THE LUNCHBOX | Cinta Adalah Tentang Melepaskan

Amboiiii tiga review movie hindustan secara berturut-turut ni. Nampak sangat tengah depressed kan..! hahahahaha. Hari-hari tengok hindustan ke..? Tak la. Bukan hari-hari tapi hampir setiap hari la juga sebab aku kebosanan. Maklumlah dah lebih dua minggu tak buka FB dengan IG, tak tahu apa gossip terkini. Best juga rupanya bila start "detox" kan diri dari media sosial ni. Sunyi sekejap hidup. Tapi sunyi yang membahagiakan lah.

Filem The Lunchbox ni aku tonton dah lama sebenarnya, cuma sekarang baru rasa nak buat review sebab aku nak simpan memori kemanisan menonton filem ni dalam blog aku. Ini pun banyak dah terlupa. Nampaknya kena ulang tonton filem ni lagi. To be honest juga, first time masa aku tengok filem ni, aku tertidur di pertengahan cerita. Punya la slow movement filem ni. Dah la banyak scene dalam gelap je.. adehhh..! Tapi kan, bila menghampiri ending filem ni aku rasa rugi sebab tak tengok betul-betul setiap scene walaupun yang slow dan gelap tu.

bayangkan hari-hari dapat surat dalam mangkuk tingkat.. :)

The Lunchbox | Kisah Tentang Mengisi Kesunyian

Banyak point dan pengajaran yang diselitkan dalam filem ni sebenarnya tapi secara berkias. Jadi kalau kau tonton dengan feel terlalu santai, kau akan terlepas kemanisan tu. Suka juga diingatkan, ini filem untuk mereka yang suka menonton filem dengan hati, naluri dan perasaan. Bagi yang berjiwa keras lagi kental, tak payah tengok filem ni okey.

So, ini apa yang aku nak share tentang filem The Lunchbox yang menang banyak awards antarabangsa ni, bersusun-susun award untuk filem ni tau.. :

#1  Lakonan Irrfan Khan sebagai Saajan Fernandes yang digambarkan sebagai seorang lelaki hidup kesunyian selepas kematian isteri tu memang sesuai sangat dengan style Irrfan sendiri. Memang tengok muka dengan mata kuyu dia je pun cukup buat kau jatuh simpati kat dia. Kena pula watak Saajan ni jenis yang bersahaja tapi disiplin dalam kerja. Tekun. Tak banyak songeh dan jenis yang menurut arahan. Paling penting kita boleh rasakan macam mana bosannya hidup Saajan ni dari dulu sampai sekarang buat benda sama je. Sampai dah nak pencen pun masih buat benda sama tak ubah-ubah.

#2  Mula-mula aku rasa annoying gila dengan watak Saajan ni sebab dia tipikal lelaki dewasa berumur yang membosankan, slow, pendiam dan langsung tak ada apa-apa yang menarik tentang dia pun. Tapi rupa-rupanya ada satu lagi watak super-annoying iaitu Shaikh (lakonan Nawazuddin Siddiqui) yang ya ampunnnn mengekor je si Saajan ni. Konon nak belajar macam-macam daripada Saajan sebab nanti Saajan dah pencen, Shaikh ni akan ganti tempat Saajan tu tapiiiiiiiii perangai si Shaikh ni geram betul..! :p

Semua benda dia nak tanya. Ke mana je Saajan tu pergi dia ikut. Saajan nak lunch pun dia menyibuk juga kat situ, nak makan sama-sama la. Memang dia adore la kat Saajan ni tapi over giler dan kelakar..! hahahaha. Watak Shaikh ni adalah penghibur dalam filem ni. Walaupun annoying tapi aku berterima kasih atas lakonan cemerlang Nawazuddin Siddiqui ni. Berganding pula dengan Irrfan Khan, memang ngam dua orang pelakon ni. Superb..! 


