Happy Anniversary Untuk Kita | Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dah lama aku nak kongsikan hal ni tapi asyik tertangguh je tapi sejak aku ulang tonton filem Dear Zindagi untuk entah yang kali ke berapa puluh kali, aku rasa perlu juga untuk aku kongsikan hal ni dalam blog. Ini untuk ingatan kepada diri aku sendiri selain aku harap dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Sebelum tu, izinkan aku dan kamu (yang sedang membaca ni) buka hati dan buka minda seluas-luasnya. Kita boleh saling bersetuju mahupun tidak bersetuju. Masing-masing ada pilihan tersendiri.

Okey, jom mula.

Dear Zindagi 

Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dulu aku juga pernah bertanya sendiri-sendiri, kenapa tak boleh ada satu hubungan yang sempurna..? Sempurna yang aku maksudkan adalah satu hubungan yang melengkapi sepenuhnya. Misalnya kita berkahwin dengan serorang lelaki dan dia lah jadi suami kita, sahabat baik kita, pelindung kita, pemimpin kita, teman bergossip dan membawang kita, teman shopping atau teman travel kita. Semua. Hanya dengan seorang manusia, semua keperluan relationships kita akan terisi. Mustahil tak..?

Jawapannya tak mustahil, tapi hampir mustahil..! hahahahaha. Yang pertama, terima lah hakikat tak ada manusia yang sempurna (kecuali Rasulullah s.a.w.). Yang kedua, tidak ada satu relationships pun yang bersifat pegun dan tidak berubah-ubah. Yang ketiga, keinginan manusia tidak pernah cukup mahupun mencukupi. Ermmm.. faham tak apa yang aku cuba sampaikan..?

Okey, sekarang aku nak share satu games yang sama lebih kurang macam 'latihan psikologi' yang Dr. Jug sarankan dalam filem Dear Zindagi tu tapi games ni ada tambahan sikit. Aku pernah main games ni dalam satu program motivasi. Mudah sahaja. Mula-mula, kalian perlu bersedia mental fizikal seadanya. Bernafas dengan tenang. Duduk dengan selesa. Lapangkan fikiran. Senyum. Dan anda boleh mula jawab soalan ini :

1.  Dalam 5 minit, secara spontan, senaraikan 30 orang paling penting dalam hidup anda.
2.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 15 nama dari senarai tersebut.
3.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 10 lagi nama dari senarai tersebut.

Jadi, sekarang di dalam fikiran anda hanya tinggal 5 orang sahaja. Betul..?

4.  Akhir sekali, anda perlu membahagikan 5 orang tersebut kepada 5 kategori ini :
     a) Orang yang akan anda beritahu rahsia paling besar dalam hidup anda
     b) Orang yang akan anda temui bila hadapi masalah kewangan
     c) Orang yang akan anda hubungi bila kesunyian
     d) Orang yang anda akan ajak untuk berparti/ke majlis-majlis keraian
     e) Orang yang anda akan bawa bercuti ke tempat yang tak pernah anda lawati

Syaratnya, kalian tak boleh letak nama orang yang sama untuk kelima-lima kategori tersebut. Sudah selesai..?

Aku tak akan share apakah simbolik dan kaitan games ini dengan tahap kesihatan sosial manusia. Aku rasa kalian sendiri boleh membuat rumusan dan dengan mudah boleh faham apa pengajaran yang cuba di sampaikan melalui games ini. Tapi kalau kalian rasa games ini sesuatu yang terlalu sukar untuk di selesaikan dan not fun at all, maka aku nasihatkan kalian duduk diam sebentar dan fikir semula. Apakah kehidupan sosial kalian selama ini normal..?

Aku sendiri, jujurnya sangkut kat soalan nombor 3 tu. Aku tak mampu nak senaraikan 5 orang paling penting dalam hidup aku sebab aku rasa semua orang penting. Tiba dekat soalan nombor 4 pun aku stuck juga sebab aku tak tahu nak kategorikan orang-orang penting ni. Susah betul nak jawab soalan nombor 4 tu. Tapi aku rasa games ni seronok dan membuka mata aku tentang manusia-manusia penting di sekeliling aku. Mungkin selama ni aku kurang memerhatikan dan kurang menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku.

End up aku cuma tulis satu nama untuk soalan nombor 4 tu. Kalian pun boleh agak nama siapa yang aku letak, kan..? So, aku failed dalam games ni. Tapi aku dapat pengajaran besar melaluinya. Aku harap kalian juga sama.

Kenapa Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna ?

Kerana manusia diciptakan untuk melengkapi bukan untuk berasa lengkap. Pernah dengar tak quotes tu..? Aku baca quotes tu masa zaman belasan tahun lagi. Mula-mula memang tak faham, tapi bila dah matang sikit ni aku mula faham apa yang dimaksudkan secara tersirat. Kalau dengan berkahwin dengan sorang manusia terus hidup kita jadi lengkap, habis kenapa kita masih cari kawan-kawan bila ada masalah dengan pasangan..? Kenapa kita masih cari mak ayah dan adik-beradik bila tiba Hari Raya..? Kenapa kita masih on FB dan IG menagih perhatian, likes dan comment sahabat maya ke atas setiap satu yang kita share kan..? Kenapa..? 

Tidak semua keperluan relationship kita boleh dipenuhi oleh pasangan. Ada masa kita perlukan kawan-kawan sama jantina sebab lebih memahami. Sama hobi. Sama pengalaman atau sama cara berfikir. Aku tak tahu lah kalau ada jenis orang yang hidup dia 24 jam berkepit dengan pasangan dan tak perlu orang lain LANGSUNG dalam hidup dia. Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa manusia macam ni.

