Ayat Ke-6 Dalam Surah Al-Fatihah

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas aku berpeluang join Seminar Tematik 4.0 : Penyakit Hati dan Penawarnya Di Dalam Al-Quran yang telah diadakan di Tadabbur Center, Bandar Baru Bangi. Seminar berbayar ni memang antara yang aku sangat nanti-nantikan. Baca tajuk seminar pun buat hati rasa terpanggil sangat nak join. Apatah lagi lokasi seminar yang dekat je dengan rumah aku. Seminar ni pula di buat pada hari Sabtu. Memang bagai orang mengantuk di sorongkan bantal empuk lah jawabnya. Tanpa fikir panjang, aku terus daftarkan diri dengan Pokchik sekali.

Seminar sehari tu sangat penuh padat dengan pengisian. Tak puas rasanya duduk dalam seminar yang sentiasa ada ilmu baru untuk kita belajar. Dari sekecil-kecil perkara sampai hal-hal yang besar, aku rasa memang kerdil sangat aku kat dalam tu. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa bertuah sangat-sangat sebab dapat hadir. Semuanya atas aturan Allah s.w.t. jua

Banyak yang aku nak share pasal ilmu yang aku dapat sepanjang berada dalam seminar tu. Banyak sangat sampai tak tahu macam mana nak share. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan lain aku akan susun elok-elok input yang aku dapat tu dan share kat sini. Semoga dipermudahkan ye. Tapi permulaan ni aku share benda yang ringkas-ringkas dulu.

Benda ni aku baru tahu, tapi mungkin korang dah lama tahu. Walaupun benda ni macam kecil dan simple sangat tapi aku rasa excited nak share sebab aku rasa maknanya deep menusuk ke dalam pangkal hati aku. Sampai bergenang airmata. Mungkin aku tak pandai nak explain macam Dr Azrul Azlan terangkan masa dalam seminar tu, tapi sikit-sikit aku cuba lah ok. Yang penting, aku harap korang dapat maksud yang aku nak sampaikan.

Makna Ayat Ke-6 Di Dalam Surah Al-Fatihah

Kalau kita baca tafsir ayat keenam dalam surah Al-Fatihah ni mungkin kita rasa simple je lah iaitu maksudnya "Tunjuk kan lah kami jalan yang lurus" tapi apa yang aku belajar dalam seminar tu, makna ayat ini SAHAJA kalau di tadabbur dengan panjang lebar oleh para ulama membawa tiga (3) makna yang sangat mendalam dan mampu membuatkan hati kita bergetar.

Makna ayat keenam ini sebenarnya adalah :

1.  Bila kita baca ayat ni, kita sebenarnya memohon Allah s.w.t MEMBAWA kita ke jalan yang lurus (benar). Maknanya, kalau selama ini kita sudah jauh tersasar, maka kita mohon Allah 'panggil' kita balik supaya kita berada di jalan yang benar. Ada juga sesetengah manusia yang fikir selama ni dia berada di jalan yang benar (golongan Munafik, Syirik, Syiah, dlln) tapi sebenarnya mereka sesat. Jadi mohonlah kepada Allah agar selalu membawa kita kembali ke jalan yang benar.

2.  Kemudian bila kita dah berada di jalan yang benar, kita mohon Allah s.w.t. TETAPKAN kita di jalan yang lurus (benar) ini. Jangan biar hati kita berbolak-balik lagi. Mohon Allah 'pegang' hati kita, pimpin tangan kita supaya kita sentiasa berada di jalan yang benar ni dan tak akan mencari-cari jalan yang lain.

3.  Selepas itu, bila kita yakin dah berada di jalan yang benar kemudian tetap pula di jalan yang benar ni, kita mohon pula kepada Allah s.w.t. supaya SAMPAIKAN KITA KE HUJUNG jalan yang benar ini iaitu dari mula kita di hidupkan sampailah kita kembali kepada Allah s.w.t. nanti. Janganlah permulaan sahaja kita hidup dalam kebenaran, tapi makin menuju kematian semakin kita sesat dan tersasar dari jalan Allah s.w.t.

Wallahulam.
(kalau aku salah, tolong betulkan)

Tunjukkan lah kami jalan yang lurus, tadabbur surah al-fatihah, jalan yang benar, maksud al-fatihah
Ayat Ke-6 Surah Al-Fatihah

Sahabat-sahabat,
Ayat ni sangat terkesan dalam hati aku. Padahal ayat ni sangat ringkas dan pendek sahaja. Kalau kita baca tafsir bulat-bulat memang rasa ayat ni macam biasa je. Tapi itu lah pentingnya belajar tadabbur Al-Quran. Hanya dengan tadabbur kita akan dapat rasa ayat-ayat Allah ni dalam hati. Serius, airmata aku memang bergenang masa Dr. Azrul Azlan explain pasal ayat ni. Dengan suara dia yang sebak dan penerangan dia yang deep tu, hati aku rasa bagai di cakar-cakar.

