Filem yang aku tunggu-tunggu sejak Disember 2017 lagi sebaik teaser pertama tentang filem ni di keluarkan. Tengok je Shah Rukh Khan jadi kerdil, aku terus set dalam kepala "okey, ni filem lain daripada yang lain.. mesti jadi big hits.. bla bla bla..". Aku betul-betul rasa filem ni akan mengembalikan kegemilangan Shah Rukh Khan sebagai King Khan atau paling-paling tidak dapat memberi satu bentuk kepuasan hiburan di hati penonton. Selepas kecewa dengan Fans, Raess dan Jab Harry Met Sejal, aku serius letak harapan besar pada ZERO.
Tapi bila dapat tahu dalam filem ZERO ni SRK akan bergandingan dengan Katrina Kaif dan Anushka Sharma, timbul tanda soal yang sangat besar dalam hati aku. Why..? Why..? Macam tak best je gandingan tiga orang ni. Tapi aku tetap bersangka baik. Maybe ini bukan sahaja filem 'lain daripada yang lain' untuk SRK tapi untuk Katrina dan Anushka juga. To be honest, aku suka Anushka di dalam filem, bukan di luar filem. Sebaliknya Katrina pula aku suka dia di luar filem dan bukan di dalam filem. Nampak tak dilema aku macam mana.. lolss.. :p
![]() |
ZERO (2018) hindi movie |
ZERO Filem Yang Menghiburkan Tapi Kosong
Keseluruhan filem ni menyenangkan dan ringan untuk tontonan santai. Walaupun carca-marba. Haru-biru. Hilang arah dan hilang center point story tapi tetap sebuah filem yang menghiburkan terutama bila kau peminat Shah Rukh Khan dan tak pernah jemu dengan lakonan dia yang tak pernah tak over, stereo type dan 'kepakaran' dia yang asyik nak beromantis tak hengat dari dia muda sampai dah tua-tua ni pun adoiiyaiii.. hahahahaa.. (ni nak puji ke nak kutuk..?)
Aku suka filem ni sebab teknik-tirai-hijau dia kemas dan meyakinkan. It's not easy nak buat watak Bauua (lakonan SRK) tu jadi kerdil tapi tetap natural dan tak nampak macam tampal. Aku puji bab tu terutama bila Bauua ada body contact dengan pelakon lain. Contohnya dalam scene lagu SRK dengan Salman Khan tu, bila part last SRK lompat ke arah Salman dan Salman terus dukung SRK then SRK cium pipi Salman tu, nampak betul-betul real. Usaha keras selama bertahun nak bagi special effect ni berkesan aku rasa berbaloi dan patut di beri pujian. Malaysia perlu belajar teknik yang sekemas dan setepat ini.
Malangnya, itu sahaja lah satu-satu kelebihan filem ni. Kau datang panggung wayang cuma nak tengok Shah Rukh Khan kesayangan kau jadi kerdil, comel, menyanyi dan menari beria-ia. Itu je. Lepas dua jam lebih, kau keluar panggung wayang dalam perasaan separuh puas dan separuh lagi terpinga-pinga. Cerita apa yang aku tengok ni..? hahahahahaa..
Kisah Cinta Tiga Segi Yang Biasa-Biasa
ZERO sebenarnya sebuah kisah cinta 3 segi yang mana si Bauua tergila-gilakan si Babita (lakonan Katrina Kaif) tapi Babita tak cintakan Bauua. Dalam satu incident yang sangat kebetulan, Bauua dipertemukan dengan Aafia (lakonan Anushka Sharma) dan Bauua buat-buat cintakan Aafia. Tapi Aafia pula betul-betul cintakan Bauua. Selepas kecewa dengan Babita, Bauua baru sedar cinta sebenar dia pada Aafia tapi saat dia berusaha nak membuktikan cinta dia pada Aafia, Bauua terpaksa terlibat dalam misi ke planet Marikh. Ya, filem ni punya carca-marba, dari kampung sampai ke planet Marikh perginya. Kau janganlah cari logik kat mana-mana dalam filem ni, memang tak jumpa..! geram je aku.
Jalan cerita sangat-sangat-sangat longgar..! sampai 3 kali aku ulang 'sangat' tu. Aku serius tak faham kenapa sampai macam tu sekali garapan filem ni. Kecewa teruk. Filem ni ada potensi menjadi filem hits dan luar biasa bombastic bukan sahaja sebab Shah Rukh Khan berlakon sebagai orang kerdil yang over confident dan sangat mengesankan, tapi sebab overall picture tentang filem ni betul-betul berjaya mencuri perhatian. Bab marketing tak payah sembang, memang all out dan buat kau betul-betul percaya ia sebuh filem yang wajib tonton 2018..!
Tapi tu lah tu. Lain yang dibayangkan, lain yang kau dapat. Sungguh indah khabar dari rupa. Nak kata kecewa sangat-sangat, aku masih rasa filem ZERO ni adalah filem yang bagus dan ada kelainan. Again, aku puji SRK yang berani ambil watak ni dan usaha dia nak menambah 'warna-warni' dalam portfolio kerjaya dia selama lebih 25 tahun ni. Dan... kalau di suruh pilih, aku sanggup tengok filem ZERO ni sepuluh kali lebih daripada filem Fans. Punyalah menyampah aku dengan filem Fans tu kan.. errgghhh...!
