Ran-Kat ni. Ada scene diaorang nampak serasi, ada scene nampak awkward. Ada juga scene yang nampak Katrina totally lost. Kahh kahh kahh...! Memang mencabar betul nak siapkan filem ni agaknya.


#6  Berbeza dengan lakonan bapa angkat Jagga si Tuttifrutti Badhal Bagchi (lakonan Saswata Chatterjee) yang ternyata cemerlang dari mula sampai habis filem. Superb..! Aku suka dan ternanti-nanti kemunculan dia di screen. Muka toya tak ada perasaan dia di samping karektor yang cemekap dia tu paling menghiburkan la. Bagi aku watak Tuttifrutti ni banyak menyelamatkan filem ni daripada terjerumus ke lembah dan gaung.. hahahaha..! So, terima kasih untuk watak Tuttifrutti di tangan Saswata Chatterjee.


#7  Aku tahu, tak adil untuk bandingkan filem Jagga Jasoos ni dengan filem Barfi sebab dua-dua filem ni berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. Tapi kalau pengarah dan penerbit memang sengaja nak ulang magis dalam Barfi ke dalam Jagga Jasoos, nampaknya mereka gagal teruk. Semoga jadi pengajaran kepada pembikin filem yang lain. Sebuah filem hebat taraf lagend, tak boleh di ulang magisnya. Sebab tu orang panggil filem tu one and only. Faham..? Filem macam DDLJ tu kau nak buat remake...??!! tak payah...! memang tak akan sama hasilnya. Makin teruk ada la nanti. So, please eh.. jangan ulang lagi kesilapan sama. Cuba buat benda baru lah. Yang lepas biarkan lepas. Okehh.. :)

Keseluruhan filem ni juga menghiburkan aku. Tak ada rasa menyesal pun menonton filem ni. Okey lah. Cuma ada banyak ruang-ruang lompong yang boleh dibaiki dan diperhalusi lagi pada masa akan datang terutama jalan cerita. Macam Barfi tu ada elemen mendebarkan, kebetulan-kebetulan yang melucukan, hubung-kait watak yang mantap dan tak nampak sengaja dibuat-buat dan paling best elemen kasih sayang dan cinta dalam Barfi sangat deep dan mengesankan. Berbeza dengan Jagga Jasoos ni, elemen kasih sayang di awal cerita je kita dapat rasa. Elemen cinta langsunglah tak ada. Jalan cerita longgar habis. Kalau tak kerana unsur penyiasatan yang sedikit menarik tu, memang hanyut dah filem ni. 

Tapi aku nangis tau masa scene Jagga terjumpa gambar yang Tuttifrutti sorok belakang board tu. Gambar-gambar masa Jagga masih kanak-kanak dengan Tuttifrutti. Berderai airmata aku sebab terus rindu arwah Ayah. Reaction Jagga masa tu priceless..!! Dan itu je lah satu scene yang betul-betul lekat dalam ingatan aku tentang filem ni. So, keseluruhan aku bagi 3 dari 5 bintang untuk filem ni. Aku hormat dan hargai usaha Ranbir Kapoor dan Anurag Basu nak buat kelainan untuk industri filem India. Harap mereka tak putus asa dan terus hasilkan filem-filem hebat yang lain daripada lain pula lepas ni. Kudos to both of you.

:)



sumber gambar : google image


...

Share:

Toilet : Ek Prem Katha | Sebuah Kisah Cinta

Aku memang tertarik sangat dengan jalan cerita filem ni tambah pula lepas tengok trailer dan baca sinopsis tentang filem Toilet : Ek Prem Katha ni kat youtube. Barisan pelakon pun nampak 'luar biasa' sebab pertama kali Bumi Pednekar digandingkan dengan Akshay Kumar kan. Tapi paling utama, aku suka mesej yang nak disampaikan dalam filem ni. Simple je. Pasal kepentingan bina toilet kat rumah. Tapi mungkin simple untuk kita tapi tak berapa simple untuk orang India.

