Lirik Lagu Bunga ~ Altimet ~

Aku sedikit terlambat kali ni. Tapi jujur cakap kali pertama dengar lagu ni 'hampeh' aku tak suka. Like too cheap la style lagu ni. Aku tak gemar. Tapi seperti banyak lagu lain dalam dunia ni, memang sekali dengar tak best. Bila dah ulang-ulang kali dengar jadi jatuh cinta. Lepas tu jadi igauan dan siulan.. hahahahaha..! Lagu Bunga nyanyian Altimet ni pun salah satu daripada lagu yang macam tu. Mesti dengar banyak kali, cuba fahamkan lirik dan maksud tersirat yang nak di sampaikan then lepas tu baru rasa lagu ni best. 

Lagu Bunga Nyanyian Altimet
Paling lekat kat lidah aku adalah "nak duit.. nak duit.. dapat sekali bunga.." hiksss.. sambil drive, sambil masak, sambil lipat baju, sambil windows shopping, sambil apa sahaja lah.. lidah aku mesti ulang-ulang lirik ni. Tapi itu je lah yang ingat. Yang lain tak hafal. Daripada hafal lirik lagu, baik hafal surah-surah lazim tak pun surah Al-Mulk.. kannnnnnn..! #sarkastik hehehehe.. :p

Okey jom kita tengok lirik lagu Bunga ni..

Lirik Lagu Bunga (by Altimet)


Pening kepala, takde duit belanja
Kecewa kerana orang lain shopping selamba
Nak merasa, nak join sekali bersama
Mereka-mereka yang viral trending semasa
Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata:
"Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh"
Tak sanggup tunggu lama
Takde duit, takde masa
Aku jumpa satu brader
Tanya cam mana, dia berkata

Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

Yeahhh man!
Serba satu, semua serba baru
Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru, that's my instantfam
Semua laju, post pasal baju kat Instagram
Beemer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster
Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo)
Putih mata, lupakan kisah lama
Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata

Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus
Pinjam je lagi!

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

Hehehehehehe
Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik-baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah)
Mana mahu lari, jangan kecik hati
Janji tetap janji, perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak, pokok dan baki
Bunga tanam sekali, hutang sampai mati

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga (takde)
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga
(Hehehehehehe)

Betul juga lah apa yang cuba di sampaikan Alitimet melalui lagu ni, jangan pinjam duit dengan lintah darat (ahlong) sebab sebab hutang tak seberapa, tapi bunga (kadar riba) tu yang boleh buat bunuh diri tu. Dah banyak berita pasal mangsa ahlong ni kita dengar dan kita baca, aku tak tahu kenapa masih ada yang tak serik-serik.

Memang aku tak boleh nak judge mereka. Kadang-kadang tu memang terpaksa meminjam duit sebab hidup susah sangat. Keadaan sosio-ekonomi kita sekarang banyak menekan dan menghimpit sebab tu ada yang rasa tersepit, fikir pendek dan rasa macam tak ada pilihan lain terpaksa lah meminjam daripada ahlong. Kenapa tak pinjam dekat bank ke, tak minta Baitullmal ke, minta bantuan pusat zakat negeri ke apa ke. Alaaahh, aku tak nak komen panjang. Tepuk dada tanya iman dalam dada sendiri lah. Nak seribu daya, kalau tak nak memang macam-macam alasannya. Kan..?

Tapiiiiiiii kan, kalau kau berhutang sampai sanggup pinjam kat ahlong hanya sebab nak bergaya dan ikut trend kawan-kawan, itu memang bebal namanya. Aku memang marah kalau tahu orang jenis macam ni. Nak bergaya punya pasal, tak berlagak kononnya, sanggup 'gadai nyawa' kat ahlong. Dah tu kalau tak menyusahkan anak bini, mak bapa dan kawan-kawan tak apa juga. Ini tak, dia sorang punya pasal, habis orang lain dalam bahaya. Memang aku geram orang jenis macam ni. Eh.. terbebel pula..! :p

Apapun, beringat lah ya.
Jangan pinjam ahlong. Banyak cara lain boleh dapatkan bantuan.
Jangan terpedaya dengan iklan 'peminjam wang berdaftar' tu. Tak ada maknanya berdaftar ke tak berdaftar ke. Sekali kau pinjam duit dia, seumur hidup la hidup kau dalam bayang-bayang dan ketakutan. So, please elak kan jauh-jauh ok. Hidup ikut kemampuan kita. Ukur baju kat badan sendiri. Simple.  

p/s  :  Selain lagu Bunga nyanyian Alitimet ni, aku suka lagu Bunga nyanyian Ara Johari juga.. hahahahaa..! tetiba tukar topik.. lalalalalaa.. :p

Bunga Nyanyian Ara Johari





...


sumber : https://genius.com/Altimet-bunga-lyrics
gambar : google image

...

Share:

9 comments:

  1. cara zaman sekarang punya teguran. janji maksud sampai.. dah tengok lirik baru paham.. yg tau nak duit je.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..! yang penting maksud sampai.. :)

      ...

      Delete
  2. hahaha sama lah, suka lagu ni pun part tu je sebab part tu hot fm ubah untuk slot contest diorang buat so kerap sangat dengar sampai melekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..! kita dah terlalu tua untuk hotfm.. hahahahaa.. kita dengar koolfm je.. :p

      ...

      Delete
  3. Mcm biasa altimet punya signature -dlm lagu ada teguran diperisakan dgn taburan sarcasme sikit. Ala2 rasa lada hitam dgn garam gitu. Sedap gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..! :)

      hebat.. hebat.. rasa.. maggi cukup rasa.. heheehehee..

      Delete
  4. Lagu nie memang best sebab makna dia yang tersirat.. Seeloknya tak payahlah nak cuba cuba pinjam along.. memang sangat memudaratkan..

    ReplyDelete