List filem yang aku teringin sangat nak tonton memang panjang dah tak pernah habis. Salah satu filem yang berjaya masuk dalam list aku adalah filem ni : Jagga Jasoos. Pertama kerana trailer yang nampak lain daripada lain. Kedua sebab Ranbir Kapoor. Ketiga sebab aku suka filem Barfi. Suka yang, eh...suka gila..! Suka yang boleh buat aku ulang-ulang tengok filem Barfi berpuluh kali siap beli DVD filem Barfi. Okey cukup. Dek kerana team filem Jagga Jasoos ni adalah team yang sama dengan team filem Barfi, maka of course aku teruja gila dan letak expectation gila tinggi melangit untuk filem ni. Emmpphhh..!
Tapi, selepas selesai menonton filem ni minggu lepas.. hati aku pun kembang kuncup. Nak kata aku suka filem ni, macam tak suka. Nak kata aku tak suka tapi macam ada suka juga sikit. So, suka-tak suka-suka-tak suka-suka-tak suka.. sampai 50 tahun lagi pun tak habis.
![]() |
Jagga Jasoos (Detective Jagga) |
Jagga Jasoos Menarik Dan Tak Menarik Sama Rata
Untuk yang belum tahu, filem ni mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Bermula pada tahun 2014 hingga selesai sepenuhnya untuk tayangan pada 2017. Sepanjang pembikinan filem ni, Ranbir Kapoor berlakon dalam dua lagi filem besar iaitu Bombay Valvet dan Tamasha. Bayangkan, Ranbir terpaksa berulang-alik menyiapkan 3 filem serentak dalam 3 tahun. Sudah lah tiga-tiga filem tu Ranbir bawa tiga watak, tiga imej, tiga lokasi pengambaran, tiga pasangan pelakon dan mood filem yang berbeza-beza. Woww..! tabik untuk Ranbir Kapoor.
Pun begitu, ketiga-tiga filem ni tidaklah begitu berjaya. Biasa-biasa sahaja impak filem ni dalam perkembangan karier Ranbir. Sedih kan. Silap-silap boleh give-up jadi pelakon tau. Punyalah bersusah payah bagi komitmen sini sana, alih-alih hasilnya tak kebabomm sangat pun. Itu lah yang orang kata kualiti mengatasi kuantiti. Lepas ni harap Ranbir akan jaga kualiti lebih berbanding kuantiti. Yeppp..!
Berbalik kepada filem Jagga Jasoos yang pada pandangan aku, sekadar average sahaja persembahannya dalam segala segi. Yang baik dan yang buruk tentang filem ni sama rata sama banyak. Sebab tu sekejap rasa suka, sekejap rasa tak suka. So, ini apa yang aku nak share tentang filem ni. Boleh jadi ia adalah point yang positif atau point yang negatif. Terpulang kepada anda menilai.
#1 Lakonan Ranbir Kapoor naik turun dalam filem ni. Ada scene dia cemerlang, ada scene macam hambar teruk. Tak ada feel dan aku tak dapat rasa apa yang cuba di sampaikan. Rasa nak skip je scene bosan macam tu. Kita boleh nampak ada sesetengan scene sahaja Ranbir bagi 100% tapi sebahagian lain, dia nampak penat. Ada sesetengah scene pula aku rasa Ranbir dah terlalu tua untuk bawa watak Jagga ni. Mungkin kalau pilih pelakon yang berbadan kecil dan bermuka bayi (baby face) lebih sesuai kot.
#2 Jalan cerita filem ni sebenarnya menarik. Aku suka. Kisah pengembaraan dan ala-ala detektif memang menarik perhatian kita nak tonton filem ni dari mula sampai habis, walaupun ada sesetengah perkara kita dah boleh jangka pun ending apa dan sesetengah scene sangatlah klise.. hahahaha.. Tapi untuk tontonan santai, aku rasa filem ni menarik dan berjaya buat aku tak bosan.
#3 Elemen muzikal dalam filem ni pula sebaliknya. Gagal membuat aku terbuai-buai mahupun excited. Lagu-lagu dalam filem ni tak ada yang berjaya lekat dalam hati aku. Sorry. Tapi untuk berlaku adil, aku memang dari dulu tak suka filem muzikal. Terutama yang jenis letak dialog dalam lagu. Aku like.. ermmm.. tak faham..! tak dapat tangkap klimaks. Apa salahnya cakap je, tak payah nyanyi...!! grgrgrgrgr.. Tapi dalam filem ni, Jagga (lakonan Ranbir Kapoor) memang gagap. Dia hanya boleh cakap secara lancar kalau dia menyanyi. So, aku boleh tahan la tahap muzikal dalam filem ni dari mula sampai habis. Ermmm.. overall okey sahaja la sebenarnya.