Bagi yang belum berkahwin, mereka akan kata mak ayah adalah segala-galanya. Tak ada pakwe/makwe tak apa. Tak ada kawan-kawan rapat pun tak apa. Friendlist kat FB dan followers kat IG tak bertambah pun tak apa. Janji aku ada mak ayah di sisi katanya. Dari kecik berkepit dengan mak ayah je, ke mana-mana dengan mak ayah. Share everything dengan mak ayah, tak ada rahsia antara kami kononnya. Tapi, teringin aku nak tanya : sampai bila..? Tak kesian ke dekat mak ayah tu..? Mereka pun mahukan privacy. Masa untuk berdua. Dari kau kecik mereka dah habiskan berabad usia mereka menemankan kau. Bila kau dah besar panjang pun masih nak berkepit dengan mereka. Habis, bila masa untuk mereka berdua-dua pula...? 

Betapa Indah Aturan Allah s.w.t.

Kita perlukan semua jenis relationships tu untuk lengkapkan hidup kita. Walaupun sudah berkahwin, kita masih perlukan mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan strangers..! Sama ada sahabat dekat, sahabat jauh, sahabat rapat, sahabat kurang rapat, semua ada fungsi simbiosis dengan hidup kita. Tak lupa jiran, kawan kepada kawan, kawan kepada pasangan, kawan kepada musuh. Semua penting..! 

Lihatlah betapa indah dan perfect aturan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Cantik. Tak perlu kita nak nafikan dan tak perlu lah kita nak pandai-pandai ubah. Bila Allah dah tetapkan fitrah perempuan pasangannya lelaki, tak payah la kita nak suka-suka tukar. Perempuan suka perempuan, lelaki suka lelaki, tak akan ke mana. Deep inside mereka sendiri sedar semua itu bukan fitrah semulajadi tapi perasaan dan jiwa sendiri yang memberontak dan ingin melawan ketetapan. Kenapa..? Aku tak layak mengadili. Hanya Allah yang tahu kenapa dan bagaimana segalanya bermula dan akan berakhir. Ingat ya, tak penting bagaimana kita bermula tapi yang lebih penting adalah di mana dan bagaimana cara kita berakhir.

Lastly, aku nak ambil kesempatan hari ni 31 Julai 2018 genap 8 tahun aku bersuamikan Pokchik. Satu-satunya manusia yang paling sabar bertahan untuk melihat senyuman aku setiap hari. Terima kasih untuk 8 tahun yang penuh pengorbanan. Aku dah habis kata-kata untuk mengumpamakan dia. Tak ada sekelumit pun aku mampu membalasnya. Sabar dia, tak cerewet dia, tak complaint dia, tak marah dia, tak menjauh dia, tak mengungkit dia, tak meminta lebih dia. Semua. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian ini. Aku cuma minta lelaki yang penyabar, tapi Kau berikan aku sesempurnanya dia untuk 8 tahun ini. Alhamdulillah.


Pokchik, Happy Anniversary untuk kita.
Tolong bertahan lagi bersama. Jangan pergi walu beribu kali aku menghalau.
Jangan menangis biar beratus kali aku menghiba.
Tetaplah bersama aku.
Setiap saat, aku mendoakan syurga buatmu.
Biar bukan dengan aku, tapi aku berdoa sungguh-sungguh Allah bagi syurga untuk mu.

Demi Allah, aku hanya mencintai mu.




...



Share:

15 comments:

  1. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 8 buat kak ain dan suami, Moga kekal sampai ke syurga. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih Miza.. :)

      ...

      Delete
  2. happy anniversary Ain dan pokchik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ummul.. :)
      happy anniversary untuk Ummul juga sebab kita sama kan.. hehehee..

      ...

      Delete
  3. haii. saya pun pernah terfikir benda ni sebenarnya tapi sifat manusia tu lain lain jadi takkan cukup dengan satu orang sahaja untuk semua ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. blog awak pun bagus juga.. keep it up.. :)

      ...

      Delete
  4. Amin ya robbal alamin.. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin..
    Tetiba baru teringat anniversary kitorg yg ke-9 dh lepas. Mcm biasa 2-2 org lupa. Eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh..! parah tu kalau dua-dua pun lupa.. nak salahkan siapa nih..? hahahaha.. :p

      lama tak dengar cerita 'cinta'.. manakah menghilang..?

      ...

      Delete
  5. okay la akak stuck dekat no 3, saya nak fikir 30 orang tu pun entah siapa hahaha. Anyway, happy anniversary untuk akak dengan pokchik yang ke-8, semoga perhubungan yang dibina makin kukuh dan utuh bersama. Semoga dimurahkan rezeki dan makin menyayangi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. thanks fahanna jafri.. :)

      p/s : 30 nama tu senang sebab semua nama yang terlintas dalam fikiran tulis semua, sampai watak hero dalam filem hindustan yang akak minat pun akak letak sekali.. hahahahaa.. delusion sangat kann.. lolss.. :p

      ...

      Delete
  6. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary..semoga bahagia n kekal hingga ke jannah😍

    http://sweetniena.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiinn.. thanks amalina.. :)

      ...

      Delete
  8. Menariknya quiz tu. Rasanya saya mungkin banyak sangkut juga ni. Cerita Dear Zindagi ni SRK ke kak? Kena tgk kalau SRK. Hehe.

    Btw, thanks sharing yang deep macam ni.

    ReplyDelete