#3  Selain watak Saajan, Shaikh dan watak wanita utama (lakonan Nimrat Kaur) dalam filem ni, aku rasa watak paling utama dalam filem ni adalah : mangkuk tingkat (tiffin) tu sendiri. Keseluruhan filem ni memang highlight kat mangkuk tingkat tu. Di India mereka panggil dabbawalas

The dabbawalas (also spelled dabbawallas or dabbawallahs, called tiffin wallahs in older sources) constitute a lunchbox delivery and return system that delivers hot lunches from homes and restaurants to people at work in India, especially in Mumbai. The lunchboxes are picked up in the late morning, delivered predominantly using bicycles and railway trains, and returned empty in the afternoon. They are also used by meal suppliers in Mumbai, who pay them to ferry lunchboxes with ready-cooked meals from central kitchens to customers and back. The 2013 Bollywood film The Lunchbox is based on the dabbawala service.
Dan pengarah filem ni Ritesh Batra dapat idea nak tulis tentang filem The Lunchbox pun daripada sistem dabbawalas ni la. Mula-mula dia nak buat program dokumentari je tapi end up, buat filem. Bagus kan.. :)

#4  Aku ada rasa sikit pelik la macam mana makanan yang Ila (lakonan Nimrat Kaur) masak setiap hari tu boleh sampai kepada Saajan je. Apa canggih sangat ke sistem dabbawalas ni sampaikan kita boleh hantar makanan kepada orang yang sama setiap hari walaupun kita tak pernah kenal orang tu atau tak pernah pesan apa-apa pada tukang hantar tiffin tu pun. Tambah pula ada beribu-ribu atau mungkin beratus ribu tiffin setiap hari...! wowwww.. hindustan sangaaattt kan.. hahahahaha.. :)

Tapi bagaimana pengarah menggarap scene perkenalan secara tak sengaja di antara Saajan dengan Ila tu aku suka. Macam sweet gila tapi tak obvious sangat. Mungkin ada benarnya, cinta tidak kerana paras rupa. Hanya daripada makanan dalam tiffin pun, kita boleh mengenali seterusnya jatuh cinta kepada orang yang kita tak pernah kenal.


#5  Dalam dunia ni ramai orang SUNYI. Ada macam-macam faktor yang menyebabkan manusia hidup dalam kesunyian. Ada yang mereka sendiri pilih, dan ada pula yang bukan kehendak mereka. Ada yang dah terbiasa hidup dalam kesunyian sampai dah tak rasa sunyi lagi, dan ada pula yang tak boleh langsung walau lima minit berasa sunyi, mesti nak cepat-cepat hang out dengan kawan. Well, hidup ini adalah pilihan kan..?

Bagaimana Illa rasa sunyi sebab tak diendahkan oleh suami, dan macam mana Saajan mengisi kesunyian sebab tak ada isteri adalah dua situasi yang berbeza, tapi mereka 'dipertemukan' dengan lunchbox setiap hari. Saajan dan Ila saling berkongsi kesunyian mereka tanpa mereka sendiri menyedarinya. Daripada sekadar kata-kata teguran tentang rasa makanan, hingga ke bait-bait yang menyentuh perasaan seterusnya membibitkan cinta. Bukan Saajan mahupun Ila sengaja, tapi mereka sendiri tak sangka.

#6  Satu lagi, aku tak faham kenapa filem ni banyak sangat penerbit. Macam banyak gila syarikat produksi bergabung tenaga menerbitkan filem ni sedangkan filem ni berbajet biasa je. Dharma Produtions (Karan Johar) pun salah satu penerbit juga. Jalan cerita simple. Lokasi marhaen. Para pelakon pun berapa orang je. Dan filem ni cuma mengambil masa 29 hari untuk siap shooting.. hahahahaa..! macam senang betul depa buat filem kan, lepas tu terus menang banyak awards.. :)

#7  Aku suka ending filem ni walaupun bukan happy ending. Sebab aku suka bila watak utama dalam filem yang berfikiran rasional dan bukan ikut perasaan je macam hero-hero filem dulu-dulu. Cinta bukan semestinya bersatu dan dalam The Lunchbox ni aku sendiri berbahagi-bahagi. Separuh hati rasa nak tengok Saajan dan Ila bersatu, dan separuh hati lagi rasa lebih elok kalau mereka tak bersatu dan masing-masing bawa haluan sendiri. Aku takut nak membayangkan kalau Ila sebenarnya tak boleh terima Saajan atau sebenarnya Ila bukan apa yang Saajan sangkakan. Its like... ermmmmm... "biar tak tahu daripada tahu lepas tu kecewa" hahahahaa..