Yang membingungkan aku...
1. Ramai puji lakonan Katrina Kaif sangat membanggakan dalam filem Zero ni malah ada yang kata dia mungkin menang best supporting actor melalui filem ni. What..?? aku tak setuju. Bagi aku watak Babita ni (satu) tak ada pun tak apa, (dua) watak perempuan meroyanzz sebab boyfriend dia tak layan dia, pemabuk, seksi, diva, bit*h.. sangat-sangat lah mudah di tangan Katrina Kaif. Senang kata watak ni tak mencabar langsung untuk Katrina. So, apa nak bangga sangat..?
2. Lakonan Anushka Sharma pula walaupun special sebab 'kelebihan upaya' tapi again, tak mengesankan. Aku macam tak boleh percaya saintis yang bijak dan hebat macam Aafia boleh fall pada permainan cinta dan perasaan dengan seorang lelaki kerdil. Like..? come on.. tak realistic lah. Aku harap sangat watak Aafia jadi lebih dramatik tapi steady. Sayangnya dalam ZERO ni, watak Aafia macam tak cukup garam dan lada sulah. Tawar.
3. Shah Rukh Khan macam biasa, over acting di mana-mana. Aku tak faham kenapa. Tapi dia berjaya bawa watak Bauua yang confident walaupun kerdil, yang berani, yang tak rasa rendah diri dengan kekurangan dan sentiasa berusaha sendiri nak capai apa dia nak. At some point kita akan rasa Bauua sama je macam lelaki saiz normal yang lain. Tapi bila tiba scene dia macam baru tersedar yang dia sebenarnya cintakan Aafia tu, aku terus lost...! terus watak Bauua tu jadi merapu dan merepek. Aku harap sangat-sangat filem tu habis kat situ, tapi rupanya tidak ya. Panjang lagi filem tu sampai ke Marikh oiii..!!
4. Dan ya, why nak kena sampai ke Marikh...??!! arrrgghhh.. stress aku. Tiga malam tak boleh lelap tidur sebab fikir kenapa filem tu mesti nak drag story line sampai Bauua kena pergi Marikh..? Dah la tak logik. Tak ada significant. Buat jalan cerita makin hancur. Bajet besar filem ni hangus gitu-gitu je. Serius aku stress..! hahahahaa.. :p
5. Ada satu je lagu dalam filem ni yang aku suka. Dan scene waktu lagu ni pun paling best aku rasa. Lagu Mere Naam Tu. Lagu ni buat aku fall in love dengan Shah Rukh Khan over and over again. Tapi tidak lah sampai tahap terigau-igau. Untuk scene dan jalan cerita lagu tu, aku suka. Tu je.
6. Tak faham juga kenapa ada scene yang nak muatkan semuaaaaaaa pelakon Bollywood yang power-power. Ada Sri Devi, Juhi Chawla, Kajol, Deepika Padukone, Aalia Bhat dan ramai lagi (aku lupa). Scene tu entah lah, tak perlu bagi aku. Apa yang cuba di tonjolkan pun aku tak tahu. Tak ada orang nak datang tengok filem ZERO ni semata-mata nak tengok mendiang Sri Devi yang cuma muncul beberapa minit dengan dialog satu line tu je. Tak ada. So, motiffff...?
7. Percubaan yang baik, tapi gagal. Kalau di letakkan di tangan pengarah atau sutradara yang lain, mungkin filem ni boleh jadi filem yang lebih baik dan membanggakan. Shah Rukh Khan perlu berhenti berlakon filem yang tak sesuai dengan usia macam filem Jab Harry Met Sejal dan filem ZERO ni. Walaupun di solek tebal, Shah Rukh Khan masih nampak sangat tua untuk Katrina dan Anushka. Come on SRK...! Buat pilihan lebih baik selepas ni, please. I love you (ehh.. sempat..!)
Aku bagi 2.5 bintang sahaja daripada 5 bintang.
Aku happy tonton filem ni, tapi tak ada apa-apa yang aku bawa balik selepas habis menontonnya. Sedikit kecewa, sedikit teruja, sedikit pengalaman baru dan sedikit cinta. Cukuplah buat bekal menunggu filem SRK yang seterusnya. Setahun aku tunggu filem ZERO ni, menyesal pun ada tapi tak apa lah, ambil yang positif sahaja. Move on..! :)
...
all picture from Google Image
...
2 Comments
Menarik betul review filem ni di tangan pemilik blog. Dah masuk umur 40an ni ksarie macam jarang sangat tengok cerita hindustan bertemakan cintan cintun. Tak sempat pun iya juga. Last sekali tengok movie Dangal dan Pad Man (true story and heavy movie) tapi memang best. Teringin nak tengok Zero ni sebab dah lama tak tengok SRK berlakon tapi dah baca review ni macam termalas pula nak tengok hehehehehhhee
ReplyDeletetak berapa power filem Zero ni.. jalan cerita kelam kabut.. tapi kalau memang betul2 ada masa free boleh la layan filem ni.. hehehehee.. :)
Deletep/s : saya belum sempat tonton PadMan.. best ye filem tu..?
...