Sahabat-sahabat,
Berapa ramai daripada kita yang telah jauh dari jalan Allah? Berapa ramai daripada kita ambil Islam separuh-separuh? Berapa ramai daripada kita yang betul-betul hadam ayat-ayat peringatan daripada Allah s.w.t.? Allahu Akhbar.. dunia sudah benar-benar di hujung usianya. Di mana kita sahabat-sahabat..? di mana kita... *nangis*..

Kita lahir dalam Islam, adakah kita akan mati dalam Islam juga..? Fikir-fikirkan lah. Bila dengar mereka yang mencari-cari hidayah Allah, kita rasa bangga diri sebab konon-konon kita ni dah cukup hidayah sangat. Solat, puasa, tutup aurat, baca Al-Quran.. itu sahajakah Islam..? Di terimakah semua ibadah kita..? Kalau tidak, agak-agaknya di mana bekal kita ke akhirat..? Ya Allah, menggigil-gigil jari aku menaip ni.

Begitulah sedikit yang dapat aku kongsikan. Ini baru SATU ayat daripada Surah Al-Fatihah. Bayangkan kalau kita dapat tadabbur surah Al-Fatihah ni sepenuhnya, tentu lebih terkesan. Patutlah surah Al-Fatihah ni di jadikan penghulu. Terlalu banyak hikmah, pengajaran dan peringatan yang Allah s.w.t. nak sampaikan. InsyaAllah, lepas ni kita sama-sama belajar lagi dan cuba mendalami surah Al-Fatihah ni lagi. Biar setiap patah ayat dan huruf di dalam surah ni meninggalkan kesan dalam hati kita. 

Semoga bermanfaat ye sahabat-sahabat.




...

spacer

Lanjut Beach Golf Resort, Kuala Rompin di Pahang

https://www.lanjut.my/
Selamat datang ke Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Rasanya ramai yang tak tahu kat Kuala Rompin tu ada satu resort yang baru dan best. Agak terpencil, sunyi dan sangat menenangkan jiwa sebab tak sesak dengan manusia. Aku sendiri secara kebetulan sahaja dapat ke sana, ikut Pokchik ada meeting kat sana. Mula-mula aku skeptikal juga sebab aku tak pernah sampai ke Kuala Rompin ni. Selalu dengar cerita je. Jadi, first impression aku masa tu "ni mesti resort yang buruk, bosan dan mungkin berhantu..!" hahahaha.. :p

Percutian ke Kuala Rompin

Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin

Perjalanan kami dari Sepang ke Kuala Rompin lebih kurang 6 jam. Dari Sepang ke Seremban kemudian terus ke Kuala Pilah. Cari jalan ke Sri Jempol dan seterusnya cari jalan ke Muadzam Shah. Perjalanan agak mencabar sebab laluan kecil dan banyak lori. Bila berselisih dengan lori-lori besar ni, kita kena perlahankan kereta kalau tak rasa melayang-layang. Kiri kanan jalan di temani pokok-pokok kelapa sawit sahaja. Jadi, sila pastikan petrol kereta mencukupi ye.

Sampai di Muadzam Shah, kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor-Asar. Kami singgah di Bandar Satelit Muadzam Shah. Macam bandar baru la. Aku sendiri dah berbelas tahun tak datang Muadzam Shah ni. Dulu masa belajar kat Kelantan dan Kuantan, setiap kali pergi balik ke Batu Pahat mesti lalu 'bandar cowboy' ni. Tapi sekarang Muadzam Shah dah ada Bandar Satelit. Woww sangaaatt..! :)

Dari Muadzam Shah menuju ke Kuala Rompin tu, sekali lagi perjalanan hanya di temani pokok-pokok kelapa sawit. Kalau ikutkan, lokasi Lanjut Beach Golf Resort ni sebelum sampai pekan Kuala Rompin tau. Jangan risau, banyak signboard di sediakan. InsyaAllah senang nak cari dan tak kan terlepas simpang.

Pantai Lanjut, Kuala Rompin
Pantai Lanjut, Kuala Rompin

Ketibaan Di Sambut Deruan Angin Pantai 

Sampai je resort ni, kita akan di sambut dengan deruan angin pantai yang sangat kuat. Dapat rasa resort ni memang sunyi. Hanya bunyi angin pantai dan deruan ombak yang kedengaran. Mungkin kebetulan masa kami datang tu guest tak ramai. Team Pokchik yang datang meeting kat situ dalam lingkungan 20 orang sahaja. Ada yang datang sendiri dan ada yang datang bawa family. Jadi cuma kami 20 ke 30 orang sahaja kat resort tu sepanjang 3 hari 2 malam. Heaven..!! hahahahaa. Dan ya, resort ni masih baru. Mungkin baru beberapa tahun beroperasi. Tak nampak menyeramkan malah nampak ringkas dan moden.

