Hari Terburuk

Semalam mungkin hari terburuk dalam sejarah hidup aku (atau mungkin sebelum ni pun buruk juga tapi aku tak perasan). Baru 9 hari masuk 2019 aku dah pecah teruk. Dammnn..!

Tapi hari ni 10hb aku pilih untuk bangun semula dan teruskan berjalan. Keep moving ; tu je pilihan yang aku ada. Aku tak akan biarkan apa jadi semalam buat aku give up. Aku dah pernah melalui dan merasai perasaan 'biar' dan 'tunggu' the right time what so ever tu and end up aku makin pecah dan parah. Today, no more..! Tak nak buat kesilapan sama.

Aku dah delete semua platform yang boleh buat aku kembali buat benda yang kemudiannya buat aku menyesal. Bila kita dah tak ada platform tu, kita tak akan ke situ lagi dan lagi then buat benda bodoh lagi dan lagi, right..?!! so delete semua. delete. done. jalan terus. jangan toleh lagi.

...

Aku bersyukur Allah tak pernah tinggalkan aku terutama dalam keadaan aku sangat-sangat perlukan Dia. Betul lah Allah tu Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. Bila-bila kita perlukan Allah, Dia selalu ada. Dekat je. Kalau tak, entahlah aku tak tahu masih ada ke hari ni untuk aku. Atau entah hari ni aku terlantar terbaring kat mana agaknya, tak tahu.

Aku buat benda bodoh semalam. Benda yang sangat-sangat bodoh dan aku menyesali sepenuh hati. Aku tak akan lupa apa aku buat semalam. Aku akan buat tembok batu besar dan tinggi supaya aku tak akan kembali jadi semalam dan buat benda bodoh macam semalam. Never..!

...


Alhamdulillah, 
Alhamdulillah, 
Alhamdulillah, 
hari ni aku okey. 



....

Share:
spacer

10 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan and may tomorrow will be better for you

    ReplyDelete
  2. Manusia x lari dari membuat kesilapan. .. yg penting kita belajar dari kesilapan dan perbaiki diri.

    ReplyDelete
  3. jaga diri beb. once bitten twice shy. tapi manusia itu fitrahnya pelupa dan sering melakukan kesilapan. dont be hard on yourself, k. kesilapan juga dikira sebagai pengalaman yang boleh jadi cikgu pada kita. jaga diri tau. tahun baru, tapi tetap doa aku sama buat kau. moga tenang dan berlapang dada selalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks beb.. :)

      tapi betul, dengan diri sendiri jangan tegas sangat.. jangan berkira sangat.. kalau bukan kita yg manjakan diri kita sendiri, siapa lagi? kann.. Jangan di harap pada orang. Harap pada Allah je.. :)

      love and hugs..

      ...

      Delete
  4. Semoga sentiasa dipermudahkan semuanya.. Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn... :)

      tQ mrs Pip.. kebaikan utk awak juga..

      ...

      Delete
  5. Kita kdg2 tak nk buat tp kita selalu gagal mengawal. Boleh ckp mcm ni lepas da buat saya sebiji mcm awak. Mrhkn diri sndiri yg x blh kawal diri. Kita kuatkn hti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama lah kita kuatkan hati.. :)

      ...

      Delete