#4 Kenapa aku mesti tengok Katrina Kaif dalam filem ni..??!! arrgghhhh.. kemurungan seminggu okehhh. Aku tak suka lakonan Katrina ni dari dulu kot. Semua filem dia tak ada yang aku suka kecuali scene menyanyi dan menari je lah. Tak dinafikan dia memang superb bab menari ni. So, tengok dia dalam klip muzik je cukup. Lakonan dalam filem...??!! urrgghhh.. pleaseeeeee lah.. tak suka..! :p
#5 Khabar angin bertiup tentang hubungan cinta Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif yang tengah hangat meranum waktu tu menyebabkan mereka berdua bersetuju untuk berlakon sama dalam filem ni. Lokasi Cape Town yang dipilih juga khabarnya dipilih oleh Ranbir dan Katrina sendiri sebab mula-mula diaorang fall in love kat situ. Tapi sayangnya, dek kerana filem ni juga hubungan cinta Ranbir-Katrina akhirnya putus di tengah jalan. Bayangkan eh, tengah-tengah shoot filem tetiba putus cinta tapi tetap kena teruskan shooting sampai habis. Tiga tahun pula tu tak habis-habis shooting malah banyak scene yang kena shooting balik sebab Anurag Basu (Pengarah Filem) tak puas hati dengan persembahan mereka berdua.
Adoiiii..! macam mana nak move on ekk.. asyik kena hadap muka ex-girlfriend sepanjang 3 tahun dan kena buat-buat suka depan kamera sedangkan dalam hati, alahaiiii.. :p Aku tak tahu nak puji ke nak sedih dengan persembahan Ran-Kat ni. Ada scene diaorang nampak serasi, ada scene nampak awkward. Ada juga scene yang nampak Katrina totally lost. Kahh kahh kahh...! Memang mencabar betul nak siapkan filem ni agaknya.
#6 Berbeza dengan lakonan bapa angkat Jagga si Tuttifrutti Badhal Bagchi (lakonan Saswata Chatterjee) yang ternyata cemerlang dari mula sampai habis filem. Superb..! Aku suka dan ternanti-nanti kemunculan dia di screen. Muka toya tak ada perasaan dia di samping karektor yang cemekap dia tu paling menghiburkan la. Bagi aku watak Tuttifrutti ni banyak menyelamatkan filem ni daripada terjerumus ke lembah dan gaung.. hahahaha..! So, terima kasih untuk watak Tuttifrutti di tangan Saswata Chatterjee.
#7 Aku tahu, tak adil untuk bandingkan filem Jagga Jasoos ni dengan filem Barfi sebab dua-dua filem ni berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. Tapi kalau pengarah dan penerbit memang sengaja nak ulang magis dalam Barfi ke dalam Jagga Jasoos, nampaknya mereka gagal teruk. Semoga jadi pengajaran kepada pembikin filem yang lain. Sebuah filem hebat taraf lagend, tak boleh di ulang magisnya. Sebab tu orang panggil filem tu one and only. Faham..? Filem macam DDLJ tu kau nak buat remake...??!! tak payah...! memang tak akan sama hasilnya. Makin teruk ada la nanti. So, please eh.. jangan ulang lagi kesilapan sama. Cuba buat benda baru lah. Yang lepas biarkan lepas. Okehh.. :)
Keseluruhan filem ni juga menghiburkan aku. Tak ada rasa menyesal pun menonton filem ni. Okey lah. Cuma ada banyak ruang-ruang lompong yang boleh dibaiki dan diperhalusi lagi pada masa akan datang terutama jalan cerita. Macam Barfi tu ada elemen mendebarkan, kebetulan-kebetulan yang melucukan, hubung-kait watak yang mantap dan tak nampak sengaja dibuat-buat dan paling best elemen kasih sayang dan cinta dalam Barfi sangat deep dan mengesankan. Berbeza dengan Jagga Jasoos ni, elemen kasih sayang di awal cerita je kita dapat rasa. Elemen cinta langsunglah tak ada. Jalan cerita longgar habis. Kalau tak kerana unsur penyiasatan yang sedikit menarik tu, memang hanyut dah filem ni.
Tapi aku nangis tau masa scene Jagga terjumpa gambar yang Tuttifrutti sorok belakang board tu. Gambar-gambar masa Jagga masih kanak-kanak dengan Tuttifrutti. Berderai airmata aku sebab terus rindu arwah Ayah. Reaction Jagga masa tu priceless..!! Dan itu je lah satu scene yang betul-betul lekat dalam ingatan aku tentang filem ni. So, keseluruhan aku bagi 3 dari 5 bintang untuk filem ni. Aku hormat dan hargai usaha Ranbir Kapoor dan Anurag Basu nak buat kelainan untuk industri filem India. Harap mereka tak putus asa dan terus hasilkan filem-filem hebat yang lain daripada lain pula lepas ni. Kudos to both of you.
:)
sumber gambar : google image
...
0 Comments