Cantik Luar, Cantik Dalam, Cantik Dengar Sini

Cantik (gambar sekadar hiasan dari Google Image)

Alhamdulillah pagi ini bermula dengan baik untuk aku. Bangun awal pagi tadi untuk bersahur. InsyaAllah semoga dipermudahkan hajat aku nak berpuasa hari ini dan esok sempena 8 dan 9 Zulhijjah. Aduhai rindu betul pada Tanah Suci dan kenangan di Arafah sampai ke Mina. Teringat-ingat betapa mencabarnya proses nak sudahkan ibadah haji aku pada waktu tu. Maklumlah pertama kali, jadi semua benda aku perlu pandai-pandai 'adjust'. Pun begitu, syukur Alhamdulillah berkali-kali aku panjatkan di atas segala kesempatan dan peluang yang Allah berikan. Kalau masa boleh di putar kembali, aku janji akan lakukan yang lebih baik. Aamiin. 

Okey, pagi ni hajat tak nak sembang yang berat-berat tapi bila dengar siaran Kool FM pagi tadi, tidak boleh tidak timbul beberapa persoalan di dalam hati aku. Linda Onn sudah kembali..! wowww..! Apa rasa menjadi seorang Linda Onn..? Beliau pernah popular, kemudian kurang popular. Pernah menjadi no.1 sampai perlahan-lahan jadi suam-suam kuku. Pernah berlakon tapi tak berapa menjadi. Pernah menjadi pengacara program tv kemudian di palit kontroversi pula. Ada rangkaian kedai makan yang popular dan menjadikan dia kaya-raya. Berkahwin pada lewat usia tetapi suaminya kerabat di raja. Pernah menjadi rebutan banyak stesen radio dan kemudian di'pass' ke sini dan ke sana memaksa dia berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain. Rela atau terpaksa..? well..

Soalnya, best ke jadi Linda Onn..?

Gambar dai IG Linda Onn

Baru-baru ni aku terbaca tentang Linda Onn yang seperti sengaja 'cari gaduh' dan kacau periuk nasi peniaga jalanan. Dari satu sudut, aku faham kenapa Linda Onn buat macam tu dan bagi aku secara peribadi memang betul apa yang di suarakan oleh beliau. Cuma mungkin olahan ayat dan 'nada' ayat tu tak berapa sesuai. Nampak macam kekwat giler dan of course netizen yang memang menunggu masa nak menghentam akan menggunakan kesilapan kecil tu untuk menghentam kaw-kaw. Patut ke netizen hentam dia..? Ada yang patut, tapi ada yang over.

Paling menarik bila netizen berduyun-duyun menghentam kualiti masakan dan rasa makanan di kedai makanan milik Linda Onn sendiri. Wah, secara berjemaah korang mengutuk ye..! hahahahaha.. Tapi bagi aku sendiri, memang tak sedap pun rasa makanan di kedai makan Linda Onn tu. Tak macam dulu-dulu masa Linda Onn baru buka kedai makan dia kat area Ampang Point tu. Aku pernah singgah makan nasi ayam kat situ. Memang sedap. Power. Walau harga agak 'artis' sikit la.. mahal..! hahahahaa.. Tapi selepas dua tiga tahun, bila aku pergi lagi makan nasi ayam kat situ, rasa dan kualiti jauh beza..! Harga pun makin mahal. Tak paham betul. Lepas tu aku pernah singgah makan asam pedas kat kedai dia yang area Tesco Ampang tu (bukan dalam Tesco), kebetulan mak aku pula order set nasi ayam penyet. Ya ampunnnnn, minta maaf cakap memang rasa ke laut dalammmmmm... tak sedap..! Sampai kami satu family pangkah terus kedai makan tu, tak akan datang makan kat situ lagi. Boleh bayangkan rasa macam mana punya frust kami waktu tu kan.

So, Linda Onn.. ada eloknya dia cetuskan kontroversi ala-ala nak hentam peniaga lain tu. Walaupun aku percaya itu bukan niat dia. Asbab dari kontroversi tu Linda Onn dapat baca sendiri rungutan dan komen-komen jujur dari customer kedai makan dia. Kalau tak kerana kontroversi yang tercetus tu mungkin sampai hari ni Linda Onn tak sedar dan tak tahu tahap mana kedai makan dia. Maka, bersyukurlah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima lah komen-komen tu secara positif dan perbaiki mana yang boleh. InsyaAllah, rezeki Allah s.w.t. sangat luas untuk mereka yang ikhlas