Mulanya kami dapat bilik Twin Single Bed. Harga bilik (government rate) untuk bilik tu RM180 tapi sebab kami nak upgrade ke bilik Super Queen Bed, jadi kami kena tambah duit sendiri. Total harga bilik RM250 satu malam siap termasuk breakfast for two person. Okey lah kan. Dua malam baru RM500, di tambah dapat pula bilik menghadap pantai :)

accomodation at Lanjut Beach & Resort, Kuala Rompin
bilik kami - super queen bed

Tarikan Utama Lanjut Beach & Golf Resort

Jujur cakap tak ada apa-apa tarikan utama pun kat situ. Hanya resort tepi pantai yang ada padang golf dan swimming pool bapak besar dan luas..! hahahaha. Tapi pantai kat situ tak boleh mandi ye, harap maklum. Laut lepas yang ombaknya mengganas. Pasir pantai pun tak cantik putih bersih. Pantai Lanjut tu memang nampak menggerunkan sikit sebab ombaknya kuat dan airnya keruh. Setakat nak main-main tepi gigi air, basah-basahkan kaki boleh lah. Dan untuk snap picture sunset dan sunrise, boleh lahh.. cantik juga.. :)

kalau dapat bilik menghadap swimming pool pun best kan..!

giant size swimming pool

Swimming pool memang superb..! bersih dan luas. Kalau kau kaki berenang kuak lentang, memang puas la kau marathon dalam swimming pool tu. Kalau tak silap aku, malam-malam pun boleh mandi kalau nak tapi setakat dua malam aku kat situ tak ada pula nampak orang mandi. Jangan risau swimming pool situ memang bersih dan terjaga. Swimming pool untuk kanak-kanak pun luas dan bersih. Siap ada gelongsor mini dan air pancut ala manja-manja. Kalau bawa anak-anak memang berbaloi lepaskan diaorang mandi kat situ.

Kuala Rompin Bandar Udang Galah

Sebelah malam, di sebabkan Pokchik tak ada meeting maka kami saja jalan-jalan ke pekan Kuala Rompin sambil mencari destinasi makan malam. Perjalanan agak jauh dan sunyi sebab melalui jalan kampung. Seronok la juga dapat tengok suasana malam orang-orang Kuala Rompin. Tapi walaupun Kuala Rompin terkenal sebagai bandar udang galah, tak ada pula aku jumpa mana-mana gerai makan seafood (specialty udang galah) yang menarik atau nampak mengujakan.

Jadi kami cuma makan malam di kedai makan ala western. Boleh lah, asalkan perut kenyang. Pekan Kuala Rompin ni lebih kurang 'cowboy' macam pekan Muadzam Shah juga cuma sebab Kuala Rompin ni adalah pusat pentadbiran daerah jadi 'hidup' la sikit suasana kat situ. Kalau datang sebelah siang mungkin nampak lebih sibuk.

Cafe tempat sarapan pagi ni bersebelahan swimming pool

Percutian Yang Merehatkan 

Keseluruhan bagi aku percutian 3 hari 2 malam aku kat Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin ni memuaskan hati juga la. Sepanjang hari aku habiskan masa berehat di bilik sambil habiskan bacaan buku yang dah lama tertangguh. Sambil-sambil tu tonton tv sahaja. Cuaca sangat panas, kena pula bilik tepi pantai kan. Bahang lain macam. Jadi memang aku duduk dalam bilik je sorang-sorang and pasang aircond sejuk-sejuk sementara Pokchik ber'meeting' dari pagi sampai petang. Keadaan bilik memang tip-top.. bersih, praktikal dan super selesa..!

Makan tengahari pun order room service je. Aku order set Nasi Beriani Kambing percuma air sirap bandung (harga RM23). Tapi rasa dia langsung tak macam nasi beriani.. hahahahaa..! tapi alhamdulillah kenyang sebab portion banyak gila. Sesuai la dengan harga :p Pilihan menu breakfast buffet pun biasa-biasa sahaja, tak ada yang memukau sangat tapi rasa sedap la, boleh tahan. Standard hotel punya kan :)

So, kalau korang bercadang nak bercuti ke tempat yang jauuuuuhhhh daripada kesesakan manusia, mungkin Lanjut Beach & Golf Resort ni boleh dipertimbangkan. Terutama bagi mereka yang selalu melalui jalan Johor-Pahang, balik kampung sendiri ke atau balik kampung mertua, mungkin korang boleh singgah Kuala Rompin dan cari Lanjut resort ni. Bawa anak-anak dan keluarga stay satu malam kat Lanjut resort ni sambil rehatkan badan dan tenangkan fikiran. Anak-anak kau lepaskan je mandi kat swimming pool. Confirm diaorang suka dan puas hati..! :)

