TOILET : EK PREM KATHA | Sebuah Kisah Cinta

Aku memang tertarik sangat dengan jalan cerita filem ni tambah pula lepas tengok trailer dan baca sinopsis tentang filem Toilet : Ek Prem Katha ni kat youtube. Barisan pelakon pun nampak 'luar biasa' sebab pertama kali Bumi Pednekar digandingkan dengan Akshay Kumar kan. Tapi paling utama, aku suka mesej yang nak disampaikan dalam filem ni. Simple je. Pasal kepentingan bina toilet kat rumah. Tapi mungkin simple untuk kita tapi tak berapa simple untuk orang India.

Lepas selesai tonton filem ni baru aku faham kenapa complicated sangat isu toilet kat India. Memang berani pengarah dan penerbit buat filem sinis macam ni. Rakyat India kan sensitif sangat bab hukum-hakam dan kepercayaan agama mereka kan. Jadi tak boleh senang-senang nak tukar dan tak boleh terang-terangan nak tegur. Silap-silap boleh perang saudara.. hehehehee.. Ada aku terbaca tentang rakyat India nak boikot filem ni tapi hasil kutipan di pawagam mengagumkan juga akhirnya. Box office okey..! dan filem ni tersenarai dalam antara filem paling menguntungkan 2017. Ada pula yang buat petisyen minta penerbit tukar tajuk filem ni, jangan letak perkataan 'toilet' tu sebab 'kotor' katanya, tapi lastly tak dilayan sebab tajuk 'toilet' tu la kekuatan dan buat orang nak ke pawagam tengok filem ni. Kan..? :)

Toilet : A Love Story 

Bagaimana Kuasa Cinta Mampu Mengubah Negara

Aku suka scene Keshav (lakonan Akshay Kumar) nak mengurat Jaya (lakonan Bumi Pednekar) tu. Sweet tapi tak sweet sangat. Gentleman. Paling suka yang masa dia follow Jaya sampai rumah hanya sebab nak pastikan Jaya selamat dan tak diganggu. Jaya kayuh basikal, Keshav follow kat belakang tunggang motor. Jauh tapi dekat. Benci tapi sayang. Auucchhh..! :)

Paling best tentang filem ni bila dah tiba part intermission tu. Tiba-tiba watak Keshav jadi serius dan matang. Sungguh-sungguh dia perjuangkan hak isteri dia, sungguh-sungguh dia nak ubah mind set bapa dia, sungguh-sungguh dia nak pertahankan apa yang terbaik untuk isteri dia sampai sanggup menentang satu kampung dan ayah sendiri. Aku suka lakonan Akshay Kumar yang macam ni. Mantap..!


Dan bagaimana cinta seorang suami kepada isterinya bukan membabi buta semata-mata tapi sebab dia lelaki matang yang penuh tanggungjawab. Walau tak belajar tinggi, walau bukan orang kaya dan ternama tapi kerana rasa tanggungjawab tu dia boleh faham perasaan isteri dia dan terus berpegang pada apa yang dia percaya terbaik untuk isteri dia dan semua orang juga sebenarnya. 

Ini bukan soal cinta ke tak cinta, sayang ke tak sayang, memahami ke tak memahami tapi ini soal prinsip dan nak bawa kesedaran. Tak guna bina seribu toilet pun tapi kalau tak ada kesedaran di hati orang kampung tu, semua akan sia-sia. Cinta Keshav kepada isterinya Jaya bukan semata-mata tentang toilet tapi memang tanggungjawab suami pertahankan maruah dan keselamatan isterinya. Tiba-tiba aku terfikir dalam banyak-banyak filem hindustan, memang selalu ditekankan soal tanggungjawab suami kepada isteri dan sebaliknya. Agak-agak kat India sana kadar perceraian mereka sama tinggi macam kat negara kita ke..?? ehhh.. :p

India Memang Kotor Ke ?

Pengalaman aku sendiri ke India tahun lepas rasanya tak ada lah seteruk yang diceritakan sebelum ni terutama Kashmir. Mungkin Kashmir musim sejuk masa tu dan penduduk majoriti Islam jadi kita rasa bersih je sepanjang di Kashmir. Tapi di New Delhi dan Agra tu ermmm.. errmmm.. agak 'mendukacitakan' la tahap kebersihannya.. oppsss.. Tapi aku bayangkan kalau ke bahagian pendalaman India lebih teruk lagi. Nasib aku tak pergi.. hahahahaha.. 