Dan selamat kembali ke corong radio. Aku personally memang suka suara dan gaya penyampaian Linda Onn di radio. Memang tersendiri dan sedap di telinga. Cara dia handle pemanggil dan susun lagu serta info-info pun hebat. Aku rasa dia memang dilahirkan untuk jadi seorang penyampai radio. Penyampai radio zaman sekarang patut belajar dari beliau. Dia ada kelas tersendiri yang aku percaya sampai sepuluh ke dua puluh tahun lagi pun masih relevan. Untung Kool FM dapat 'culik' Linda Onn masuk team diaorang. Apapun, best of luck Linda Onn dan Kool FM .. :)

Sama juga lah dengan kontroversi Vivy Yusof dengan para haters. Seriously, aku rasa peminat Vivy Yusof ni dengan haters dia sama banyak. Macam mana ramai pun benci dia, tapi peminat dia pun makin bertambah. Gitu lah kan. Nak kata strategik marketing atau bukan, itu aku tak pasti tapi segala-gala tentang Viviy Yusof nampaknya menjadi. Yang baik atau yang buruk sama balance. Satu sudut aku rasa dia bertuah, orang kata anak yang lahir 'atas sudu emas' ni apa lah yang dia tahu tentang kesusahan dan kepayahan cari duit..! Tapi dia mulakan bisnes pun dari bawah, waktu usia dia masih muda jadi nak kata dia langsung tak tahu erti struggled tu macam tak adil pula. Cuma mungkin kesusahan yang dia lalui tak sama macam kesusahan yang kita faham. Well..

Aku personally juga memang follow dia dan suka tengok perkembangan dia terutama bila dia share tentang anak-anak dia. So cute dan bersahaja. Vivy ni boleh tahan kelakar juga orangnya walaupun kadang-kadang lawak hambar (hahahahaha.. tapi aku tetap gelak sebab hambar sangat pun kadang kelakar tau..!) dan aku boleh nampak sesetengah hal Vivy ni memang humble dan genuine jujur dengan apa yang dia share. So, untuk hentam dia kaw-kaw kerana satu dua perkara kontroversi, aku rasa tak adil juga. Apa kata kita duduk dan lihat sahaja. Tak perlu nak jadi penambah perasa atau jadi batu api. 

Bukan senang nak jadi media influencer ni guys...!! dua puluh empat jam nak kena nampak perfect, memang gila la. Apa yang penting dia jujur dengan apa yang di buat dengan hidup dia, bukan hidup kita pun. Kita hanya boleh judge yang luaran sahaja sebab yang dalaman tu hanya dia dan Allah je tahu. So, stop jadi orang yang terlalu menghakimi. Bagi ruang pada dia. Mana yang baik kita support, mana yang tak berapa baik kita doakan diam-diam, mudah-mudahan Allah tunjukkan hikmah dan dia dapat belajar dari kesilapan.

By the way, satu jari kita tunding pada orang.. ada empat jari lagi sedang menunding kepada diri kita balik. Jadi banyakkan tengok ke dalam diri sebelum nak tengok orang lain. Aku bukan nak backing Vivy seratus peratus, aku cuma tak suka haters yang sangat menjengkelkan. That's it. Tak boleh ke jadi haters yang bijak dan menghiburkan..?!! ehh.. lol.. :p

Gambar dari IG Vivy Yusof

Okey dah, panjang pula pot-pet-pot-pet pagi ni. 
Ada yang meluat ke bila aku komen pasal artis dan isu kontroversi..? Hahahahaha.. takpe, aku faham kalau ada yang tak suka. Simple je, kalau tak suka baca boleh klik pangkah. Kalau rasa tak setuju, boleh komen kat ruang komen di bawah. Tapi kalau sayang kat aku, boleh pm tepi.. hahahahaa.. :p 

Wehh, teringat satu komen yang aku pernah dapat kat blog ni. Ayat dia lebih kurang macam ni "Hajah pun suka tengok hindustan. Ntah apa-apa. Dunia nak kiamat agaknya" perggghhh...!! makan dalam weh aku baca komen tu. Sorry aku dah delete komen tu tapi aku tak akan lupa sampai bila-bila. Nama si pengomen tu pun aku tak akan lupa. Memang tertanam kemas dalam hati aku. Kalau dia masih baca blog aku, TERIMA KASIH aku ucapkan. Semoga walau di mana pun kau berada sekarang, kau sedang berbahagia sambil mengira hari-hari terakhir sebelum kiamat tiba. Peace.. :)





...


Share:

4 comments:

  1. Kadang kadang bila baca komen haters nie memang menakutkan.. Kalau komen murni murnipun okay sebenarnya.. Tapi diorang lebih memilih untuk menghentam.. Seram membaca..

    ReplyDelete
  2. laju je diorng menaip kan ain.terer.. diikut kan sgt rasa mrh, meluat terjadilah komen2 dari heaters.

    ReplyDelete
  3. alamak, nak tarik balik ke-ter-inginan yang dinyatakan di atas.

    ReplyDelete