Life Is Fragile Handle With Love

Hello August...! 
Dah masuk 10 hari Ogos menjengah dan aku masih terawang-awang tak tahu di mana berpijak. Sekian kalinya hari ni hati terluka lagi. Tak nak cakap banyak sebab aku sendiri yang membiarkan diri aku di dalam situasi 'tersedia' untuk di lukai. Maka, padan kan muka sahaja lah. Bulan Julai dengan 5 entri sahaja, tapi baik sedikit dari bulan Jun (cuma 4 entri.. dengg..!!) Sekarang hobi aku adalah melantakkan semua benda. Bukan melantak yang makan banyak tu, tapi melantak maksud aku semua benda aku lantak kan aje. Aku malas nak plan atau nak beria-ia prepare apa-apa. Terlalu berhati-hati ni bosan dan menyakitkan. Jadi sekarang aku lantak kan aje.

Mari mulakan entri bulan Ogos dengan cerita random lah.

Life is fragile. Handle with love. 

Hati aku sekarang serius fragile gila. Bukan sebab PMS ye please lah..! Bosan gila siapa guna alasan tu. PMS tak salah. ehh.. tetiba nak backing PMS dah kenapa. Ok. Hati aku fragile dah lama, tapi sejak seminggu dua ni double triple fragile. Cepat betul kemurungan aku datang. Bangun pagi celik-celik mata terus menangis tak tahu kenapa. Tengok hindustan menangis, tengok filem France menangis.. lol..! Siapa pakai UniFi TV sekarang tengah dapat channel CinemaWorld free kan..? Aku suka gila channel tu sebab banyak filem asing yang rare. Aku boleh hadap filem demi filem kat CinemaWorld tu dari pagi sampai malam sampai pagi balik.

Next.

Aku terharu bila ada beberapa kawan yang sedar aku 'menghilang' kat sosial media. Tiba-tiba rasa macam 'someone' sangat kan bila ada orang perhatikan kewujudan kita. Menangis lagi aku dibuatnya. Terharu woii..! Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi 'pm tepi' dan tanya khabar aku. InsyaAllah tak lama lagi aku keluar dari persembunyian.

Next.

Lusa 12hb mak aku akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan fardhu haji. InsyaAllah. Mohon doa kawan-kawan semua semoga perjalanan ibadah Haji mak aku berjalan lancar dan sempurna. Tiba-tiba hati dipaut rindu pada Tanah Suci. Dah lebih 2 tahun tak ke sana. Rasa terpanggil-panggil. Memori Haji tahun 2014 pun kembali menari-nari depan mata aku. Subahanallah pengalaman the best ever..! Walau dah dua kali pergi buat Umrah tetap tak sama kenangan manis buat Haji. Special. Best. Tak mungkin lupa. Aamiin.

Next.

Hujung bulan ni pula aku dan Pokchik akan ke Istanbul. Sahaja kami pergi bercuti dan rehatkan fikiran kerana Allah s.w.t. (niat ibadah sangaaaattt kan..! :p ) Mudah-mudahan dipermudahkan juga perjalanan pergi dan balik kami dan semoga pengalaman percutian kali ini juga akan jadi istimewa untuk kami walau hanya 6 hari (tolak 2 hari perjalanan pergi dan balik) jadi cuma 4 hari nak jalan-jalan di Istanbul. Harap cukuplah.

Kenapa pilih Istanbul..? Sebab aku teringin. Selain Mekah, Madinah dan India.. Istanbul, Tokyo dan New Zealand dah lama ada dalam list aku teringin nak pergi. So, lepas ni tinggal Tokyo dan New Zealand. InsyaAllah doakan kami laki bini murah rezeki. Lepas selesai list ni aku buat list lain pula.. hahahahaha..! Never ending la kan kalau bab travel ni. Syok..! :)

Aku tak prepare satu apa pun lagi pasal nak ke Istanbul ni. Tak bagitahu family pun lagi. Nanti lah esok. Tapi cuti dah mohon. Kebenaran ke luar negara pun dah mohon. Preparations dari segi pakaian dan kelengkapan selalunya memang last minute. Malam nak terbang, petang baru packing barang. Itu lah perangai aku.. lepas tu stress sorang-sorang.. hahahaha..! Dan ya, kami pergi ni musim panas katanya. Tapi dalam brochure tu tulis musim panas di Istanbul adalah antara 17c hingga 30c ..what..?!! macam mana nak prepare bawa baju apa nih..? lol.. :p