Tapi bukan nak kata rakyat India tu semua pengotor, tak adil pula rasanya. Ini soal kepercayaan turun-temurun mereka. Dah terbiasa dan terdidik begitu. Bayangkan dalam filem Toilet ni, lembu pun boleh tinggal DALAM rumah, makan ke berak kencing ke semua lembu tu buat DALAM rumah tapi bila Keshav nak bina toilet dalam rumah untuk isteri dia, bapa Keshav tak bagi sebab katanya toilet tu KOTOR. Tak boleh bina dalam rumah, dalam rumah dia nak beribadat katanya. Aku yang menonton ni, like whaaaattttt...?!! 

Satu lagi scene masa pagi Jaya tak jadi buang air besar di kawasan padang sebab dia tak biasa tu, boleh pula bapa Keshav mogok tak nak makan makanan yang Jaya masak kan sebab bapa Keshav kata Jaya tu KOTOR sebab pagi tadi tak membuang. Macam ni lah maksud bapa Keshav tu; orang perempuan mesti membuang dulu setiap pagi, baru dikira bersih dan kalau bersih baru boleh masak dan buat kerja rumah. Again, aku like whaaaatttt...?!! Habis orang lelaki kampung tu yang kencing merata-rata main pancut je kat dinding-dinding mana lepas tu tak cuci tangan pula, di kira BERSIH pulaaaaa...?? eeeuuuwwwwww.. :(


Kekuatan Filem Toilet : Ek Prem Katha

Kekuatan filem ni dan kenapa korang kena tonton filem ni, yang pertama sebab mesej dan kesedaran yang nak di bawa oleh filem ni. Terutama orang India sendiri, please la tengok filem ni dan buka minda luas-luas. Berapa ramai wanita di India sana jadi mangsa gangguan seksual SETIAP HARI hanya sebab tak ada toilet kat rumah dan mereka terpaksa berjalan kaki beratus kilometer dari rumah semata-mata nak membuang air besar atau kecil. Sudah lah kena pergi waktu pagi-pagi buta masa gelap gelita tu, lepas tu membuang pula di kawasan tanah terbuka dengan tak ada dinding apa langsung. Isyyhhkk..! aku rasa macam penderaan mental je. Kesian tau kaum wanita kat India tu. Taraf mereka ni di pandang rendah sampai boleh dipijak-pijak je. 

Yang kedua, lakonan Akshay Kumar dalam filem ni cemerlang. Aku gelak sakan tengok dia kena kahwin dengan lembu betina sebab lambat jodoh. Hahahahaha..! Muka blurr tapi patuh dia tu buat aku rasa nak lempang-lempang je. And serius aku ikut sama nangis bila Akshay nangis masa toilet dia kena pecah atas arahan bapa dia sendiri tu. Scene tu sedih weiii..! Nak marah macam mana, bapa sendiri yang buat. Tak kan nak tumbuk bapa sendiri pula.

Dan scene malam last sebelum Keshav dan Jaya pergi ke mahkamah esok nya tu pun sedih. Bergenang airmata. Like kau tahu dah buat segala yang terdaya tapi masih tak berjaya. Masih rasa kalah walau dah hero sangat masa tu. Faham tak..? Scene tu mantap. Lakonan dua-dua pelakon ni buat aku hampir percaya : Cinta tak semestinya bersatu.. ehhh.. (macam dah lari topik, ok bye..!)

Yang ketiga, aku rasa kita kena tonton dan support filem yang kaya mesej macam filem ni. Kalau penonton tak nak support filem macam ni, makin susah la nak sedarkan rakyat dan nak sampaikan 'dakwah' kat negara minda tertutup macam India tu. Padahal negara dia kaya dengan hasil bumi dan kaya dengan sumber manusia kot..! hahahahha. Sama macam filem PK, filem Hindi Medium dan banyak lagi filem hindustan yang bagus-bagus, terkini filem Pad Man. Semua filem ni ada mesej sosial yang sarat dan sangat positif. We should watch and support.. okey..! :)

Apapun aku bagi 4 daripada 5 bintang untuk filem ni. Walaupun ada scene yang agak meleret dan klise tapi keseluruhan aku enjoy tonton filem ni dan puji keberanian mesej yang nak disampaikan. Semoga India berjaya capai impian nak jadi negara yang bersih satu hari nanti. 




...

sumber gambar : google image



Post a Comment

1 Comments

  1. Antara movie yang den memang nak tengok tapi belum sempat lagi. Hindi Medium adalah filem penuh mesej yang paling den suka setakat nih. Movie Pad Man dah ada dvdnya tapi belum tengok lagi. Mohon review movie pad man nanti k

    ReplyDelete