Mungkin lebih baik untuk masing-masing move on dan terus hidup dalam kenangan-kenangan yang manis sahaja. Ingat yang elok-elok dan simpan hal yang indah sahaja kan. Kebenaran kadang-kala menyakitkan. Tu lah..! haihhhh.. kita sebagai penonton pun mesti realistik dan berlaku adil kepada watak-watak dalam filem ni. Hero dengan heroin tak bersatu tak semestinya filem tu tak best..kan..! :)


Apapun, aku suka filem ni. Ada kelas dan kemantapan tersendiri. Filem ni mengajar aku banyak hal tentang mencintai dan menghargai. Cinta tu luas dan sangat besar tafsirannya. Bukan semua orang bercinta nak berkepit, berpeluk, bercium-cium sepanjang masa. Ada yang hanya mahu cinta melalui jelingan mata, lirikan senyuman, kata-kata yang indah, ucapan terima kasih dan kata-kata sayang yang ikhlas. Itu pun cinta juga.

Aku bagi 3.5 daripada 5 bintang untuk filem ni. Bagi yang ada rasa macam perkahwinan korang dah hambar tu, cuba tengok filem ni. Ada nasihat Saajan yang best untuk korang. Yang belum kahwin mungkin tak berminat nak tengok filem ni tapi kalau minat dengan lakonan Irrfan Khan dan Nawazuddin Siddiqui tu, korang wajib tengok filem ni. Salah satu persembahan terbaik Irrfan Khan. 

:)




...


sumber gambar  :  google image



Post a Comment

16 Comments

  1. Walaupun cerita slow spt yg direview, tp jalan cerita nampaknya menarik dan puitis ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, jalan cerita dan mesej filem ni yang paling special. :)

      ...

      Delete
  2. Tak suka sangat tengok hindustan, tapi suka juga irfan khan berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara pelakon terbaik dan versatile : Irrfan Khan :)

      ...

      Delete
  3. Pergh die punya cerita sinopsis buat kita nak cari plak tgk filem ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. cuba la tonton filem ni.. :)

      ...

      Delete
  4. movie ni antara my fav sebab pelakon semuanya power, tak perlu fancy vogue pun dah mampu hidupkan semangat cinta tu. Mesej simple tapi padu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! antara filem hindi terbaik yang tak streotype.. :)

      ...

      Delete
  5. Alaaa, review Kak Ain ni memang mengundang kita tgk movie la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. kalau ada masa free tu sesekali tengok la filem hindustan yang macam ni Sha.. tak ada nyanyi2, joget2 je.. ni filem realistic.. :)

      ...

      Delete
  6. Setuju kak Ain...bila tinggal social media rasa tenang sangat huhu tapi hilangla sikit engagement

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. sayang engagement.. tapi.. ermmmmm.. :(

      ...

      Delete
  7. Wow kupasan yang terperinci Dan menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. just sharing apa yang kak ain rasa je.. :)

      ...

      Delete
  8. pergh kaki hindustan ni..hahah jemput masuk segmen Blog list Del nanti.. hehe
    www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete
  9. OMG I super loved this movie. Mungkin sebab den dah 40 tahun so love story macam nih yang menusuk ke jiwa. Dah banyak kali ulang tengok cerita nih especially masa saajan makan food dalam tiffin tuh. Rasa macam sedap gila Ila masak

    ReplyDelete