Lepas selesai tonton filem ni baru aku faham kenapa complicated sangat isu toilet kat India. Memang berani pengarah dan penerbit buat filem sinis macam ni. Rakyat India kan sensitif sangat bab hukum-hakam dan kepercayaan agama mereka kan. Jadi tak boleh senang-senang nak tukar dan tak boleh terang-terangan nak tegur. Silap-silap boleh perang saudara.. hehehehee.. Ada aku terbaca tentang rakyat India nak boikot filem ni tapi hasil kutipan di pawagam mengagumkan juga akhirnya. Box office okey..! dan filem ni tersenarai dalam antara filem paling menguntungkan 2017. Ada pula yang buat petisyen minta penerbit tukar tajuk filem ni, jangan letak perkataan 'toilet' tu sebab 'kotor' katanya, tapi lastly tak dilayan sebab tajuk 'toilet' tu la kekuatan dan buat orang nak ke pawagam tengok filem ni. Kan..? :)

Toilet : A Love Story 

Bagaimana Kuasa Cinta Mampu Mengubah Negara

Aku suka scene Keshav (lakonan Akshay Kumar) nak mengurat Jaya (lakonan Bumi Pednekar) tu. Sweet tapi tak sweet sangat. Gentleman. Paling suka yang masa dia follow Jaya sampai rumah hanya sebab nak pastikan Jaya selamat dan tak diganggu. Jaya kayuh basikal, Keshav follow kat belakang tunggang motor. Jauh tapi dekat. Benci tapi sayang. Auucchhh..! :)

Paling best tentang filem ni bila dah tiba part intermission tu. Tiba-tiba watak Keshav jadi serius dan matang. Sungguh-sungguh dia perjuangkan hak isteri dia, sungguh-sungguh dia nak ubah mind set bapa dia, sungguh-sungguh dia nak pertahankan apa yang terbaik untuk isteri dia sampai sanggup menentang satu kampung dan ayah sendiri. Aku suka lakonan Akshay Kumar yang macam ni. Mantap..!


Dan bagaimana cinta seorang suami kepada isterinya bukan membabi buta semata-mata tapi sebab dia lelaki matang yang penuh tanggungjawab. Walau tak belajar tinggi, walau bukan orang kaya dan ternama tapi kerana rasa tanggungjawab tu dia boleh faham perasaan isteri dia dan terus berpegang pada apa yang dia percaya terbaik untuk isteri dia dan semua orang juga sebenarnya. 

Ini bukan soal cinta ke tak cinta, sayang ke tak sayang, memahami ke tak memahami tapi ini soal prinsip dan nak bawa kesedaran. Tak guna bina seribu toilet pun tapi kalau tak ada kesedaran di hati orang kampung tu, semua akan sia-sia. Cinta Keshav kepada isterinya Jaya bukan semata-mata tentang toilet tapi memang tanggungjawab suami pertahankan maruah dan keselamatan isterinya. Tiba-tiba aku terfikir dalam banyak-banyak filem hindustan, memang selalu ditekankan soal tanggungjawab suami kepada isteri dan sebaliknya. Agak-agak kat India sana kadar perceraian mereka sama tinggi macam kat negara kita ke..?? ehhh.. :p

India Memang Kotor Ke ?

Pengalaman aku sendiri ke India tahun lepas rasanya tak ada lah seteruk yang diceritakan sebelum ni terutama Kashmir. Mungkin Kashmir musim sejuk masa tu dan penduduk majoriti Islam jadi kita rasa bersih je sepanjang di Kashmir. Tapi di New Delhi dan Agra tu ermmm.. errmmm.. agak 'mendukacitakan' la tahap kebersihannya.. oppsss.. Tapi aku bayangkan kalau ke bahagian pendalaman India lebih teruk lagi. Nasib aku tak pergi.. hahahahaha.. 

