Welcome 2019 | Tahun Baru Wajah Baru

Selamat menikmati tahun baru, semangat baru, azam baru dan keberanian baru. Welcome 2019..!! Dan selamat datang ke blog aku yang berwajah baru. Black, dark grey with olive green.. suka tak..? Berapa bintang nak bagi untuk wajah baru Manusia Berubah ni..? Hahahahaha.. well, kali ni sesi tukar template cepat dan smooth je. Mungkin sebab dah banyak kali tukar sendiri template blog, so aku dah tahu sikit-sikit tips and tricks. Kalau dulu berhari-hari baru settle tukar template, tapi sekarang setengah hari je siap. Maka, pilihlah template yang dah siap semua tak payah susah-susah nak edit itu ini bagai. Kan..? :)

Macam mana tahun baru korang..?

Aku sambut di Tawau. Kebetulan ikut Pokchik out station ke sana. So far, Tawau ok. Menarik juga. Makanan kat sana murah berbanding Kota Kinabalu (of course..!) dan orang-orangnya okey lah, tak sombong atau pelik sangat. Cuma ramai orang Indonesia dan Filiphina kat sana. Faham-faham je lah. As long as diaorang pandai bawa diri dan tak buat hal, then ok lah kan. Gambar-gambar aku 'menerokai' Tawau ada aku share kat IG, kalau sudi boleh tengok kat sana (dan follow la sekali.. free je kan.. hehehehe..)

Balik pada cerita tahun baru, macam tahun-tahun sebelumnya aku mesti tertunggu-tunggu program Roundtable With Rajeev Masand kat youtube. Kali ni aku sempat tengok yang edisi pelakon lelaki, pelakon perempuan dan pelakon baru. Best. Aku selalu terhibur dan dapat satu macam kepuasan tengok program ni. Setiap tahun mesti tengok..! :)  

Untuk yang baru 'kenal' aku, sila maklum aku sejenis obsess dengan Anupama Chopra, Rajeev Masand dan Karan Johar punya talk sahow ke revew filem ke.. apa-apa lah.. Please don't judge me.. hahahaa.. lols.. :p

Tapi aku bukan nak ulas pasal program-program ni, korang boleh search kat Youtube lah kalau nak tengok program ni. Satu-satu program tu cuma satu jam je. Tapi aku menyampah gila sebab banyak iklan. Wehh...! boleh jadi jem otak kalau setiap 15 minit sekali ada iklan. Youtube ni dah kenapa..??? grgrgrgrgr... annoying lah..

Yang aku nak story ni pasal review seseorang kat Facebook yang aku baca semalam. Dia buat ulasan tentang filem-filem lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Aamir Khan sepanjang 2018 yang terang-terang semua flop. Lebih kurang tajuknya 'zaman kegemilangan Khan telah berakhir?' ke gitu lah lebih kurang. Dan aku ok je dengan statement dia sebab 'fair and lovely' tapi yang buat aku 'panas' tu bila baca komen-koman netizen kat status tu. Yang kau rajin sangat baca komen-komen tu kenapa..? hehehehe.. tapi aku memang suka.. terhibur wehh.. :p

Ada yang kutuk 3 Khan habis-habisan siap kata diaorang dah tua la, dah tak laku lah, suruh 3 Khan berhenti berlakon lah. Ehh.. panas hati je aku baca.. hahahaha..! Paling tak adil bila compare kan 3 Khan dengan Ranbir Kapoor dan Ranveer Sigh. Mana adil..!! Diaorang lain-lain generasi. Lagipun kebetulan je tahun ni semua filem 3 Khan tak menjadi dan Ranbir dan Ranveer pula dapat peluang berlakon dalam filem hebat macam Padmavathi dan Sanju. Still, tak boleh la nak banding-bandingkan.. huhhh..!

Eh.. kenapa pula aku emo kemain...??

Aku emo pun sorang-sorang je lah. Tak ada pula aku pergi reply komen-komen yang macam tu. Aku behave okey. Bukan keyboard worrior. Dan bila difikir-fikir balik, kelakar juga diaorang yang komen-komen macam tu. Seriously diaorang tak faham 'permainan' dunia filem macam mana kot. Maafkan lah diaorang.. :)

picture from : www.ibtimes.co.in

Dan ya, filem-filem 3 Khan tahun lepas semua ke laut dalam. Salman Khan dengan filem Race 3 (aku tak tengok), Aamir Khan dengan filem Thugs Of Hindostan (pun aku tak tengok) dan lastly, Shah Rukh Khan dengan filem Zero (yang ni aku dah tengok dan dah review sikit kat IG. Review panjang nanti aku up kat blog ni). Tapi walaupun ketiga-tiga filem ni di anggap flop sepanjang 2018 tapi tak adil la kalau nak hentam teruk-teruk. 

At least, aku rasa patut bagi kredit juga kepada filem macam Thugs Of Hindostan dan Zero sebab kelainan dan teknologi yang di ketengahkan. Kena appriciate lah hasil kerja orang. Tak best dek mata kita tak semestinya tak bagus. Dan kalau kita asyik nak harapkan filem genre sama sahaja daripada 3 Khan ni, macam mana nak berkembang.

Okey done bebel dengan penuh emo.
Kalau membebel pasal hindustan ni memang laju jari menaip. Ni kalau biar sampai malam kang tak habis bebel. Gosshhh..! 

Azam tahun baru aku nak rajin update blog dengan cerita lebih berfaedah dan tidak selalu meroyan dan emo selain tetap rajin ber'blogwalking' malah tidak putus asa untuk mengembalikan zaman keseronokkan dan kegemilangan berblog. Wahh..! senafas je kau punya azam ehh.. hebat nau..!

mimpi ler tueww.. :p



...

Share:
spacer

9 comments:

  1. salam tahun baru 2019. ceria2 selalu =)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2019. 3 Khans tuh tetap legendary bagi ksarie. Of course ada hero baru akan naik baik di Bollywood atau Hollywood tetapi legends tetap tak ramai dan tetap akan dikenang sepanjang zaman sebagai one of its kind gittew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. sangat setuju.
      legend tetap legend kan.. hehehee.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. ada masa di atas, ada masa di bawah.. :)

      salam kuch kuch hota hai .. :p

      ...

      Delete
  3. #jmbelog


    selamat tahun baru 2019

    ReplyDelete
  4. Peewiiittt template baruuuu~ inikah dikatakan ala ala misteri dark gitu? hahahaha. lawa lawaaaa! tapi warna tulisan entri kelam kelabu sikit. tapi feeling emo kak ain tetap sampai ke kc hahaha don't worry.

    tak tengok hindustan sangat so no comment about that hehehe.

    keep on writing kak ainnn! dan jemput segmen bloglist kc <3 http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2019. Rabia suka drama hindustan.

    ReplyDelete