Dan kalau korang nak buat team building, mesyuarat bahagian/jabatan atau kalau nak buat family day pun sesuai kot kat sini sebab fasiliti yang di sediakan memang mantop dan ada standard. Siap ada ballroom besar giler tau. Senang nak buat seminar atau konvensyen. Maklumat lanjut, sila ke website mereka ni :


Apapun, terima kasih Lanjut Beach & Golf Resort atas hospitality yang memuaskan. Semoga berjumpa lagi di lain masa bila ada rezeki yang lain pula.

apa yang menarik di Kuala Rompin
nak romantis lagi boleh main buai sambil nyanyi lagu baby pian dan tunggu matahari terbenam.. auuwww..!!



...

spacer

AJL33 | Sampai Bila, Bunga dan Haram

Anugerah Juara Lagu Ke-33 | 3 Februari 2019

Antara AJL yang paling best dan memuaskan hati aku. Tengok barisan finalis je dah berdebar-debar. Malam yang menjanjikan kejutan dan keterujaan. Akhirnya terjawab segala debaran, lagu Haram di angkat menjadi juara. Tahniah Hael Husaini, Ezra Kong dan Dayang Nurfaizah. Sama macam lagu Jampi yang menjadi juara tahun lepas, lagu Haram juga bukan kegemaran aku. Tapi aku boleh faham dan boleh terima kenapa lagi Haram menang. Lagu Haram memang lagu 'masa depan' bukan terikut-ikut lagu ala 90-an. 

Sedangkan lagu-lagu yang aku minat semua lagu masa silam. Masuk dengan jiwa aku kononnya. Tapi mungkin benar juga orang kata, jiwa sentimental macam aku memang selalu hidup dalam masa silam. Stuck tak boleh move on..! (tiberrrrrr je kau kannn.....)


Ya, seperti ramai tahu aku #TeamSampaiBila dan memang harap-harap sangat Sampai Bila dapat jadi Juara AJL33 tapi kecewa cuma 'sangkut' di tempat ketiga. Tertanya-tanya juga di mana silapnya sedangkan lagu Bunga walaupun power tapi tidaklah se'power' Sampai Bila. Tapi itu ikut telinga aku lah. Telinga juri tentunya berbeza dan ya, juri tak menilai ikut apa dia dengar je.. betul tak? So, ya.. terima lah dengan hati terbuka. Tempat kedua untuk Bunga dan Sampai Bila di beri tempat ketiga. 

Sebelum malam final AJL33, aku target Sampai Bila (Misha Omar) jadi juara, Semakin (Siti Sarah) tempat kedua dan Bunga (Ara Johari) tempat ketiga tapi lepas tengok persembahan Siti Sarah, aku terpaksa dengan berat hati mengetepikan pilihan Semakin. Aku gantikan (ikut suka hati aku je) tempat Semakin tu dengan Haram atau Di Mata Mu atau Nisan Cinta (Nana x Jac) atau mungkin nak buat betul-betul kejutan, Kau Pun Sama (Syamel) pun boleh mengisi tempat kedua. Namun nampaknya tekaan aku sedikit tersasar. Takpe lah. Aku bukan nujum pak belalang pun :p

Sampai Bila Je Yang Sampai Ke Hati Aku 

Aku masih ingat kali pertama dengar teaser lagu Sampai Bila ni hati aku terus menghiba padahal baru dengar sikit. Aku tahu, Sampai Bila akan jadi lagu kegemaran aku yang seterusnya. Aku tahu Misha Omar akan deliver lagu ni dengan segala kudrat yang ada. Aku tahu lagu ni akan jadi sangat-sangat deep dan menusuk ke dalam hati aku sebab liriknya teruatama part "Dalam rindu yang tak bererti apa lagi.. biarkan aku kini sendiri.. oh pergilah dengan dia yang kau cinta.. dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan.." aduhhhh.. sakit ulu hati aku.. :p  Susunan muzik untuk lagu ni pun sangat mencabar, tak percaya cuba kau nyanyi live lagu Sampai Bila ni.. silap-silap cirit color hijau..! :p


Tapi untuk persembahan malam tadi, aku sedikit kurang puas. Terutama bila Misha Omar buat 'tokok tambah' di tengah lagu. Aku punya lah risau sebab hasilnya macam tak berapa menjadi. Part ending paling merisaukan aku sebab Misha Omar mula menghiba. Aku faham dia feeling habis tapi kena ingat ya, finalis semalam ramai yang power jadi kesilapan kecil boleh mengundah padah. Ingat dulu Ning Baizura (Awan Yang Terpilu) kalah di tangan Adibah Noor hanya kerana part ending Ning Baizura menghiba dan suara dia jadi 'hilang' sekejap. Fuhhh...! Aku tak senang duduk. Aku harap sangat juri tak tolak markah Sampai Bila.

Jujurnya, aku lebih suka Sampai Bila masa separuh akhir. Garang, confient dan lebih kemas tanpa banyak ubah suai. Lagu Semakin pun sangat mantap masa separuh akhir tapi sayang tersadung sedikit di pentas final. Tapi tetap puji usaha Siti Sarah untuk buat kelainan dalam Semakin di final. Bukan senang nak bawa lagu tu apatah lagi Siti Sarah tak ada pengalaman di pentas akhir AJL. Bagi aku lagu Semakin tetap power yang versi original dalam kaset (wujud lagi ke kaset...? dengggg...)

Aku sebak masa lagu Luluh bukan sebab persembahan Khai Bahar hebat sangat tapi sebab kesungguhan dia. Nampak  betul pengalaman di pentas AJL sebelum ni membantu Khai tampil lebih yakin. Susunan lagu Luluh ala okestra tu sangat enak dinikmati kecuali bila Khai start buat soprano tu. Bagi aku tak perlu. Sedikit kacau. Tapi apa pun tahniah Khai Bahar tak lupa Haqiem Rusli dan Syamel juga. Mantap kau urang nih...! Next AJL buat power lagi. Sis respect budak-budak baru nak up yang berani dan kerja keras macam kau urang nih.. :)


Persembahan NanaxJac dan KhaerxAmelia tak tahu mana silap, tergelam habis. Sampai hampir dilupakan. Kesian. Padahal antara lagu yang hebat dan dijangka menang juga tu. Persembahan DeFame pula sorry cakap macam persembahan akhir tahun dak form 5. Mungkin sebab bawa lagu orang, tak boleh nak buat style sendiri sangat. Kalau DeFame bawa lagu sendiri mungkin lebih mantap. Lagu Hajat bagi aku terlalu biasa, macam tengok kat youtube je. Walaupun Hael bawa Syafinaz tapi tak ada lah suprise sangat sebab dah tahu kemampuan Syafinaz macam mana, memang power. Tapi untuk lagu Hajat tu sendiri, mcm tak ada kelainan. Aku suka Hajat yang dalam video klip sebab ada Sherry Al-Hadad.. hahahahahaa..

Persembanhan Ara Johari pula memang nampak dia cukup bersedia. Ni nama dia pengalaman membezakan guys..!! hehehehe.. pun begitu aku rasa Ara banyak play safe je, tak mencabar diri sangat kecuali part dia tarik tu lah. Kemas walau sedikit tenggelam dek muzik  dan backup singer. Untuk lagu Haram, vokal Dayang Nurfaizah berjaya menyelamatkan banyak keadaan terutama part starting tu. Low key Hael memang goyang habis. Tapi aku bukan pakar vokal, tak nak komen sangat. Yang penting aku suka part hujan tu. I'm like.... wowwww...!! terkasima beberapa minit.. gempak arr.. kau boleh bawa hujan pula atas pentas ekk.. lepas tu nyanyi pula dalam hujan tu.. Shah Rukh Khan pun tak buat gitu oiiii.. hahahahaha.. Memang showmanship power and world class.. patut la juara kan..! :)


Persembahan Kontroversi Sufian Suhaimi

Tiba lah masa yang ditunggu-tunggu, part nak komen persembahan Sufian Suhaimi ni aku macam "ehh.. perlu ke..? perlu ke..?" hahahahaha. Untuk pengetahuan korang semalam aku tidur dekat pukul 2 pagi semata-mata duk komen pasal persembahan kontroversi si Pian ni lah. Geram je aku.. hahahahahaa. Jujur cakap aku memang tak suka lagu Di Mata Mu ni sejak mula lagi, nak-nak tang lirik dia yang "dan.. tak.. seharusnya aku.. bertemu dirimu.. di dunia ini.." eeeeeeeeee.. aku tak boleh terima la lirik tu. Mana boleh cakap macam tu wehh. Semua tu aturan Allah s.w.t. kan, kita siapa nak persoalkan ketentuan Allah. Kita pula lagi pandai dari Allah ke macam mana? Serius aku memang tak leh terima lirik tu. Lepas tu ada pula lirik dia yang "buang segala.. tentang ku..." eeeeeee.. tadi kau yang tak nak jumpa dia di dunia ni konon, lepas tu kau pula yang suruh dia buang kau. Apooo..?? Kau la buang dia sebab kau yang tak leh terima qada dan qadar dan tak move on lagi. And and and.. ada juga lirik dia yang "ku sedar betapa hinanya... ku di mata mu.." ehh kau nih..!! dah sedar tu apa lagi, blah la sambil muhasabah diri. Nak berlakon konon kau sorang je mangsa dalam 'tragedi percintaan' ni dah kenapa..?? Sama-sama pilih nak bercinta kan, suka sama suka kan, alih-alih bila terputus nak rasa terhina pula. Siapa hina kau..? Kau je rasa terhina tapi letak rasa bersalah kat orang lain. Play the victim sangat kau nihh..!

Aku bukan la nak back up si El sangat. Aku pun tak setuju juga dengan tweet minah tu. Kau dah kenapa..??!! Ada suami, buat cara dah ada suami. Hormat perasaan suami tu. Walau sporting mana pun suami kau dia tetap ada perasaan, yang kau nak tweet sambil doa-doakan si Pian pula kenapa. Itu mengundang caci maki namanya..!! Dah kat Mekah tu, fokus kat ibadah je lah. Abaikan sekejap smartphone tu. Kalau ye pun nak doakan, tak payah bagitahu satu dunia. Kewajipan awak kepada suami. Pi doakan untuk suami je sudahhhhh.. huhh..!


Tapiiiiiiiii.. yang magic tu, hari ni lepas tengok beberapa ulasan netizen tentang persembahan kontroversi Sufian Suhaimi tu, aku tiba-tiba macam tersedar satu benda. Apa yang Pian buat tu sebenarnya mengenai lagu Di Mata Mu tu je. Dia nak deliver lagu tu. Lirik lagu tu pun secara metafora je katanya.. duhh..!! Dan dia ada hak nak buat macam mana pun. It's all about that song and pentas kemuncak AJL guys..!! yang kita ramai-ramai ni nak emo tak memasal kenapa...??!! hahahahahaa.. Betul juga lah, bila difikir-fikir balik aku rasa Pian dengan El steady je. Kita yang 'di luar' ni je kecoh lebih. Tak ada apa pun sebenarnya. Kenapa nak prejudis pada Pian dan El, kenapa nak jadi batu api melaga-lagakan diaorang lagi. Kenapa suka tengok diaorang berbalas-balas statement..??!! lepas tu kita ramai-ramai tepuk tangan ke apa.. dasaaaaaarrrrr bawang..!! :p

Maka, dengan ini aku dengan rendah hati ingin menarik balik semua statement dan ulasan aku tentang Pian dan El semalam. Kepada siapa-siapa yang aku 'ter'komen kat IG atau FB tu, aku minta maaf ya. Mohon abaikan lah komen-komen merepek aku tu. Anggap je aku yang tak matang. Acah-acah wartawan hiburan sangat. Mulai hari ni, belajar something ye Ain, jangan nak cepat sangat komen pasal artis ke politik ke, jangan nak emo, jangan nak rasa kau je betul Ain, kau tu suka ikut perasaan masa tu je, tak nak fikir panjang dulu. Ohh gosshh...! Maafkan sis ye.. sis bukan selalunya betul. Sis juga ada masa-masa gila meroyan juga.. oppsss.. Maafkan sis.. :)

Dan sekarang ni, saat aku tengah taip entry ni.. lagu Di Mata Mu tu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Patutlah ramai yang sebak dan kata lagu tu sampai ke jiwa. Petang ni bila aku tengok balik persembahan Pian malam tadi, hati aku pun tersentuh juga. Tak mudah menjadi public figure kan. Tabahlah Pian. Pasti ada yang lebih baik untuk kau lepas ni. Steady je. Orang lelaki kena steady jangan hati tisu sangat. And please la siapa start panggil dia baby pian tu... eeeeeeeeee... sumpah geli...!!!! stop laa..bagi la budak tu membesar secara normal.. ehhh.. :p

Dah lah tu. Move on ye dari AJL kejadah apa semua ni..
Tunggu AJL tahun depan pula..! Aku harap Sherry Al Hadad dengan Aliff Satar jadi pengacara lagi tahun depan sebab serasi sangat diaorang berdua, tak over dan sangat professional.. :)

Thanks dengan gigih baca ulasan aku.. :)






...

(gambar semua daripada Instgram TV3 Malaysia)


spacer

ZERO | Indah Khabar Dari Rupa

Filem yang aku tunggu-tunggu sejak Disember 2017 lagi sebaik teaser pertama tentang filem ni di keluarkan. Tengok je Shah Rukh Khan jadi kerdil, aku terus set dalam kepala "okey, ni filem lain daripada yang lain.. mesti jadi big hits.. bla bla bla..". Aku betul-betul rasa filem ni akan mengembalikan kegemilangan Shah Rukh Khan sebagai King Khan atau paling-paling tidak dapat memberi satu bentuk kepuasan hiburan di hati penonton. Selepas kecewa dengan Fans, Raess dan Jab Harry Met Sejal, aku serius letak harapan besar pada ZERO

Tapi bila dapat tahu dalam filem ZERO ni SRK akan bergandingan dengan Katrina Kaif dan Anushka Sharma, timbul tanda soal yang sangat besar dalam hati aku. Why..? Why..? Macam tak best je gandingan tiga orang ni. Tapi aku tetap bersangka baik. Maybe ini bukan sahaja filem 'lain daripada yang lain' untuk SRK tapi untuk Katrina dan Anushka juga. To be honest, aku suka Anushka di dalam filem, bukan di luar filem. Sebaliknya Katrina pula aku suka dia di luar filem dan bukan di dalam filem. Nampak tak dilema aku macam mana.. lolss.. :p

Shah Rukh Khan, Katrina Kaif, Anushka Sharma, new film release, filem terbaru shah rukh khan
ZERO (2018) hindi movie

ZERO Filem Yang Menghiburkan Tapi Kosong 

Keseluruhan filem ni menyenangkan dan ringan untuk tontonan santai. Walaupun carca-marba. Haru-biru. Hilang arah dan hilang center point story tapi tetap sebuah filem yang menghiburkan terutama bila kau peminat Shah Rukh Khan dan tak pernah jemu dengan lakonan dia yang tak pernah tak over, stereo type dan 'kepakaran' dia yang asyik nak beromantis tak hengat dari dia muda sampai dah tua-tua ni pun adoiiyaiii.. hahahahaa.. (ni nak puji ke nak kutuk..?)

Aku suka filem ni sebab teknik-tirai-hijau dia kemas dan meyakinkan. It's not easy nak buat watak Bauua (lakonan SRK) tu jadi kerdil tapi tetap natural dan tak nampak macam tampal. Aku puji bab tu terutama bila Bauua ada body contact dengan pelakon lain. Contohnya dalam scene lagu SRK dengan Salman Khan tu, bila part last SRK lompat ke arah Salman dan Salman terus dukung SRK then SRK cium pipi Salman tu, nampak betul-betul real. Usaha keras selama bertahun nak bagi special effect ni berkesan aku rasa berbaloi dan patut di beri pujian. Malaysia perlu belajar teknik yang sekemas dan setepat ini.


Malangnya, itu sahaja lah satu-satu kelebihan filem ni. Kau datang panggung wayang cuma nak tengok Shah Rukh Khan kesayangan kau jadi kerdil, comel, menyanyi dan menari beria-ia. Itu je. Lepas dua jam lebih, kau keluar panggung wayang dalam perasaan separuh puas dan separuh lagi terpinga-pinga. Cerita apa yang aku tengok ni..? hahahahahaa..

Kisah Cinta Tiga Segi Yang Biasa-Biasa

ZERO sebenarnya sebuah kisah cinta 3 segi yang mana si Bauua tergila-gilakan si Babita (lakonan Katrina Kaif) tapi Babita tak cintakan Bauua. Dalam satu incident yang sangat kebetulan, Bauua dipertemukan dengan Aafia (lakonan Anushka Sharma) dan Bauua buat-buat cintakan Aafia. Tapi Aafia pula betul-betul cintakan Bauua. Selepas kecewa dengan Babita, Bauua baru sedar cinta sebenar dia pada Aafia tapi saat dia berusaha nak membuktikan cinta dia pada Aafia, Bauua terpaksa terlibat dalam misi ke planet Marikh. Ya, filem ni punya carca-marba, dari kampung sampai ke planet Marikh perginya. Kau janganlah cari logik kat mana-mana dalam filem ni, memang tak jumpa..! geram je aku.

Jalan cerita sangat-sangat-sangat longgar..! sampai 3 kali aku ulang 'sangat' tu. Aku serius tak faham kenapa sampai macam tu sekali garapan filem ni. Kecewa teruk. Filem ni ada potensi menjadi filem hits dan luar biasa bombastic bukan sahaja sebab Shah Rukh Khan berlakon sebagai orang kerdil yang over confident dan sangat mengesankan, tapi sebab overall picture tentang filem ni betul-betul berjaya mencuri perhatian. Bab marketing tak payah sembang, memang all out dan buat kau betul-betul percaya ia sebuh filem yang wajib tonton 2018..!


Tapi tu lah tu. Lain yang dibayangkan, lain yang kau dapat. Sungguh indah khabar dari rupa. Nak kata kecewa sangat-sangat, aku masih rasa filem ZERO ni adalah filem yang bagus dan ada kelainan. Again, aku puji SRK yang berani ambil watak ni dan usaha dia nak menambah 'warna-warni' dalam portfolio kerjaya dia selama lebih 25 tahun ni. Dan... kalau di suruh pilih, aku sanggup tengok filem ZERO ni sepuluh kali lebih daripada filem Fans. Punyalah menyampah aku dengan filem Fans tu kan.. errgghhh...!

Yang membingungkan aku...

1.  Ramai puji lakonan Katrina Kaif sangat membanggakan dalam filem Zero ni malah ada yang kata dia mungkin menang best supporting actor melalui filem ni. What..?? aku tak setuju. Bagi aku watak Babita ni (satu) tak ada pun tak apa, (dua) watak perempuan meroyanzz sebab boyfriend dia tak layan dia, pemabuk, seksi, diva, bit*h.. sangat-sangat lah mudah di tangan Katrina Kaif. Senang kata watak ni tak mencabar langsung untuk Katrina. So, apa nak bangga sangat..?


2.  Lakonan Anushka Sharma pula walaupun special sebab 'kelebihan upaya' tapi again, tak mengesankan. Aku macam tak boleh percaya saintis yang bijak dan hebat macam Aafia boleh fall pada permainan cinta dan perasaan dengan seorang lelaki kerdil. Like..? come on.. tak realistic lah. Aku harap sangat watak Aafia jadi lebih dramatik tapi steady. Sayangnya dalam ZERO ni, watak Aafia macam tak cukup garam dan lada sulah. Tawar.

3.  Shah Rukh Khan macam biasa, over acting di mana-mana. Aku tak faham kenapa. Tapi dia berjaya bawa watak Bauua yang confident walaupun kerdil, yang berani, yang tak rasa rendah diri dengan kekurangan dan sentiasa berusaha sendiri nak capai apa dia nak. At some point kita akan rasa Bauua sama je macam lelaki saiz normal yang lain. Tapi bila tiba scene dia macam baru tersedar yang dia sebenarnya cintakan Aafia tu, aku terus lost...! terus watak Bauua tu jadi merapu dan merepek. Aku harap sangat-sangat filem tu habis kat situ, tapi rupanya tidak ya. Panjang lagi filem tu sampai ke Marikh oiii..!!

4.  Dan ya, why nak kena sampai ke Marikh...??!! arrrgghhh.. stress aku. Tiga malam tak boleh lelap tidur sebab fikir kenapa filem tu mesti nak drag story line sampai Bauua kena pergi Marikh..? Dah la tak logik. Tak ada significant. Buat jalan cerita makin hancur. Bajet besar filem ni hangus gitu-gitu je. Serius aku stress..! hahahahaa.. :p

5.  Ada satu je lagu dalam filem ni yang aku suka. Dan scene waktu lagu ni pun paling best aku rasa. Lagu Mere Naam Tu. Lagu ni buat aku fall in love dengan Shah Rukh Khan over and over again. Tapi tidak lah sampai tahap terigau-igau. Untuk scene dan jalan cerita lagu tu, aku suka. Tu je.

Mere Naam Tu songs

6.  Tak faham juga kenapa ada scene yang nak muatkan semuaaaaaaa pelakon Bollywood yang power-power. Ada Sri Devi, Juhi Chawla, Kajol, Deepika Padukone, Aalia Bhat dan ramai lagi (aku lupa). Scene tu entah lah, tak perlu bagi aku. Apa yang cuba di tonjolkan pun aku tak tahu. Tak ada orang nak datang tengok filem ZERO ni semata-mata nak tengok mendiang Sri Devi yang cuma muncul beberapa minit dengan dialog satu line tu je. Tak ada. So, motiffff...?

7.  Percubaan yang baik, tapi gagal. Kalau di letakkan di tangan pengarah atau sutradara yang lain, mungkin filem ni boleh jadi filem yang lebih baik dan membanggakan. Shah Rukh Khan perlu berhenti berlakon filem yang tak sesuai dengan usia macam filem Jab Harry Met Sejal dan filem ZERO ni. Walaupun di solek tebal, Shah Rukh Khan masih nampak sangat tua untuk Katrina dan Anushka. Come on SRK...! Buat pilihan lebih baik selepas ni, please. I love you (ehh.. sempat..!)

Aku bagi 2.5 bintang sahaja daripada 5 bintang.
Aku happy tonton filem ni, tapi tak ada apa-apa yang aku bawa balik selepas habis menontonnya. Sedikit kecewa, sedikit teruja, sedikit pengalaman baru dan sedikit cinta. Cukuplah buat bekal menunggu filem SRK yang seterusnya. Setahun aku tunggu filem ZERO ni, menyesal pun ada tapi tak apa lah, ambil yang positif sahaja. Move on..! :)



...

all picture from Google Image

...







spacer