Tahun Ketiga Belas

Ini tahun ketiga belas aku bekerja di jabatan yang sama. Pejabat yang sama walau bidang tugas berbeza. Ini tahun ketiga belas juga aku 'menghambakan' diri kerana gaji tiap-tiap bulan yang masuk dalam amount yang cukup untuk aku meneruskan kehidupan. Paling penting gaji setiap bulan tu cukup untuk aku bayar hutang PTPTN dan hutang personal loan aku dengan CIMB yang dah nak 10 tahun tak settle lagi tu.

Aku tak bekerja untuk keseronokan dan kepuasan diri jadi jangan tanya aku happy ke tak dengan kerja ni. Tak happy tapi tak juga benci. Aku di pertengahan sebab tu mood aku selalu swing setiap kali nak pergi kerja waima bila buka topik berbual pasal kerja je aku terus kemurungan beberapa jam. Susah lah aku nak explain, kalau aku asyik cakap pasal tak suka kerja ni nanti ada yang kata aku tak tahu bersyukur. Lagipun aku bukanlah tak suka kerja ni tu macam benci gila-gila kerja ni. Tak..! Aku cuma tak suka, bukan benci. Faham..?

Gambar hiasan ambil dari Google Image

Sedar tak sedar juga dah masuk tahun keenam aku memandu sendiri dari rumah ke pejabat. Setiap hari keluar rumah jam 6:45 pagi dan akan tempuh jammed teruk dua jam baru lah sampai ke pejabat. Bila sampai pejabat tu memang motivasi aku down teruk. Hadap jammed lebih sejam setengah ni memenatkan okehh...! Lepas tu bila petang nak balik rumah, again akan hadap jammed teruk lagi dekat dua jam juga. Aku memang hari-hari solat maghrib kat 'tengah jalan'. Pandai-pandai lah cari RnR atau surau yang boleh aku singgah untuk solat. 

Mula-mula tu aku okey lagi, tapi bila dah masuk tahun keenam macam ni, aku rasa dah mula mereputzz. Rasa macam hidup nomad pun ada juga. Setiap hari waktu memandu tu, fikiran aku akan menerawang memikirkan sampai bila aku nak kena teruskan rutin macam ni? Sampai aku pencen umur 58 tahun nanti ke..? Ya Allah, sesak dada aku tiap kali fikir pasal benda ni. Aku rasa hidup aku terlalu hambar dan masa bergerak terlalu cepat. Aku di mamah usia di dalam hiruk-pikuk jalan raya setiap hari. Masa aku habis di atas jalan raya, semata-mata kerana hamba kepada gaji. Aku selalu nangis sorang-sorang masa drive tu sebab aku rasa tak adil kepada diri sendiri dan aku rasa aku tak jaga diri aku baik-baik. Ermmm.. entahlah.. Bila kita sorang-sorang, fikiran memang mudah melayang.

Sejak tahun ni (2019) aku ikut route lain setiap pagi pergi kerja dan petang bila balik kerja. Aku ikut Tol Plus Sungai Besi. Lebih jimat $$$ tapi tak berapa jimat masa. Jammed tetap teruk walau aku ikut route mana-mana pun, jadi aku redha. Cuma sejak ikut Tol Sungai Besi ni, aku mula enjoy pula tengok suasana traffic jammed kat situ yang bagi aku 'menghiburkan'. Macam satu pemandangan baru untuk aku. Jadi aku layankan je. Paling seronok tengok kereta-kereta besar dan mewah, mula lah berangan dan semangat nak kerja kuat simpan duit pun berkobar-kobar sebab aku dah mula simpan impian satu hari nanti, aku pun nak pakai kereta besar macam tu :)

Resolusi 2019 khas untuk kerja aku :

1.  Setiap pagi, celik je mata mesti ucapkan Alhamdulillah dan bersyukur sungguh-sungguh pada Allah s.w.t. sebab panjangkan umur kita sehari lagi. Masih hidup maka 'perjuangan' mesti diteruskan.

2.  Sebelum keluar rumah salam, cium dan peluk suami. Doakan suami di rahmati dan di lindungi. Minta suami doakan aku kuat semangat dan mampu lawan rasa malas ni. Minta suami redha dengan aku. Minta Allah jaga dia sepanjang dia jauh dari mata aku.
  
3.  Setiap kali melangkah keluar dari rumah, pasang niat nak pergi kerja ni kerana Allah s.w.t. sahaja..! Dan ingat, di luar sana berapa ramai yang masih mencari kerja. Aku yang ada kerja ni sila bersyukur dan berhenti merungut.

4.  Pasang VCD bacaan ayat Al-Quran sepanjang perjalanan daripada rumah ke pejabat setiap pagi. Ini apa yang aku amalkan. Alhamdulillah, hati jadi tenang dan kurang fikir benda bukan-bukan.

5.  Gunakan masa yang ada untuk fikirkan idea-idea menulis. Mudah-mudahan dapatlah aku siapkan buku pertama aku tahun ni. Siapa tahu kan, Allah hantar idea kat aku masa dalam traffic jammed tu.. hehehehee.. InsyaAllah, and please doakan aku eh.. :)






...




Share:
spacer

3 comments:

  1. KSarie rasa Ksarie boleh faham perasaan itu sebab kalau Ksarie nak cerita pasal kerja tajuknya akan jadi Tahun Kelapan Belas. Bukan tak bersyukur tapi mendambakan kehidupan yang lebih baik. Moving forward, bukannya statik sampai beku otak. Kadang-kadang bila anak cakap 'mama...abang tak nak sekolah', ksarie secara spontan akan menjawab dalam hati 'mama pun tak nak kerja'. I really feel you. Tapi selagi mana harus berpijak di bumi nyata dengan hutang yang boleh membuatkan orang AKPK pun surrender, makanya dikayuhkan juga la perjalanan setiap hari dengan titipan doa agar today will be better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuhan.. seronoknya baca komen yang memahami macam ni. Rasa nak hugs KSarie sekarang juga.. hehehehee.. Sebab ada orang tak faham. Ada orang tak habis2 kata kita kuat merungut dan tak bersyukur. Sedih kann.. :(

      Serius, teringin nak moving foward kan.. try new things.. tapi tak berani.. plus memikior kan hutang tak habis2 tu.. semak kepala hotak teman.. huhuhuu.. Just doa je lah yang baik-baik.. Aamiin..

      :)

      ...

      Delete
  2. mmg stress mengadap jammed... harap terus tabah demi kelangsungan hidup.

    ReplyDelete