Cakap pasal Istanbul ni sebenarnya percutian ni last minute punya keputusan juga. Kalau ikutkan kami laki bini dah janji tahun ni nak berjimat cermat. Duit dah banyak habis untuk beli dan pindah rumah. Ini pun rumah aku 'tak siap kemas' sepenuhnya lagi sebenarnya. Banyak lagi nak keluarkan duit untuk rumah tu. Tapi aku buat pejam mata. Kalau nak cerita bab duit memang rasa tak cukup memanjang tapi kami percaya rezeki Allah tu luas kan? InsyaAllah, ada tu nanti peruntukan untuk rumah.

Keputusan nak ke Istanbul tu Pokchik yang decide dan dia saje suprise kan aku. Maybe dia tengok aku tengah 'sakit' sangat sekarang ni jadi dia ajak aku jalan-jalan tenangkan fikiran. Sama macam ke India tahun lepas, ke Istanbul ni pun semua Pokchik tanggung. Aku sedih sebenarnya. Sampai bila entah nak bergantung dengan Pokchik. Aku pun teringin nak belanja dia jalan-jalan ke, makan best kat tempat mahal-mahal ke. Tapi aku tak mampu. Bukan tak mampu duit, tapi tak mampu 'emosi dan jiwa'. Dah lah. Tak nak cerita panjang bab ni, takut banjir airmata pula kat sini.

Apapun, doa kan kami eh. 
Mudah-mudahan aku 'jumpa' penawar di Istanbul nanti.

Next.

Satu benda aku nak share. Ada orang memang kuat dalamannya. Di uji dengan ujian yang besar-besar bukan ujian fizikal je tapi ujian mental, ujian emosi, ujian kematangan dan macam-macam. Tapi, masyaAllah kuatnya dia. Diam-diam aku simpan rasa kagum. Kalau aku di tempat dia, entah macam mana. Rasanya tak mampu aku nak hadapi. Aku tak kuat. Tapi aku tengok dia steady. Kalau sebelum ni aku ingat dia hidup tenang, aman, bahagia, tak ada masalah, semua smooth je tapi hakikatnya apa yang dia lalui macam roller coaster. Macam mana dia boleh tenang dan tetap ceria..? 

Allah ada. Bila kita yakin sungguh-sungguh yang Allah ada, kita tak akan rasa kurang apa-apa. Serah semua kepada Allah. Dia apa-apa semua cari Allah dulu (again, aku kagum iman dia). Walaupun dia mengeluh, merungut, penat tapi dia tak pernah salahkan Allah. Tak pernah membelakangkan Allah. Tak pernah merungut tentang Allah. Bila benda yang jadi tak seperti yang dia rancang, dia salahkan diri sendiri. Dia tak pernah salahkan Allah. Hebat kan..?

Dan aku....?

Allahu akhbar. Aku tak kuat. 
Sekurang-kurangnya aku tak sekuat dia.

Cukup lah dulu.
Kita sambung lagi nanti.
Jaga diri baik-baik ye semua sahabat. Aku doakan yang baik-baik untuk semua. Terima kasih sudi singgah sini dan baca. Semoga kita sama-sama saling mendoakan dan saling berusaha membaiki hidup kita keranaNya.



...


Share:

2 comments:

  1. Lihat dari sesetengah sudut Ain ni bertuah ada yg boleh sponsor pergi travel. Ada yg faham situasi Ain yg tengah rasa 'sakit' dan perlu rehatkan fikiran. Beruntung Ain. Apa-apa harap semua dipermudahkan dan selamat di sana nanti. Jaga diri. =)

    ReplyDelete
  2. Kan..! bertuah sangat nih.. beribu kali dah dengar ayat tu.. tapi aku harap akan ada yang nampak apa yang di sebalik ke'bertuah'an ini juga.. :(

    thanks Zhi.

    ...

    ReplyDelete