Tapi bukan nak kata rakyat India tu semua pengotor, tak adil pula rasanya. Ini soal kepercayaan turun-temurun mereka. Dah terbiasa dan terdidik begitu. Bayangkan dalam filem Toilet ni, lembu pun boleh tinggal DALAM rumah, makan ke berak kencing ke semua lembu tu buat DALAM rumah tapi bila Keshav nak bina toilet dalam rumah untuk isteri dia, bapa Keshav tak bagi sebab katanya toilet tu KOTOR. Tak boleh bina dalam rumah, dalam rumah dia nak beribadat katanya. Aku yang menonton ni, like whaaaattttt...?!! 

Satu lagi scene masa pagi Jaya tak jadi buang air besar di kawasan padang sebab dia tak biasa tu, boleh pula bapa Keshav mogok tak nak makan makanan yang Jaya masak kan sebab bapa Keshav kata Jaya tu KOTOR sebab pagi tadi tak membuang. Macam ni lah maksud bapa Keshav tu; orang perempuan mesti membuang dulu setiap pagi, baru dikira bersih dan kalau bersih baru boleh masak dan buat kerja rumah. Again, aku like whaaaatttt...?!! Habis orang lelaki kampung tu yang kencing merata-rata main pancut je kat dinding-dinding mana lepas tu tak cuci tangan pula, di kira BERSIH pulaaaaa...?? eeeuuuwwwwww.. :(


Kekuatan Filem Toilet : Ek Prem Katha

Kekuatan filem ni dan kenapa korang kena tonton filem ni, yang pertama sebab mesej dan kesedaran yang nak di bawa oleh filem ni. Terutama orang India sendiri, please la tengok filem ni dan buka minda luas-luas. Berapa ramai wanita di India sana jadi mangsa gangguan seksual SETIAP HARI hanya sebab tak ada toilet kat rumah dan mereka terpaksa berjalan kaki beratus kilometer dari rumah semata-mata nak membuang air besar atau kecil. Sudah lah kena pergi waktu pagi-pagi buta masa gelap gelita tu, lepas tu membuang pula di kawasan tanah terbuka dengan tak ada dinding apa langsung. Isyyhhkk..! aku rasa macam penderaan mental je. Kesian tau kaum wanita kat India tu. Taraf mereka ni di pandang rendah sampai boleh dipijak-pijak je. 

Yang kedua, lakonan Akshay Kumar dalam filem ni cemerlang. Aku gelak sakan tengok dia kena kahwin dengan lembu betina sebab lambat jodoh. Hahahahaha..! Muka blurr tapi patuh dia tu buat aku rasa nak lempang-lempang je. And serius aku ikut sama nangis bila Akshay nangis masa toilet dia kena pecah atas arahan bapa dia sendiri tu. Scene tu sedih weiii..! Nak marah macam mana, bapa sendiri yang buat. Tak kan nak tumbuk bapa sendiri pula.

Dan scene malam last sebelum Keshav dan Jaya pergi ke mahkamah esok nya tu pun sedih. Bergenang airmata. Like kau tahu dah buat segala yang terdaya tapi masih tak berjaya. Masih rasa kalah walau dah hero sangat masa tu. Faham tak..? Scene tu mantap. Lakonan dua-dua pelakon ni buat aku hampir percaya : Cinta tak semestinya bersatu.. ehhh.. (macam dah lari topik, ok bye..!)

Yang ketiga, aku rasa kita kena tonton dan support filem yang kaya mesej macam filem ni. Kalau penonton tak nak support filem macam ni, makin susah la nak sedarkan rakyat dan nak sampaikan 'dakwah' kat negara minda tertutup macam India tu. Padahal negara dia kaya dengan hasil bumi dan kaya dengan sumber manusia kot..! hahahahha. Sama macam filem PK, filem Hindi Medium dan banyak lagi filem hindustan yang bagus-bagus, terkini filem Pad Man. Semua filem ni ada mesej sosial yang sarat dan sangat positif. We should watch and support.. okey..! :)

Apapun aku bagi 4 daripada 5 bintang untuk filem ni. Walaupun ada scene yang agak meleret dan klise tapi keseluruhan aku enjoy tonton filem ni dan puji keberanian mesej yang nak disampaikan. Semoga India berjaya capai impian nak jadi negara yang bersih satu hari nanti. 




...

sumber gambar : google image



Share: