ROCKSTAR | Kisah Cinta Tidak Kesampaian

Aku baru sahaja menonton filem Rockstar ni selepas baru-baru ni keluar di TV2. Tapi aku percaya itu bukan filem versi penuh sebab untuk saluran tv di Malaysia, tentu banyak scene dah kena potong. Pun begitu, aku menonton filem Rockstar dengan satu expectation yang sangat tinggi sebab sebelum ni aku ada terbaca banyak review tentang filem ni malah pujian melambung-lambung yang di berikan oleh pengkritik filem atas mutu lakonan Ranbir Kapoor dalam filem ni buat aku tertanya-tanya; lebih hebat dari Barfi ke..? 

Tak kurang yang kata filem Rockstar ni adalah gandingan terbaik Ranbir Kapoor dan pengarah-filem-deep Imtiaz Ali. Walaupun selepas filem ini Imtiaz Ali 'kerja kuat' untuk hasilkan Highway, Tamasha dan Jab Harry Meet Sejal tapi tetap pujian balik kepada Rockstar. Ada yang kata 'badi' Rockstar ni dah melekat pada Imtiaz Ali dan Ranbir Kapoor -- mereka tak akan boleh hasilkan magik yang sama walau beratus filem mereka bergandingan lagi. Betul ke..? We wait and see je lah :p

filem lakonan Ranbir Kapoor, Nargis Fakhri, Shammi Kapoor cameo, filem Imtiaz Ali, the best film of Ranbir Kapoor,
Rockstar (2010)

Rockstar Satu Lagi Kisah Cinta Tak Kesampaian

Tajuk filem ni nampak ganas tapi keseluruhan filem ini adalah berkaitan cinta. Perasaan dan kejiwaan yang cuba di sampaikan melalui filem ni sebenarnya straight foward iaitu (1) kalau kau suka dia, berjuang lah untuk mendapatkannya dan (2) cinta sejati tak semestinya memiliki. Tapi hasil garapan Imtiaz Ali yang nyata tak suka filem straight foward maka di pusing-pusing dan di belit-belitkan jalan cerita ni sampai jadi bersimpul-simpul. At the end, filem Rockstar ni sebenarnya hanyalah satu lagi kisah cinta tak kesampaian yang complicted dan berakhir dengan kematian. Dammnnnn..!!

Ini apa yang aku 'lihat' tentang filem Rockstar :

1.  Satu lagi filem cinta daripada Ranbir Kapoor dan sekali lagi cinta Ranbir dalam filem ni berakhir dengan kesedihan dan kematian. Why..? Why Ranbir suka sangat ambik watak macam ni. Lama-lama aku tengok Ranbir ni macam dah 'kebas' je bila tiba bab putus cinta. Dalam filem atau luar filem, kisah cinta Ranbir Kapoor macam sedih je. Come on hero..! Cari lah someone yang betul-betul boleh mencintai dan di cintai. Jujur. Ikhlas. Dan memahami. Then, kahwin la cepat..! :)


2.  Watak JJ seorang penyanyi rock yang patah hati, ranap jiwa, sunyi, keliru tapi berbakat besar dan popular memang superb di tangan Ranbir Kapoor. Dia punya mata berkaca-kaca tu selalu berjaya buat hati aku luluh. Dalam filem ni juga aku hampir percaya Ranbir sebenarnya memang boleh menyanyi dengan baik terutama sebab aku dah tengok Ae Dil Hai Mushkil juga.

Dua-dua filem ni dia jadi penyanyi kan. Ada style dan penjiwaan yang hebat. Tak pelik kenapa orang asyik bandingkan filem Rockstar ni dengan Ae Dil Hai Mushkil tu sendiri. Jalan cerita pun hampir sama. Ahh..! anggap je lah kebetulan.


3.  Jalan cerita filem ni agak carca-marba dan berpusing-pusing sampai aku sedikit confuse dan tak faham apa sebenarnya yang cuba di sampaikan. Di awal cerita masa JJ dengan Heer cuma 'berkawan' tu aku macam pelik gila. Tak kan lah JJ tu dungu sangat sampai sanggup jadi 'hamba' Heer tapi dalam masa yang sama tak sedar yang sebenarnya dia dah jatuh cinta dengan Heer..? Come on laaa.

Heer pun sama juga, JJ tu punya banyak berkorban untuk dia, sanggup datang Kashmir masa Heer nak kahwin, tak kan Heer tak tahu semua tu maknanya cinta...? haihhhh.. Dan di hujung cerita tu boleh pula Heer ikut JJ pergi road tour sedangkan dia tengah nazak dan masih isteri orang.. grgrgrgrgr..!! Apa ni..?!! filem hindustan memang selalu letak logik kat belakang sekali sampai hampir tak wujud perkataan logik tu kot.. hahahahaa.. :p

4.  Berbeza dengan lakonan cemerlang Ranbir Kapoor sebagai JJ, lakonan Nargis Fakhri sebagai Heer ya ampuuuuuunnnn...!! ke lauuuuttt dalam..! hahahahaha.. :p Kayu tahap lurus macam kayu pembaris. Faham tak..? Aku jadi tak faham gila kenapa Imtiaz Ali ambik Nargis ni berlakon filem acah-acah deep macam ni. Failed..! Harap muka cantik dan bibir seksi je. Lakonan hambar.

Aku di fahamkan watak Heer sepatutnya dilakonkan oleh Kareena Kapoor tapi Kareena menolak. Maybe sebab depa kan sepupu tak kan nak buat scene cium-cium mulut pula kan..! Tapi lepas tu ditawarkan kepada Sonam Kapoor dan Diana Penty tapi tak tahu kenapa lastly dapat kat Nargis pula.. haihh..! Aku membayangkan kalau Kareena yang bawa watak Heer tu mesti superb..! marvelous..! mantap dan lebih meyakinkan. Tapi tu lah...


5.  Filem ni buat aku jatuh cinta lagi dan lagi pada keindahan Kashmir....!! rinduuu woiii nak main salji, naik chikara sambil ambik angin petang kat Dal Lake, tengok orang-orang Kashmir yang penuh sederhana, tenang dan cantik-cantik.. hehehehehe. Wajib la repeat ke Kashmir lagi lepas ni. :)

6.  Kehadiran Shammi Kapoor sebagai watak jemputan langsung aku tak jangkakan. Terkejut tengok penampilan Shammi Kapoor yang ternyata sudah di mamah usia tapi auranya masih mantap. Aku bukan peminat Shammi Kapoor sebab aku selalu rasa di berlakon over.. hhahaahha.. Tapi dia lagend kan, bagus lah sesekali muncul macam tu. Dapat juga ubat kerinduan peminat (kalau masih ada la.. lol..)

7.  Lagu-lagu dalam filem ni semua hasil garapan A.R. Rahman yang popular dan hebat dalam kelas tersendiri. Siapa yang tak kenal A.R.Rahman ni, standard dia bukan kat India je ye, malah peringkat international tau. Tapi sorry aku tak minat karya dia. Jadi tak ada satu pun lagu dalam filem ni yang melekat di hati aku. Bukan lagu tu tak best, cuma bukan jiwa aku. Tu je.

Apa Yang Aku Belajar Dari Filem Rockstar

Di awal cerita watak JJ digambarkan sebagai seorang yang innocent tapi berjiwa besar. Dia nak jadi penyanyi tapi tak ada jiwa. Ada orang bagitahu dia, penyanyi yang baik mesti menyanyi dengan feel. Nak dapat feel tu mesti melalui sendiri kejatuhan, kesakitan, patah hati, bercinta, putus cinta, kehilangan atau ditinggalkan. Baru lah feel tu wujud dalam hati dan diri seseorang. Filem ini tentang perjalanan JJ mencari feel tu sendiri. Tapi bila dia berjaya dapat feel tu, rupa-rupanya dia tak nak jadi penyanyi lagi. Dia cuma mahu jadi pencinta yang sentiasa mencintai walau tidak memiliki.

Aku enjoy tengok kisah dan perjalanan JJ malah ada beberapa scene yang sangat mengesankan sampai aku menitiskan airmata. Aku boleh rasa JJ punya keliru, sedih, marah, sakit dan rasa tak puas tu. JJ adalah satu watak yang mengajar aku tentang move on tapi bukan melupakan. Putus tapi tidak perlu membenci. Sakit tapi jangan membalas dengan kesakitan. Cinta adalah tentang memberi tanpa mengharapkan balasan. Cinta adalah tentang pergi, dan jika benar-benar sejati pasti akan kembali. Patah hati, kecewa, menjadikan kita manusia. Apa yang kita cari bukan apa sebenarnya yang kita cari. 


Dalam temu bual bersama The Indian Express (klik untuk baca lanjut), Imtiaz Ali ada menyebut ini dan aku menyukai apa yang disebutkan. Aku share sikit :

Yeah, that happens. Somebody, who belong to a set of people, who just follow instructions without thinking about it, can say, ‘I love this person.’ But if you think about it, you will realise that if you love different people in life, you still have different feelings towards them, then how do you define this word called love. So, obviously, you feel different love for different people at different times. So, saying it does not communicate the same thing.
What happens sometimes is that you challenge something, you accept the fact that you don’t know the answer and therefore comes across as confused, which often my characters are supposed to be. But if you don’t challenge anything and you are blind then you will say, ‘I love this girl.’ If you open your eyes, there will be questions that’s what happened to these people (his characters). Love is such an oft-used word that doesn’t communicate anything special.
Bagi yang belum menonton Rockstar, anda boleh cuba dan mungkin anda akan menyukainya. Tapi anda mungkin perlu menonton filem ni beberapa kali untuk dapat mesej yang cuba di sampaikan. Aku sendiri masih berharap akan dapat menonton filem ini lagi dan lagi. Baru dapat feel tu kot. Sama macam filem Tamasha, sekali tonton aku tak faham sangat malah siap tertidur pula tu.. hahahahaha.. Tapi lepas tengok Tamasha beberapa kali, aku suka filem tu terutama chemistry antara Ranbir Kapoor dengan Deepika Padukone yang mantap tahap dewa..! hehehehe.

Lepas ni aku looking foward untuk tengok Bombay Valvet dan semestinya Sanju. Tak sabar..! Setakat ni dalam semua filem lakonan Ranbir, aku masih letakkan Barfi nombor satu sebagai filem terbaik lakonan dia. Tapi ada yang kata Sanju lebih mantap sebab tu aku tak sabar nak tengok filem tu. Selebihnya, aku rasa Ranbir ni memang pelakon yang hebat dalam kelas dia tersendiri. Tak boleh nak banding-bandingkan sangat. Nikmati sahaja. At the end semuanya adalah hasil karya dan usaha keras orang, kita patut menghargainya. 

:)




...

gambar : google image

Post a Comment

0 Comments